Monday, April 18, 2016

Langkawi 2016 : LTCP KLIA2 & Kereta Sewa

Kalau tahun lepas family in law trip kitorang ke Kuching, kali ni family in law trip kitorang ke Langkawi pulak. Semua ahli jemaah ada kecuali my fader in law & mader Kak Zaza. Fader in law memang susah sket nak ikut berjalan.. Mak Kak Zaza pulak kalau tahun lepas ikut kitorang ke Kuching, tahun ni dia tak ikut kitorang ke Langkawi sebab mak kan baru lepas operesen (operation) perut.. karang bawak jalan2 terburai pulak jahitan kat perut tu.. hehehe.

Kat entry ni aku nak cerita pasal parking. Kalau selama ni kitorang fly kemana2 naik bas dari KL Sentral.. amboi bunyik kemain gempak. selalu fly tu macam selalu nau gi obesi.. hahaha. Kali ni aku park kereta kat LTCP. Apa tu LTCP? mungkin ada dari korang dah tau tempat ni. LTCP means Long Term Car Park. Kat sana kalau korang nak fly balik hari atau lebih dari sehari, convenience parking kat sana. Actually aku pun baru tahu tempat ni wujud.. hahaha sedih sangat Kak Zaza.. sangat ketinggalan zaman.

Inilah shuttle yang hangkut kitorang dari LTCP to KLIA2. Bas sangat selesa. Tak payah bersesak sesak macam naik bas mini.. sebab bas always standby kat situ tunggu orang nak naik. Haritu aku ada gak nampak steward & stewardess yang naik shuttle ni.. rupanya diorang pun park kat LTCP jugak.

Info : Shuttle disediakan untuk pelancong yang meletakkan kenderaan mereka di kawasan "Cark Park Jangka Panjang" dan membawa anda sama ada ke KLIA atau KLIA2 pada selang 15 minit. Kadar letak kereta di Long Term Car Park (LTCP) adalah RM2.50 untuk satu jam atau RM32 untuk sehari, motosikal akan dikenakan hanya RM1 setiap kemasukan.

More info boleh check kat sini : http://travelkl.net/long-term-car-park-ltcp-at-klia2/

Long Term Car Parking facility
Bagi yang tak tau kat mana location LTCP, roughly ni lah tempatnya. Kalau tak tau jugak, korang waze je. Memang senang nak cari. Silap2 kalau korang terlajak boleh sampai ke Mitsui.


Nak masuk parking situ kena ambil ticket, simpan elok2 ticket ni.. kalau hilang tak keluar korang nanti dari situ.


Macam ni rupa parking kat LTCP. Covered parking, InshaAllah selamat. Shuttle dah siap menunggu kat hujung sana. 


 Bang Nizam pun macam dah tak menyabar nak naik bas.. mentang2 jarang naik bas.. kemain excited dia hehehe.


 Nak keluar tu kena bayar kat machine ni.

Haritu park 3D 5H 43' ha gitu.. nampak dia tulis.. kemain detail. Total RM110.00 saja. Bang Nizam cakap lebih kurang je costing kalau naik bas dari KL Sentral. Baik bawak kereta park kat LTCP.

Next time tak payah nak bersusah payah lagi naik bas dari KL Sentral. Naik bas tu pun sekarang dah sengat gak harga. Baik parking kat LTCP. Senang nak hangkut barang macam2.

Ok habis cerita pasal parking kat LTCP. Sekarang nak bagitau pasal sewa kereta kat Langkawi pulak. Bang Nizam memang saja tak cari kereta sewa sebelum sampai sana.. dia kata kat Langkawi senang.. cari kat airport je sebab sebelum ni pun pernah cari kereta kat airport sana.


Banyak kaunter kat dalam airport. Pilih je mana korang suka & pandai2 lah negotiate. Kitorang haritu malas nak pergi dari satu kaunter ke satu kaunter. Pergi je kat kaunter nama Aris yang ada abang tengah lambai tangan tu.. deal apa yang patut, bayar terus gi ambik kereta kat luar.


Bang Nizam deal haritu untuk 3 kereta dapat harga RM650 + RM150 deposit.


Pilih 2 kereta Vios & 1 Latio. Condition kereta nak kata elok nau tu tak lah.. peroi sangat pun tidak.. standard kereta sewa je lah.. boleh lenjan bawak laju2, boleh bukak tutup pintu kereta macam kau bukak tutup pintu peti ais. Kalau kereta sendiri mampos tak buat macam tu kannn.. hahaha.

Ok setakat tu je entry ni.. nanti lain kali kalau Kak Zaza agak tak malas, entry selanjutnya akan bersambung.

Kbai ;)
Read More

Thursday, April 7, 2016

Intro

Assalamualaikum. I'm backkkk.. ada ke yang tertunggu2 kemunculan akak? hahaha. Seperti mana yang aku bagitau kat entry lepas, aku pergi bercuti dengan family in law. Dekat2 je nok.. tak lah sampai ke London pun. Apa yang penting, kitorang sama2 had so much fun haritu. Seronok sangat sebab abang2 ipar, kakak2 ipar, anak2 buah semua sporting giler. Rasa macam bercuti dengan kengkawan je. Semua pun kepala rosak macam Kak Zaza. Boleh ngam dari kecik sampai ke besar, dari tua sampai lah ke muda macam Kak Zaza ni.. hahahaha sila muntah ;P 


Haritu Kak Zaza cuma dibenarkan bawak 1 bungkusan baju je. Awal2 lagi Bang Nizam dah sound tepek. Jangan nak bawak almari baju katanya. Bila Kak Zaza tanya boleh tak kalau nak bawak hair dryer dan barang2 keperluan lain? dengan muka slamber dia jawab apa tau? 'peti ais pun boleh bawak kalau u nak bawak sekali' siap bagi jelingan maut lagi.. ai is sentap! terus Kak Zaza buat2 tido.. hahahahaha. Bang Nizam tau bini dia kalau nak balik kampung 2 hari 1 malam pun bawak barang macam nak pindah 1 purnama.. tu yang dia sound siap2 kat bini dia. Biasalah orang pompuan.. kalau boleh tong gas kat dapur pun dia nak hangkut skali.. hehehe.


Nanti aku cerita lah part by part. Harini saja nak menonjolkan diri kejap. Supaya blog tak sepi dimamah usia.. eh ada ke peribahasa macam tu?? hahaha.

Read More

Friday, April 1, 2016

Cotton Caravan

Haritu tengok kat IG ada bantal kepok ni macam comel je. Kaler2 semua fancy giler. Mata aku ni bukan boleh. Asal ada benda fancy je mesti nak menyebok tengok. Perangai melebih budak2 sangat nih.. hehehe.

Terus whatsapp kat group ZTZ tanya Tante & ZazaJ kot2 diorang nak order skali, boleh sekali jalan. Tante bagi idea kita order 3 bijik design yang sama lepas tu tempek nama sendiri.

Laju2 whatsapp orang tu macam mana nak order kalau nak letak nama bagai kat bantal tu. Padahal dalam pada masa yang sama belum decide lagi design mana satu nak pilih. Saja buat perangai buru buru sebab tazabar nak order. Lepas dah decide design apa, aku terus whatsapp lagi skali.

Aku order sekali 5. Masa sampai dia peruk sekali 5 bijik bantal dalam plastik hitam. Aku ingat ada orang courier bayi untuk dibuang ke apa.. sekali bukak tengok oh bantal polok yang cute ni rupanya ;) Tiga design yang sama tu Aku, Tante & ZazaJ punya. The rest extra two Tante punya juga & aku order sekali untuk Khairine. Khairine tu bukan boleh, Apa aku ada dia pun nak ada.. nyampah! suka over shader mak sendiri.. hahaha.


 Macam ni lah rupanya


 Mine. Zaza


ZazaJ punya


Tante punya


#ZTZBestOfFriend

Bantal peluk bantal peluk juga.. karang tak peluk Bang Nizam, sentap plak mamat tu.. hehehe.

Mulai harini sampai minggu depan blog ni akan senyap balik tau. Sebab Kak Zaza nak gi jalan2 dengan family in law. InshaAllah minggu depan Kak Zaza kembali keudara macam biasa.. cewahhhh hehehehe.


Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah