Walaupun Khairine & Danish dah membesar bagai johan, tapi Mummy & Babah masih lagi teruja untuk buat preparation skolah untuk uolls. Khairine dah nak masuk standard 3, Danish pulak nak masuk standard 2.. errrrgghhh masing2 dah 8 & 9 tahun lah..
Rabu lepas, otw balik dari PD Nizam mmg dah plan nak terus ke Meru, Klang, nak beli barang2 sekolah Kiddies. Barang2 persekolahan mmg murah kat Klang, dah 2 tahun berturut2 mmg shopping barang skolah kiddies kat sana. Memandangkan keterujaan aku nak beli baju, bag, kasut, socks & etc (kecuali stationeries sebab stationeries akan dibeli kat tempat lain), terlupa pulak nak snap gambar kiddies masa tengah bershopping tu :(
Sebagai perjanjian nak beli stationeries, malam tadi Nizam ajak ke Mydin Subang, kat sana mmg banyak pilihan untuk nak beli barang stationeries, cuma kualiti ada yg kureng sket & ada jugak yg kualiti yang ok itu pun depend on brand sesuatu alat tulis tu..
Tinggal nak beli buku skolah je pulak.. Buku2 skolah nnt masa hari buka skolah baru beli, sebab kiddies pun bukan nak masuk darjah 1 pun, so experience beli buku2 skolah tu dah ada so tak lah kelam kabut sangat kot.. InsyaAllah...
Beli barang yang sama, tapi color je lain sebab yang adik biru tapi kalau tak ada biru, adik akan ambik je apa2 color selain pink, yang kakak pulak color pink.. semua dari pilihan sendiri, mummy just advice je untuk uolls, janji uolls puas hati dengan pilihan uolls hokayyyy.
Lepas dah pilih barang2 stationeries kat tingkat atas, moh ler kita turun ke bawah nak beli brg dapur pulak. Dah nama pun budak2, bila dah masuk supermarket tu mmg rambang mata dorang, mcm2 nak dihangkutnya masuk dlm trolly (bak kata Danish Trolly tu Tlori) hahahahaha apa2 je lah adik..
Selesai je beli barangan skul & barang dapur, kiddies sibuk nak makan pizza pulak.. Ok jom! memandangkan time tu kitorang ada kat area Subang, so Pizza Hut Taipan menjadi pilihan utk bawak kiddies makan.
semua dah kenyang, jom balikkkkkk.