Friday, September 25, 2015

Salam Hari Raya Aidiladha 2015

Dah agak sebulan lebih menyepi kat blog tiba-tiba muncul dengan cerita Raya Haji pulak.. kau rasa?? dasar memang pemalas betul empunya blog sendu ni.. hahaha. Lama kan aku menghilang? sampaikan blog address dah bertukar pun aku buat derk je. Tau pun sebab kengkawan blog yang mana friend dengan aku kat fb yang war-warkan. Sedih! 

Sebelum nak bercerita tak berapa nak panjang kat sini, aku nak sedekahkan Al-fatihah buat jemaah-jemaah Haji tahun ni yang telah dilanda macam-macam dugaan kat sana. Alhamdulillah, FIL aku terselamat dari sebarang bencana kat sana. Harap-harap FIL dapat sempurnakan ibadah Haji dengan sempurna.. dan balik Malaysia dengan selamat & sihat walafiat.. 

Amin.

Tahun ni korang beraya kat mana? Aku macam biasalah beraya kat Melaka. Menumpang Raya kat kampung suami.. hihihi. Dan memandangkan Raya Haji tahun ni jatuh pada hari Khamis, Jumaat ramailah yang ambil cuti.. sambung sampai ke weekend.. bukan main sakan korang ya. Aku tak ambil cuti pun sebab awal bulan haritu dah apply cuti 3 ke 4 hari tah.. so malas nak ambil cuti banyak2 lagi. 

Rabu malam aku bertolak ke Melaka. Padahal siang Rabu tu aku ke Melaka juga. Tapi ada urusan kerja. Malam pulak balik kampung. Kau mampu satu hari dua kali pergi Melaka?? hahahaha. Eh! harus lah mampu.. setakat pergi Melaka je kot.. bukan ko pergi Kodiang satu hari dua kali.. hahahaha.

Persiapan makanan biasa-biasa je. SIL masak rendang daging hijau, kuah kacang, nasi impit, rendang ayam & kuah lodeh. Aku? datang makan je. Helok sampai kampung malam tu SIL dah siap masak. So terlepas dari tolong SIL masak.. eh! I bukan mengalat ya.. hehehe.

Pagi raya tu bangun pun dah dekat pukul 8 pagi. Melompat bangun siapkan apa yang patut. Plan nak keluar pergi menziarah ke rumah sedara-mara Nizam. Dalam pukul 11+ macam tu kitorang ke Kampung Pulai dulu.. rumah SIL punya mertua.

Family potrait.

Kemarin post gambar ni kat IG, sekali Doctor Faizie komen.. "pondok hijau tu I know.. baca kat blog" ohh ingat lagi ya Doc? bila aku cari balik link kisah kat pondok hijau ni, rupanya ada kisahnya [LINK] yang pernah aku ceritakan.Thanks Doc sebab ingatkan I yang dah tua ni.. hihihihi.

Yang dua orang ni bz memanjang dengan handphone. Bila battery low mula lah rembat powerbank aku nak charging.

Next ziarah beraya ke rumah BIL punya mertua kat Simpang Ampat. Amboi Raya Haji je pun.. kemain sakan datang beraya rumah orang.. hahaha.

Khairine & Sabrina. Sabrina anak abang aku.. dia sibuk nak ikut kitorang balik kampung beraya.. dia suka lah sebab ada kawan. Sapa lagi kawan dia kalau bukan Kakak Khairine dia tu.. dalam pada berkawan tu, kejap gaduh.. kejap sentap.. kejap baik balik, kejap cubit.. tak paham aku budak-budak ni.



My lil' family

Gambar ni ada post kat IG & FB.. ada yang komen kata pondok tu bas stop.. eh! hello.. itu bukan bas stop ya.. itu pondok kat depan kolam ikan sebenarnya.. tak kan lah kejam sangat Majlis Perbandaran Alor Gajah tak repair bas stop yang dah macam serupa rumah hantu kat situ.. hahaha.

Last sekali beraya kat Krubong. Rumah FIL punya adik beradik. 

Datang rumah orang berselfie anak beranak.. hihihi.. ada akak kesah? :p

Lepas dah beraya kat tiga rumah tu, kitorang terus balik Cheng. Budak-budak sibuk nak berkubang kat tepi rumah.

Berkubang macam ni lah.. hahaha.

Masa malam kitorang sampai kampung Rabu haritu, pukul 1 pagi dok mandi lagi dalam kolam tu.. kau rasa?? memang tak reti sejok budak-budak ni. 

Ni nak cerita pasal air kolam tu.. kemarin masa sampai kampung Nizam ada lap kat karpet seat belakang kereta sebab haritu si Sabrina terpijak taik kucing. Bila taik kucing dah kering, Nizam gi ambik sponge yang ada kat sebelah kolam.. dia dah basahkan sponge tu, dia pun lap kat karpet kereta.. lepas dah lap bersih-bersih, dia punyalah malas nak letak balik sponge tu kat sebelah kolam.. dia pun baling je sponge tu dari jauh.. sekali sponge tu termasuk dalam kolam.. muahahahhaa. Lepas tu bila nak mandi lagi, diorang terpaksa tukar air baru.. takkan nak mandi air yang dah dicemar taik kucing kering.. hahahahaha.
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah