Tuesday, March 28, 2017

LUNCH DATE DI SCRUMMY

Tahun 2010 ke 2011 ke 2012 tah aku tak ingat. Aku pernah makan kat sini. Masa tu baru-baru je lagi restoran ni buka. Masa tu Kedai ni bukan kat tempat sekarang.. Kedai dia bangunan opposite kedai sekarang. Kalau korang pernah pergi kedai ni, korang tau kat mana yang aku maksudkan. Dulu aku tau tempat ni pun sebab tengok JJCM kat TV3.

Itu sikit sejarah Restoran Scrummy ni ye adik-adik 😊


Baru-baru ni tekak terasa nak makan pasta. Puas memikir kat mana nak makan pasta yang zedap, menarik tapi dekat area KL & boleh santai-santai. Terus teringat Scrummy! Called Ewin ajak dia lunch sama-sama. Masa tu masing-masing ada hal masing-masing. Decided drive sendiri sendiri je senang jumpa kat sana terus.

Me & my partner in crime ☺️ tudung akak tu tak pernahnya tak senget.. Maklumlah akak baru 3 bulan berhijab πŸ˜‰


Selak je menu, aku dengan Ewin dah macam monyet kelaparan. Maklumlah lunch time kannn. Kalau boleh semua menu kitorang nak order. Nasib baik cepat sedar diri.. kalau tidakkkkkk πŸ˜‹


Chicken chop?  Kata mengidam pasta! apasal order chicken chop pulak? Saja je. Perut orang tengah kebulur memang macam tu. Semua benda nak.. derrrrrr 😜


Aglio Olio ke apa nama dia ni..akak dah lupa. Rasa dia spicy spicy sikit.. ada nama arab sikit.. tah lah tak ingat.


Dessert. Strawberry Orange Cake nama dia kalau tak silap & chocolate cookies (tak ada dalam gambar). Ada dessert lain yang memikat.. tapi takut nak order sebab dah kekenyangan
Kalau datang lepas pukul 5.30pm ada offer buy 1 free 1.

Beside dat, kalau korang nak buat small party ke, apa-apa reception ke  atau sewaktu dengannya, diorang ada offer buffet style. Ada min & max order depends on order & pax. Flyers dia aku dah buang.. kalau tidak boleh share dengan korang offer dia. Korang cek lah sendiri ye.. tak pun buat-buat pegi makan kat sana, lepas tu mintak flyers dia. Tak silap aku setiap bulan dia ada offer yang berbeza.

Selfie muka nampak setengah adalah satu kemestian.. supaya muka tak nampak besau macam tempayan.. hehehe

Sambil makan sambil borak.. sedar-sedar dah nak petang. Takut jalan jammed. Lebih baik bergerak cepat. Tau je lah Kolumpor ni kalau tak jammed tak sah. Lagi pun lepas makan aku nak pergi kedai kereta. Haritu masa tengah zedap zedap makan tiba-tiba alarm kereta aku berbunyi tak memasal. Semua dok pandang je kat kereta aku. Masa tu aku buat bodo je.. buat-buat  macam bukan kereta aku yang berbunyik.. hahahaha. Padahal cuak. Called Nizam tanya apa perlu aku buat. Dia suruh aku cabut punat apa tah kat dalam kereta tu. Mana lah aku tau punat apa. Puas godek-godek pastu picit-picit remote alarm, tiba-tiba dia senyap.. hahahaha. Gelabah giler. Last-last Nizam suruh aku pergi cek kat kedai tanya apa masalah alarm tu.


Alarm kereta ni memang selalu buat aku malu ditengah jalan. Dari sehari kesehari nak pergi cek kat kedai.. tapi aku malas nak pergi.. jauh nau sampai ke Danau Kota.. lagi lah aku malas. Kadang tengah drive tiba-tiba dia berbunyi.. gemersikkkk je bunyik dia.. kuat pulak tu.. kadang tu kalau dia tak buat suara gemersik, dia menjerit macam kereta giler. Sudahnya kereta yang kat  sebelah sebelah dok tengok kat aku.. bukan tengok kat kereta. Tak pasal je.. memalukan sangat. Nak je aku park ke tepi balik rumah jalan kaki.. baru padan muka aku.. hahahaha. Settled je tukar barang kat alarm kereta, elok pulak dia.. sampai harini dah tak memalukan aku lagi.

Ada yang terpikat nak pergi ke? kalau yang tak tau lagi kewujudan Restoran ni, korang boleh try pergi.


Address:
2, Jalan Suppiah Pillay, 3rd Mile Jalan Ipoh
51200 Kuala Lumpur
Landmark : Belakang/ sebelah HSBC


Open everyday : 10am - 10pm

6 comments:

  1. i tgk pun terliur..inshaAllah ada kesempatan blh try ni

    ReplyDelete
  2. terpikat dengan kek dia >,<

    btw tahniah penampilan baru. no worries, I pun sesenget jugak .ahhaha macam mana entah orang lain pakai cantik je

    ReplyDelete
  3. Kena repeat lagi ni makincik πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

    ReplyDelete
  4. Sedapnya nampak menu2 tu... tergoda!

    ReplyDelete
  5. I miss u kakak. I miss u food.. Sorry lama tak singgah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah