Monday, March 27, 2017

THAI FOOD FESTIVAL 2017 PUTRAJAYA

Korang sempat pergi ke? banyak kali aku menyalak kat Nizam ajak pergi Thai Food Festival kat Putrajaya haritu. Asal dah nak dekat date je, aku remind banyak kali kat telinga dia. Masa hari kitorang pergi haritu tak silap hari kedua ke ketiga tah tak ingat. Yang aku ingat haritu hari Ahad. Lepas attend wedding, pergi melawat orang sakit kejap kat hospital, terus chow ke Putrajaya. Hangkut sekali SIL & husband dia.

Sampai masa tu dah petang. Tak silap dalam pukul 5ish kot. Elok je baru lepas hujan lebat. Redah je hujan rebas sikit-sikit janji dapat puaskan hati aku yang nak makan makanan thai. Kalau tak berzikir kat telinga Bang Nizam sebelum ni, rasanya tak sampai agaknya aku kat tempat ni.. begitu dasar sangat perangai kau kannn!


Ingatkan ada Thai Foods je. Rupanya ada orang jual-jual baju, tudung, barang-barang gadget & tah apa lagi.. banyak lah. Sempat beli 2 helai. Tudung RM10 je buat belasahan. Semenjak dah bertudung ni, kalau boleh asek nak beli tudungggggg je memanjang. Itu biasakan pompuan bertudung??? Sila jawab soklan aku ni! 😜


Macam-macam makanan Kelantan makcik ni jual. Geram dengan makcik tu sangat nak makan nasi kerabu dia.. tapi akak terpaksa tetapkan iman dulu sebab banyak lagi stall yang nak disinggah.


Tak banyak gambar yang aku snap haritu. 1st sebab ramai na orang berasak-asak.. Nak snap gambar pun rasa tak selesa nak keluarkan camera. 2nd sebab macam malu je sikit-sikit nak ambik gambar. Nanti orang ingat akak ni pelancong asing pulak.. padahal diorang tak tau yang akak ni sebenarnya blogger sendu yang dah senja hehe. Lagi pun hari baru lepas hujan, aku ni dengan pakai jubah bagai nak meredah lecak jalan basak-basah tu.. leceh. Karang angkat jubah tinggi-tinggi orang kata apa pulak. Kepala bertutup, bawah terbukak. Sebenarnya ada bawa baju spare, tapi malas nak tukar. Dah nama pun baru balik dari kenduri kawin.. jubah pun jubah lah Jah.. janji Jah nampak seperti diva yang sedang berjalan di Thai Food Festival haritu.. Sangat!! (Hashtag : matakeatastangankatbaju)

Fateemah Roti & The Tarek.. ni menjadi perhatian juga kat sana. Sebab brader tu kemain berpusing-pusing badan tarik teh. Teh yang dia guna tu Thai Tea yang macam kat boat boodle. Macam menarik je bila nampak buih-buih teh tu.



Must have!! Aku memang suka makan pulut mangga. Pastu mulalah badan aku berangin.. hehehe. Tak kisah beratur panjang pun. Aku tetap beratur. Kau tengok mangga yang bergayut tu.. biadap kan?!



Punya panjang beratur beli 1 je. Sekali Nizam sound. “Beli lah lagi satu”.. terus potong Q orang depan.. haha. Ye lah kau kan bawak kakak ipar kau ngan laki dia.. takkan beli 1 je Jah oiiii.. fikir tekak kau je kan! (cakap kat diri sendiri) hehehe.


Churros pun ada juga. Tah mana datangnya Thai kat churros ni aku tak tau lah. Yang pastinya churros & dip dia tazedap. Zedap lagi Street Churros.


Ni pun 1 of the top juga kat sana. Roti kale kale. Taste dia sama je macam roti kosong. Cuma kaler tu je buat perhatian orang ramai.


Banyak stok roti dia. Geram tengok kale kale rainbow. Harga roti kosong ni tak silap 3 bungkus (kosong) RM10. Aku beli 2 bungkus RM10. 1 bungkus spread, 1 bungkus lagi kosong.



Last but not least, . Stall tomyam. Lepas tu koser dah aku nak ambik gambar. Dia masak tomyam sekawah macam tu. Sebelah tu kuah mee udang kot.


Kuah tomyam nampak je cair.. tapi rasa dia memang zedap.

Puas dapat makan tomyam pure thai mari, pulut manga, roti kaler-kaler & etc. Ada few makanan yang aku tak sempat beli & makan sebab malas nak beratur panjang. Yang aiskrim dok dalam kelapa ke apatah pun nama dia tak dapat beli.. aku tau pun sebab nampak gambar yang korang meriak haritu. Yang dah beli pun rasa macam tak termakan. Lagi banyak nampak makanan, lagi banyak nak membeli. Lebih baik aku tahan napsu cepat-cepat.. karang beli macam-macam semua tak habis bazir je.

Cuma 1 je nak request kat event management. Kalau boleh perbanyakkan kosi meja. Haritu diorang sediakan ciput je kosi meja untuk orang makan. Gerai kemain banyak. Takkan nak suruh orang makan secara buffet berjemaah pulak. hehehe. 

Tahun depan kalau ada lagi Thai Food Festival, aku nak pergi perabih lagi kat sana ;) 

4 comments:

  1. Sy pernah thai food kat melaka. Membeli aje. Sanggup dr kl ke melaka. Wehuu

    ReplyDelete
  2. Mcm seronok je gayanya Zaza..... hari tu sempat jumpa Thai Food festival ni kat Nilai 3, tp mcm tak best jer. Tak beli apa pun.
    Hihi.... janji diva weyh!

    Okje

    ReplyDelete
  3. Pulut Mangga tu wajib makan sebab suka!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah