Hi.. Assalamualaikum. Selamat Hari Raya mahap zahir & batin ;)
Macam mana raya korang? best ke? bukan main korang ya.. berderu-deru update cerita raya kat blog.. seronok je baca.. macam-macam kaler tema baju raya masing-masing.. bukan main melaram lagi Cik Bedah di pagi raya ya! hehehe. Raya aku tahun ni biasa-biasa je.. emak aku tak sihat, sampai harini pun masih lemau lagi.. so tak banyak keluar beraya.. balik kampung Nizam kat Melaka pun 2 hari 1 malam je sebab Senin tu Nizam dah start kerja. Maknanya Raya pertama je kitorang ada kat rumah, raya kedua & ketiga aku kat Melaka, Senin Nizam kerja aku pula cuti lagi. Tak feel betul raya tahun ni. Nak keluar beraya pun tak ada.. kesian kat emak sebenarnya.. kalau aku keluar beraya tinggal pulak dia sengsorang kat rumah, bila ajak keluar beraya dia tak nak.. tak larat katanya.. huhu.
Harini aku baru masuk kerja balik lepas seminggu choti ghaya.. hihihi over sangat.. padahal baru je kata raya haritu tak berjalan kemana pun.. hahaha. Saja ambil cuti panjang sikit.. bleh fifiling suri rumah tigapat hari sementara cuti.. hihi.
Menu raya yang simple je.
Buat menu wajib.. tu pun tak banyak. Sebab kitorang cuma ada kat rumah hari raya pertama je. Raya kedua aku dah nak balik kampung Nizam kat Melaka. Emak pula kak long bawa balik rumah dia sampai hari Isnin. Abang aku balik kampung bini dia nun kat Kelantan sana. So masak rendang ayam (ayam sekor je) kuah lodeh sikit, kuah kacang sikit, rebus nasi impit mini dalam doploh ketul lepas tu readykan cookies raya je atas meja. Macam ni lah hidup keluarga yang tak besar.. semua simple je. Kalau rumah orang lain aku rasa lagi meriah kot.. sekor ayam memang tak cukup punya.
Cuma satu benda je tahun ni yang bleh aku banggakan.. tahun ni aku yang prepare & masak untuk raya.. bangga sangat. Selama ni asek datang menempek je kat emak, bila emak dah siap masak tau makan je. Tahun ni emak tak sihat, so aku lah take over untuk masak. Mula tu susah sangat hati ni.. dok pikir macam mana nak masak rendang? macam mana nak masak kuah kacang? dulu-dulu bila tengok emak prepare nak masak rasa macam complicated sangat nak masak rendang & kuah kacang. Haritu emak ada juga monitor aku kat dapur.. dia guide aku nak masak rendang & kuah kacang step dia macam ni, macam tu, letak ni, letak tu. Bila dah siap terus kembang-kembang hidung I.. hahaha. Untuk kuah lodeh aku tak susah hati sangat, sebab step nak masak dia lebih kurang macam masak masak lomak cili api je.
ootd raya Kak Zaza tahun ni. Theme kaler purple anak beranak
Cerita raya pertama tahun ni macam charlie chaplin sket.. by tengahari macam tu kitorang bertolak nak balik Melaka. Masa dalam perjalanan tu rasa susah hati sangat-sangat bila dok kenangkan emak sorang-sorang kat rumah.. dengan tak sihatnya, sambil tu fikir juga kot-kot ada orang datang rumah nanti sapa nak layan.. orang tua tu memang lemau sangat-sangat haritu. Kak long cakap dia datang rumah emak lambat sikit, mungkin malam macam tu. Abang aku dah selamat sampai Kelantan, yang aku ni nak balik Melaka je.. so sacrifice je lah untuk emak. Bila sampai kat Nilai kitorang patah balik.. hahaha. Sampai je rumah emak aku heran.. aik kenapa korang balik? kitorang cakap tak sampai hati nak tinggalkan emak.. begitu lah ceritanya.
Raya kedua baru bertolak ke Melaka. Nasib baik hiway tak berapa jammed. Jammed sikit-sikit tu standard lah but still moving.. jangan jammed yang stok melekat tak berjalan tu memang boleh pitam tengah jalan gamaknya.
Sampai je kampung tengok Abah, Along & family dia semua tak ada. Diorang keluar beraya kat kampung Abah & ke rumah in-law Along kat area Melaka juga.. so layan diri sendiri je lah kat rumah time tu.. hahaha.
Buka pintu dapur rumah tengok pokok cempedak tengah membiak bagai johan. Hoi! apa banyak na buah bergayut-gayut nih??? kau tengok tu Bedah.. dia berbuah sampai ke tanah.. geram betul aku tengok.. tapi sayangnya buah cempedak ni pra-matang lagi.. tak ada rejeki nak merasa raya haritu.
Anak-anak buah pompuan.. gini lah rupa kalau berjumpa
Raya kedua tu pun tak kemana.. dok rumah je coz ramai yang datang beraya kat rumah.. tak kesempatan nak jalan raya. Malam dalam pukul 9 lebih macam tu baru reda orang tak ada datang. Kitorang plan nak buat bakau-bakau kat depan rumah. Aku, Along & Kak Ngah pergi beli bahan kat supermarket, balik tu terus membakar.
Masuk hari raya ketiga pun tak keluar beraya. As usual aku, Along, Kak Ngah & dua tiga orang anak buah merayap pergi cari tepung florenta konon nak buat florentine cookies lah haritu. Hujung-hujung tepung tu non hado. Separuh negeri Melaka kitorang merayap cari.. dari satu supermarket ke satu supermarket tak ada. Last-last Along cakap, nanti balik KL baru buat.. tepung tu susah nak cari kat Melaka.. kat KL melambak je ada jual.
Dah penat mencari, Along ajak lepak makan sate kat Kg. Jawa. Skali sate tak ada.. kedai tu buka tapi orang jual sate tu cuti.. hurmm tak ada rejeki nak makan sate.
Aku ngan Along order rojak, anak2 buah lain makan nasi goreng ke apa tah haritu.
Dalam tengahari aku gerak dari Melaka. Nak nyinggah ke Rembau pula member opis jemput datang rumah dia buat makan-makan. Amboi raya ketiga dah buat makan-makan besar, kalah rumah menteri!
Rembau most wanted girl.. hihi
Petang sebelum pukul 7 baru bertolak dari Rembau. Nizam kata tak berani nak redah Plus hiway.. so kita ikut LEKAS hiway. Alhamdulillah, langsung tak jammed ikut LEKAS. Sampai Kajang - KL pun tak jammed.
Oklah nanti sambung cerita lain pula k.. bye :)

SELAMAT HARI RAYA
ReplyDeleteala seronok nyerrrr raya kat melaka!!
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Zaza!
ReplyDeleteI pun ada kat Melaka raya ke 2 dgn ke 3. Sempat pegi Rumah Terbalik tu :)
Selamat hari raya Zaza..sesekali berkumpul reramai kat kg memang best kan
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Zaza...kalau akak pun nk bertolak balik semula ke KL sure sedih walaupun abg stay dgn mak
ReplyDeleteBest raya uols...meriah!!!
ReplyDeleteOrg skg xtggu raya nk hbs bt open house kan...hehe
meriahnya zaza. hihihi.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya.... lama betul tak datang sini :)
semua tempat pon jem kak senah! selamat hari raya kak oiii! hehehe.
ReplyDeleteselamat hari raya zaza:)
ReplyDeletemak aihhhhhh buah cempedak tu banyaknyaaaaaaaaa.....puas makan/goreng:)
selamat hari raya kak..meriah cerita raya akak..thumbs up berjaya masak untuk juadah pagi raya..agak mencabar jugak tu nak masak rendang :)
ReplyDeletebaju raya cantik!
lelawa pic2 yg diambil, Selamat Hari Raya buat sis zaza sekeluarga :)
ReplyDeleteKak Zaza, salute lah raya kali ini kak zaza yang masak perghhhhhhhhhh pandai buat kuah lodeh, julia pun selama ni menempek je kt mama dan abah hahahha tlg apa yg patut je...nak buat mcm kak zaza lom lagi dtg seru tggu anak besar kot kehkehkeh...buang nangka bergayutan wowwwwwwwww tanjat julia tgk...meriah hari raya kak zaza, julia beraya kt KL je sebab raya ke 3 suami dah keje ada trip bas persiaran kena handle...huwaaaaaaaaaaa
ReplyDeleteselamat hari raya kakak gojes dan cun melecun. tak mcm anak da ada 2. jeles i :)
ReplyDeletelawaaaa purple tuuu..lembut je..mcm si pemakai..hihi
ReplyDeleteselamat hari raya kak..byk jgk tu mknan pagi raya..
Waaa.. Pndai akk msak.. Good job mummy.. U can do it! :)
ReplyDeleteMesti sedap ko masak kan jah ☺
ReplyDeleteGeram tgk buah cempedak tu.