Tuesday, July 7, 2015

Ramadan 18 - Khairine Adrina

Dari bulan lepas nak potong rambut Khairine.. dah panjang sangat rambut budak ni. Dia ni kalau aku bawa pegi saloon, dia yang melebih dari aku.. siap request nak colour rambut bagai. Suka na overshadow emak sendiri.. hahaha. So Ahad haritu ada free time sikit. Terus bawa dia pergi saloon.. tak potong banyak pun.. buat layer tepi sikit, length remain unchanged. Dia sendiri yang tak nak berambut pendek.. konon-konon macam dah besar sangat lah tu.. *matakeatas*.


Kemain kepok-kepok kau!!! hahaha. Kat rumah asek lah dok selfie, konon macam nak tunjuk yang rambut dia chantek lettew.. pffttt. Lepas tu tiga hari tak cuci rambut.. sayang katanya.. hahaha perangai apa lah dia ni.

Dua gambar ni aku cilok dari moment dia kat wechat.. lepas tu dia marah.. "Mommy curi gambar Khairine" hihihi kantoi sudah.. 


Kenapa dah nampak besar sangat budak ni? kalau berdiri dengan aku dah nak dekat sama tinggi.

Balik dari saloon, lepak-lepak kat rumah sementara menunggu petang.. dalam pukul 5 macam tu baru sibuk prepare nak masak.


Sempat masak daging masak kurma, sambal ikan tenggeri & sayur goreng. Aku buat sambal ikan tu sebab emak aku tak makan daging.. so takkan nak kejam sangat tak ada lauk untuk dia pulak.. maka, jadilah sambal ikan tu untuk emak.

15 comments:

  1. Pandai anak dara kak zaza pi saloon hehehe siap request mcm2 ye...bijak...ju suka anak dara yang bergaya dalam masa yg sama pelajaran bagus mcm khairine ni...sure minta apa pun dapat...sedap ye lauk berbuka sis...bagus jaga hati ibu...masakkan lauk asing utknya...mmuahhh

    ReplyDelete
  2. haii syok nyer anak dara dah besar..tak sabar aku nak tggu sufiya syakirah mcm nie!

    ReplyDelete
  3. sedapnya sambal ikn tu..ni dok pk la nak masak apa petang ni...hukhuk

    ReplyDelete
  4. Menu ringkas tapi itulah yang membangkitkan selera anak2.. ;)

    ReplyDelete
  5. cantik rambut anak azaza...pandai dah selfie...heee

    ReplyDelete
  6. cantiknya rambut khairine.....dah ala-ala anak dara:):)

    ReplyDelete
  7. dah pandai bergaya dah anak dara kak zaza ni..

    ReplyDelete
  8. Sambal ikan tenggiri tu yg tak menahan tu! Hamboih!

    ReplyDelete
  9. cantik anak akak.. bape umor die?

    ReplyDelete
    Replies
    1. umur dia 11 tahun dik.. anyway.. thank you :)

      Delete
  10. Like mother like daughter...cantik. Berkenan plak tgk rambut khairine tu. Tunggu anak dara tu rambut panjang sket ☺

    ReplyDelete
  11. amboiii khairinee..dh mcm omak..kuat selfie & pandai btl bergaya..

    ReplyDelete
  12. Sebijik rupa mummy bila posing rambut cmtu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah