Friday, August 30, 2019

Kintamani, Bali

Day 3

Masa yang di nanti-nanti dah kunjung tiba. Ini lah tempat yang i naaaaaaaak sangat-sangat pergi di Bali. Selalu tengok gambar orang ambik pandangan Gunung Batur je.. (gunung yang kedua tertinggi di Bali). Cantik sangat macam lukisan kalau tengok depan-depan dengan dua bijik mata. Ye! Tak habis-habis dengan perkataan CANTIK lagi.. hahaha. Eh, MEMANG CANTIK lah nok! Cantik dia tak dapat nak describe kat sini. Kena pergi sendiri ke sana dan tengok live baru ternganga mulut kau tu πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„

Memang panjang perjalanan nak ke Kintamani.. I siap tidur dalam mobil (kereta). Pastu terjaga.. tidur balik pun tak sampai-sampai lagi. Bila terjaga tengok sepanjang jalan tu ada kampung-kampung dengan pandangan di depan rumah, belakang tepi ada pokok padi yang diorang tanam untuk makan sendiri.. then banyak jugak kedai jual art. Kayu ukir bentuk macam-macam, gazebo, cermin cermin kaca macam design arab tu. Terlupa pulak nak ambik gambar tepi-tepi jalan tu #MamaiBaruBangunTidur 


Ini yang i nampak depan mata.. the view. Sebijik macam lukisan. MasyaAllah Cantik!


View side tepi sikit


Sambil tengok gunung volcano dari jauh kitorang lunch di Restoran Sari. Boleh order ala-carte atau buffet. Kitorang pilih buffet haritu. Harga.. (jap tanya NJ jap πŸ™Š) Ok, NJ cakap RM50 satu kepala. Dat day ajak pak supir makan sekali. So tiga kepala RM150.

Lepas tu ambik gambar dari belakang macam romantik-romantik.. i be like... OMG! kenot tahan tengok kat gambar je. Kena jugak datang sini untuk kutip memory sendiri. Tu yang paksa gak NJ. Tau tak mula-mula NJ bagi alasan kata jauh kalau nak pergi ke tempat ni. I cakap apa jadi sekali pun, i nak jugak pergi tempat ni πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ




Auwwww romantic pulak somi I bila dah sampai sini.. 😍😍😍


Bila dah sampai, dia pun terpegun. Tu lah, mula-mula orang ajak kau eksyen bagi alasan cakap jauh. Sekali dah sampai.. terus ambik gambar peluk cium I kat atas tu πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ 


NJ & Zaza bersama Abang Bambang



Lighthing on point. Bila cahaya matahari memanchor, cepat-cepat kitorang selfie. Hambik kau terang benderang muka dalam gambar πŸ˜…

Bila cahaya matahari dah tertutup dengan awan, lighting tak boleh nak point kat muka dah. Yang penting pemandangan tetap menarik depan mata.




My view time makan





Yes, I love Bali so much


Done pergi tempat yang dihajatkan selamani. Next sambung entry lain pulak. See ya 😍

Read More

Wednesday, August 28, 2019

Aloha Ubud, Bali

Day 3

Walaupun perjalanan agak jauh, hari ketiga ni kitorang dapat jelajah 3 tempat dari pagi sampai petang. Alhamdulillah tak macet, tak hujan. Perjalanan ke Ubud sangat smooth.

 Welcome to Aloha Ubud


Tempat ni tak besar pun. Dari entrance tu dalam dalam beberapa tapak je terus boleh turun ke tempat swing ni. Mula-mula tengok buaian tu.. wahhh panjang giler tali dia ikat kat pokok.. selamat ke tu?? Dan mula-mula ingat juga dah sampai ke swing yang kat  padi terrace tu, rupanya kat sini pun ada  swing jugak. Tengok pun scary. Dah naik kalu mau tertinggal semangat i kat atas buai tu πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„



Ada 2 swing kat bawah tu.. yang orang baju kuning tu kemain jerit-jerit macam hestiria naik buai πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜… eleh cakap orang.. ko pun sama Jah! πŸ™ˆπŸ™‰πŸ™Š

Depan  khemah-khemah rumbia tu semua pun ada swing yang boleh naik. I tengok dari atas je. Kalau turun sikit bawah tu dah kena bayar. So tengok dari jauh je sudah.

I noticed most of entry Bali i.. banyak kali i ulang bagitau kat Bali ni semua tempat dia cantik-cantik. So kalau korang baca i selalu taip perkataan TEMPAT NI CANTIK, jangan marah ek πŸ™ˆπŸ˜œ memang tempat dia cantik-cantik.. nak buat caner πŸ˜…




Tuai padi ke tu? πŸ˜„




Oh lupa nak bagitau.. kalau nak main semua buai-buai yang ada kat situ, kena bayar RM90 unlimited ya. NJ tanya i nak main ke swing tu? i cakap i tak nak. kalau RM90 satu kepala setakat nak main buaian tu je baik belanja i makan.. hahahaha #MakanSokmo
Read More

Sunset & Dinner di Jimbaran Beach, Bali

Day 2

Fuhhhhhh!!! tarik nafas lega kejap.  Akhirnya sampai last part setelah seharian berjalan ke pantai-pantai sekitar Bali. Ada lagi pantai yang tak dapat pergi. Tak cukup masa nok! hari kedua je dari pagi sampai malam dapat jelajah 6 pantai termasuk Jimbaran pun dah puas. Tu pun cukup lelah nak berjalan dah. Padang Padang Beach yang paling penat. Sampai sakit betis mak ni menonggek naik tangga tinggi dia tu.. hahaha.  Lepas ni dah boleh masuk entry lain pulak untuk hari ketiga. 

Actually sebelum sampai Jimbaran haritu.. kitorang ingat nak singgah pergi Uluwatu. Tak masuk pun. I cakap i tak nak turun.. sebab situ monyet dia ganas-ganas. Karang dia rogol i.. matilanakkkkkkk. Pak supir cuma lalu je dalam kawasan luar Uluwatu.. so i tengok dari dalam kereta je sekitar kawasan tu. Ramai giler orang kat situ. Parking pun penuh.


Jimbaran. Tempat ni memang top kalau nak tengok sunset sambil dinner tepi pantai. Im sure korang tau tempat ni. Memang terkenal dengan seafood yang mahal namatey πŸ˜„




Kitorang sampai dalam pukul 5pm+ Sedang elok sangat dinner berpandangan sunset. 






Blue Ocean Seafood

Sepanjang tepi pantai ni banyak kedai makan. Yang mana satu jadi pilihan hati, its up to uolls. Kedai yang kitorang pergi haritu yang menjadi pilihan hati pak supir. Dia stop & drop us kat kedai ni. So I guess this is the best one lah kot.

View sebelum sunset turun

Time ni nak dekat pukul 6 ke 6+ macam tu


Sebelum order, kitorang enjoy the view dulu

Our table number 1

Table jiran sebelah

Its time to choose our dinner menu

Dah decide apa nak makan, then baru pergi kat tempat pilih seafood.



Done pilih seafood

Sementara menunggu makanan dimasak, jom acah acah kita main kejar-kejar ditepi pantai.. hehehe #Tipu

Tengok apa tu? 😊

 Kissing the sunset πŸŒ‡

 My ketua darjah πŸ’š


LπŸ’“ve Bird


Tengah dok ambik-ambik gambar, Nampak ada orang jual jagung bakar kat depan tu.. jom lah kita  try jagung Bali.



Amboii macam tak menyabar si NJ tu dengan duit kat tangan 





Kat Bali profession I dah jadi tukang jual jagung ya! 


Terkejut harga jagung bakar kat sini.. RM6 setongkol. Nak merasa punya pasal, nam henggetttttt pun nam henggetttttt lah. Tapi sedap. Lepas dia bakar tu dia sapu bumbu. Boleh pilih nak pedas atau manis. I pilih yang manis.



Makanan yang di order. Kitorang pilih ala-carte je. Kalau order package 1 ada Lobster (1 ekor), fish (1 ekor), prawn (10 ekor), clam (10 betul), calamary & air bintang (alcohol) dengan harga Rp1 juta. Untuk 2 orang makan harga Rp1 juta I rasa tak berbaloi. Baik pergi makan dekat TopSpot lagi murah giler.. macam-macam seafood boleh dapat dengan harga tak sampai RM200.


Ikan grouper masak sweet sour. Tak tau tang mana yang dia kata sweet sour tu.. hahaha. Tengok kaler pun ngeri meroh kemain. NJ cakap ikan ni fresh. Tapi masakan dia out. I rasa I masak lagi sedap kot.


Clam masak oyster. Ok lah.. berasa lah jugak. Better then ikan sweet sour tadi hehe

 Kangkong goreng. Hmmm tak selera

 Nasi sebekas untuk dua orang makan

 The bumbu


Our dinner views



Tengah makan ada basking akan datang dari meja ke meja. 


Sedappppp suara dia. Kalau datang KL buat album mesti letup πŸ˜ƒ

 Thank you

 Hiburan untuk meja jiran sebelah

Total semua yang kitorang makan tadi, Rp453 = RM135++ mahal ke murah???

Habis dah cerita pantai. Next entry masuk hari ketiga.. stay tune πŸ˜‰
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah