Wednesday, September 11, 2019

Kuta Suci Beach Hotel, Bali

Day 2.

Bagi yang tak tau lagi kenapa I pergi bali berdua-duan berhani hanimun dengan NJ kat sana haritu,  meh sini nak cerita.. sebenarnya NJ dah beli flight ticket untuk kitorang empat beranak. Memang masing-masing dah excited dan menghitung hari nak holiday ke Bali. Especially Khairine. Dia lah manusia yang paling gumbira sekali. Sebab dia pun macam mak dia jugak suka ambik ambik gambar πŸ“Έ

Hujung-hujung, bulan July haritu tup tup cikgu bagitau date trial PT3 start on 5 August. Dah lah date 5 August tu date hari yang sepatutnya kitorang bertolak dari Bali balik KL. Damn!!! Dah terbayang muka Khairine & Danish... macam mana dengan ticket flight diorang? Hmmmm. Bincang punya bincang, apak dia cakap tak apa lah.. terpaksa korbankan ticket diorang. I ni kalau kata suruh korban ticket tak apa nok!! yang I terpaksa korbankan tu semangat & harapan budak dua orang ni. Kesian sangat… haritu dari hari nak pergi sampai dalam flight i menahan airmata teringatkan budak dua orang ni tak dapat pergi sama-sama ☹ #MakIsEmotional



Tulah cerita sebenarnya kalau nak tau.. sampai sana lupa kejap anak... hahaha

Untuk entry ni i nak cerita pasal tempat kitorang stay. Tak tau la apa nama sebenar tempat ni. Bila i google, ada keluar nama Kuta Suci Guest House. Kat Website nama dia Kuta Suci Beach Hotel Kuta. Dua-dua bila i selidik tengok sama je gambar-gambar yang ada dalam Google pun.. Pening akak! atau korang boleh refer kat WEBSITE dia ni.


Kitorang stay dekat sini 4D3N. Hotel ni 2 Star je. For me dah cukup ok dah untuk i dengan NJ. Plus kitorang jarang la stay kat hotel yang mahal-marah up to RM500 kalau travel. Bukan duduk dalam bilik sangat pun. Keluar pagi, balik malam. Cukup sekadar ada tempat tidur, nak mandi berak kencing dah cukup. Yang penting i suka kalau water pressure kat dalam toilet tu kuat. Puas mandi pancut pancut πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

View depan hotel waktu malam

Oh sebenarnya this is our second-choice hotel. Mula-mula masa sebelum tau budak-budak tak dapat ikut, I dah book Hotel The Flora Kuta. Cancel Flora Kuta tu, terus book Kuta Suci ni. Kenapa I pilih Kuta Suci? Sebab NJ kata dia nak location yang dekat dengan Kuta Beach. So Kuta Suci ni 500-meter je walking ke Kuta Beach dan dekat dengan segala-galanya. kalau tak caya pergi baca kat tripadvisor.

Ada yang tanya.. kenapa tak ambik villa? jawapan i... kalau budak-budak  ada ikut haritu, kemungkinan i memang i akan ambik villa. Baru lah selesa macam duduk kat rumah and also ada private pool kat dalam villa seronok lah kitorang anak beranak berendam.



Depan je dengan hotel ni banyak street shop yang macam dalam gambar ni. Kat sini ramai yang jual bag rotan yang tengah viral sekarang ni. Geram tengok cantik-cantik. Macam-macam pesen ada. Rasa nak beli semua... amboi tamak!!









Actually Kuta Suci Guest House ni kat kuta street je. Kira main road.. jalan memang busy sokmo sebab sini lah laluan orang nak ke Kuta Beach, Hard Rock & ada town yang best sikit lah kat depan tu. Bila malam pun bising sikit dengar kenderaan lalu lalang. 

Malam pertama (bukan 'malam pertama' yang gitu gitu ye! mentang-mentang perg berdua-duan.. πŸ™ˆπŸ˜œπŸ˜‚) tidur rasa memang tak boleh terima kenyataan sebab bising. I cakap kat NJ.. nyesal la ambik hotel ni.. bising tak boleh tidur. NJ biasalah.. malas nak layan perangai kekwat bini dia.. ada je tak kena. Sampai hati tak layan!πŸ™…πŸ˜‚ tapi bila badan dah penat, lantak lah kau nak bising ke apa. Malam kedua pulak NJ kata dia dengar ada matsaleh mabuk macam bergaduh depan bilik.. pagi-pagi buta tah pukul berapa. Dat time i tak sedar.. Pun lantak lah kau situ πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…


Pastu pagi hari kedua ke ketiga tak ingat... dat time pak supir janji nak ambik kitorang dalam pukul 10am.. pukul 7am+ tiba-tiba I terjaga dengar bunyi bising kat bawah. Suara budak laki memekak dok terjerit-jerit. Tension giler weh. Dekat sejam jugak la. Terus mata tak boleh nak lelap balik. Ikutkan hati panas aku ni, nak je aku jeritkan dari atas.. HOIIII BUDAK-BUDAK APA MEMEKAK PAGI-PAGI BUTA NI?! Hahaha verani ke Jah? Tempat orang nak marah anak orang sesuka hati πŸ˜›πŸ˜„ Bila dah lamaaaa sikit tu baru I macam teringat.. laaaa patut la budak2 tu memekak... I ingatkan dia dok bergurau kat lobi depan reception tu tanpa pengawasan makbapak diorang.. rupanya!!! kat bawah tu kan swimming pool yang sekangkang kera je… hahahahaha. Patutlah bising semacam. Nasib baik tak redah je gi marah anak orang πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚



Nila nila nila swimming pool yang sekangkang kera tu!!! πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚



Dia kecik tapi dia cool. Siap ada beanbag lagi 😍😎


View dari atas. Hotel ni macam rumah banglo dua tingkat je.

Bangunan kat Bali kan tak boleh lebih dari 4 tingkat... atau tak boleh melebihi ketinggian patung-patung budha yang besar-besar. Kalau korang perasan kat sana memang tak ada bangunan yang tinggi mencakar langit. Maximum paling tinggi 4 tingkat je. 

Meh i tunjuk bilik pulak.


Tingkat bawah ni reception, depan reception tu ada pool, cafe, tempat duduk untuk breakfast. Lepas tu bilik semua naik tangga ni ke atas.





Selalunya belah malam kitorang selalu sampai kat hotel sebelum pukul 10pm, kitorang suka merayap kat Kuta Street punya area. Banyak kedai belum tutup.



Pergi mana-mana mesti nak cari Converse. Kebetulan pulak butik converse ni next few door je dengan Kuta Suci.


Kedai Everything Rp100,000







Untuk hotel ni i puas hati stay kat sini. Cuma, kalau korang nak pakai iron, korang kena pakai rebut-rebut. Sebab iron dia ada satu je. Haritu i nak pakai, i turun mintak.. pastu dia bagi ayat mati kat i "Maaf, penggosoknya udah ada guest lain yang pakai" kau rasa kau nak menggosok pakai apa time tu? letak bawah bantal? tilam? supaya baju tu boleh hilang kedut dengan sendiri????? Pastu jangan lupa bawak sekali Micro USB Travel Charger (USB Port At The Side atau sewaktu dengannya. Sebab plug diorang tak sama macam plug kat Malaysia. Tahap kebersihan, ok... tak kotor. Kalau ada yang nak stay kat sini, i boleh kata recommended juga.

Ok till we meet again. Acually, i dah skip cerita kat Tanah Lot. Malas betul nak buat. Banyak sangat gambar. Letih mak nak susun.

5 comments:

  1. Alahai siannya budak dua tu.... tak pe lepas PT3 NJ boleh booking flight lagi ek. Cantiklah Zaza tempat dia. Memang selesalah kalau nak berhani maun hahhaha. Kalau dah katanya recommended by Kak Zaza, bolehlah reserved tepat ni kalau nak ke Bali tapi entah bilalah nak sampai Bali,tunggu padi masak dululah hahhaha

    ReplyDelete
  2. Nampaknya kena la Zaza ngan Nizam plan lain untuk yang berdua tu....ke kena repeat Bali gak since Khairine suka kat sini kan...hotel tu ok la..asalkan boleh tido, berak kencing macam yng u cakap tu..

    ReplyDelete
  3. ala siannya xdpt pergi khanish tu. acah acah honeymoon pun boleh kak. btw, swimming pool sekakakng kera tu cantik kak.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah