Thursday, January 21, 2016

Kenduri Kawin di Seremban Bersama MB N.Sembilan

Hi.. Masih ditahap malas nak sambung entry panjang. Bila sebak gallery tengok ada gambar yang boleh aku buat entry pendek.

Haritu Nizam ajak pegi wedding kat Seremban. Katanya kawan dia punya adik ipar. Amboi kemain jauh perhubungan nih 'kawan Nizam punya adik ipar'. Ya bukan adik kawan Nizam yang kawin.. adik ipar kawan dia.. hahaha pusing2 dah ayat aku.

Buatnya kat Dewan Majlis Perbandaran Seremban. Nasiblah kat tetengah bandar Somban tu ha.. tidak ler melilau nak mencari.

Masa sampai pengantin atas pelamin.

Masa aku ngan Nizam dah duduk nak makan baru tau yang pengantin lelaki tu anak bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek tu pun sebab dengar emcee majlis cakap. Pastu nak mensohehkan, Nizam tanya kawan dia.. ye memang soheh jawapan tu. Kawan Nizam cakap minggu depan lepas majlis yang kitorang attend ni nanti Abang Jib (DS Najib Razak) akan datang as tetamu VVVVVVIP. Hurmm tak apa lah.. itu semua tak penting.. janji akak dapat makan masak lomak daging salai ;)


Wedding ni masih mengekalkan kaedah makan hidang. No buffet ok. Walaupun anak VIP yang kawin, majlis dia sempoi giler. Kita duduk je terus dia hidangkan makanan kat meja. Sistem pun bagus.. masa masuk kat pintu besar nanti ada sorang assistant chef ke apa tah (sebab dia pakai baju chef) dia bagi sign kat master chef (pakai baju chef dengan topi tinggi) suruh cari tempat duduk untuk tetamu. Macam aku ngan Nizam aritu tak payah.. kawan dia terus bawak kitorang ke meja je.

Kan den dah koba.. den mesti dapek makan masak lomak daging salai.. hihi. Lauk2 memang meletop aritu.. memang kena dengan tekak buroh kasar macam aku ni.. yang tak kenanya dia serve lauk tu dengan nasik minyak ar pulak. Adoi potong betul. Kalau ada nasik putih time tu mau aku bertambah tigapat kali. Tapi disebabkan lapar dan all the way datang ke Seremban dari KL, akak makan jugak.. janji konyang. Alhamdulillah.


Saja aku ambik gambar ni sebab sekarang dah jarang orang buat majlis kawin konsep meja panjang pastu makan beradap macam dulu2. Pastu bila tengok balik baru perasan.. Eh kenapa orang baju biru (satu table ngan aku) muka dia sama macam dalam gambar kat atas tu (refer arrow merah) bila perati balik.. ohhhh Datuk Mohamad Hassan, MB Negeri Sembilan rupanya kat depan tu.. hahaha. Kawan Nizam cakap dia yang tak nak duduk kat meja VIP.. dia kata dia nak duduk kat meja biasa je. Wow humble boto waghrih den ni. Kalau den tau  ajak selpie sesamo. 

Pastu dah kenyang masa on the way balik dalam kereta Kak Zaza tidur sepanjang jalan.. biar Bang Nizam drive sorang2.. tau2 je dah sampai depan rumah. hahahaha.

9 comments:

  1. What....zaza ada kat sini? apesal x terserempak ni? kalau tau boleh laga2 pipi...SA pi gak masa ni...pi makan jerk...

    ReplyDelete
  2. Daging salau masak lemak cili padi mana boleh tinggal Zaza
    Walau gandingan dgn nasi minyak pun Zaza dah terus lena sampai rumah.
    Kalau dgn nasi putih lagi terus bermimpi agaknya:)

    ReplyDelete
  3. PERGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH.....mmg lain dari yg lain ...siap ade makan hidang...mane dpt skrang dah kak jah oiiii...lauk plak menu2 kampung...uihhh ni kalo pi majlis kawin gini rugi pakai korset nie sbb menu sedap2 oiiii...mmg kene ngan tekak org suke lauk2 kampung mcm dik leha nieh....pastu menu hidang gitu syok le nak tambah2 lauk dlm pinggan...kalo buffet segan nak pi bangun cedok lauk lagi kalo nak tambah haahahahah

    ReplyDelete
  4. uih..nampak sedap menu tu..nasib baik takde nasi putih..kalau tak habis lauk..hahaha

    ReplyDelete
  5. asal ada gambar makanan je memang menarik perhatian hehe

    ReplyDelete
  6. la zaza...kalau makan dgn nasi putih ni br terangkat nih...

    ReplyDelete
  7. Tu kalau dapat dengan nasi putih memang perghhh.. mahu takde sape yang nak pandu kereta balik.. ekekeke..

    ReplyDelete
  8. sedapnya masakan kenduri kahwin dia..masakan kampung style lagi..eh tok mat pun ada.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah