Friday, March 29, 2013

Bercerita Pasal STALKER

Thank you coz being my STALKER... 
Another evidence spotted. hahahhahah kantoii sudah!!!
Masih 'panas' lagi bukti yang aku dapat pagi tadi..

Aku ni bukan lah nak perasan jadi seorang artis/ public figure/ orang cantik2/ orang pemes2.
Memang TIDAK sama sekali!!! 
apa yang aku nak maksudkan disini, STALKER aku ni mungkin cuma nak tahu lifestyle aku je kot??!! 
Motip??? entah aku pun tak tahu.. 

Opppss mahap yer.. sebenarnya tiba2 rasa macam nak share je cerita pasal STALKER.
Menarik ke jadi stalker ni?? apa yang ko boleh dapat kalau ko STALK aku???
hurmmm lantak kau lah dik non..

Bila aku kaji selidik, rupa2nya macam2 cara ko dah buat kannn??
untuk mengaburi mata aku, ko add semua kawan2 sekolah aku kat FB & Twitter... untuk senang aku approved ko nanti.. konon2 macam ko tu dulu pernah bersekolah sama dengan aku.
Nak kaburkan mata aku lagi, ko letak DOB ko tu bawah setahun dari aku, supaya aku percaya yang ko tu junior aku masa kat Sekolah Ampang Girl dulu... perrghh SMART STALKER!!!



Macamana aku boleh tahu dia stalk aku?? 
hurrmm mintak mahap lah sekali lagi yer tuan2 & puan2.. aku tak nak lah tunjukkan bukti2 yang aku dah dapat spot. Nanti nampak macam aku nak mengaibkan dia.. karang malu pulak dia seumur hidup.. tapi bukti2 tu masih ada lagi aku simpan untuk buat tukun. kikiki :D

Lagi pun sebelum aku membuktikan dia adalah stalker, aku dah investigate awal2 okeh!!! 
jangan ingat aku nak menuduh memkinzir buta sajok.. so prove tu memang boleh digunapakai, memang betul hasil investigation aku tu membuktikan yang dia adalah seorang stalker.
*Akak pun nak jadi SMART macam awak jugak yer PUAN STALKER.. harap maklum.*

Kenapa awak tak bersikap jujur pada diri sendiri je??
atau kalau betul2 nak berkawan ngan aku, gentle lah!!
tak payah jadi stalker2 ni.. nyusahkan diri kau je dik.. 

Tak apalah dik non, sampai bila awak nak stalk aku pun aku tak pasti..
ko rasa nak teruskan amalan ko tu, ko teruskan je lah.. jangan sampai mendatangkan dosa sudehhhhh 
dan jangan pulak ko buat benda tak baik pada aku.
aku tak kacau hidup ko, ko jangan kacau hidup aku yerr. PEACE NO WAR :p

Hishhh kalau ikutkan, lagi panjang aku nak ceritakan kat entry ni, tapi sebelum aku bercerita panjang pasal stalker yang sorang ni, lebih baik aku stop. Karang tak pasal2 keluar semua bahan bukti, terus mengaibkan ko pulak... ohhh no!! mintak dijauhkan... 
Read More

Thursday, March 28, 2013

Kita Pun Dah Ada KEEK

Wow sekarang fenomena KEEK pulak... 
kalau tidak, fb, twitter, Instagram (IG) bagai..

Semalam aku dah download KEEK.
Aku pun nak juga ada account KEEK.. ngeee 
tak nak ketinggalan zaman katanyerr.. *hok aloh ada orang lain kesoh kew??* huahuahua :D

Yeayy berjaya register :D

KEEK @ZazaNizam

W/pun kejap je time duration untuk buat KEEK, tapi best.. fun sangat.. 
setakat ni aku tak menunjukkan muka aku yang tak berapa nak comey ni kat dalam KEEK.. *malew sangat* 
hanya kedengaran suara ku yang sengau ni sajok.. ngihngihngih :D
Read More

Wednesday, March 27, 2013

Fun Fair Kelas Atasan

Hi..  aku ni tak abes2 lagi nak bercerita pasal i-city... tolong lah jangan meluat yer uolls.. heeee =) tak der lah.. saja je nak share pendapat & pengalaman sebenarnya. Kata Sharing is Loving kannn =)

Sekarang makin meriah dengan lampu2 & mainan kat sekeliling sana.. Semakin cantik pulak lampu neon  kat i-city *cewahhayatskemodowh*. Sekarang kat dalam tempat lampu2 tu dah ada mainan yang macam kat genting tau.. lampu2 pun dah banyak yang menarik.

 Danish & Khairine dah majok time ni sebab bapak dia tak bagi diorang main permainan yang hado kt situ.. tapi ko tunggu yer.. kejap lagi muka dorang akan manisssssss balik. Ggrrr.

 Nampak tak 2-2 orang muka senyum tak ikhlas??? 
nasib baik kat public, dekat rumah kaluuuu.. mak ko dah jadi tarzan!!

Nizam cuba untuk pujuk dorang time ni.. tapi muka tetapppp masam!! majok kononnya.. huh rotan baru tahu!!

 Time ni dorang berdua tengah berkomplot.. bisik2 each other. Macam lah Mummy tak nampak kannn??!! mesti tengah cari jalan macam mana nak pujuk Mummy & Babah supaya dorang dapat juga main buayan pusing2 tu kikiki.

Eh chopp!!! nampak tak rail keretapi dekat atas kepala dorang tu?? (gambar atas ni) haaaaa keretapi tu lah RM10 kalau ko nak naik.. murah ke mahal?? kesian wehh kat anak2 aku.. helok2 tengah beratur panjang nak naik, sekali tak jadi.. sebab duit dalam smartcard tak cukup.. tu yang dapat main bumper car je.. =(

PROTESSSSSS.. senyum tak ikhlas.. majok katanyer!! Grrrr geram je mak ko nengok.. 

majok lah korang.. yang penting Mummy & Babah nak posing juga.. hehehe

Dapat jugak akhirnya.. 

Nahhhh habuan..

hasil dari merajok kononnya tadi, bapak ko lebur kan lagi duit RM20 topup smartcard untuk korang main mainan ni.. gud job anak2.. hahahaha. kalau selalu majok macam nih, boleh botak kepala Babah korang.


Time ni dah nak balik dah..  muka ata sinyummm.. derrrr 

 sebelum balik.. kasi amek gambar dulu ngan natang ni.. ;)

Sebelum balik lagi, kasi bayar parking dulu.. tu diaaaaa namblashengget.. sekian terima kasihhh :D

Cukup sampai disini cerita aku ke i-city. Tak tau lagi zaman bila nak jejak ke sana buat kali ke tiga, empat, lima.. Water world i-city?? hurmmm tak masuk pun tak apa lah. 
Read More

Tuesday, March 26, 2013

Trick Art Museum, I-City - BEST

Lepas dah main sejuk2 dalam SNOWALK, moh action-action dalam Trick Art Museum pulak.. selalu tengok gambar kawan2 je yang dah jejak ke situ, hari tu turn aku & family pulak main action2 amek gambar trick.. heeee manyak syiok =)


Jemput masuk :p

Masuk je museum ni macam teruja sepanjang hari.. lukisan kat dalam tu kalau tengok dari mata kasar, memang ko tak nampak hasil kesenian dia tapi kalau dah snap gambar baru lah boleh kata wahhhhh macam real lahhhhh.. tahap begitu sekali keterujaan aku kat dalam tu LoL!

Anak2 aku pulak jangan cakap lah.. memang tak reti.. rasa nak sekeh je. Hasil dari kepandaian art mak ko ni lah, mak ko buat demo disitu suruh dorang posing ikut pesen gambar.. hehe *tak kejam kan??* ;P

Nah tepek gambar sikit2 je kat sini, selebihnya gambar ku dah humban masuk kat fb, sapa yang friend dengan aku kat fb, sila rujok disana.. ngeeee

Bapak ko jadi mangsa jadi cameraman.. kikiki 
sorry Bie, nanti I tolong amek gambar you pulek okeh!! *gimmefive* yeahh ;D

Fuyyooooo tu dia!! gagah bukan???!!!! tepanjat kita.. tapi mcm tak real
sebab kedudukan kaki you tak tepat pada tempat yang sepatutnya Bie.. kikiki

Ok jom pegi ke tingkat atas pulak.. kat atas lagi banyak Arts yang dilukis. Tengok orang2 yang tengah sakan bergambar kat situ kemain bermacam2 cara dorang menggayakan ikut gambar yang hado... lawaks betui :p

 muka tak cuak langsung tengok burung besor.. tipu sangat ;P

nak fuyyoooo lagi sekali.. hahahhaha
kemain gagah kononnya nak tumbok burung tu.. derrrr 

 My super heros

Angels



Ok dah lah tu.. last kasi tengok gambar ni yang memang dia suruh ko perposing kat situ.. nanti kat pintu keluar, ada lah gambar2 ko yang dia snap tadi. Sama ada nak beli ke tidak, terpulang. Aku beli 2 keping RM25 kot.. ehhh entah!! tak ingat dah.

 Love from the sky katanyer ;P

Rumah terbakar panggil bomba.. heeee :D

Rasanya itu sahaja lah kisah kami kat dalam Trick Art Museum. Best & fun kat dalam ni.. sapa nak jadi pelakon boleh lah buat aksi & reaksi kat dalam Museum ni.. ada satu je lagi entry yang nak dimasukkan..  Entry jalan2 kat tempat lampu neon pulak.. tunggu eh :))
Read More

Peti Ais Ke Lori Ais???? SNOWALK I-City

Planning asalnya nak masuk Trick Art Museum je. End up Nizam kata alang2 dah kesini, baik masuk sekali SNOWALK.. Ok Bie, u pun dah beli entry pass untuk masuk SNOWALK, so I ikut ajos.. lagi pun Khairine & Danish memang sibuk ngajak masuk ke situ.

Ko tau?? sebenarnya aku ni langsung tak tahu menahu pun pasal harga or smartcard tu untuk apa & berapa.. yang aku tau Nizam ke kaunter dah beli, bayar & tunjuk smartcard dekat aku. 

Firstly nak masuk SNOWALK.
Dari kaunter pembelian smartcard nak ke SNOWALK tak lah jauh mana, mostly tempat tu sangat open air. So kalau hujan ke petir ke guruh berdentum ke panas ke terik ke, ko pandai2 lah lindungi diri sendiri. 

Masa all the way nak ke SNOWALK, hujan dah mula rintik2, kitorang pun rushing lari laju2 ke tingkat bawah arah ke cabin SNOWALK. Sampai je.... ghaaauuuu hujan turun dengan lebatnya. Perghhh nasib baik tak kuyup.. kalau tidakkkk memang kesejukan lah hamba anak beranak disitu.

Masuk je terus feeling ala2 dok kat obersi.. gitewww
time ni belum rasa kesejukan lagi.. tunggu eh!!


Masuk SNOWALK dengan tak ada apa2 preparation, semata2 pakai baju winter je. Kasut memang saja tak rent sebab tak mo bazir duit RM20 plus deposit RM10. kalau 4 beranak dah berapa pulak kannn??!! so jangan membazir..

Moh jalan2 amek gambar lagi kat dalam tu, Khairine & Danish kemain suka lagi dok dalam tu, sejok katanyer.. hihihi. Ok Mummy & Babah can smile for you kidddies.. they are so happy =)

Sementara boleh senyum ni, korang senyum lah yer nak.. =)

Kesejukan belum terasa coz ni baru je beberapa langkah masuk dalam SNOWALK

Family Potrait 

Hamboi2.. free style katanyerrr.. =)

Apa yang aku boleh kata kan, masuk je dalam ni memang sejok nak meninggal!! tapi aku tak feeling pun macam kat obersi.. sebabnya tempat ni aku boleh kategorikan more to peti ais.. deco & igloo yang diperbuat daripada ice semata2 dan bukan diperbuat dari salji.. so tak ada originality disitu.. kira macam ko pergi tengok pameran ukiran ais di PWTC gittue.. ngeh3.. atau lebih tepat lagi macam ko duduk dalam lori ais yang selalu ko tengok kat atas jalan.. cuma cabin ni tak bergerak je macam lori ais okeh!! muahahaha.


Aku paham kalau ada yang berpendapat, 'kalau nak rasa original salji, pi lah obersi'.. i'm sure mesti ada suara2 yang akan kata gitu.. kan???? kan???? kan???? Apa2 je lah noqs, tapi bagi mak ni, alang2 ko nak sengat duit orang bayar mahal menggila, biar lah tempat tu betul2 real, bagi orang puas hati!! yer tidak?? *Sakit pulak hati kita*

Tempat ni pun tak sebesar mana.. sekangkang kera je Kiah!! bagus lah tak besar, 15 minit pertama ko berada dalam tu, ko masih boleh bertahan lagi tahap kesejokan dia. Lepas 15minit aku sendiri pun tak tahan nyah.. kemain sejok tahap boleh bawak maut!! haaaa sampai gitu sekali aku mengketegorikan tempat tu. Mau idaknya.. tangan kaki mak ni sampai dah naik kebas.. rasa takut nak keluarkan tangan dari poket baju winter tu.. gilerrrr betul!! bila bercakap pun aku rasa mulut aku tak boleh bukak dengan betul.. dah kebasss okey.. hahahahaha.

OK, sebelum adanya kejadian lucu & tak berapa nak lucu kat dalam tu, jom kita layan gambar jap.. 


  bersuka ria lah yer... sebelum anda berduka ria kikiki




Psstt psstt *cakapsambilberbisik* meh nak story sket.. masa kat dalam igloo ni kitorang kemain riang ria lagi sebab sejuk bleh pegang2 ais... lepas jer dari amek gambar ni... 

GEDEBOKKKKKKKKKKKKKK nangka busuk jatuh dari pokok!! nah hamek sebijik.. tergolek aku dalam tu..  derrrr sakit wehhh. Malu ai disitu.. nasib tak ada orang nampak.. hahahaha. Time kejadian tu Danish, Khairine & Nizam dah ke depan.. dengar je si nangka busuk jatuh kat belakang, Nizam toleh je belakang tengok aku helok je tengah terbaring kat lantai ais tu.. muahahahahaha

Omaigod!!!! bergegar segala organ dalam badan ni.. arrgghhh!! terus bangun cepat2. hahahahahahaha. Nasib baik lah dalam igloo, kalau kat luar aku jatuh tergolek????!!! mau aku sorok muka dalam baju.. haha sakit montot ai tau *gosok2 montot* 

Lepas kejadian buah nangka busuk jatuh, Nizam & Danish nak main Ice Car.. Errkkkk jangan harap lah aku ngan Khairine nak naik, takut siot.. aku tengok orang yang naik tu pun muka macam cuak je.. ice car tu meluncur laju sangat kot.. sementara Nizam & Danish Q tunggu giliran, kitorang lepak tepi je menunggu. Dalam pada tu menahan kesejukan yang nak mamp!! aku sendiri pun tak tahan, apatah lagi budak2.

Q sementara tunggu nak naik ice car

Phewwwww gelongsor lah korang dua beranak :D

Danish pun dah mula merengek, menangis kesejukan & sakit montot sebab gegaran kuat masa dalam ice car.. aku cakap kat Nizam, lepas habis you main ice car ni, kita keluar lah dari peti ais maut ni.. kemain sejokkkkkk!! tak tahan dibuatnya.. 

Nampak tak dalam gambar tu kompressor air cond?? hurmmmm Dari situ pun ko boleh nampak ketidak ORIGINALan tempat ni.. 

Lepas dah bergelongsor dua beranak tu.... Khairine dah tak tahan kesejukan...

Maka nangis lah dia kat dalam tu.. kaki dia dah cramp.. dalam kasut dia ais dah banyak masuk.. huhu aku pulek yang sedih.. rasa nak nangis sama2.. sejokkkkkkkkkk!!

Sejuk tahap beku darah ko dalam badan... Nak dukung Khairine pun aku rasa tak mampu, sebab aku pun tak tahan kesejukan.. so cepat2 cari jalan keluar.

Dinasihatkan, kalau nak masuk SNOWALK ni..
1) Baju di provide
2) Kasut kena sewa, sepasang kasut Pua Chu Kang RM20 plus RM10 deposit
3) Sarung tangan bawak lah sendiri atau ko beli kat sana.. harga tak pasti
4) Locker nak simpan barang/ bag ko kena bayar RM2
5) Lu pikir lah sendiri apa dresscode yang secocok bila ko nak berada kat dalam tu

Keseluruhan apa yang aku boleh katakan.. boleh lah daripada tak ada apa2. Aku tak mo complain lebih2.. karang tak pasal2 kena saman plak.. see you in court katanyerr. Tu pun terpulang pada korang yang menilainya kepada sesiapa yang dah pernah ke sana. 


Entry Related : Klik sini
Read More

Monday, March 25, 2013

Sila Bawa Duit Jutaan Ringgit Ke I-City

Sebelum aku buat entry kisah gumbira aku ke i-city sabtu lepas, meh sini aku nak cerita dulu tentang ketidak puasan hati aku terhadap i-city.

Ni kali kedua aku ke i-city semenjak dibuka.

1st time pegi dulu tahun 2010, time tu Water World, Snowalk, Trick Art Museum semua jadah tu blom wujud lagi.. yang wujud hanya City of Digital Light.. tu pun tak secantik sekarang decoration lighting dia.

Rasa macam nak menyumpah2 je bila pikir2 balik beratus2 duit dah ditaburkan kat sana. Aku tak kisah kalau itu dapat memuaskan hati anak2 aku. Nizam lagi tak kisah sebab dia yang keluarkan duit untuk family. Dia kata I'm happy if u & our kids had fun.. for me, everything family must come 1st. OK Fine Bie.. I'm happy.. Thank you sooooo much =)

Apa yang membuatkan aku rasa ralat sangat, tang semua benda ko nak main kat situ, ko kena bayar.. Even though dari mula ko dah difahamkan charges untuk parking sahaja RM10. Aku paham lagi kalau setiap benda ko nak main pun ko dikenakan bayaran. Even kat fun fair/ game centre pun itu lah rupanya jugak!! kena bayar setiap apa games yang ko nak main.

Apatah lagi zaman sekarang ni ASAL BARANG JADI DUIT. Ko jual lah taik celup tepung kat tepi jalan pun, ada kebarangkalian orang akan beli.. orang bukan tahu pun apa yang ko jual tu, janji laku, ko boleh jual, boleh mendatangkan duit... apa orang kisah pun.

Tapi ko fikir lah Bedah!!! they cost you RM5 per game wokeyyy!! itu minimum charges untuk satu game.. ini cekik darah namanya!! lagi ko kena pakai smartcard pulak, abes je duit dalam card tu, ko kena topup lagi, lagi, lagi & lagi sampai duit kau habes disitu!!

Abes kalau ko bawak anak ko sederet macam keretapi ekspress senandung malam panjangnya, tak kan ko nak say NO to them rite?? Nasib lah anak aku dua ketui tu je. Itu pun dah koyak rabak poket bapak dia mengeluarkan duit..

Kalau dah 5 hengget 1 game, 2 orang dah 10 hengget untuk 1 game je tau!!! abes takkan anak ko nak tengok je games yang hado sekeliling i-city tu kennn??? tu tak termasuk lagi makan & minum, haaaa pokai disitu..

Mula2 sampai je Nizam terus beli smartcard yang dah siap ada RM100 didalamnya. 

1) Masuk SNOWALK = RM80 untuk 4 beranak (itu tak termasuk sewa kasut bodo dia)
2) Balance RM20 = entrance untuk masuk ke Trick Art Museum (so habis duit dalam kad tu)

**Entry tu akan aku update nanti**

Nampak tak baru dua tempat je dah RM100???? macamana pulak game2 yang lain??? 
kalau anak2 ko boleh tahan tengokkkkkkkkkkkk je game2 yang hado kat sekeliling dia time tu tak apa lah jugak.. Ohhh tidak bagi anak2 aku yer tuan2 & puan2. Harap maklum!

*Conclusion* terpulang pada setiap individu untuk ke sana & terpulang juga macamana korang menilaikannya. Jangan salah faham dengan statement aku ni yer!!! Tak dinafikan, memang fun bila ko kesana, apatah lagi anak2.. dalam pada fun tu, ko akan merasa hazab nya bila tibanya ko dirumah, merenung-renung atas ceiling sebelum tido, berapa banyak duit ko berhabis kat sana.

Tapi bagi aku tak worth it lah kalau dorang charge ko semahal itu.. melainkan orang2 yang tak kisah or orang yang terlampau banyak sangat duit dia sampai tak tahu nak buang kat mana lagi.. abes tu macamana pulak dengan orang2 yang datang dari luar bandar yang kemampuan dorang tak semampu kita yang dah berhabis banyak kat sana kan???!! kesian dowh...

Nizam topup lagi RM20, Khairine & Danish dah main boayan pusing2, RM10 makanya ada balance lagi RM10 dalam smardcard tu, Danish & Khairine sibuk nak main permainan lain yang ada kat sekeliling sana.. yang buat aku tak puas hati tu, fun car open air yang bodo tu je RM20 satu kereta untuk seorang okeh!!!! (location, kat depan Old Town White Coffee.. pada yang pernah sampai sana, korang tau kat mana letaknya fun car ni).
Kau giler ke charge sampai RM20!!??? bukannya boleh naik satu keluarga pun satu kereta tu.

Last but not least, hanya bumper car je yang mampu untuk anak2 aku habiskan duit dalam smartcard puaka tu.. tu lah last game yang dorang main, lepas dah abes itu pun sampai senget benget muka dorang merajok kononnya nak mintak main benda lain pulak... 
tapi tak dilayan oleh bapak dorang.. 

Credit to info yang aku spot tadi sebelum aku buat entry ni. Rupa2nya pendapat dia sama dengan pendapat aku... *gimme five lah bro* Klik sini untuk baca

Tunggu lah aku buat entry SNOWALK & Trick Art Museum pulak..
Read More

Friday, March 22, 2013

Blue Coral Aquarium

Hari ni last anak2 kita ke sekolah... lepas tu cuti seminggu. Dah ada idea mana nak pergi cuti sekolah ni???
Aku saja nak share pendapat kot2 ada yang masih blur tak tahu nak bawa anak2 kemana cuti-cuti sekolah ni.

Jom pegi Blue Coral Aquarium @ KL Tower!!! 
ececehhh macam ambassador KL Tower la pulek.. LoL

Tadi aku beli online voucher untuk ke Blue Coral Aquarium for 4 person, harga untuk 4 orang baru 29hengget je.. 
sangat murah sekali okeh!! 


Jangan tunggu lama2, gi beli cepat.. valid sampai 31 December 2013 klik sini untuk pembeli voucher :)
Read More

Play Fun with GIF

1st trial GIF 

Macam best je create FotoRus ni. Actually hari tu ternampak gambar kat Blog Bitt, Entry Gambar Bergerak-Gerak... 
Nak bz bodi punya pasal, aku pun gi lah intip blog dia. Ehhh terjakun pulek aku disitu!!
terus capai hp, donlod kat Play Store. 
Abes donlod, aku godek2 sambil refer tutorial yang aku tengok dari Blog AJ mudah & senang. 
Selama ni haram tak tau langsung ada app ni.. derrrr (sangat ulu kampung punya olang) ahahaha :p

Ni 2nd trial.. tambah lagi gambar apa yang ada dalam gallery

Ni karang kalau aku tunjuk kat Khairine & Danish, harus melalak soh aku buatkan gambar dorang pulak. Tu belom lagi masuk yang si bapak, ehhh rasanya bapak dia tak heran kot benda2 macam ni.. kihkihkih 

huhh tak boleh lah tengok mak ko nak chantek2 sikit.. mesti korang nak enteprem jugak kennn.. 
tapi mak tak kisah Bedah!!, pasal anak2 apa saja mak turutkan.

Mungkin ada yang dah tau apps ni, tapi tidak untuk aku yang datang dari ulu kampung ni.. apa pun tak tahu hihihi.. *sambil tertunduk malu dan berlalu pergi* :p
bagi yang tak tahu lagi tentang app ni, try lah cuba test donlod FotoRus ni. Have Fun uolls :D
Read More

Wednesday, March 20, 2013

Interview & Tertipu

Sambil driving nak pegi kerja pagi tadi, aku rasa macam terpanggil pulak nak share pengalaman aku based on topik JoHaRa Pagi ERA. 
Rasa macam nak call je JoHaRa tadi, tapi mak malu nak... *sambil tunduk tutup mulut* puiiii malu lah sangettt!!!

Sampai je opis, aku continue dengar via DVR player. Kelakar dowh bila dengar caller2 yang cerita pengalaman dorang. 

Tajuk : Pergi Temuduga untuk kerja lain, tapi bila dah mula kerja, rupanya kena buat benda lain 

Last time aku pernah ada pengalaman bodo macam tu . Bengang giler siot!! menyumpah-nyumpah aku. Gggrrrr.

Rasa2nya dizaman awal tahun 2k kot, time tu baru2 kawin, masih lagi bekerja, tapi lepas2 tu rasa bosan nak kerja, so aku berenti.. 
sebulan dua seronok lah dok rumah, feeling ala2 SuperHousewife gitew... 
bukan SuperMom tau!! coz time tu Khairine belum wujud lagi dimuka bumi ni.. ekekekeke.. 

Lepas dah bosan dok rumah jadi SuperHousewife, aku pun saja2 cari kerja balik.. memang bosan giler dok rumah time tu, dah lah anak pun tak ada lagi, abes apa yang boleh aku gelebek kat rumah sorang2 time tu kannn???!! jiran tetangga pun tak kenal time tu apatah lagi Ketua Kampung.. hehehe *joking*

Aku apply position Secretary.
Arrangement untuk interview pun dah settle, tinggal nak pegi interview je. 
Satu hari tu, semangat kemain berkobar2 lagi nak pegi interview. 
Dah pakai chantek2, start kereta, terus menuju ke tempat interview tu on time.

As usual, isi borang, tunggu turn nak di interview. Time tengah interview tu, aku sangat confident okeh!! ahli panel pulak dok tanya soklan2 yang memang ko tak duga time tu sebenarnya ada agenda disebaliknya.. 

OK settle.
Memandangkan aku tak bekerja time tu, dia kata aku boleh start kerja immediately. 
Wah kemain sonok, gi interview senang2 boleh dapat kerja.. hahahha

Aleh2 dia kata dia nak hantar pegi training dulu. Errkkk training gapo plok ni??? 
tak kan position secretary pun nak hantar training!!!?? *wonder disitu* hurmmm

Dia kenal kan aku dengan 2 orang staff kat situ, sorang lelaki, sorang pompuan. Sekali dia ajak aku keluar (training katanyer), bawa barang2 dalam bag, tahan teksi, naik teksi, terus menuju ke Desa Pandan. 
Training apakah sampai kena naik teksi??? 
OK aku pasrah je, perati dulu apa dia nak buat...

Sampai je Desa Pandan, aku tanya kat dua orang umat tu, ni kerja apakah sebenarnya??? 
maka si umat2 manusia tu pun dengan slamber menjawab kerja ni bukan jual barang, awak jangan salah faham, kita cuma nak promosi kan barang ke dari office ke office je, bla bla bla bla.. Nampak tak ada sedikit kekeliruan disitu??? 

Aku : Ohhh yer ke, tapi kenapa time interview dia tak bagitau pasal ni. *dalam hati menyumpah2* saya apply position sebagai secretary, tak kan secretary pun kena buat kerja2 macam ni juga?? kalau macam ni lah, saya rasa saya tak interested. 

Apa ko rasa time tu???????? hanginnn betul aku, 
ohhh baru lah aku admit yang sebenarnya kerja tu adalah kerja JUAL BARANG DARI SATU OFFICE KE SATU OFFICE wokeyyy!! Arrghhh patut lah bagai nak rak ko hangkut sekali bag ala2 Akademi Fantasia tu.. konon budget macam steward & stewardess giteww :p 
Rupa2nya ini kerja ko yer.. Mak rasa tertipu sangat.. huwaaaaa :'(

Dah lah datang interview pakai cantik2, drive ketempat interview, aleh2 ko ajak aku naik teksi pulak!! giler ke apa oiii???

Terus aku angkat kaki, tahan teksi, pegi balik ke tempat interview tu. Helok je sampai kat tempat interview tu, bayar tambang teksi, keluar je teksi, duit baki berterabur jatuh dalam longkang!!! 
apa ko rasa lagi???? dah lah malang ditipu, malang pulak lagi duit ko jatuh gedebok dalam longkang... hahahahaha nak nanges aku weh. 

Dalam keadaan tengah hangen satu badan, aku biar je duit tu dalam longkang, rejeki ko lah longkang oii, dapat duit sedekah dari aku.. huhuhu

Cepat2 start kereta blah dari tempat malang tu, balik rumah rasa macam orang bodo.. hahhahhaahaha puiii.. menyesal aku pegi interview tu..
Read More

Tuesday, March 19, 2013

Projek Sekolah

hohoho mari MERENYAM... oppss!! salah..... MENGANYAM lah hahaha.. sebut betul2 yer murid2.. ME NGA NYAM... yerrrrr diulangai ME NGA NYAM.. ada ropa macam Cikgu Bedah tak?? kikiki :D

Malam tadi aku dok melayan Khairine buat one of project sekolah dia.. disuruhnya aku menganyam ko!! errrkkk mak ko ni dah lama tinggalkan alam persekolahan. Dah ingat2 lupa dah macamana nak menganyam. Phewwww >_<

Gigih lah aku dok tolong Khairine mengenyam kertas malam tadi. Macam senang je sebenarnya, tapi sebaliknya??!!! 
Sampai cramp tangan aku!! 
seyesss weh memang cramp tangan aku dok melipat, menggunting, menganyam kertas tu.. duhhh =(

Dibaginya aku kertas lukisan sekeping, pencil, kertas A4 bewarna, gunting, pisau & pemadam..
Ehhhh ni sapa yang sekolah ni Khairine??? Mummy ke Khairine??? 
hurrmmm aku redho je lah terima semua barang2 tu.. 
aleh2 aku yang buat.. dari start potong kertas sampai lah menganyam.. 




Nahhh ni semua bahan2 yang diperlukan.. segala gunting & pisau semua keluar.. 
tinggal kapak ngan parang je aku tak gunakan..
kalau tak memang dah berkapak, berparang dah aku malam tadi :p

Semua barang2 dah sedia & disediakan, mari kita mulakan mengenyam eh salah, merenyam eh salah, makhayam eh salah lagi.... ME NGA NYAM :D 

nampak agak huru-hara sikit garisan & potongan kertas tu kan??  
tahu sebab apa?? 

Sebab aku dah tak larat okeh! tangan cramp sebab memotong kertas lukisan tu guna pisau. kertas yang warna biru & kuning tu bapak dia yang tolong guntingkan, tu pasal lah senget benget macam bapak dia jugak.. hahhahaha jahanam hidup aku kalau Nizam baca ni :p

Paling tertekan hidup aku ni kalau tersalah masuk line mcm tu.. chilakers!!!

Helok sedap2 dah sampai hujung, sekali tengok macam tak cukup line.. sekali belek2 tengokkkkkkkkkkk.... hoh tu dia terdouble disitu.. hangin tak??? 
Arrgghhh tekanan!! 
maka ko kena lah dengan relanya membuka balik & seterusnya anyam balik dengan betul. *cobaan sungguh* hahahaha

 Ok dah siap.. tinggal nak kemaskan sikit lebihan2 kertas biru kat tepi tu je.. 

Shantekkk kannn?? shantek kew?? buelkkkk
w/pun senget benget, janji siap.. janji hado!! kann :p

Cehhhh aku pun excited bagai nak giler nih, sebab berjaya menyiapkan anyaman yang merenyam tu.. nak tunjuk kat Khairine lah kononnya.. sekali apa terjadi?????????





















































































hok aloh tido!!!!! Apakah???
hurmmm keciwa nya mak ko bila tengok ko tido nak.. sob sob =(

Pagi tadi je baru sempat tunjuk kat Khairine hasilan cemerlang mak dia yang gagah ni menganyam kertas tu.. 
kemain suka dah dia.. pegi sekolah dengan girangnya pagi tadi.. Yippiiieee =)

Alang2 dah buat entry ni, semalam aku ada tunjuk gambar Khairine dengan jersey pink dia yang nombor 8 kannn.. hari ni nak tunjuk pulak jersey Danish..


Kebetulan pulak Danish pakai baju ni malam tadi..
aku pun suruh dia pusing pandang ke dinding.. 
blur anak aku kejap, tertanya2 apa hal mak aku suruh aku pusing pandang dinding plak nih.. hahahha sabar yer adik, mummy nak amek gambar baju adik yang chanteekk ni.. :D
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah