Wednesday, February 17, 2016

Konsert Mega Gegar Vaganza 2016

Aku pergi masa first night konsert.. tak silap 15 Jan.. ha betul lah tu. Siang tu ada kerja kat Melaka. Macam biasa kalau kerja kat Melaka aku memang balik hari je. Petang dalam pukul 4.30 macam tu dah sampai KL. Masih ada masa lagi untuk aku golek2 kat rumah dulu sebelum show start pukul 9 malam tu. Tak sempat nak golek2 pun.. walaupun show start pukul 9mlm dah lah haritu hari Jumaat.. berani kau nak keluar rumah lambat2?! alamatnya duduk dalam jammed lah kau. 

Itu pun aku keluar rumah awal jugak.. dah lah jammed, hujan plak tu.. mintak tolong Nizam hantarkan. Aku malas nak drive, nak cari parking satu hal.. dah lah aku sorang, terkonteng konteng nak cari parking macam siput. 


Masa sampai nasib baik tak start lagi. Tapi semua orang dah masuk dalam dewan.


Ready.. konsert dah nak start


Siti Nordiana.. best giler suara dia. Silakan dengar ;)

 Nampak dia sayup2 je seketul kat bawah tu.. janji dapat dengar clear suara dia yang awesome tu ;)

Nassier Wahab duet dengan Datuk Cat.. tak ingat lagu apa diorang nyanyi.

 Nizam Laksamana.. bukan Bang Nizam ai tau.. hihi

Ni tak ingat siapa.. gambar tak clear sebab dari jauh. Ni pun curi2 snap. Tau lah kat IB tu bukan boleh ambik gambar sembarangan.. diorang nampak ko pegang hp je nanti kena laser hijau.

Overall konsert ni memang ohsem. Suara masing2 memang meletop sangat. Nabil & Jihan memang best.. tergelak2 aku dalam dewan bila diorang bukak mulut bercakap.

Me & Kak Rozie.. Qu Puteh Qu Puteh.. baru lah Putehhh.. muahhhh hahahahahaa (versi DS Vida) ;P


Thanks Kak Rozie belanja i tengok Konsert Mega Gegar Vaganza... muahsetepek :)

Habis je konsert kitorang terus bla. Tak sanggup nak tunggu lama2 nak keluar dari dalam hall tu je dah berasak asak. Belum kat luar lagi.. jammed siot.

8 comments:

  1. Siti Nordiana memang punya suara mantop Zaza
    Pitching dia tinggi - kakak minat juga dia ni.

    ReplyDelete
  2. Best betul ni sis tgk live gegar vaganza perghhhhhhhh mesti rasa gamat kan tepukan satu dewan...syokkk

    ReplyDelete
  3. alahaiii..me is peminat siti nordiana..suara dia mmg power..tp kan, ms die jd penyanyi dl xsuke pun..sejak masuk gegar vaganza je br nmpk bakat dia..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah