Macam mana tah boleh terplan nak naik Genting haritu. Seingat aku sebab nak test drive kereta. Lepas tu ajak family Along sekali (kakak Nizam). Bila dorang kata on, moh ler kita ke Genting beramei-ramei ;)
Bila dah nak dekat sampai kat pintu gerbang ni kelam kabut ambil handphone nak snap.. jakun sangat perangai tu macam tak pernah naik Genting!
Buat masa ni kat Genting sangat boring.. banyak tempat tutup. Yang outdoor semua pun tau tempat tu tengah tutup under renovation. Yang kat Indoor pun dah banyak tempat yang dia tutup.. macam dah tinggal separuh tempat je yang boleh berjalan kat dalam tu. Kalau nak tau sila pergi sendiri.. susah aku nak describe mana tempat yang separuh tutup.
Mak bapak je yang posing terover.. anak-anak helok je perangai bila bergambar.
Tah apa yang tak ready pun tak tau..
Kat luar pula tak sejok langsung. Siap berpeluh-peluh aku masa bergambar kat sini.
Family in-law
Jalan-jalan kat atas ni pun boring. Nak main game pun tak bernafsu..
Family saya
Laki bini feeling ala-ala hindustan gitchu.. LoL!
Apa Bang Nizam buat kat cecelah bunga ni?? ;P
Dah habis jalan-jalan kat luar sana budak2 kata lapar pulak. Sebenarnya aku pun lapar juga.. hihihi. Amboi Kak Zaza kemain kusyuk makan kat hujung sana tu.. nasib baik muka I terlindung dengan botol pepsi.
Semua dah kekenyangan dan tak tau nak tawaf mana lagi. Decide turun je lah.. lepas tu singgah kat tempat cable car.. kat situ ada jual macam2 jenis mak nenek asam.. jual longgok2 je pastu kau cedok then timbang pastu bayar. Kat sana tak bergambar.. aku tak tahan bau asam2 kering sebab aku tak suka & tak makan asam.
Sebelum sampai kat tempat cable car kitorang berenti kat sini kejap sebab kabus yang terlampau sepanjang jalan. Bukan sebab tak nampak jalan.. berenti ni pun gara2 nak ambil gambar kat tepi jalan nak feeling macam kat obesi kononnya sebab kat puncak Genting sikit pun tak ada kabus.. jadi, kat tepi jalan pon boleh lah.. hahahaha.
Aku tempek gambar ni bukan suruh tengok gambar orang2 yang ada dalam gambar ni ya.. korang tengok belakang tu.. bukan main tebal kabus.
Cerita dah berkurun baru nak masuk blog.. hahaha. Ok itu saja cerita pasal naik "Genting Thailand". Kenapa "Genting Thailand"? itu ayat anak abang Nizam. Sebab sebelum kitorang naik Genting haritu dia eksyen ngan aku.. "Maksu haritu Tisya pergi Genting Thailand" Ewahhh! confident sangat ayat kau ya.. hahahaha.
Read More