Bila cerita dah lama mulalah ingatan aku ni terus hilang... dah macam nenek-nenek umur 90 tahun pulak tahap ingatan aku ni.. hurmmmm.. Ok aku cuba lah ingatkan sikit2 ye. Tak silap aku ni hari Sabtu malam minggu.. minggu lepas2. Lepas balik dari makan, saja bawak KhaNish jalan2 Kolumpor.. nak tengok lampu lip lap katanyer hehe.. dah macam orang village turun bandor pulek.. LoL!!
Tak plan pun nak singgah Dataran Merdeka, tau je lah malam minggu kan jalan depan Dataran ditutup. Bila dah sampai Dataran, Nizam ajak lepak kat Dataran.. rasa macam zaman dulu2 pulak stok malam minggu lepak Dataran.. hahahaha. Yelah jom lah lepak Dataran. Nasib baik KhaNish ada sekali.. kalau datang berdua-duan lepak Dataran harus feeling ala2 zaman remaja pulak kennn.. hehehe
Cari parking kemain berjam2.. end up parking tepi jalan sajo janji boleh selit.
Dataran Merdeka ada lah tigapat kali pergi.. tapi first time jejak kaki kat sini.. apa ke nama tempat ni yang sebelum dataran tu.. kat depan traffic light tu yang ada replika monkey cup kat situ.
membuatkan dua budak ni teruja lebih.. hehe
Rupa-rupanya ada Hari ATM ke 80 haritu.. marilah kita mulakan sessi belajar sambil bergambar hehe.. first time KhaNish tengok dari dekat kereta kebal & kereta2 yang sewaktu dengannya.
Aku tak tau nak tulis apa dekat gambar2 ni.. korang tengok je lah ye. hehe
Tiba2 anak aku jadi lima orang.. hehehe
Ini lawak.. bagi aku gelak dulu sebelum aku cerita.. muahahahahahhahahahahah
Lepas dah ambik gambar dengan kereta2 kebal tu, aku suruh KhaNish ambil gambar dengan abang askar ni.. lepas dah bergambar, tanpa segan silu Danish pegi tanya kat abang tu..
Danish : bang, ni senapang betul2 ke? *sambil pegang2 senapang*
Abang askar : yer ni betul2 ni
Danish : Cuba try tembak sekali
Abang askar : !@$^$)@(&$_^%*#
hahahahahaha aku dengan Nizam kat tepi tu dah pecah perut tergelak..
Masa berdiri atas ni ngam2 jam tu berbunyi.. tepat pukul 12 tengah malam.
Selamat Hari ATM ke 80
Macam biasa, kalau dah lepak kat Dataran, mesti kena keluar duit jugak.. kat situ kan ada jual mainan lampu2 yang terbang tu.. tahu??? kalau tak tahu sila ke dataran merdeka yer Bedah hehe. Dah tu je cerita haritu.. cerita dah kepam ;D