Tuesday, September 10, 2019

Game Liga Lestari Junior FC ⚽

Tajuk tu nama club yang Danish main bola. Start dari 24 August haritu game “besar” dia start sampai bulan November nanti. Haritu dalam meeting parents dengan club, Coach dah pesan “Parents, kena korbankan sikit lah weekend ya... kalau ada wedding ke kalau boleh skip, tolong skip” amboi keras betul amaran coach hahaha. Mana taknya, kalau Sabtu game, Ahad training. Kalau Ahad game, Sabtu training. Fuhhh berkicap!


So, start August sampai November nanti siapa yang nak jemput akak untuk undangan menyanyi di majlis-majlis orang kawin ke.. akak mintak maaf ya... akak terpaksa tolak.. muahahahaha verangan la kau Jah!!!

Setakat entry ni ditulis, dah jalan tiga game dah untuk tiga minggu berturut-turut. Alhamdulillah tiga-tiga game tu Lestari Junior FC (LJFC) leading sokmo. Nak kabo panjang lebar, I tak reti sangat pasal point ke, apa ke pasal bola. Bila dengar kata LJFC leading, means setakat ni diorang menang la (kot).. hahaha tak guna punya mak! Apa pun tak reti πŸ€­πŸ˜‚


Haritu ada ambik video. Kebetulan terakam pulak masa Danish score..  Masa ni minggu kedua.. terus mak kau jerit terpekik telolong. Cehh mak kau macam reti sangat hal-hal bola ni. Eleh, janji nampak Danish yang masukkan bola dalam jaring tu kira score lah tu πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚



Nasib ada video bukti dia score 1 biji. Ada la bukti tertanam kat blog ni hehe. Minggu ketiga pun dia ada score sebijik.. Tapi tak sempat record.. Huhu. 




Eh, chop!! Rasa macam tak caya ke game bola ni sampai 3 bulan? Tak caya sudah.. nama kau dollah 😜 Kalau rasa tak nak percaya, kau bodoh lah nyah. Lain kali kalau nak kesohehan, meh datang tengok sendiri kat padang. Baru tau rentung tak rentung!







Danish pakai jessy nombor 9. Yang gelap hitam rentung macam anak Rajgopal tu dia lah tu πŸ˜‚πŸ˜… mana tak golap budak tu.. every week main 2 game. First game start pagi dalam pukul 8.30am kadang 10.30am... lepas tu break 2 jam. Sambung second game pulak pukul 2.30pm sampai habis.

I pun baru nak cerah sikit. Sunburn balik dari Bali haritu pun tak habis lagi, sambung pulak berjemur kat padang. Tak apa lah mak.. yang penting semangat mak bagi sokongan kat anak tu. Baru lah dia nak main pun bersemangat bila Nampak Babah, Mummy & Khairine ada kat luar padang 😊



Abang Top Striker & his Sister. Danish lagi tinggi melangit dari Khairine dah sekarang. Ramai yang terkejut tengok dua beradik ni masa i post gambar kat IG 😁 Danish dah sama tinggi dengan NJ. Khairine pulak dah sama tinggi dengan i. Bila jalan 4 beranak dah macam bff pulak 🀦🏻‍♀️


Mana tak emo... Asal bola nak dekat dengan tiang gol je i dah terjerit jerit πŸ˜‚πŸ˜‚



Dalam video ni apak dia pulak terlajak emo tengok anak dia dalam padang πŸ™ˆπŸ˜‚


First week with Amy. Kitorang lah Mommies yang gigih tiap-tiap minggu jadi pompom girl kat tepi padang πŸŽŠπŸ™‹πŸ»‍♀️πŸ˜‚

Amy my old friend masa sekolah kat Ampang Road Girl School dulu. Anak Amy pun main dalam liga yang sama jugak dengan Danish. Cuma Mikhail in Jasmine FC. Minggu kedua haritu LJFC lawan Jasmine FC. Alhamdulillah LJFC lead 1-0. Apa-apa pun.. LJFC ke Jasmine FC ke diorang tetap hebat kat padang. proud of you boys! Wow pandainya Mummy bercerita pasal bola!! Hahaha. Sikit-sikit boleh lah nok. Ni pun ulang balik apa orang cakap… pastu cerita kat sini muahahaha. 


Second week. Apak dia tak keruan kat hujung sana tu πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Minggu ketiga ni gigih lagi ikut berkampung kat padang RRI Sungai Buloh tapi NJ tak dapat ikut sekali.  Maklumlah Doctor IT kann. So untuk minggu ketiga ni mommy dengan Khairine je datang support Danish kat padang.


Break 2 hours menunggu second game start, three weeks in a row I lari (bukan lari, naik kereta) pergi makan laksa kat area jalan nak ke Kampung Melayu Subang ke apa tah panggil tempat tu. Sedap giler laksa dia. Kat situ tengahari rembang orang dah start berniaga. Tempat macam kat pasar malam je tapi versi siang hari. Apo ayat kau ni Noriza??? 🀦🏻‍♀️πŸ˜‚


Habis makan laksa sedap, sambung lepak tepi padang jadi pompom mom sampai game habis.





4 comments:

  1. Bestnya...suka kalau dapat luangkan masa untuk anak walau terpaksa merentung bersama...apa ada hal kan..well..knowing my daughter Dania kalau bersukan atau apa jer aktiviti kat sekolah dia x suka i datang...ntah apa pesen ntah...so verangan je la i nak jadi pom pom girl

    ReplyDelete
  2. Yelah dah tinggi memasing ... kejap je masa berlalu ye Zaza, dulu masa kenal kenal masih kecik e diaorang ni. Rupanya dah lama kita melayan blog ni hihi... Aduhhhh tua sudah ! Boleh tahan ke weekend duk padang bola je tu hahhaha

    ReplyDelete
  3. wah jadi abang striker.. pasni boleh masuk national team lah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah