Friday, December 28, 2018

MyKori Dessert Cafe - Setapak

Mula tu aku tak tau langsung pasal Mykori. Khairine hari-hari memekak "Mummy jom pergi makan dessert kat Mykori" mana la mak tau kori kori ni.. mak kau tak hipster kennn 😂😂.

Lepas Khairine dah tunjuk gambar-gambar kat IG Mykori, terus ahkak bernafsu lagi tazabar nak try dessert yang nampak hebat tu. Cakap kat Khairine, Ok onz.. jom kita pergi.. wow tiber mak terus jadi hipster 😅

Tudia Makcik Mykori

Ingatkan kedai askrem biasa-biasa yang macam Tutti Fruity ke atau Baskin Robbin ke Häagen-Dazs rupanya dia mcm air batu campur tapi versi modern.. hahaha.. kuno sangat mak kau.

Dessert ni berasal dari Jepun. The way ice yang dia shave tu nampak so smooth.. beza la dengan ais yang di shave versi Malaysia.. tau kan??? ABC la! 😁

Simple sangat cafe dia.. memang tempat boleh chill chill dengan kengkawan ke atau nak membawang secara berjemaah ke pun boleh.. mengunyit je tak boleh 😂😄

Kaunter order

Untuk senarai menu, korang check sendiri kat Instagram Mykorydessertcafe

Sebelum korang bukak IG dia tu meh i tunjuk tigapat gambar yang boleh buat korang nak gantung diri.. hahaha tipu sangat! 😋

Honeydew Kakigori

XXXL Kakigori Red Melon


Istighfar Bedah! bawak bertenanggggg 😂 rasanya ni baru sikit kut.. ada lagi "kori kori" yang menarik & tak dapat ku gambarkan


Haishhh tengok gambar ni terus terasa sejukkkk je 
anak tekak.. gluppp #TelanAilio



Ini yang bakal ingin sangat dicuba.. #TelanAilioLagi

Amacam???? Terasa-rasa tak kat tekak korang? Hehe. Masa kat sana haritu ikutkan hati ni nak order semua. Oh memang tak mungkin la semua kan.. muhong la tu hahaha. Tak la.. actually dat time sebab dah terkenyang. Baru balik dari makan2 kat rumah sapa tah haritu tak ingat. Balik tu yang terus singgah sini menDessert kononnya. Memang molek la lepas makan2 lepas tu menDessert.


I makan ni je haritu RM22 tak silap.. lagi pun portion boleh makan untuk 2 perut. Share je dengan Khairine



Ok now I nak tunjuk kat korang gambar kedai dia yang cozzy tu. Konon nak ambik gambar keliling kedai, pastu bila tengok line clear, why not kita selfie skali kannn.. hehehe









Kbai

Address: Plaza Prima Setapak, A-1-1, Jalan Genting Kelang, off, Jalan Prima Setapak 5, 53300 Kuala Lumpur

Open 
Monday : 2pm - 11pm
Tuesday : 2pm - 11pm
Wednesday : 2pm - 11pm
Thursday : 2pm - 11pm
Friday : 2pm - 11pm
Saturday : 1pm - 11pm
Sunday : 1pm - 11pm
🖁: 018-281 4508

More outlet 
Puchong
OKR
SS15
PJ SS2
Kota Kemuning
Mahkota Cheras
Setapak
Kepong
Setia Alam
Sri Petaling
Kota Damansara
Klang
Sri Hartamas

Info 
MyKori Dessert Cafe adalah kafe yang dijenamakan oleh Mykori Holdings Sdn Bhd yang telah ditubuhkan di Malaysia pada tahun 2016. Jenama kedai pencuci mulut ais / cafe premium utama di Malaysia. Mykori Dessert Café adalah versi abad ke-21 dari Rumah Pencuci mulut Jepun tradisional di Malaysia (kini hanya di Lembah Klang) dan mendapat populariti sejak 2016 dari kedai pertama mereka yang terletak di Bandar Puchong Jaya. Ini menjadikan kafe utama mereka di Kuala Lumpur. Baru-baru ini pada suku tahun keempat tahun 2017, ia telah melebarkan sayapnya ke sejumlah 8 outlet iaitu Puchong Jaya, Jalan Lama Klang, SS15 Subang Jaya, SS2 Petaling Jaya, Kota Kemuning Shah Alam, Mahkota Cheras, Setapak dan Setia Alam. Dan tidak lama lagi untuk ke tahun 2019, jenama Mykori Dessert Café yang paling dinanti-nantikan ini mempunyai pelan untuk mengembangkan jenama itu ke seluruh negara. Lokasi seperti Pulau Pinang, Ipoh, Genting Highlands, Johor & Melaka semuanya dalam perancangan syarikat tersebut. Namun demikian, Mykori Dessert Café juga akan berkembang pesat ke bandar-bandar utama di Lembah Klang pada tahun 2018 ini sendiri.
Read More

Thursday, December 27, 2018

Tak Sangka

Tak perfikir pun pasal pasal bomb ke tempat kena bomb 💣 ke. Tau-tau je malam tadi ada kes kena bomb dekat Mermaid Statue, Songkhla Thailand.



Harini genap seminggu. Sebelum i start up cerita pasal trip i pergi Hatyai & Songkhla, i saja nak share satu gambar i kat sini yang i sempat bergambar dengan Mermaid 🗽 Statue last week sebelum Mermaid ni putus dua malam tadi.


The rest cerita pasal i pergi Hatyai, nanti i buat entry lain.


More story kalau nak tau boleh baca kat sini:
Read More

Friday, November 23, 2018

Insof

Tak ada mananya insofffff kau tu... 😂

Lately ni i rasa badan i ni dah gemuks. Baru-baru ni ada la timbang.. skali number kat penimbang tu slamber tu keluar nombor 58.. ehh giler ke apa? ingat i ni gemuk sangat? #MataKeatas (tiberrrrrr nak emo.. hahaha) Mana taknya, asal ada makanan depan mata, bernafsu je nak terkam 😅 Serious weh.. i memang rasa berat badan i dah naik lately ni.. nak timbang lagi skali, takut penimbang tu tipu i lagi. acaner tu?! 😭

I noticed berat badan i naik sejak i start kerja balik. 24 October lepas genap setahun. Disebabkan itu juga la asek makan makan makan je. Padahal masa jadi housewife sebelum ni tak ada la rasa nak makan sokmo. Dapat pulak officemate yang kaki mentedarah.. jahanammmm semua harapan nak menDiet 😅😅😅😅

Selalu kalau kat office, hari-hari kitorang akan order lunch box je.. sebab malas nak keluar. Area office ni bapak susah nak cari kedai makan. Memang jenis kena start kereta keluar dari office baru jumpa kedai. So mostly kedai makan kat area office ni dah habis kitorang jelajah.. kadang buhsan juga kalau asek rotate kedai yang sama.

Semalam i tak lunch. ada roti gardenia kat yang officemate i punya, i bedal 2 keping.. makan dengan sambal ikan bilis.. sedappp oiii.. nampak? sedap sokmo.. caner nak diet walaupun makan roti  2 keping je 🙊

Balik kerja semalam dah kelaparan.. maklumlah dah terbiasa makan lunch.. skali skip lunch terus menggelupur lapar.

Dinner ajak NJ makan kat luar.. i cakap i nak makan nasikkkkkkk. i is lapar nasik. NJ pandang i be like "eh kenapa pompuan ni? sawan nasik ke apa" hahaha.

Terus ke Pandan Indah.. kedai tomyam ni dah jadi favorite sekarang. Food dia variety yang penting sedap dan mencapati citarasa tekak i 😊 #SisHappy

Restoran Gemilang Seafood
No. 19, Jalan Pandan Indah 4/4, Pandan Indah, 55100 Ampang Selangor

Eh dah macam entry nak promote kedai je ni.. padahal i nak cerita pasal keinsofan i yang dah terlajak makan je sebenarnya 🙈 tak apa la.. mana tau korang yang ada kat area ni boleh datang singgah kedai ni.. credit la untuk kedai ni.

Now you see
Now you don't
Yes.. tiada keinsofan nampaknya. sepinggan licin disitu.. hahaha. Dat time memang i laparudin babe. i kenot tahan. Order set asam pedas ikan pari.. sekali mari nah tu dia.. nasi, salad, timun, telur masin, ikan masin, and ofcoz asam pedas ikan pari. hujung2 licin.

  Nasi Mat Rock.

Nampak biasa2 je.. ala2 nasi matrock. tapi bila sampai, kena pulak ayam goreng dia panas2 lagi, pastukan serbuk kunyit dia guna tu buatkan ayam tu sedap. Eh ada ke sebab serbuk kunyit? ke sebab nafsu i je? hmmm.

Chicken chop dia pun sedap. For me worth it la dengan harga dan tempat. Walaupun tak setaraf kedai2 mahal kat luar sana tu.

Pulut mangga.. favorite sangat ni

Yang penting dessert mesti mau ada lepas makan. Pulut mangga  kat sini pn sedap juga.. mangga dia tak masam. Ada setengah tempat tu dia serve asalkan nama buah tu mangga je. Dia tak kisah buah tu masam ke masin ke manis ke.. dia boh je!

So bila baca balik tak ada la keinsofan mana pun.. setakat makan nasik, lauk.. tapi disebalik kejadian korang tak tau.. betapa teruknya selera makan aku 😤😀

Ok lah.. nanti citer pasal makan lagi.. nak pergi kumpul gambar-gambar makan lain pulak nak bagitau korang betapa tak insofnya aku 😅
Read More

Thursday, November 1, 2018

Customer Service Airline Yang.....

Yang dot ⬤ dot ⬤dot ⬤ tu dia besaq DOT punya i bagi.

KES 1 : MASALAH PAYMENT
Baru-baru ni i booking flight ticket untuk Boss i yang nak fly 🛫 ke Perth, Australia atas dasar urusan business. Actually book ticket tak la susah mana. Click je mana destination & date nak pergi, key-in details, buat payment, follow next instructions gedebuk gedebak.. lepas tu tunggu email untuk receive e-ticket.

Lain pulak kejadian bila i dah sampai ke payment method untuk buat payment ticket. Apa jadi?

Pengalaman sendiri, so far i tak pernah fly dengan Malindo.. so bila booking ticket (seperti mana i cerita kat atas tadi sebenarnya tak susah mana nak booking ticket 😅). Bila sampai part payment method tu, tiba-tiba i stuck.. masukkan details, amount then tekan next to proceed, hujung2 dia tulis sana "your transaction is failed & payment will not be charge", dua tiga kali try, still sama juga. Dua tiga kali try tu i pakai card i.. failed (bukan sebab tak cukup amount dalam account ye.. haha) then try lagi tapi guna card Boss i pulak, pun sama juga FAILED. Tak mungkin la Boss i punya card tak ada duit pulak kannnn.. menipu la tu.

Something wrong disitu. I called that Airline Customer Service.. tanya kenapa bila nak buat payment je failed. Jawapan yang i dapat, as usual kalau kau call Cust Service semua benda manis-manis & elok-elok belaka kan?! Diorang kata system diorang ok je.. sepatutnya tak ada masalah kalau nak buat payment.

At the same time, i terus suruh cust service tu book kan dulu ticket flight tu.. so dat i ada booking reference number untuk i buat payment later at the counter atau online if payment section tu dah ok lepas tu (kot la.. tapi hampeh sampai sudah tak boleh buat payment online)

I is tak puas hati. Petang tu i terus bergegas ke KL Sentral. Nasib baik petang tu NJ masih ada kat office. I paksa dia suruh tunggu i kat office sementara i pecut ke KL Sentral. I pergunakan laki i haritu untuk dia jaga kereta lepas i drop diri i kat sana.. sebab malas nak parking sementara i masuk ke Malindo Ticketing Centre Office.

Info:

CITY TICKETING OFFICE

KL Sentral City Sales Office
Leval 1, Unit 24 Departure Hall,
KL City Air Terminal, KL Sentral Station,
50470, Kuala Lumpur.
Phone :+603 2035 6699 (Ext:1503)
Business hours : Monday - Friday - 9am to 8pm, Sat - Sun - 9am to 4pm

Sesampai je dalam Malindo Ticketing Office tu, 1 counter je buka. I pun duduk diam-diam situ sementara tunggu next giliran i. Tiba turn i, i terus bagi booking reference number pada rep tu untuk dia check booking i. Tujuan i datang pun sebenarnya nak buat payment je. And i pay by cash from my money. I tak nak la delay payment, dah la booking ticket valid 24 ke 48 jam je.

Conclusion: Booking ticket via online kadang2 berisiko juga. Technical problem could be happen tanpa diduga.. and YES.. it happened to me haritu.. #matakeatas

KES 2 : WEB CHECK-IN &  KAU SALAH BAGI AKU INFO!
As usual, everytime my Boss nak fly, 48 hours before i akan check-in kan flight untuk dia. Dat day i pun terus masuk website Malindo untuk buat web check-in sekali i tengok ada note bawah tu tulis  *Note: Only selected Departure Cities allow for Web Check In I terus angkat phone, call Customer Service Malindo nak tau kesohehan.

Nampak tak note kat bawah tu tulis.. tu la yang i maksudkan tadi.

I tanya, which country/ city yang kata only selected for web check-in.. at the same time juga i tanya, kalau Perth, Australia boleh buat web check-in ke tidak? dengan confident dia jawab Perth, Australia kenot check-in online. Passenger kena pergi counter untuk buat self check-in. Then i pun bgtau my Boss yang flight ke Perth tak boleh check-in via web, He noted.

The time come. Boss i fly lewat petang, he leave office by afternoon.

After few hours dia gerak dari office, dia WhatsApp i. "I was able to check in online for my flight btw" dia bagi ayat mati je kat i. Dat time i rasa macam nak meletup dah. Jilake punya Customer Service Malindo. Simply gave me wrong information! 😡 i terus tak tau nak reply apa dah.

Logical nya, as a Secretary.. takkan u simply nak bagi wrong information kat Boss u betul tak? hmm #TungkatDagu

KES 3 : DECLARATION VIA EMAIL DENGAN CUSTOMER SERVICE MALINDO
Second time i called customer sevice Malindo before i email them to get clearance. I spoke with Ms. Shamira

Dah terang lagi bersuluh. Font merah dia tulis kat situ Perth tak boleh web check-in. Yang tak faham tu kenapa bila buat web check-in boleh lepas?! #SisKeliru

Sekian luahan perasan i harini. 😞
** Ingat nk tulis pendek je entry ni.. skali dah tulis, terpanjang pulak 😂
Read More

Thursday, August 30, 2018

Traveloka untuk Rakyat Malaysia

Esok 31 Ogos.. 61 tahun sudah Malaysia Merdeka. Sudah tiba masanya untuk rakyat Malaysia buka mata.. dan baca entry ni dulu sampai habis.. hahaha. Cuba korang on monitor pc/ laptop/ screen fon korang.. kalau korang nak tau, sekarang ni ada benda yang best dan amazing tau!! apa benda yang amazing sangat tu Jah? Sudah semestinya Traveloka!!! Ape ke benda Traveloka tu? Blog ke? Video kat youtube ke? Game online paling latest ke? Takkan tak pernah dengar Traveloka kot? silap2 korang pun pernah gunakan applikasi Traveloka ni untuk pergi makan hangin.. bukan naik hangin ye.. hehe. Traveloka yang dimaksudkan tu adalah web yang pasti dapat tolong korang untuk mudahkan planning korang untuk travel untuk bercuti mahupun sebab bekerja or personal.


Macam yang korang tau teknologi zaman sekarang ni.. banyak saingan applikasi yang korang boleh buat comparison untuk dapatkan package-package menarik kan? mesti ada yang menjadi salah satu favorite korang untuk main harga & cari package menarik yang ditawarkan. Well guys guess what?? korang boleh buat semua ni kat Traveloka tau!!! Yes Traveloka. Seronokkan baca?!

Macam mana caranya? First of all, korang boleh search available hotels or places to stay by click tab Hotels, then search area yang korang nak pergi contohnya Kuching atau Johor Bahru. So nanti akan keluar satu list of hotels yang korang boleh pilih. Kat situ juga korang boleh setting minimum Stars, Lowest to Highest cost, dan sebagainya untuk senangkan pencarian korang. Plus korang boleh check review score. Korang boleh tengok experience orang lain so that korang tau hotel yang mana okay dan hotel yang mana tak. Tak payah nak buka new tab kat Google & cari reviews kat Tripadvisor or Google Review dah. All under one roof je dalam applikasi website Traveloka.


Ok sambung lagi information yang i nak bagitau lagi ni..
Dekat list tu juga ada menceritakan apa servis yang diorang provide. Contohnya.. diorang akan bagitau samada ada wifi, free parking, smoking room or non smoking room, aircon atau tidak, apa yang berhampiran dengan sekeliling hotel tu nanti. Senang untuk korang plan nak merayap kat tempat percutian korang tu. Lepas korang dah confirm hotel mana korang pilih, korang boleh check availibility bilik pada date yang korang plan nak pergi. So bila dah kawtim dengan harga semua, boleh pilih flight mana yang korang nak tumpang, so kalau korang nak terbang, korang boleh click kat tab Flight. Kat situ korang boleh search nak flight ke mana, then akan keluar list of available flight, dari setiap airlines yang ada, include what kind of service the providing dan harga. So from there korang boleh pilih sama ada nak yang murah ataupun nak servis yang paling cun.

Lepas dah pilih flight ✈ tu, korang boleh terus book. Just make sure credit card korang active, or debit card or account korang ada duit untuk buat booking. Bukan apa kadang-kadang tu kalau takde duit dalam bank, korang pergi ke bank then deposit duit ke account korang, balik rumah or buka je web Traveloka Malaysia, flight dah fully booked. Dah buang masa & terlepas booking. Bila dah selesai book flight, korang pergi balik kat hotel yang korang nak book tu, proceed to booking. Pilih bilik then proceed. Bila setel, simpan receipt yang ada untuk masa korang nak check-in nanti. Then settled dalam masa sehari je untuk book hotel dan flight without guna duit untuk isi minyak kereta pergi ke office travel agency. Hebat kan Traveloka? 👍

Selain dari sistem booking yang ada, kat traveloka juga ada share blog personal experience people yang pernah pergi travel ke merata tempat. For me it's quite useful as ada setengah tempat yang i tak pernah/ sempat jejaki lagi. But now with Traveloka, semua perkara dari hotel booking sampai ke flight booking pun semua ada dalam Website Traveloka Malaysia. Dapat experience negara orang, belajar culture orang.. so apa tunggu lagi??

Let's enjoyyyyyyyyyyy 😍
Read More

Thursday, March 22, 2018

Dulang Shell Out, Bandar Sri Permaisuri Cheras

Hi..lamanya tak keudara. Tenggelam timbul tenggelam timbul ahkak blog ni. Kenapa lama tak ke udara tu, alasan biasalah.. balik2 bagi alasan sama.. malas dan tak ada masa.

Bila sekali timbul harini ni, terus nak cerita pasal makan. As an intro la kononnya ni hehehe.

Cerita pergi makan ni pun aku dah tak ingat bulan berapa. Yang aku ingat aku pergi berdua2an dengan Nizam. Anak2? masa tu diorang tak ikut.. tak ingat kat mana aku pos kan diorang time tu. Dasar mak bapak tak bertanggungjawab!!! 🤣Serious weh tak ingat.. haha. Rasanya cuti sekolah kot time tu. Aku pergi makan ni waktu lepas balik kerja dengan Nizam.

Masa tu pecah kepala gak mikir nak cari makanan & nak makan kat mana. Masuk kereta tak ada arah tujuan. Bila lalu kat area Permaisuri tu nampak food court. Survey2 tengok, terus singgah. Malas pikir panjang lagi. Lagi banyak fikir, terus tak makan pulak. Ok tak payah citer panjang .. meh aku mulakan cerita makan memakan ni.


hambik kau sedulang makan dua orang. Macam nak pecah perut. Aku ni jakun sikit kalau bab2 makan dalam dulang.. sekali tengok makanan kemain banyak macam ni sis seram.. hahaha.

Sengeh je Bang Nizam makan.


Lepas tu mula serious tatap makanan 😀 Lepas tu berpeluh2 kemain macam peluh orang lari marathon gamaknya laki ai tu 😅

Masa ni aku dah surrender.. dah tolak sudu garfu ketepi dah. Dah penuh perut rasa macam nak terkeluar balik. Tapi Bang Nizam tetap teruskan perjuangan dia.. tu nampak tu tangan dia kais ketam 🙈 then bila aku dah kata aku dah stop makan, dia sumbatnya lagi segala seafood dalam mulut aku. lagi la rasa nak muntoh kat situ.


Nasi ai tinggal seciput je.. kenot habis. Lain2 tu Nizam yang habiskan.



Price worth it. Dua orang makan macam ni RM29 je. Haritu aku tak order air. Nizam je order. Bila time bayar, orang tu cakap air free. Free sebab order 1 je. Bagus niaga macam tu. setengah kedai tu air sirap taraf orang kawin, sirap jarang, tawa hebey lepas tu dia letak harga sampai singgit setengah. Padahal masa bancuh tu pakai secalit je kaler meroh.. air gula pun non hado kadang tu 😏

Ok itu je entry permulaan untuk tahun 2018. sehingga kita berjumpa lagi tahun depan 2019.. hahahaha.



Kalau nak try, waze je address atas ni atau LIKE fb diorang.

Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah