Sabtu lepas baru lah berpeluang berbuka puasa dengan family Nizam.. semua adik beradik, anak buah, cucu cicit ada berlonggok rumah atok diorang petang tu.
Kemain meriah dengan makanan.. lauk je dah dekat penuh serumah.. haha
Biasanya Along (kakak Nizam) akan masak macam2 bila dalam keadaan macam tu.
Segala macam mak nenek lauk pauk, kuih muih, air semua ada..
Yang bestnya homemade ok, bukan beli2 kat param punya.
Kakak Nizam tu kalau nak makan kuih sebijik je pun dia sanggup buat sendiri daripada beli tak tentu arah kat luar sana. Best kan orang yang pandai memasak tu.. cakap je nak makan apa, semua boleh buat sendiri je huhu.
pendek kata, apa dia masak semua sodap hingga menjilat kuali.. hahahahaa tipu sangat..
Kak Ngah (biras iolls) bawak lauk ketam cili, kuih, entah apa lah lagi aku pun dah tak ingat.
Bila tang aku!!!!! hahahahha ko ingat aku tak bawak apa2 ke???
sorry eh.. jangan pandang aku sebelah mata tau!! *cegir mata sambil cekak pinggang*
haritu aku bawak lauk pajeri nenas.. panas2 lagi baru masak okeh, caya tak??? tak caya???
hahahhahaa puiii.. Ok mohon jangan percaya, sebenarnya lauk itu bukan aku yang masak, itu mak aku yang masak!! hahaha cerita nak gempak je.. lempang tujuhkali tahu lah kau!! :D
Lepas tu sebelum sampai pulak, Nizam singgah param kejap, pi beli kuih sikit..
memang betul2 sikit je pun Nizam beli.. nak tahu apa? Kuih samosa empat ketui sahaja.. hahaha
hebat kan kamiorang?? tak payah susah2 kan diri memasak.. beli & mintak tolong emak aku masak kan ajos.. giler pemalas hihihi
Bukan apa, takut banyak2 karang tak habis, memang dah tahu sangat kalau makan2 yang melibatkan Along, memang makanan penuh serumah punya. So jangan nak bazir sangat hehe
Malam tu lepas berbuka puasa, kami yang pompuan2 gi merayap ke Jalan TAR.
Hamboiiiii hamboiiii hamboiiii ramainya manusia malam tu.
Lagi2 malam minggu kannn memang lah ramai orang. Sesak napas aku dok berhimpit2.. lemassssss. Kalau korang nak rasa pengalaman berhimpit2 macam nasi himpit kat sana, dipersilakan pergi.. hehe
Ok dah, ini dah lari tajuk.. meh aku cerita pasal semalam.
Semalam gi berbuka di Aroma Ikan Bakar, Jeram kat Kuala Selangor sana.
Kawan Nizam dah siap2 booking tempat.. nak belanja katanya..
bertuah badan rejeki dibulan ramadhan orang nak belanja berbuka puasa.. Alhamdulillah hehe
Pukul 6pm dah siap2 terpacak kat sana. Lepak tepi laut jap tengok sunset sebelum azan maghrib.
View petang semalam sebelum berbuka.
Melayan perut yang dah memanggil2 tak sabar nak makan seafood hehe
Sunset.. tantikk angat..
Ok moh lah kita ke dalam standby dok kat meja.
Chopppp!!! korang mesti rasa aku akan buat tayangan gambar makanan apa yang kamiorang makan semalam kan?? hahahhahaa
Mahap mahap. Aku tak mo buat tayangan disini harini.. lagi2 bulan puasa gini.
Takut karang bukan korang yang terliyor, silap2 aku yang menjejeh-jejeh ayerliyor dibuatnya makruh plak puasa terus jadi batal hahaha. Korang gi lah tengok kat blog orang lain eh gambar2 makanan tu.. hehe
klah itu je nak cerita. Bulan2 puasa ni family kami tak banyak outing macam selalu.. dok rumah je. Kalau hari2 biasa ada je tempat nak merayap.. hehe.. kbai =)