Monday, October 12, 2015

Pulut Kuning Zarina Zainuddin

Cerita ni lagi berkurun lama baru nak dibentangkan kat blog. Sebenarnya aku dah lama perati kat IG Zarina Zainuddin.. asek masak rendang & pulut kuning je.. telio telio I dibuatnya. One day dia post kat IG gambar rendang & pulut kuning.. dia kata dia akan berada kat Ampang Park haritu. Dia buka booth yang kat depan KFC & Pizza. Hah! sedang helok sangat lah.. dah dekat ngan opis aku pulak. Lunch time terus pecut ke Ampang Park dengan kengkawan.

Masing-masing muka senget benget belum ready bergambar ;D

Kebetulan dia pun ada kat situ. Bukan main peramah pompuan ni. Biasalah artis kann.. mesti lah kena peramah.. lagi2 nak promote product dia.. Eh! I yang bukan artis pun peramah apa?! pfffttt ;P

Kalau tengok video kat IG dia sangat menggiurkan. The way dia cedok rendang yang tengah menggelegak kat dalam kuali basau dia tu.. perrgghhh menanges i depan screen handphone. Eee macam tipu je ayat tu.. hahaha. betul! i tak tipu.. rendang dia memang sedap. Aku beli rendang daging.. harga RM12. Kalau rendang ayam RM10. Tak silap aku lah.. hampir terlupa kejadian haritu.. maklumlah cerita dah lama.. hahaha.

Lepas tapau pulut kuning & rendang, kat booth sebelah dia tu ada pisang goreng. Nama dia Pasal Pisang.. macam pelik je tajuk pisang dia tu. Packaging menarik.. dok dalam kotak macam tu.

Try juga beli.. recommended by tuan kedai tu, dia kata yang butterscotch ni sedap. Dia punya rasa ok2 je..tak lah sedap hingga menjilat jari sangat.

27 comments:

  1. wahhhh menarik ...aku pun suka mkn pulut klu dekat mmg aku pun pecut pi cari juga ni hahahha

    ReplyDelete
  2. Rendang pulut kuning tu kecur ailio urghhhhhh lapor ni kak zaza laporr...sonok tgk kawan2 akak pi terjah booth dia...bestnya

    ReplyDelete
  3. Ko ni kan Cik Bedah, setakat pulut kuning tu nak mengidam. Kelako je hihi.... Nak jugak suruh kak ZZ masakkan, mintak jer Chef bonda kat rumah tu tolong guide...... sure sodap melotop lotop....

    Tp pisang tu mmg nampak sedaplah cik Jah walaupun katanya biasa biasa jer rasanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ternyata taste & pendapat kita memang jauh sangat berbeza.. so tak payah nak compare sangat tekak masing2..
      kalau tengok gambar je mmg lah kata itu tak sedap ini yang sedap.. kena try baru tau!!

      Delete
  4. arghh benci lah dgn ko nih! apesal aku pun terliur sama nih??? mana aku nak cari pulut kuning dgn rendang skrg nie...arghhh benci lahh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rilex2 jangan nak sawan sangat Wa.. hahahahahahahha ;P
      orang lain bleh kata tak sedap, mcm mana plak kau tgk gmbr dah kata sedap?

      Delete
  5. aahhh 12 daging.. beli time puasa aritu kat subang..

    ReplyDelete
  6. sedapp nyeee..nti jap lg nk ushar ig dia la

    ReplyDelete
  7. Fav rin ni pulut kuning kuah rendang...sure rin makan xangkat2 kepala

    ReplyDelete
  8. takat ni lom ada rasa nak makan pulut kuning ni..hehehe....kekadang tengok gambau bukan main sedap..tapi ila dah rasa kelaut ...tp klu tengok sedap,makan sedap..baru leh promote gila2 kan

    ReplyDelete
  9. Dah lame kut kejadian nih Cinta 😂😂😂

    ReplyDelete
  10. OK..baca pasal rendang tu sambil lap air liur.
    Pisang goreng ni...sebenarnya kalau nak di western kan ( letak cheese ke, butterscotch ke...) ,memang kena hati2...overdo it,boleh jadi mual.

    ReplyDelete
  11. Kakak kalau bab pulut kuning ni Zaza apa warna dan cara pun memang kakak suka. Tak ada rendang pun kakak boleh makan macam tu aje tau. Tradisi keluarga kakak tak tinggal pulut kuning. Memang kami kalau kenduri mesti ada pulut kuning:) Sounds ridiculous kan tapi itulah hakikatnya..

    Pisang goreng kalau kat JB ni lebih senang nak dpt yg cecah sambal kicap.

    ReplyDelete
  12. Makin lapar lak ai tengok pulut kuning dengan rendang tu.. tak boleh jadi ni.. nak kena carik bahan pehtu buat.. huhuhu...

    ReplyDelete
  13. Rasa macam nak cari rendang ngan pulut kuning plak ☺

    ReplyDelete
  14. selalu nampak dia rajin masak & jual kat fb dia..

    ReplyDelete
  15. Salam Perkenalan....nampak memang sedap sgt pulut kuning tu...

    ReplyDelete
  16. ermm..xsedap?nmpk mcm sedap je pisang tuu..alahaiii mmg nmpk mabeles pulut kuning ngan rendang tu..

    ReplyDelete
  17. Pulut kuning rendang daging paberet akak tu Zaza oiii...

    ReplyDelete
  18. telio² tengok menu dua² ni tau kak zaza!

    ReplyDelete
  19. i pn selalu usha ig zarina ni. tak bekesemoatan beli rendang dia lagi,tapi mmg nmpak dulu die selalu update.

    ReplyDelete
  20. alamak zaza !!!
    kebetulan now aida sgt nak makan pulut kuning dgn rendang.
    hu hu hu tak tau mana nak carik :(

    ReplyDelete
  21. suka sangat pulut kuning...tapi tak pernah cuba buat...kehkeh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah