Wednesday, July 29, 2015

Tukar IC

Raya ke-lima tak pergi beraya ke mana pun. Isnin tu tak ada plan pergi beraya. Memang nak dok rumah je mengemas, basuh baju yang dah berlonggok yang pakai masa balik Melaka haritu (padahal balik 1 hari 1 malam je.. hihi propa sangat!). Selasa, raya ke-6 Tante ajak pergi tukar IC baru. Buat kat UTC Pudu Sentral je. Tunggu Tante datang rumah.. dia park kereta kat rumah aku then we go with my car. Keluar rumah dalam pukul 10 lebih.. siap berdoa mintak-mintak tak ramai orang.. memang dah bajet mungkin tak ramai orang sebab orang masih dalam mood raya lagi. Nasib baik tak ramai orang.. tak lama sangat menunggu.

Lagi 46 orang.. tabah menunggu.. nasib baik nombor run cepat.. satu setengah jam jugak lah menunggu nak sampai ke giliran aku.. poloh-poloh acik menunggu.


Me & Tante

Sebenarnya malu nak tunjuk gambar IC lama aku sebelum orang tu potong & ganti IC baru.. korang janji jangan gelak & jangan ngutuk eh bila tengok gambar kat IC lama aku.. *tutupmukalarilajulaju*
 Tadaaaa.. hahahaha giler punya gemok.. dagu berlapis 18 tingkek! rambut entah apa pesyen masa tu.. hahaha.

Esoknya baru datang collect. Malas nak menunggu. Bayangkan nak kena menunggu 3 jam lagi untuk collect IC baru.. memang tak lah aku nak jadi penunggu kat situ.

Ini IC baru. Tak ada lah cantik mana pun sebenarnya.. tapi better then gambar yang kat atas tu.. burok na.. hahaha. 

Masa ambil gambar kat JPN haritu aku siap request kat abang tu suruh snap skali lagi.. mula-mula masa snap tu mintak abang tu tunjuk kat aku dulu.. siap tanya kat abang tu.. cantik tak bang?? kalau tak cantik, abang snap sekali lagi ya..  hahahaha bongok betul!


Settled dalam pukul 12 lebih macam tu. Terus gerak pergi Jalan TAR kejap. Rasanya tak sampai sejam pun kat situ. Ramai lagi yang belum start berniaga masa tu. Habis ukur jalan kat Jalan TAR, terus menuju ke Festival City (betul ke nama shopping complex tu?) kat Danau Kota. Lunch kat Sakura Kristal.

Oh lupa nak kabo.. masa buat IC haritu aku hangkut Khairine & Sabrina (anak abang aku) sekali.. saja bawa teman.. kesian pula cuti beraya tak bawa pergi beraya.. korang teman mak tukar IC je lah ya nak.. hehehe.

Sampai je terus order laju-laju.


Refreshment


Tante order Char tue tiaw


Sabrina order Spaghetti Bolognese.. aku suruh order yang kids punya dia tak nak.. berlagak sangat nak makan portion orang besau.. sekali tak habis.. rasa nak gigit je telinga budak tu.


Khairine pun sama.. order mac & cheese, sambil makan sambil melayan ipad pastu berborak dengan Sabrina.. hujung-hujung makanan tak habis.. derrrr


 Tuan blog punya ala-ala special sikit.. lapau sangatsss.. maklumlah lepas bulan puasa ni napsu perut macam-macam kepingin.. hihi.

Esoknya hari raya ke-6 datang collect pula. Kali ni Sabrina tak ikut.. dia dah start sekolah haritu. Khairine tetap pengikut setia. Haritu racun si Zaza ajak ikut sekali.


Zaza, Khairine, Tante & Zaza.. gambar blur pun nak juga tempek sini.. lantak lah hai.. ni je gambar yang ada pun.. snap pakai ipad je.. bukan pakai camera canggih.. ngee ;P

Masa ambil IC dah siap pun kejap je dalam setengah jam settled. Macam biasalah kalau dah tengahari, perut mesti berkeroncong.. kalau buat IC dibulan Ramadon, bertabahlah juga menahan perut.. ni dah masuk bulan Syawal, mula lah tergedik-gedik macam-macam benda nak makan.. so decided pergi lunch kat Wangsa Walk.. tapi tak tau nak makan apa. Rasanya tak sampai 10 minit jejak kaki kat Wangsa Walk, terus blah.. terus terpikir nak makan steamboat. So, ke Johnny's (Aeon AU2) lah kita.


Kalau tengok gambar ni masa bulan puasa haritu, mau melalak anak tekak.. hahaha.


Ambil set untuk 4 persons


Aku, Khairine & Zaza order Nasi Goreng Prawn as a side dish


Tante makan nasi goreng mushroom tak silap aku


Me & Tante 


Zaza & Khairine

Dah konyang, jalan-jalan kejap dalam Aeon tu lepas tu diorang ajak mengopi pulak kat Espressolab, Taman Melawati.. ok moh lah kita.. aku pun tak pernah lagi lepak situ.. 1st time datang rasa terus jatuh cinta kat tempat tu.. boleh jadi port melepak lepas ni.


 Zaza, Tante & Khairine.. Khairine dah nampak macam budak besar sangat bila berdiri sebelah Auntie Tante


RVC kat sini sedap.. sila datang dan try ya.. pasti tidak mengecewakan ;)

Ok sekian saja cerita dua hari berturut-turut dalam satu entry pasal tukar IC dibulan Syawal saya.. bye ;)

14 comments:

  1. Betullah lepas je bulan puasa.nafsu makan mmg membuak jadinya...ema belum tukar ic br lagi...pasni nak tukar ic baru nak tukar alamat sekali...

    ReplyDelete
  2. Senang bila dah tukar. Yg baiknya dgn IC baru ni kalau tertinggal touch & go boleh guna I/C ini. Kakak dah terkena dulu. So siap sentiasa top-up dlm IC mana tahu tertinggal yg pasti IC kjan sentaisa dibawa. Mudah.

    Khairine memang dah besar - tinggi pulak tu. Cuma kalau dgn adik dia dah tak jadi macam kakak seba adik lagi tinggi:)

    ReplyDelete
  3. AMBOIIII. aktiviti makan aje ye. tunggu entry makan nanie pula nanti di hari raya. hahaha
    raya di key ell katakan..

    ReplyDelete
  4. sama la SA pun badan daha naik 2 kilo ni....hazab nak diet balik

    ReplyDelete
  5. sedap-sedap belaka nampaknya...

    ReplyDelete
  6. ic baru boleh ganti touch n go..

    ReplyDelete
  7. lain sgt tu kak muke dulu ngan skang..makin cun..
    penah mkn nasi goreng udang tu kt johnny alamanda..kureng..tp steamboat mmg tiptoppp..

    ReplyDelete
  8. lain sangat gambau dalam IC lama tu kak..yg sekarang lebih senyuman tu..cantik dah.

    p/s: kak, nanti update alamat baru tau :)

    ReplyDelete
  9. Hahahaha saya sendiri pun blm tukar ic baru lagi... tgk muka kat ic lama sendiri mmg sakit hati.. hhahaha tapi maleh pulak nak buat baru

    ReplyDelete
  10. Yeyyy dah tukar ic baru...comell terus rambut pjg hehhe...entry ni penuh dengan makanan, perghhhhhhhhh

    ReplyDelete
  11. Sy hritu tukar ic bru sebab nak kawin. Haha.. Sbb malu la muka gmok zaman sek..

    ReplyDelete
  12. AKu tak tukar lagi IC. Ntah bila lah nak tukar.

    Amboi jah...banyak makan ☺

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah