Tuesday, March 28, 2017

LUNCH DATE DI SCRUMMY

Tahun 2010 ke 2011 ke 2012 tah aku tak ingat. Aku pernah makan kat sini. Masa tu baru-baru je lagi restoran ni buka. Masa tu Kedai ni bukan kat tempat sekarang.. Kedai dia bangunan opposite kedai sekarang. Kalau korang pernah pergi kedai ni, korang tau kat mana yang aku maksudkan. Dulu aku tau tempat ni pun sebab tengok JJCM kat TV3.

Itu sikit sejarah Restoran Scrummy ni ye adik-adik 😊


Baru-baru ni tekak terasa nak makan pasta. Puas memikir kat mana nak makan pasta yang zedap, menarik tapi dekat area KL & boleh santai-santai. Terus teringat Scrummy! Called Ewin ajak dia lunch sama-sama. Masa tu masing-masing ada hal masing-masing. Decided drive sendiri sendiri je senang jumpa kat sana terus.

Me & my partner in crime ☺️ tudung akak tu tak pernahnya tak senget.. Maklumlah akak baru 3 bulan berhijab πŸ˜‰


Selak je menu, aku dengan Ewin dah macam monyet kelaparan. Maklumlah lunch time kannn. Kalau boleh semua menu kitorang nak order. Nasib baik cepat sedar diri.. kalau tidakkkkkk πŸ˜‹


Chicken chop?  Kata mengidam pasta! apasal order chicken chop pulak? Saja je. Perut orang tengah kebulur memang macam tu. Semua benda nak.. derrrrrr 😜


Aglio Olio ke apa nama dia ni..akak dah lupa. Rasa dia spicy spicy sikit.. ada nama arab sikit.. tah lah tak ingat.


Dessert. Strawberry Orange Cake nama dia kalau tak silap & chocolate cookies (tak ada dalam gambar). Ada dessert lain yang memikat.. tapi takut nak order sebab dah kekenyangan
Kalau datang lepas pukul 5.30pm ada offer buy 1 free 1.

Beside dat, kalau korang nak buat small party ke, apa-apa reception ke  atau sewaktu dengannya, diorang ada offer buffet style. Ada min & max order depends on order & pax. Flyers dia aku dah buang.. kalau tidak boleh share dengan korang offer dia. Korang cek lah sendiri ye.. tak pun buat-buat pegi makan kat sana, lepas tu mintak flyers dia. Tak silap aku setiap bulan dia ada offer yang berbeza.

Selfie muka nampak setengah adalah satu kemestian.. supaya muka tak nampak besau macam tempayan.. hehehe

Sambil makan sambil borak.. sedar-sedar dah nak petang. Takut jalan jammed. Lebih baik bergerak cepat. Tau je lah Kolumpor ni kalau tak jammed tak sah. Lagi pun lepas makan aku nak pergi kedai kereta. Haritu masa tengah zedap zedap makan tiba-tiba alarm kereta aku berbunyi tak memasal. Semua dok pandang je kat kereta aku. Masa tu aku buat bodo je.. buat-buat  macam bukan kereta aku yang berbunyik.. hahahaha. Padahal cuak. Called Nizam tanya apa perlu aku buat. Dia suruh aku cabut punat apa tah kat dalam kereta tu. Mana lah aku tau punat apa. Puas godek-godek pastu picit-picit remote alarm, tiba-tiba dia senyap.. hahahaha. Gelabah giler. Last-last Nizam suruh aku pergi cek kat kedai tanya apa masalah alarm tu.


Alarm kereta ni memang selalu buat aku malu ditengah jalan. Dari sehari kesehari nak pergi cek kat kedai.. tapi aku malas nak pergi.. jauh nau sampai ke Danau Kota.. lagi lah aku malas. Kadang tengah drive tiba-tiba dia berbunyi.. gemersikkkk je bunyik dia.. kuat pulak tu.. kadang tu kalau dia tak buat suara gemersik, dia menjerit macam kereta giler. Sudahnya kereta yang kat  sebelah sebelah dok tengok kat aku.. bukan tengok kat kereta. Tak pasal je.. memalukan sangat. Nak je aku park ke tepi balik rumah jalan kaki.. baru padan muka aku.. hahahaha. Settled je tukar barang kat alarm kereta, elok pulak dia.. sampai harini dah tak memalukan aku lagi.

Ada yang terpikat nak pergi ke? kalau yang tak tau lagi kewujudan Restoran ni, korang boleh try pergi.


Address:
2, Jalan Suppiah Pillay, 3rd Mile Jalan Ipoh
51200 Kuala Lumpur
Landmark : Belakang/ sebelah HSBC


Open everyday : 10am - 10pm
Read More

Monday, March 27, 2017

THAI FOOD FESTIVAL 2017 PUTRAJAYA

Korang sempat pergi ke? banyak kali aku menyalak kat Nizam ajak pergi Thai Food Festival kat Putrajaya haritu. Asal dah nak dekat date je, aku remind banyak kali kat telinga dia. Masa hari kitorang pergi haritu tak silap hari kedua ke ketiga tah tak ingat. Yang aku ingat haritu hari Ahad. Lepas attend wedding, pergi melawat orang sakit kejap kat hospital, terus chow ke Putrajaya. Hangkut sekali SIL & husband dia.

Sampai masa tu dah petang. Tak silap dalam pukul 5ish kot. Elok je baru lepas hujan lebat. Redah je hujan rebas sikit-sikit janji dapat puaskan hati aku yang nak makan makanan thai. Kalau tak berzikir kat telinga Bang Nizam sebelum ni, rasanya tak sampai agaknya aku kat tempat ni.. begitu dasar sangat perangai kau kannn!


Ingatkan ada Thai Foods je. Rupanya ada orang jual-jual baju, tudung, barang-barang gadget & tah apa lagi.. banyak lah. Sempat beli 2 helai. Tudung RM10 je buat belasahan. Semenjak dah bertudung ni, kalau boleh asek nak beli tudungggggg je memanjang. Itu biasakan pompuan bertudung??? Sila jawab soklan aku ni! 😜


Macam-macam makanan Kelantan makcik ni jual. Geram dengan makcik tu sangat nak makan nasi kerabu dia.. tapi akak terpaksa tetapkan iman dulu sebab banyak lagi stall yang nak disinggah.


Tak banyak gambar yang aku snap haritu. 1st sebab ramai na orang berasak-asak.. Nak snap gambar pun rasa tak selesa nak keluarkan camera. 2nd sebab macam malu je sikit-sikit nak ambik gambar. Nanti orang ingat akak ni pelancong asing pulak.. padahal diorang tak tau yang akak ni sebenarnya blogger sendu yang dah senja hehe. Lagi pun hari baru lepas hujan, aku ni dengan pakai jubah bagai nak meredah lecak jalan basak-basah tu.. leceh. Karang angkat jubah tinggi-tinggi orang kata apa pulak. Kepala bertutup, bawah terbukak. Sebenarnya ada bawa baju spare, tapi malas nak tukar. Dah nama pun baru balik dari kenduri kawin.. jubah pun jubah lah Jah.. janji Jah nampak seperti diva yang sedang berjalan di Thai Food Festival haritu.. Sangat!! (Hashtag : matakeatastangankatbaju)

Fateemah Roti & The Tarek.. ni menjadi perhatian juga kat sana. Sebab brader tu kemain berpusing-pusing badan tarik teh. Teh yang dia guna tu Thai Tea yang macam kat boat boodle. Macam menarik je bila nampak buih-buih teh tu.



Must have!! Aku memang suka makan pulut mangga. Pastu mulalah badan aku berangin.. hehehe. Tak kisah beratur panjang pun. Aku tetap beratur. Kau tengok mangga yang bergayut tu.. biadap kan?!



Punya panjang beratur beli 1 je. Sekali Nizam sound. “Beli lah lagi satu”.. terus potong Q orang depan.. haha. Ye lah kau kan bawak kakak ipar kau ngan laki dia.. takkan beli 1 je Jah oiiii.. fikir tekak kau je kan! (cakap kat diri sendiri) hehehe.


Churros pun ada juga. Tah mana datangnya Thai kat churros ni aku tak tau lah. Yang pastinya churros & dip dia tazedap. Zedap lagi Street Churros.


Ni pun 1 of the top juga kat sana. Roti kale kale. Taste dia sama je macam roti kosong. Cuma kaler tu je buat perhatian orang ramai.


Banyak stok roti dia. Geram tengok kale kale rainbow. Harga roti kosong ni tak silap 3 bungkus (kosong) RM10. Aku beli 2 bungkus RM10. 1 bungkus spread, 1 bungkus lagi kosong.



Last but not least, . Stall tomyam. Lepas tu koser dah aku nak ambik gambar. Dia masak tomyam sekawah macam tu. Sebelah tu kuah mee udang kot.


Kuah tomyam nampak je cair.. tapi rasa dia memang zedap.

Puas dapat makan tomyam pure thai mari, pulut manga, roti kaler-kaler & etc. Ada few makanan yang aku tak sempat beli & makan sebab malas nak beratur panjang. Yang aiskrim dok dalam kelapa ke apatah pun nama dia tak dapat beli.. aku tau pun sebab nampak gambar yang korang meriak haritu. Yang dah beli pun rasa macam tak termakan. Lagi banyak nampak makanan, lagi banyak nak membeli. Lebih baik aku tahan napsu cepat-cepat.. karang beli macam-macam semua tak habis bazir je.

Cuma 1 je nak request kat event management. Kalau boleh perbanyakkan kosi meja. Haritu diorang sediakan ciput je kosi meja untuk orang makan. Gerai kemain banyak. Takkan nak suruh orang makan secara buffet berjemaah pulak. hehehe. 

Tahun depan kalau ada lagi Thai Food Festival, aku nak pergi perabih lagi kat sana ;) 
Read More

Friday, March 24, 2017

BUKA SEKOLAH 2017

Hi. Assalamualaikum.  Giler lama nak up cerita bukak sekolah!

Cerita ni dah lama aku draft.. rasanya awal tahun haritu.. ni dah quarter year baru sempat sambung.. lama kan?!

Alasan chiche : AI IS BUSY. Ok jom sambung.

Kejap nau dah nak masuk tiga bulan budak-budak masuk sekolah. Ni dah masuk cuti penggal pertama pulak lepas budak-budak habis exam.  I’m sure haritu korang mesti dah prepare awal-awal sebelum budak-budak masuk sekolah kan. Sama juga aku. Buku, baju segala macam keperluan dah prepare awal-awal. Pastu mula lah episode kalut dipagi hari menyiapkan anak-anak. Yang bergelar maders mesti kembali jadi tarzan pagi-pagi hari. Kalau ko tanya aku, selalunya pagi-pagi aku tak Tarzan sangat.. Cuma kadang-kadang terjadinya SINGA JADIAN je dipagi hari.. hehehe. Tak selalu pun. Anak-anak aku dah besar. Kalau panggil sekali dua je diorang memang cepat bangun. Lagi pun aku memang dah latih KhaNish dari kecik lagi supaya kalau bangun pagi jangan nak hok hek hok hek kat atas katil.. lagi-lagi menangis. Aku memang cukup pantang kalau budak-budak bangsa yang suka hok hek hok hek tak tentu pasal pagi-pagi hari.. mula lah nanti aku yang HOOOoooOOOoooOOO pagi-pagi hari. Tau apa HOOOoooOOOoooOOO tu? Kalau tak tarzan, Singa! Hahahaha.



Untuk budak dua orang ni, aku & Nizam tak berapa nak kelam kabut sangat prepare barang-barang sekolah. Mostly barang yang sama je beli setiap tahun. Cuma untuk Khairine agak berlainan sikit. Sebab pomp tu dah masuk tingkatan 1 tahun ni. Baju & kain sekolah je berbeza untuk disediakan. The rest, still the same. Cuma ada sikit-sikit je barang yang perlu diganti baru.

Masa first day buka sekolah, aku dengan Nizam bahagi dua ke sekolah hantar KhaNish. Nizam hantar Danish, aku hantar Khairine. Tahun ni Danish dah masuk standard 6 and still kat sekolah rendah lama lagi dan masih sesi pagi. Aku hantar Khairine. Khairine dah masuk form 1, sekolah sesi petang pulak. Dua-dua dah terpisah sekolah untuk tahun ni. Maka sebelah pagi Nizam dah settlekan Danish. Masuk tengahari pulak, aku settlekan Khairine. 


Khairine Adrina




31 December lepas macam biasa ada orientation day untuk budak-budak form 1. Aku dengan Nizam sama-sama hantar Khairine ke sekolah haritu. Bila Khairine masuk kelas untuk diagnostic test, parents pulak ke duduk dalam dewan. Orientation untuk maders & faders pulak. Dapat salin note sikit-sikit untuk reference sendiri. Sejam lebih duduk dalam dewan, Nizam tarik aku bawak pegi kantin. Mengantuk uolls! Pekena air panas segelas, terus segor mata Kak Jah πŸ˜†



First day sekolah. Mostly diorang ni geng pengawas dari sekolah rendah yang sama. Kawan dari dari darjah 1 katanya.

Khairine & Aleeya


Hari first day masuk sekolah, aku hantar dia. Lepas tu aku keluar merayap kejap sementara nak tunggu time rehat. Demi kasih sayang punya pasal, aku tapau nasik ayam dari luar bawak ke sekolah. Takut kesian tengok dia beratur panjang-panjang kat kantin. Maklumlah Junior kannn first day pulak tu.. hehe.
Habis je waktu rehat, aku pun terus balik rumah. Dah siap apa yang patut kat rumah, by 6.30pm macam tu aku jemput dia balik dari sekolah pulak. Dan begitu lah routine aku sepanjang seminggu sesi persekolahan dibuka. Rasa macam hantar anak masuk standard 1 je. Macam tak caya sekarang dah form 1.

Danish Izdiyad


15 Jan 2017, ada Majlis Diskusi Bersama Ibubapa Murid-Murid Tahun Enam. Pagi-pagi pukul 8 aku & Nizam dah tertongok kat dewan sekolah. Well, macam tahun lepas juga masa Khairine nak ambik exam UPSR, the same thing yang cikgu bagitau.. pasal format kertas, pemarkahan, and etc.

Tak cukup dengan itu, sebelum kami datang ke majlis ni.. dua hari sebelum tu Danish ada bawak balik surat dari sekolah. Naik terbeliak bijik mata aku tengok cost yang kena bayar tahun ni untuk budak-budak nak ambik exam September nanti.


Ya! Mungkin aku ni mader yang perghak nak mamp. Tengok amount RM250 dah menggigil satu badan rasa nak marah. Bukan apa Joyah! Kalau kau teliti elok-elok setiap perkara yang dia tulis dalam kertas tu, macam tak worth it tau. Bayangkan 1 murid kena bayar RM250. Kalau 100 orang murid tahun enam dalam satu sekolah, dah berapa RM kat situ? Ini soal duit okeh. Satu Malaya tau keadaan ekonomi negara kita sekarang macam mana. Takkan nak kena spend RM250 lagi? Dah lah barang keperluan nak masuk sekolah like buku and so on semua parents kena tanggung.. plus, dia mintak pulak masa datang haritu bawak 1 ream kertas A4 lagi. Nasib anak aku dua ketul je. Kalau anak orang lain tu berderet-deret, kena spend so much money lagi lah pitam. Memang rezeki anak tu ada, Allah dah tetapkan. Tapi kalau bebanan yang kena tanggung sebegini ropa, Mana nak cekau? (Hashtag : OHMALAYSIATANAHAIRKU)

Aku tak kata RM250 tu besar. Tapi bila baca balik, aku rasa tak puas hati sangat sebab kena bayar macam-macam benda yang tak masuk akal je. Kertas A4 tu, setiap murid kena bawak 1 ream. Pastu dia nak charge pulak item no 2 tu (buku tambahan/ bahan fotostat/ kertas ujian) bukan ke kementerian yang peruntukan untuk sekolah? Ada yang kata semua benda nak cut cost sekarang. Ya paham, tapi kenapa bebanan tu kau tolak kat rakyat marhaen macam kami ni wahai kerajaan?

Bayaran ni bukan kena bayar sekali lamb sump. Diorang bagi tempoh sampai end of June. At least by end of June tu semua payment boleh settled. Haritu aku bising kat Nizam. Aku cakap, aku nak tanya dalam-dalam pasal payment ni kat pihak sekolah. Bagi puas hati. Sekali Nizam cakap “tak apalah.. bayar je.. karang kalau tak bayar nanti anak kita tak boleh ambik exam pulak” KAU GHASERRRRR?? (hashtag : OHMYLAKI) Aku rasa nak cekek je batang leber Bang Nizam. Malas nak menderhaka.. aku jawab “tak apa lah.. u nak bayar, u bayar lah.. bukan duit I pun. Duit u” Eh! Derhaka tak menjawab macam tu?? Hahahahaha.


Memandangkan gambar tahun ni seketul pun apak kau tak snap masa kat sekolah, mak tampal je lah gambar lama kau dengan Kkhairine kat sini ya nak.

Dah itu je nak bebel untuk entry ni. Korang ada problem ke masa awal-awal hantar anak bersekolah? Standard ar.. mesti ada kan?? Lagi-lagi anak yang baru masuk standard 1.. mesti bermacam ragam. Hadap je lah Bedah! Akak dah dua kali merasa dulu.


Read More

Monday, March 20, 2017

GIRLS LUNCH DI THE MAJESTIC HOTEL, KUALA LUMPUR

Girls sangattttt *matakeatas* dah terbiasa sebut GIRL GIRL GIRL masa zaman sekolah dulu. Dah tu kitorang ni pun dari Ampang Road Girl School khennnn. So ayat GIRL tu berpisah tiada.. hehe.

Plan nak buat girls luncheon ni lepas kitorang buat potluck kat rumah Ryta. Rasanya raya tahun lepas kot. Start tahun lepas jugak diorang buat monthly collection. Kenapa aku kata "diorang buat monthly collection?" sebab dalam masa berbulan-bulan diorang buat collection tu aku tak pernah bayar satu sen pun.. hahaha. 

Tapi!! masa buat makan-makan kat The Majestic haritu aku bayar okeh. Aku bayar lump sum on dat day.

Tema kitorang Black & Gold Glamorous Lunch. Dasyat kawan-kawan akak. Siap bertema bagai 😰 

Dah dekat-dekat hari nak pergi tu ada confusion sikit antara kitorang. Kejap nak buat 25 Feb, kejap nak buat 26 Feb. Kejap nak buat lunch, kejap nak buat hi tea, kejap nak buat dinner. Fening Kak Zaza dibuatnya. Aku biarkan je diorang decide. Bila dah buat final decision, baru aku on. Semua tu settled dengan elok tanpa perbalahan. Alhamdulillah.

Decided buat 26 Feb, lunch buffet kat The Majestic Hotel, Kuala Lumpur. Tak semua geng kitorang dapat join. Ada yang last minit cancel sebab ada hal lain. Ada yang awal-awal lagi kata tak dapat join. Total girls yang join haritu 10 orang je.

10 of us in Black & Gold Glamorous Theme. Curlasss The Joyahs! mengikut tema sangat.. 
I is happy πŸ’—

Aku sampai tepat pada masa. 12.30pm dah terpacak kat meja makan. The rest ada tigapat orang lagi menyusul datang.

My first plate before the second, third, forth, fifth.... hundred.. pfffttt πŸ’†

Haritu aku pukul keliling semua station buffet. Satu pun aku tak ambik gambar. I is malu.. dah la ramai orang time tu. Gambar kitorang je yang banyak πŸ‘ΈπŸ‘ΈπŸ‘ΈπŸ‘ΈπŸ‘ΈπŸ‘Έ

Us

Well, as usual. Kitorang ni kalau berjumpa memang kecoh. Kalau korang ada tengok video live aku kat fb, ya hampunnn malu okeh. Macam orang kampung dot com sangat.. so kecoh.. tak reti behave *urutkepala* kitorang ni boleh senyap sekejap je kalau ada lensa kamera kat depan muka. Ada tu tengok kecoh berborak, tiba-tiba member lain nak snap gambar, dia boleh tertutup sekejap mulut semata-mata nak nampak helok dalam gambar.. hahaha.

Ijan, Jaja & Kay 


 Me & Ryta. Dis two girls memang kaki selfie like budak-budak hipster.. hehe

 Ryta, Shida & Kak Zaza. Dis 3 girls selalu digelar Geng Bantut πŸ‘―πŸ‘―πŸ‘― sebab dalam ramai-ramai kitorang bertiga je yang tak berapa nak tinggi.. hehe. Ok lah.. nampak sikit macam adik-adik bila dalam ramai-ramai tu πŸ˜…

 Ijan & Jaja



 Ryta & Jaja



 Geng gila lensa 😁


 Two close girls. Anne & June


Penuh semeja. Kemain makan tak hengat dis all girls πŸ˜‹


Ini aksi-aksi dibelakang tadir si pemegang lensa. Perangai tu!!! πŸ™ˆπŸ™‰πŸ™Š

Aku macam segan nak letak gambar yang agak mengaibkan kawan-kawan. Tapi disebabkan ini adalah hiburan semata-mata, mari kita letak juga gambar tu 😜


Ni kenapa? hahaha. Tak aci tau. Korang berdua pakai heels. Aku pakai flat shoe. Terus nampak pendek disitu 😈

Sampai macam tu sekali kau Shida. Kay, kenapa kau buat macam tu kat Shida? hahaha. Ini adalah punca dimana kawan-kawan mintak tolong snapkan angle yang boleh menampakkan kawan-kawan nampak kurus.. hahaha.


Dah nak hujung-hujung makan, kitorang ada buat exchange gift. Setiap orang ada bawak gift sendiri untuk kitorang tukar-tukar.


Semua happy dapat hadiah.

Sampai dah habis time lunch buffet, kitorang sambung bergambar kat lobby pulak. As usual, the lobby like kami yang punya. Kecoh bising. Sana sini kitorang ambik port masing-masing bergambar. Omaigod.. girls! behave please.. tempat orang ni okeh!! πŸ˜ƒ

Eh lupa. Sebelum exchange gift, kitorang ada buat bacaan doa sikit untuk arwah mak aku yang baru je sebulan meninggal & baru-baru ni juga ada budak Ampang Girl meninggal sebab sakit. So sekali harung je.


Thanks all. Apasal Salmie & Anne pandang Jaja? tak concentrate eh korang?! 


 Kak Zaza & Ijan the perempuan meletop πŸ˜‰


 Kay, Salmie & Ijan. June, kenapa you pulak yang feeling lebih dalam cermin tu??? hahaha.


 Zai, Jaja & Kak Zaza.. nampak tenggelam je bila Kak Zaza berdiri sebelah diorang πŸ™ˆ


 Ryta, Salmie & Me. Si Ryta pakai heels.. konon tinggi lah tu?? 😠


Shida, Anne, Zai, Jaja, Kay & Ijan. Aksi manja mak mak orang. 

Salmie kat belakang tu tengah berangan dengan kamera lain.. orang lain yang snap untuk dia. Kan aku kata.. time kat lobby ni masing-masing dengan port bergambar masing-masing πŸ˜†


Kak Zaza & Jaja si tinggi lampai πŸ˜‚

Habis riuh rendah kat lobby hotel, kitorang decided nak lepak coffee2 pulak. Macam-macam tempat kitorang suggest. Last-last dorang kata lepak kat coffee house atas je. 

Moh kita.


Sempat kan? dari tingkat 1 ke tingkat 3 je. 3 shot dalam lift 😀


 Lepak Havana Club. Dapat duduk sekejap. Tiba-tiba diorang cakap.. eh kita lepak starbucks je lah.. hmmm baru nak feeling have have lepak Havana 😡


Dah Ijan, jangan nak berangan have have disitu.. sila bangun πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ

Kitorang pun turun balik. Mula-mula nak lepak starbucks Jalan Ampang yang kat depan bangunan Risda, sekali Ijan kata jauh untuk dia nanti nak ke Kelana Jaya sebab lepas tu dia ada hal.. ok lah cancel Starbucks Jalan Ampang. Discuss punya disscuss, diorang decide lepak Starbucks kat Trec je. Ok.. lesssgggooo πŸ’¨πŸ’¨


Tak semua pergi. Shida & June tak dapat join sebab ada hal lain.

Lepak minum dalam sejam lebih, the rest time berborak macam-macam topik & perkara wajib adalah bergambar.


 Us


Ryta, Jaja & Kak Zaza

Dah puas makan minum, menjoyah, bergambar.. time to pulang ke sangkar masing-masing.

Dengan diorang ni bukan tak selalu jumpa. Kitorang ni kerap je jumpa. Bila kata buat "gathering" konon-konon macam beribu tahun tak jumpa. Itu belum hari-hari berborak dalam group whatsapp.. propa sangat korang kannnn! 

Since kat sekolah lagi ini je muka-muka 'geng baik'. Sampai sekarang dis 'geng baik' dah berubah menjadi yang lebih baik. Yang dulunya tak berhijab, sekarang Alhamdulillah semua dah berhijab. So impressive. 

So happy dapat lepak haritu. Next gathering lepas raya kot.. Kali ni nak buat Reunion ex-ARGS batch 1997 je. InshaAllah.. masih dalam perancangan. 


Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah