Saturday, October 3, 2015

Aktiviti Sabtu Minggu Lepas

Sabtu minggu lepas keluar pergi breakfast. Tak pagi sangat pun.. dalam pukul 9 lebih macam tu baru keluar nak cari breakfast. Matahari dah terpacak atas kepala kau kata breakfast Jah?? hahaha.. kalau orang kampung dengar harus gelak guling2. Ya lah orang2 kat kampung time breakfast diorang pukul 7.00 ke 7.30 macam tu dah kenyang perut.. lepas suboh je dah kira breakfast.. siap dengan kopi panas secawan. Orang Kolumpur breakfast dah lah nak masuk tengahari.. minum pulak air berais.. milo ais lah teh o ais lah.. hahaha. Well itu lah bezanya kehidupan dikampung & dibandar ;)

My favourite kuih. Mula2 tak tau apa nama kuih ni.. bila tanya kat orang kedai yang jual tu dia kata nama kuih ni kuih "Beko" betul ke ejaan macam tu? entahlah.. hanya orang Kelantan je yang tau.
Habis je breakfast ala2 dah nak masuk tengahari haritu Nizam bawa jalan2 kat area KL.. saja nak tengok keadaan kat KL. Bukan main berjerebu sangat.. sosak napas Achik tengok jerebu yang menebal. Bila singgah kat Lake Garden kononnya Nizam nak suruh anak2 dia main kat playground kat situ, budak2 tu pun tak nak keluar kereta.. jerebu katanya.. tak nak keluar main kat playground. Then terus mati kutu tak tau nak bawa budak2 gi jalan kemana. Last-last bawa diorang gi Giant je.. pergi beli barang dapur.. hahahaha. Giant pon boleh!

Trolley belum penuh. Kitorang kalau shopping groceries memang agak seram kalau bawak KhaNish. Kalau diorang ada dikhuatiri akan melebihi bajet.
Motif letak gambar susu tetek lembu kat sini?? sebab gambar ni aku tengok macam comel je.. tempek je lah.. hahaha
Selesai beli barang dapur, terus ke Papa John's Ampang Point.. order 2 pan Pizza yang large untuk lunch. Selamat I dari tugasan memasak haritu.. hehehe.

5 comments:

  1. Sekarang jerebu mmg x dgalakkan aktiviti luar. Pergi giant dorg lg suka sbb semua benda letak dlm troli. Haha

    ReplyDelete
  2. papa john sedap kot! garing-garing sedap!

    ReplyDelete
  3. Jarang kak zaza update pasal beli barang rumah ni tau hehehhe, kuih beko tu menarik lah sebab warna ijooooo....mak ko ijooo ehhh

    ReplyDelete
  4. sedapnye tengok kuih beko tu..terus gugel cari resepi :'(

    ReplyDelete
  5. tak tahu jugak apa nama kuih tu..huhu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah