Thursday, January 22, 2015

Hari Cuti Sekolah

Cuti sekolah haritu.. Nizam ajak pergi  Pusat Sains Negara. Kat sana kan ada open swimming pool area. Entah kenapa haritu aku malas sangat nak ikut.. Nizam bawak budak je lah pergi.. plus bawak anak abang aku sorang dengan anak kakak Nizam sorang.. so bermandi-manda lah budak2 tu berpupu-pupu (cousin).

Masa kat sana Nizam whatsapp gambar kat aku.. bukan main lagi berkubang budak2 tu macam badak air.. hahaha.

Macam tak ramai je time tu tak tau lah kenapa..biasanya kalau weekend kemain penuh budak2 datang mandi.

Sepupu sepapat ;P


Eh.. dengar cerita nak mandi kat sini dah kena bayar.. betul ke?? selama ni free je. Haritu masa Nizam pergi guard tu kata suruh bayar kat kaunter dalam Pusat Sains tu.. memang TAK lah nak suruh laki aku panjat ke sana semata2 nak pergi bayar kannn??!! Dia buat bodo je datang terus mandi bawak budak2 tu.. hahaha. Jahat Bang Nizam tau! :D

Selesai bermandi-mandi dalam pukul 7 lebih macam tu diorang gerak balik. 

Bila aku dapat gambar yang Nizam whatsapp tu ofcoz lah aku masuk dalam moment kat wechat. That time kan cuti sekolah.. budak2 ni garit dengan handphone masing2.. bila aku masuk gambar kat moment sibuk komen kat gambar yang aku post kat moment tu.. 

Yang tak menahan tu jawapan si Khairine.. cuba korang perati kat petak yang aku tanda merah tu.

Dia pun panggil mak dia ni JAH!! 

Kau ghasa??? hahahaha.

Ni hari lain pulak.. kitorang pergi tengok wayang cerita Night At The Museum. 


KhaNish

 Mummy & Khairine

Mummy & Danish

Kak Zaza & Bang Nizam =)

Pergi anak beranak je.. maklumlah cuti2 sekolah hujung tahun selalunya kitorang jarang sekali plan pergi bercuti.

Kau paham2 je lah Bedah.. kalau dah cuti sekolah in peak season semua harga emma maembong melambong-lambong plus hotel sokmo fully booked punya.. tu yang malas. Tu yang selalu pergi time2 bukan musim cuti sekolah. Cuma sayang lah budak2 ni ponteng sekolah dua tiga hari.. InshaAllah tahun ni kalau boleh nak kurangkan ponteng sekolah untuk Khairine & Danish..kalau boleh tak nak lah.. sian budak2 tu karang tertinggal ketapi plak dalam pelajaran.
Read More

Monday, January 19, 2015

Christmas Luncheon 2014

Lagi cerita tahun lepas baru nak ditebarkan.. boleh??? ;P

Cerita ni tak lah best sangat sebenarnya. Lunch treat dengan officemate je di My Thai Elephant Ampang. Tapi aku tetap nak update jugak.. alang-alang dah ada gambar aku boh je lah ya.

Me & Angie.. 



Suka natang kat kepala tu.. kitorang pinjam waitress kedai tu punya =)

Habis makan2 terus balik office buat acara exchange hadiah pulak. Aku dapat apa?? hurmm hadiah yang tak best langsung.. malas aku nak tunjuk.. hahaha.

Malam pulak aku ada date dengan kawan aku, Shida.. lepak kat Old Town Ampang Point je.. malas nak lepak jauh2.. nak balik pun dekat.





Setakat hari tu dah dekat 2 bulan lebih kitorang tak berjumpa.. masing2 sibuk dengan hal masing2.. malam tu bila berjumpa habis semua cerita kitorang update.. selain dari update cerita.. lain kerja tak ada.. haruslah selfie.. hehehe.
Read More

Friday, January 16, 2015

ReU Selepas 17 Tahun di Flora Kafe

Panjangnya tajuk cerita Kak Zaza kali ni.. rasanya gambar je yang panjang berjela nak ditampal jap lagi ni ;P

Cerita kali ni pasal jumpa kawan2 lama.. sekarang ni bila dah ada sosial network lagi senang nak check it out.. yang dok ceruk hujung dunia pun kita boleh ketemu semula.. yer dak?? so berjumpa lah kami-kami semua haritu di Flora Kafe.. date kalau tak silap aku haritu berapa haribulan ek??? hurmmm rasanya 5 December tahun lepas kot.. ni lah padahnya cerita dah basi baru nak update.

Bila dah jumpa balik dalam fb, mulalah bukak group dekat whatsapp pulak. Berlonggok lah kami dalam group whatsapp tu beramai-ramai. 

Oh lupa nak cerita salah silah macam mana boleh nak ber-reunion. Actually dulu aku sekolah Ampang Girl.. by mid of form 4 (umur aku 16 tahun masa tu) aku pindah ke sekolah lain. Which is sekolah tu sekolah campur laki pompuan.. so ini lah kawan2 perempuan yang ada sepanjang aku bersekolah kat sana dalam jangka masa setahun setengah (dari pertengahan form 4 sampai form 5).



Itu lah kisahnya. Haritu deal punya deal terus decide nak buat reU kecil2an dulu. Lepas ni ada plan nak ReU besar2an.. nak ajak kengkawan satu batch pulak termasuk cikgu2. Itu planning je dulu.. nak berkumpul ramai2 ni kena ada planning yang mantop baru plan boleh menjadi.

Lepak makan sambil borak2 kisah lama.. manyak syiok ;)


Hadiah yang bakal di exchange.

Dah siap makan & borak2, terus buat exchange hadiah. Tapi dalam gambar bawah ni nanti aku tak ingat dah hadiah ni exchange siapa dengan siapa.. layan je lah gambar ye.


 Kak Zaza dapat hadiah yang paling besar sekali.. apa dalam tu?? cake stand/ cake platter dari Cikgu Norli ;)


 Baizura & Fiza Baharudin.. tak sure apa ada dalam tu.. 

 Ini aku ingat.. Zendra dapat payung dari Cikgu Hajar.. hehehe.. rare sungguh hadiah kau tu Hajar ;P

 Amy & Nora.. 

 Bila Zendra dapat payung dari Cikgu Hajar, maknanya hadiah ni mesti dari Zendra untuk Cikgu Hajar.. hehehe.

 Nora dapat hadiah dari aku.. apa dalam tu?? biarlah rahsia.. hahaha.

 Sally & Effa


Saja nak menyibuk bergambar dengan Sally.. bukan exchange hadiah dengan Sally pun.


Ini baru betul.. Cikgu Norli exchange hadiah dengan Sally.

Habis je exchange hadiah, tibalah masanya bergambar pulak.


Dengan hadiah masing2.. 2 orang budak lelaki yang terselit kat tepi tu sebenarnya kawan2 sekolah jugak.. tapi aku tak berapa kenal.. diorang lain tu kenal lah.. kenapa aku kata aku tak berapa kenal? sebab aku kan tak lama kat sekolah tu.. mana lah nak kenal ramai kawan.


 Zendra & Me

 Lagi sekali.. actually Zend is my partner in crime masa sekolah dulu.. love you Zend ;)

 With Baizura.. Bai ni taukeh buat kek, biskut & puff. Tengak lah orangnya.. comel macam kek kann??! hehe.

Amy & Kak Zaza

Thanks uolls.. enjoy sangat malam tu.. walaupun aku sekejap je join sekolah tu, tapi korang tetap ingat kat aku ;) next time kita buat ReU besar2an okeh.
Read More

Tuesday, January 13, 2015

Back To School 2015

Assalamualaikum..

Macam mana rutin harian emak-emak semenjak sekolah dah buka ni?? kembali jadi tarzan lah uolls pagi2 kejutkan anak bangun pagi yer?? hehehe. Standard lah kan.. kalau tak jerit tu bukan emak lah namanya. 

Semalam hari pertama anak2 masuk sekolah untuk tahun ni. Bukan main penuh timeline FB, IG bagai dengan status & gambar anak2 uolls ke sekolah. Termasuk lah aku. Tapi aku ada cerita tersendiri untuk tahun ni. Nak kata sedih pun ye juga.. nak kata klakor lakor pun ye jugak.

Cuba baca screen short bawah ni dulu.. then nanti aku cerita kat korang.

Keterujaan semalam =)

Nampak?? Sebenarnya semalam aku & Nizam ambil cuti.. kononnya nak teman si Khairine & Danish ke sekolah.. ye lah 1st day buka sekolah kan.. semangat nak teman anak2 tu macam anak baru masuk darjah 1 kaedahnya. Tapi aku tak se-over Nizam yang apply cuti sampai 2 hari.. lagi melampau teruja dia.. aku apply 1 hari je kot ;P

Pagi tu budak2 semua dah siap termasuk Nizam. Aku terhegeh-hegeh lagi baru nak mandi & bersiap. Sekali Nizam ketuk pintu bilik.. "You dah siap ke belum?? Dah nak pukul 7 dah ni.. I nak bawak diorang pergi breakfast roti canai kat kedai.. nak ikut ke tak? Bila tengok jam memang ya dah nak dekat pukul 7. So diorang pun pergi breakfast dulu.. tengah bersiap2 tengok jam dah pukul 7.30 kelam kabut keluar rumah terus jumpa diorang kat sekolah.

Sampai je sekolah jumpa Nizam kat area kantin.. time tu  budak2 dah masuk kelas masing2.. niat dihati nak naik kelas.. baru nak naik tiba2 cikgu buat announcement kata tak bagi ibubapa bersidai kat depan kelas anak.. hampa perasaan aku.. penat je aku blow rambut, pakai baju cecantik, make-up bagai.. sekali tak boleh naik.. *AkulahEmakYangOver* hahaha.

So tahun ni tak ada gambar anak2 1st day masuk sekolah.. mana taknya.. pagi tu dah kelam kabut nak bersiap.. sampai sekolah tak boleh naik kelas pulak.. hurmmm. 

Itu je kisah 1st day buka sekolah.. hehehe.

Psstt ada yang merindu saya?? =D (No camera 360)
Read More

Friday, January 9, 2015

Selamat Tahun Baru 2015

Assalamualaikum.. Selamat tahun baru 2015 ;)

Amboi lamanya Kak Zaza ambik masa nak wish New Year 2015 yer.. hehehe. Macam biasa kalau sapa-sapa tanya aku kemana lama sangat menghilang dalam alam maya ni.. 

Jawapan aku.. Akak agak ke-busy-an sikit beberapa bulan kebelakangan ni.. plus haritu ada gangguan kesihatan sikit.. tu yang senyap sedu dialam maya.. gittew ;) but now Alhamdulillah.. dah sihat.

Terharu sangat walaupun diam membisu seribu bahasa dalam blog, fb & IG tapi ada je kengkawan yang bertanya khabar aku haritu. Sangat2 terharu. Thanks to adik2 Kak Zaza yang shomel lagi mantop.. yang sibuk bertanya khabor Kak Zaza sepanjang penyepian Kak Zaza kat blog selama ni.. Wah!! rasa diri dihargai sangat tau #SenyumSimpulSambilTenyehSireh

Mereka2 yang aku maksudkan tu ialah Dik Izwa, Dik Juju, Dik Pura, Akak Fiza.. terharu sangat.. rasa nak menitis air mata dibuatnya.. hahaha. Korang memang ohsem.. thanks ya korang.. love you muah muahhh =)

Ok lah..itu je nak update.. nanti Kak Zaza update lagi cerita lain ye.. excited nak update cerita2 tahun lepas yang terbengkalai.. hehehe.


Salam Jumaat uolls :)
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah