Wednesday, January 6, 2016

Balik Melaka & Persediaan Ke Sekolah 2016

Plan nak balik Melaka hari Khamis masa cuti Maulidur Rasul, memandangkan tarikh ZazaJ nikah on 26 December, Bang Nizam cakap kita balik hari Sabtu juga.. means lepas majlis nikah ZazaJ, petang tu terus shoot ke Melaka. i is ok je.. as long as kita laki bini sepakat membawa berkat. Tak nak berbalah.. yang si bini sibuk nak pergi majlis kawan menikah, yang si laki heboh ajak balik kampung. Dah dapat kata sepakat, we decided lepas majlis tu kitorang balik.. gittue lah adat berumahtangga.

Otw balik Melaka. Nasib baik sepanjang jalan tak jammed. 

Sampai Melaka pun dah lewat petang dalam pukul 6.30 macam tu. Lepas maghrib kononnya nak keluar pergi AEON Big (formally known as Jusco) kat area Melaka Sentral.. entah apa nama AEON tu aku tak sure. Bila dah nak masuk simpang nak masuk tu tengok kemain jammed nak mati.. nak cari parking memang hazabedah lah.. jangan mimpi nak dapat parking. Terus tukar plan.. Nizam cakap kita pergi esok pagi je.. Ok lah. Lepas tu terus Nizam bawa kitorang jalan2 kat town Melaka and jalan2 cari makan. 

Esok pagi tu bangun pukul 7 terus kejut budak2 suruh bersiap. Keluar rumah dalam pukul 9.00 macam tu terus gi makan roti canai dulu kat kedai depan kat simpang nak masuk kampung.. bukan main akak feeling orang kampung breakfast kat simpang kampung pagi tu.. hahaha.

Suasana kampung tak kampung diwaktu pagi ;)
Nampak tak disebalik pokok tu ada orang? pagi tu makcik Nizam tengah potong pokok.. dia nampak aku nak ambik gambar terus dia nyorok kat sebalik pokok.. siap kena sound lagi 'alah lorat lah orang nak potong pokok sibuk dia nak ambik gambau hawau ni' hahahaha. Dah lah suara macam petir.. menyambar nyambar aku kena petir pepagi buta.. hahaha. Ayat orang Melaka memang pedih sikit. Aku dah biasa.. even dengan kengkawan pun selalu bergurau kasar.. setakat hawau, jilake & etc tu tadakhal lah.. tak ambik ati pun.


Mummy & Khairine. Selpi kejap sebelum keluar cari barang sekolah

Saja curi2 snap gambar orang tengah makan dalam kedai.. masa aku makan kat kedai tu bila tengok diorang masih kekalkan konsep makan dalam kedai kayu macam ni betul2 rasa kampung. Kalau kat KL kau makan kat kedai mamak walaupun dok dalam kedai tak sama suasana macam dalam kedai macam ni. 

Tengok botol kicap & botol cuka masih ada atas meja. Aku tanya Nizam cuka ni makan dengan apa? takkan nak togok gitu je.. hahah giler ke togok cuka. Nizam cakap mungkin cuka tu makan dengan mee goreng.. masa haritu ada je orang makan mee goreng, tapi aku tak nampak pulak diroang tuang cuka kat mee goreng. Entahlah akak kompius dik dengan orang Melaka.

Nampak tak botol cuka & botol kicap atas meja tu? tu lah dia. Tapi hidung aku tak tahan dengan bau cuka tu.. perit siot!
Roti canai + teh tarik.. nice combo. Lepas makan roti canai ni ingat nak order nasi lemak (dasyat napsu Kak Jah lepas roti canai nak nasik lemak pulak) tapi bila pikir balik macam tamak pulak.. hahaha. terus delete niat nak order nasik lemak.

Habis je breakfast kat kedai tu, kitorang terus ke AEON. Masa sampai dari jauh tengok amboi ramainya orang kat depan pintu masuk.. ingatkan ada orang bergaduh apa ke.. rupanya semua tu tengah tunggu pintu AEON bukak. Aku ingat aku je yang terpantas.. rupanya ada lagi orang yang pantas dari kitorang.. hebat2 orang Melaka.. hawau!

Tak cukup dengan roti canai & teh tarik, kitorang  berdessert plak.. diorang tiga beranak je order.. nak suruh aku makan askrem pepagi buta memang tak boleh diterima tekak.. aku sodok sikit2 je dari diorang punya.
My family ;)

Habis je makan askrem, laju2 naik atas pilih baju & barangan sekolah KhaNish.


 Sweet fader yang busy melayan anak2 dia.. muahsetepek :)

Masa kat AEON Melaka ada lagi beberapa benda tak dapat beli sebab out of stock. Nizam kata nanti cari kat tempat lain kat Melaka juga.. nama kedai tu Keluarga Ku. Kalau kat KL ni kedai tu setaraf macam Kamdar lah gitu. Nak cari bag sekolah. Sekali tengok ada yang dia dok longgok2 kat situ ada less 50% bila tengok harga asal bag RM49.90 cepat2 aku suruh budak2 ambil sorang satu. 

Sampai kaunter nak bayar aku tengok dia punch dengan harga RM49.90 & RM59.90. Hah aku apa lagi.. hamok lah satu kedai. Aku bising kat cashier tu. Aku cakap kenapa tak tolak 50% for diskaun.. dia cakap ini tak ada diskaun.. aku marah balik abes kenapa tulis sana ada 50% diskaun.. kau tau dia jawab apa? 'you kena tengok dekat tag tu.. kalau ada macam ni baru ada diskaun' KEPALA HOTAK kau! kau ingat aku ni staff kat situ? aku tau ke nak kena tengok tag kat bag tu ada diskaun ke tak?! staff2 & customer dekat2 cashier tu semua pandang je.. aku cakap benda yang betul aper.. cuma cara aku bercakap tu bila orang dengar memang annoying ar.. lantak ar ada aku kisah. Sampai harini rasa terbakar je hati aku dengan kedai tu.

Khairine melayan perasaan sengsorang. Dia ingat aku tak nampak dia buat apa kat belakang.. dia tengah pakai pill off nail polish.. derrr poyo sangat budak ni.

Masa ni kitorang kat customer service counter tengah tunggu giliran. Rupanya kalau kau nak beli barang bila ada sign 30%, 50%, 70% ko kena ada members card baru boleh dapat discount. Dan dan tu gi apply members card. Bila budak kaunter tu tanya aku pernah ada members card ke tak, dengan yakin aku jawab tak ada.. seingat aku zaman tok kadok dulu aku ada apply.. bila dah lama ingatkan dah tercancel.. rupanya bila dia tengok record ada lagi. Just bayar RM12 then dia renew & bagi kad baru.. bila bayar barang sekolah budak2 tu dapat lah diskaun.. begitu lah kekdahnya.

Dah tengahari keluar dari AEON, kitorang semua dah kebuluran. Konon nak cari kedai asam pedas yang sedap kat bandar Melaka.. sekali tengok jammed nya kat town Melaka tu.. rasa nak patah balik je. Apakan daya, hadap juga. Sekali ternampak kedai nama Zaiton Asam Pedas ke apatah nama kedai tu. Aku cakap kat Nizam berenti je lah.. kita makan kat situ.. i is so lapar macam nak pengsan dah.

 Ambik lauk pucuk ubi masak lomak


and of course asam pedas. Budak2 nak ikan pari.. aku nak ikan tenggiri.. mak mengalah dengan anak.. ambik gak pari.

Ambik nasi sorang sepinggan, dua lauk diatas, ayam goreng 2 ketul, Nizam ambik telur masin sebelah. Semua tu total RM45+ aku tanya Nizam telur masin tu berapa sebelah? dia kata RM2 perrgghhh rasa nak bertelur je aku dengar.

Lepas lunch tu ingat nak gi dessert2 kat Truly Two Cafe.. pastu bila lalu kat area nak gi Perigi Hang Tuah, terus ajak Nizam singgah. Tu nanti aku cerita kat entry lain ya.. saja nak perbanyakkan entry.. padahal gi Melaka 3D2N je ponnnn.. hahaha.


14 comments:

  1. melaka dgn penang ni memamg tumpuan orang..cuma bila tempat2 yg jadi tumpuan ni sellau sgt jam..hat tu yg spoil kan zaza...

    senang je uols cari barang2 sekolah anak2...

    ReplyDelete
  2. wah seronok nyer balik kg, ekk :)
    cantik la umah mak. kampung sgt! kat mana la tu. klebang ekk?
    aida memang gerun nak masuk bandar kalau cuti skola, zaza.
    giler jem. ada 1 kali tu, dari depan spital besar tu nak nyampaikan ke jam besar, 2 jam!!!
    apa lagi, asben aida pusing aje masuk jln bunga raya.
    masa tu nak ke mahkota parade kot.
    tak jadi, lepak tempat lain. tu yg asben agak serik!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kampung dekat Cheng Aida..
      memang jammed teruk.. hancus semua planning kitorang..
      but it's ok Melaka je pun. Next time boleh datang lagi :)

      Delete
  3. time cuti sekolah ni memang melaka jadi tumpuan orang..Nak pi cari parking pun payah...ufft

    ReplyDelete
  4. wahh bestnyaaa...
    btw , ain datang singgah sini .
    selamat tahun baru zaza! :)

    ReplyDelete
  5. kita pun balik kampung Melaka last new year kak. kita kat Bachang. dekat je kan dengan Cheng >,<

    ReplyDelete
  6. Melaka ni best untuk dikunjungi Zaza tapi itulah pusing cari parking aje dah satu hal. Tapi bila ada kampung yg boleh dijadikan sasaran seronok tak payah susah nak cari tempat penginapan.

    ps: Khairine semakin manis/ayu kakak tengok:)

    ReplyDelete
  7. perghhhh masak lemak pucuk ubi kooo!!! sedap nyer la hai!~

    ReplyDelete
  8. Telan ailio tgk masak lemak pucuk ubi tu kak zaza gilaaaaaaaaa lapar balik fuhhhhhhh

    ReplyDelete
  9. Melaka skng dah pack. Holiday jalan raya mcm sardin heheheh

    ReplyDelete
  10. cantik kampung akak..sonok lah balik kg

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah