Sunday, July 27, 2014

Salam Kosong Kosong

Assalamualaikum... 

Semalam lagi aku tengok blog masing2 dah senyap sunyi.. mesti korang dah sampai kampung kannn.. Sebenarnya aku pun dah sampai kampung pukul satu lebih pagi tau.. cewah macam jauh sangat pulak Kolumpor Melaka.. hahaha suka sangat nak propa kau Jah!.. Alhamdulillah.. perjalanan malam tadi smooth je.. tanjat jugak bila tengok hiway tak jammed.. kira macam unexpected lah bila tengok hiway ke arah Selatan tak jammed.

Sampai-sampai je Melaka tengok SIL, BIL, pak mertua aku, anak2 buah & sepupu2 Nizam tengah melepak kat gazebo bawah pokok rambutan depan rumah.. diorang tengah menyanyam ketupat uolls... sambil borak2 pekena kopi.. tu yang seronoknya setiap kali balik Melaka.. mesti layan borak sampai tigapat pagi.. dah macam lepak kat kedai mamak je.. siap dengan teh tarik bagai.. yang penting mesti mau ada kuaci.. hahahaha.. layan dowh borak2 sambil makan kuaci ;D

Nampak??? sarung ketupat anyam sendiri yer.. Tapi bukan Kak Jah yang anyam pun.. hahahaha..

 Tengah melepak.. masa ni aku baru sampai.. kemain lagi siap pasang lagu raya sambil menganyam ;D

Ni lah yang aku katakan tadi.. lepak menganyam ketupat kat gazebo depan rumah, bawah pokok rambutan.. hahahaha.. melayut-layut buah rambutan ni.. feeling macam kat obersi pulak ada pokok strawberry depan rumah sambil pick your own kalau nak makan.. hahahhaaha. 

Sorry lah yer.. Kak Jah ni agak jakun sikit.. maklumlah menumpang beraya di kampung Suami.. semua benda pun aku nak cerita.. hahaha.

Tukang menyebok.. buat2 je lah pegang sarung ketupat tu walaupun Kak Jah tak pandai menyanyam ketupat.. karang kalau aku masuk campur sekali menganyam, mau jahanam daun ketupat tu.. so biarlah Kak Jah cuma pandai makan ketupat sajo.. hehehehe..

Oklah.. nanti lepas2 raya kita share2 certia beraya yer.. pada yang balik kampung tu berhati2 dijalan raya.. semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju..

SELAMAT HARI RAYA :)
Read More

Thursday, July 24, 2014

Story Hari Selasa Haritu

Order hari Isnin sampai depan pintu rumah hari Selasa. Gud service.. double thumb up!! :))

Sila focus pada bibir I yang kedut2 tu yer.. jangan kau sibuk nak skodeng lobang hidung aku pulak.. hahahaha.

Cantik kan kaler dia.. aku pakai NYX Soft Matte Lip Cream London. Yang satu lagi tu Monte Carlo aku nak pakai di pagi raya.. baru lah orang kampung nampak bibir Kak Jah terang benderang.. jangan ada yang confused sudah.. tu bibir Kak Jah ke lampu merah traffic light.. hahahaha.

Tapi sebenarnya Kak Jah tak boleh tahan.. harini aku tenyeh jugak kat bibir nak tengok hasil colour Monte Carlo.. Auuwww bibir Kak Jah macam Kak Nita sangatttt!!! I loikeeeeee.. hahahahha.

Hari selasa punya Laksa.. 

Punya lah craving macam orang mengandung.. padahal kat rumah macam2 lauk ada untuk berbuka.. disebabkan tekak aku yang gedik ni nak makan laksa Old Town, tapau jugak lah petang tu.. geleng kepala je laki aku tengok perangai bini dia.. hahahaha.

Thanks SA!

Aku kan suka berjalan.. sampai masuk ke alam maya pun aku kuat berjalan.. tapi bukan lah jalan kaki.. erti kata lain suka menjelajah.. gittue! Selasa haritu tanjat kita bila dapat bungkusan post laju.. patutlah budak receptionist kat opis ni kata ada parcel untuk aku.. rupanya hadiah dari Blogger SuriaamandaYang tak syoknya bila sampai kat tangan aku envelope tu dah terbuka.. kongajau sangat orang yang pecah amanah tu.. tak baik tau bukak surat orang!! #TunjukPenumbokKatDia

Ni cerita lain pulak.

Dalam bulan puasa ni kan badan kita semua tak cukup air.. bibir kering, kulit kering segala2nya kering. Haritu Nizam kena ulser kat lidah.. Perit hoi.. besar plak tu.. tak sanggup aku nak tengok. Pergi Farmasi cari ubat ulser.. ate, ubat doktor pun tak jalan.. aku pergi lah farmasi.. aku mintak ubat yang paling power sekali.

Ini lah dia ubat yang paling power skali yang aku katakan tu. Kerja aku tolong Nizam letak ubat ni kat lidah dia. 

Ubat ni perit sikit bila dah letak kat ulser. Haritu aku siap kena hempok dengan Nizam.. hahahaha.. Perit kejap je lepas tu nanti lidah akan jadi kebas. Kesannya tak tau lagi.. baru apply tigapat kali.

Psstt semalam ada yang tanya pasal perencah mee rebus aku tu.. korang nak kirim ke? kalau nak nanti aku aku balik melaka aku beli.. menjawab soklan Dik Julia kat komen entry semalam.. Kat KL Kak Jah tak pernah nampak lagi ada jual.. nanti mak whatsapp you yer nak :)) 
Read More

Wednesday, July 23, 2014

Mee Rebus Adami

Malu nak tulis tajuk besar "Perencah Mee Rebus Adami".. nak gempak sikit kita letak "Mee Rebus Adami" ajosss.. Ok lah tu kann.. daripada aku letak tajuk "Resepi Mee Rebus" karang takut korang tertipu pulak.. padahal aku masak pakai perencah je.. hahaha.

Bosan asek makan nasi je berbuka.. haritu aku beralih selera.. mari kita masak mee rebus menggunakan perencah.. semudah masak Maggie.. hehehe.

Antara bahan2 yang aku pakai.. kecuali daun saderi. Sampai harini aku keliru mana satu daun saderi, mana satu daun sup.. main capai je kat supermarket bila tengok ala2 serupa je.. belasah je lah.. hehe.

Ok itu tak penting.. sebenarnya daun saderi tu tak perlu digunakan untuk masak mee rebus yer Senah.. aku dah tersalah beli.. sepatutnya guna daun bawang.. baru je first stage dah cacat masakan aku.. hahaha.

Perencah ni dalam packet.. aku beli kat Melaka masa pergi mandi2 kat A'famosa haritu. Selama ni balik Melaka tak pernah beli.

Perencah ni bukan setakat mee rebus je yer.. ada perencah asam pedas, mee bandung.. haritu aku cuma beli mee rebus & mee bandung je.. yang asam pedas tu nanti raya sok nak pergi repeat beli kat Banda Hilir.


Bila dah dibogelkan dari packet, begini lah rupanya.. ala2 macam kerisik.


 Culur mee siap2

Lepas tu masuk periuk letak air empat setengah cawan then letak atas api. Aku buat haritu tercair sikit.. biasalah Kak Jah kan memang suka memandai2.

Lepas tu siapkan lah bahan2 lain


 Tauhu goreng

 Fish cake.. amboi kemain oily fish cake Kak Jah lepas goreng.. hahaha malas nak serapkan minyak kat kitchen paper.. lantak lah.

Cili hijau & merah.. cili merah tak ado.. dan juga limau. Settle!

Actually kat packet Mee Rebus tu ada cara2 buat dan bahan2 yang perlu kita sediakan.. aku ikut ala kadar je sebab most of bahan2 budak2 tak makan.. contohnya cili hijau/ merah.. limau pun aku sorang je yang guna untuk perah kat mee. Jadi aku sediakan bahan2 yang mana diroang makan je yang macam dalam gambar tu.

Pendek kata mee rebus aku ni tak cukup sifat.. dengan telur rebus tak ada.. daun bawang tak ada.. hahaha bukan tak ada yer.. sebenarnya semua bahan tu kitorang tak berapa makan.


 Alhamdulillah.. ini lah rejeki kitorang haritu.. tak ingat bila punya buka puasa :D

Samosa sardin ni SIL aku bagi.. dia bagi yang frozen. Memang saja dia bagi aku yang frozen sebab dia tau aku ni pemalas.. nak tak nak kena goreng sendiri jugak.. hahaha.
Read More

Monday, July 21, 2014

Luahan Perasaan Yang Terpendam Part II

Dunia masih lagi diselubungi kesedihan disebabkan tragedi MH17. Sama2 kita sentiasa berdoa buat mereka yang telah pergi.

AL-FATIHAH

******************************************************

Ada Part II plak eh.. Ok ni sambungan cerita luahan perasaan yang terpendam haritu.


Haritu ada yang tanya aku kat kotak komen samada aku turun kereta ke tidak masa dia salah tempat tu.. Ni Kak Jah nak bagi tau kat hampa semua.. Mintak Hampon Mahap Ku Pinta I'm Sorry!! memang aku tak turun lah Bedah oiii.. buat apa aku nak turun sedangkan itu bukan tempat yang aku nak tuju. End up aku call si Eza suruh dia sendiri cakap dengan driver.. Sekali kena tempelak dengan si Eza baru dia nak ikut arahan.. hahaha. 

On that time aku dah whatsapp Nizam.. aku kata yang aku memang hangat hati dengan si driver tu.. tapi Nizam suruh aku ilex cool je.. bahaya dengan bangsa à®‡à®¨்தியா karang dia buat apa2 mamposss aku.


Settled je urusan aku dengan Officer dekat DCA, aku call dia suruh dia ambik aku kat tempat yang sama dia drop. Fine. Lepas tu masuk je hiway entah mana2 jalan yang dia cilok.. tau2 je keluar kat Puchong.. aper ker hey nya sampai ke Puchong sedangkan boleh ikut jalan nak ke Mines then terus masuk MRR2. Elok2 dari Putrajaya ke Ampang boleh ambik masa 45minit, dah jadi sejam setengah. Gggrrrr. Aku diam kan jer.. sebab pikir bahaya je kalau bertekak dengan à®‡à®¨்தியா


Derrr... *mata keatas*

Ni kes lain dan hari lain punya cerita pulak. hal kereta Boss aku.. hal apa aku tak payah cerita panjang2 lah yer. 

Settled je hal kereta dia pun balik opis.. terus datang kat aku suruh aku pesan kat Boss aku yang dia dah settlekan pasal kereta Boss. Lepas tu aku cakap aku tak nak sampaikan pesan dia.. sebab nanti lain jadinya.. Ada sekali haritu dah terkena.. dia cerita pasal AYAM dengan aku so bila aku sampaikan dekat Boss dah tentu2 aku akan cerita pasal AYAM jugak.. tak kan aku nak cerita melalut keluar dari tajuk cerita pasal ITIK pulak kannn.. betul tak Joyah? ke kau tak paham? kalau tak paham sila baca berulang kali.

Then dia nak hangin.. ehhh kau siapa nak hangin dengan aku??!! dah aku kata aku tak nak sampaikan pesanan & amanat kau tu aku tak nak lah.. kau cakap lah sendiri dengan Boss.. aku tak nak jadi skali lagi cerita AYAM bertukar jadi cerita ITIK.

Yang kelakar buat aku nak tergelak bila ayat dia macam ni..

Apa guna you ada dekat sini.. you kan security Boss.. 

Nampak tak apa yang lain kat ayat tu?? 

MUAHAHAHAHAHAHAHHAHAHA.

DEYY PADIAPPA???!!

Bila masanya lah aku jadi security Boss oiii?? terus aku nak tergelak tapi tahan sebab tak nak bagi dia nampak yang aku gelak.. 

Sambung gelak.. HAHAHAHAHAHA!
Read More

Friday, July 18, 2014

17 JULY 2014 #PrayForMH17




Sangat2 terkejut dengan berita #MH17 pagi ni.. mungkin aku adalah orang yang terakhir tau kot pasal berita ni sedangkan orang lain dah heboh sekampung. Pagi tadi lepas sahur sebelum buka tv aku tengok fb dulu.. kat timelime penuh dengan doa dan simpati. Bila channel astro Awani tengok2 memang sah berita #MH17 terhempas. 

Sempena hari baik dan bulan baik ni aku harap tak ada bermacam-macam spekulasi atau cerita2 yang tak benar wujud disemua social network. Lebih baik kita berdoa dan terus berdoa buat mereka yang terkorban.

AL-FATIHAH
Read More

Thursday, July 17, 2014

Luahan Perasaan Yang Terpendam

Pergghhhh terpendam sangat perasaan kau Jah!! dah macam bakat terpendam pulak nih.. hahaha. Biasalah Joyah, bila kekeringan idea nak menulis ada je benda yang terlintas kat kepala aku ni nak dijadikan cerita merapu.. kadang2 cerita tu datang secara tiba2 even time aku berada dalam jamban..pfffftttt.. sila jangan bayangkan!! hahaha.

Gini kisahnya... cehh macam suspender je kann.

Semalam boss aku suruh aku pergi Department of Civil Aviation kat Putrajaya.. ada kerja sikit yang aku kena buat kat sana.. si Cik Puan Fadli tau lah aku kesana buat apa.. kami sempat jumpa sekejap semalam tapi tak sempat nak bergambar. Macam biasa siapa lagi pembawa aku kalau bukan boss aku punya driver.

**FYI, sepanjang jalan dari opis sampai ke Putrajaya hanya stesen radio THR Gegar sokmo.. terpaksa tadah telinga dengar lagu2 India**

Sebelum bertolak aku tengok dia sibuk gelebek handphone dia yang sebesar penampar tangan orang gemok (tab yang boleh buat call) ohh rupanya dia set waze nak ke Putrajaya. Ok fine. Bukan nak citer banyak ar.. actually aku agak familia jugak lah kalau nak ke sana.. aku diamkan je malas nak tunjuk jalan.. sebab aku pikir dia driver.. for sure dia familia jalan2 kat KL, Putrajaya.

Masa dah masuk area Putrajaya aku cakap kat dia "nanti lepas Masjid Putrajaya you straight je then nanti boleh nampak bangunan DCA"  dia diam tanpa mengendahkan aku. Sebaik je sebelum sampai bangunan DCA, dia waze lagi cari jalan kononnya. Dalam hati aku ni dah terbakar dah ni. Sampai satu simpang dia terus belok. Eh dia lagi buat hati aku membara-bara.. dia kata "ini waze tunjuk lagi 15 minit lagi boleh sampai.. so ini bukan jalan betul" Jadah apanya 15 minit (dalam hati aku) bangunan DCA setahu aku selepas Masjid Putrajaya dan sebelum PICC.. maknanya selepas Palace of Justice (tak silap aku) ini pemahaman aku lah untuk kesana. 

Kau tau dia boleh belok dekat satu simpang ikut laluan mana tah tau2 je sampai kat area Alamanda.. nampak tak??? sebenarnya dia pusing jalan mana tah lepas tu keluar kat tempat yang sama. Dia buat Kak Jah pitam ditengahari buta di Putrajaya... so bad!


Ok ini lagi best. Lepas yang dia dah pusing sampai ke Alamanda dia still guna waze kat handphone sebesar pelempang dia tu. Sekali masuk kat bangunan JAKIM yang warna coklat tu.. maknanya sebelum simpang masuk Masjid Putrajaya (orang Putrajaya sorry eh kalau aku salah.. ini apa yang aku tau je). Kat situ ada bangunan MOT kan??? dalam waze dia memang tunjuk kat Bangunan MOT tu ada Jabatan Penerbangan Awam.. dengan confident dia suruh aku turun.. Hoi kau ingat aku ni gelandangan ke apa??

Ayat confident dia "Ok dah sampai.. sini lah tempat tu.. you tengok ni (tunjuk waze kat hp sebesar pelempang) nanti kalau you sudah settle you call I.. I datang ambil you dekat sini" 

Aku "Buat apa I nak turun sini.. ini bukan tempat dia.. kalau I turun sini I nak jumpa siapa?? my appointment dekat bangunan DCA bukan dekat sini" 

Kau nampak tak betapa besarnya tahap kebanggangannya dia.. aku tau lah mana aku nak pergi.. dia pulak yang tetapkan mana aku nak pergi dah kenapa??!! aargghhh tekanan aku dibuatnya semalam.. sampai dah gigil2 kaki tangan aku nak meletop.. dada ni dah berapi tinggal nak keluar asap kepul2 je menahan marah.

Cuba bayangkan kalau dia bawak boss time tu.. mau kena hamun berkilometer dengan boss aku. 

Ada lagi satu cerita pasal dia yang aku nak cerita.. tapi tu nanti aku buat kat entry lain eh.. macam best je buat luahan perasaan kat blog kann.. hehehe.
Read More

Wednesday, July 16, 2014

Cerita Campur Aduk

Hi Assalamualaikum..

Kecoh kan sekarang ni pasal perempuan CDM 25 mengamok hahaha.. buat malu je kau hamok tengah2 public.. bukan nak condemn orang yang bertudung.. tapi beragak lah sikit Kak oiii nak hysteria tengah2 dunia.. hishh lantok dia lah Bedah.. Aku rasa kalau kena kat aku pun aku hamok.. tapi tidok ler hamok serupa itu kat tepi jalan.. Korang ingat tak pasal kereta aku kena langgar hari tu yang aku hamok tepi jalan kat
ENTRY ni.. tapi tak lah seharok perempuan CDM 25 tu.. hahaha.

Itu itu biar dia lah.. ni Kak Jah nak cerita sikit.. hari Senin sebelum Nuzul Quran aku kerja.. sebelum balik kerja aku call rumah.. mintak tolong Khairine masak nasi sementara aku balik kerja.

Balik je rumah tengok ini yang terjadi.. dia masak nasik ni sikit lagi dah boleh bertukar jadi bubur.. hahaha

Rasa nak bertukar jadi hijau sekejap aku haritu.. last2 aku asingkan nasi ni terus masak lain. Nasib baik sempat.. sebab aku nak buat nasi goreng je petang tu untuk berbuka.

Btw, thanks Khairine sebab tolong Mummy masak nasik.. nanti Mummy nak bukak kelas belajar masak nasi.. siapa nak join sila email aku.. hahaha.

Nasi goreng hasil dari masak nasi kali kedua.. hehehe.

Ok ni cerita lain pulak.. korang pernah tengok tak kurma besar gedabak?? aku first time tengok. Maklumlah selama ni makan kurma hok kecik2 je.

Dalam gambar ni nampak size biasa2 je.. kalau real memang besar.. dah lah besar, gemok pulak tu. Ni boss aku beli untuk gift.. so kerja aku menyusun dates ni dalam jar.

Tadaaaa.. hasil kerastangan aku. 

Masukkan dates dalam jar lepas tu lekat sticker With Compliment buatan sendiri.. terasa diri ni kreatif sangat.. tambah pulak dapat pujian melambong-lambong dari boss. Auuwwww nak terberakkkkkk kitew dapat pujian melambong.. muahahahaha

Read More

Monday, July 14, 2014

Charity Day For Homeless

Baru2 ni kita digemparkan dengan satu kes yang mana kita akan didenda kalau kita memberi derma pada gelandangan. Aku percaya  korang sure alert dengan kes ni kannnn.. aku rasa kes ni ramai rakyat Malaysia yang membangkang dan mungkin juga ada yang bersetuju dengan tindakan kerajaan yang mungkin ada baiknya untuk negara. Itu pendapat masing2 lah yer.

 Aku tak nak komen lebih2.. karang ada pulak yang kata aku ni memandai2 hal negara.. hujung2 rumah aku terbakor macam rumah Ku Nan macam minggu lepas.. hehehe.  Yer lah mungkin itu satu kebetulan kot atau daulat lepas dia umumkan kes gelandangan tu tak berapa hari lepas tu rumah dia terbakar. Adakah itu satu suratan atau kebetulan?? 

Cerita lanjut baca di:

Ok pada yang tak tau menahu pasal kes Gelandangan yang dikecoh2kan tu.. korang pergi google.. sedeyh kalau korang tak tau sikit sebanyak hal negara.

Entry aku ni ada kena mengena sikit dengan cerita gelandangan.. tapi ini cerita pada tahun 2010 dimana aku terlibat dengan charity day dan homeless.. aku join ex company yang aku kerja dulu iaitu SYABAS.


Staff SYABAS KL, SYABAS HQ & Pihak NGO

Ni lah semua orang2 kuat macam badang yang menjayakan program SYABAS Prihatin 2010... termasuklah Kak Jah =) (muka yang diblurkan tu jangan tanya kenapa).

Lokasi : Daya Bumi (in between Central Market & Daya Bumi yang dekat sungai Klang).


Apatah nama lelaki yang pakai baju belang2 tu.. aku dah lupa.. 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia pun turut serta menjayakan program SYABAS Prihatin.

Pagi sebelum kitorang bertolak ke tempat yang nak diagihkan makanan, kitorang ramai2 bergotong-royong packing barang makanan dulu. Agak2 dalam 200pack tak silap aku.. ke lebih.. aku dah tak ingat..

Air kotak, nasi ayam, lagi apa tah makanan.. semua masuk dalam bag hijau tu.. senang nak diagih2kan.

 Kemain kusyok Kak Jah membungkus.. 

3 buah Ranger SYABAS ready nak berlepas ke lokasi. Plus yang mana tak muat nak menumpang naik ranger, some of them bawak kereta sendiri.



Sampai je location terus get ready. FYI, homeless2 ni ramai tau.. semua yang bermastautin area2 Daya Bumi.

Kalau yang mana selama ni korang tak tau pasal homeless ni, diorang ni setiap minggu NGO akan bagi diorang makanan tau. Kalau tak silap aku seminggu 3 kali. Sebelihnya diorang kena cari makanan sendiri. 

Ok jom aku tunjuk kat korang gambar2 masa diorang beratur nak ambik makanan.. Diorang ni sebijik macam budak2 sekolah.. ada yang potong Q, ada yang menjerit2.. ehh macam2 lagi lah.. nanti orang2 NGO tu akan menjerit.. "sila beratur dengan betul.. jangan bising2 kalau tidak nanti tak dapat makanan" kesian kannn..

Jom aku bawak korang tengok gambar2 diorang..












 Tengok betapa bersyukurnya dia.. :(





Aku pun nak try distribute jugak.. sedih weiii tengok muka diorang tu.. beratur sebab nak ambik makanan. :'(
 Kemain bersyukurnya Ah Pek ni dapat goodies.. kesiannnn sangat.

 Study hard.. hehehehe =)

Macam merajuk je.. ilex ar.. gi lah ambik makanan tu.. hehehe.


Pakcik ni sempoi.. dok borak dengan aku bawah pokok. Berdasarkan dari cerita dia, family dia buang dia.. anak2 & bini dia buang dia sebab dia dulu berduit.. lepas dia jatuh bankrupt keluarga dia semua jauhkan diri dari dia.. Datang KL jadi homeless..

Menjadi pengajaran sangat pengalaman pakcik ni buat aku.




 Nampak?? dah dapat makanan terus makan.. tapi diorang ni bagus.. lepas makan tak buang merata-rata.. diorang buang dalam tong sampah.. so tak ada lah kotor kawasan persekitaran. Adoii time ni masa aku kat sana rasa sayu sangat hati ni.. rasa nak menitis air mata tengok diorang makan.. Kita ni yang mewah dengan makanan kat rumah sampai tak berhabis makan.. sampai buang2 campak je dalam tong sampah..

Aku tak nak tulis panjang2 lagi.. bila teringat balik time aku join program ni.. rasa tak sanggup nak tengok muka2 diorang.







Selesai kerja baru boleh menggelestis bergambar.. hehehe.

Cerita ni bukan nak membangkang atau mempolitikkan dengan keputusan kerajaan baru2 ni yer.. aku cuma nak throwback je kisah ni berdasarkan isu semasa yang kerajaan dah tetapkan baru2 ni.

Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah