Semalam restock barang blended lagi. Macam biasa port beli
kat Pasar TTDI. Kat sana je yang aku selesa untuk membeli. Siapa-siapa yang
ketinggalan cerita pasal barang blended, sila baca kat LINK ni ye. Jangan malas
malas baca.. lepas ni kalau ada soalan pasal barang blended yang aku beli, anda tidak akan dilayan *sodiva* π
Aku pergi dengan Ewin. Settled shopping kat pasar, terus ke
Humble Chef beli lunch untuk Fiya sebab lepas tu kitorang ambik dia kat
sekolah. Ewin marah aku kenapa lepas dah beli lunch kat Humble Chef baru aku
bagitau nak makan kat The Bread Shop.. hehe macam biasa, aku senyum je macam
kerang busuk. Dan dan tu dia ajak hi tea kat sana. Yang tak menahan tu, dah lah
dah beli carbonara kat Humble Chef untuk lunch, tiba tiba dia ajak makan ikan
bakar pulak.. hmmm apa lagi.. terus aku konar ke kedai ikan bakar Tan Ling.
Mula-mula dia ajak pergi ikan bakar kat Bellamy tu. Aku cakap aku suka lagi
ikan bakar kat Tan Ling tu sebab air asam dia biadap punya sedap. Tiga hari
tiga malam bau air asam melakat kat tangan.. hahahaha.
Settled lunch kat ikan bakar, terus balik rumah. Ingat bila
dah sampai rumah, dah baring baring, dah berak, memang dah malas nak keluar
balik. Rupanya tidak ye. Ewin dah menyalak ajak keluar jugak pegi makan kat The
Bread Shop tu. Biadap budak itu.. hahaha π
So, tajuk blog kali ni “kedai roti” kenapa panjang sangat tazkirah permulaan cerita kau Jah? Saja je tulis panjang-panjang. Lain kali kalau aku
baca balik entry ni aku boleh ingat apa aktiviti aku dalam satu hari. Nampak tak? Blog sendiri, tulis sendiri, baca sendiri.. hahahahaha.
Kesian!
Dalam pukul 3ish jugak keluar rumah. Kemain panas cuaca semalam .. rasa terbakar bontot masa duduk kat seat kereta.
Bila dah sampai tu mula rambang mata. Tak tau mana satu nak pilih. Padahal baru lepas melantak nasik.. jahat betul napsu kau kannn.. semua nampak semua kau nak.
Semua sedap-sedap kan? Masuk je The Bread Shop tu terus
kembang-kembang hidung aku bau ghoti. Zedapnya yahampunnnn π Especially Scone dia tu. Banyak review kata plain &
raisin scone kat sini sedap. Plus jem & cream dia.
Mostly dua gambar kat atas ni benda yang sama je.. Cuma ada
tambahan salad je disitu.. saja letak dua gambar supaya nampak macam kitorang
makan banyak π
Disebabkan ada few choices kat sini, masa tengah makan tu
kitorang sempat tapao bawak balik. Yang makan pun tak habis lagi, kau tapao
pulak Jah? Dasar tamak kan!! Bukan apa, masa kitorang sampai tu tak ramai
sangat orang datang.. masa tengah syok-syok makan, tiba-tiba ramai pulak
manusia datang masuk. Sebenarnya perangai tamak nak tapao tu bukan aku, Itu
perangai Ewin.. hahaha.“Za, sebelum habis, lebih baik aku tapao
siap-siap.. karang habis” ko tengok perangai dia π
Fiya. Muka baru bangun tidur.
Ini budak sangat pandai bodek. Kadang kalau aku tengah drive atau duduk-duduk borak dengan mak dia, tiba-tiba muahhhh setepek singgah kat pipi aku. Pastu peluk sambil cakap “sayanggggg Mummy Zaza” Pang baru tau π π
Ini budak sangat pandai bodek. Kadang kalau aku tengah drive atau duduk-duduk borak dengan mak dia, tiba-tiba muahhhh setepek singgah kat pipi aku. Pastu peluk sambil cakap “sayanggggg Mummy Zaza” Pang baru tau π π
Ini budak yang tamak tu π±
Ewin tanya aku “kenapa kau ambik gambar muka kau nampak setengah je?”
Aku terus jawab “sebab aku tak nak nampak muka aku tembam. Kalau selfie macam ni muka aku kat depan memang akan nampak besar macam pinggan”
hahahaha.
Habis makan sempat membusybody. Aku saja tanya.. kalau
roti-roti ni tak habis, diorang buat apa. That guy cakap diorang akan sedekah
kat rumah-rumah anak yatim. Alhamdulillah. Sejuk perut Kak Zaza mengandung bila
dengar.. hahahaha.
Apasal? dah terliur tengok ghoti kat sini? Kalau korang dah ada kat area Damansara heights, waze je The Bread Shop.
Address:
The Bread Shop
11 Jalan Setiakasih 5, Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Tel: 03-2093-8734
Open Mondays-Fridays: 8am - 7:30pm;
Saturdays: 8am - 5pm.
Closed Sun.
terbaik cerpen kau ni za ⭐⭐⭐⭐⭐...eh knp kau tak cite psl mamat motor yg berdancing depan kite πππ mamat tu paling win dlm cite niπ
ReplyDeleteHahaha aku lupa lah. Tp mamat tu mmg menghiburkan sangat kannn π
DeleteHahaha aku lupa lah. Tp mamat tu mmg menghiburkan sangat kannn π
Delete