Bukan maknenek yer Bedah.. tapi Emak/ Nenek =)
HAPPY BIRTHDAY EMAK.. semoga panjang umur, murah rejeki & diberi kesihatan yang baik. Harap berbahagia bersama anak2, menantu & cucucs emak. Especially anak mak yang bongsu lagi comel ni.. haha *tercekik batang jagung lah orang yang baca statement ko ni Jah!!*
Actually Jumaat lepas birthday emak aku, 23 August 19xx.. cehhh nak berahsia pulekkkk.. macam lah emak ko tu artis namplohan!! hahaha. Tak ada maknanya rahsia, emak aku lahir pada tahun 1948. So umur emak aku dah 65 tahun untuk tahun ni.
Sebelum aku merapu lebih jauh lagi, meh aku story sikit pasal emak aku.. Emak aku ni seorang yang garang berbanding dengan arwah ayah. Arwah ayah memang seorang yang baik hati. Kalau emak marah anak2, ayah mesti menjadi back up besar pada anak2 dia.. Haruslah kan, siapa lagi nak back up anak kalau tak parent sendiri. Setengah orang tu, kalau isteri tegas dengan anak2, suami pulak sebaliknya. Kalau suami tegas dengan anak2, isteri pulak sebaliknya. Itu zaman dulu2 lah, masa aku kecik2.
Kalau aku nak cerita pengalaman hidup aku dari zaman aku lahir sampai sekarang ni memang tidok ler Bedah!! aku start cerita ni dari tahun 2004 ye... kalau rasa nak tahu, baca lah. Kalau rasa meluat tak payah lah yer.
Pada tahun 2004, emak disahkan menghidap barah payudara (breast cancer). Aku ingat lagi time tu bulan puasa. Lepas je emak tahu dia ada breast cancer, dia menghadapi dugaan yang besar dari Maha Esa dengan penuh tabah, terpancar dimuka emak bahawa dugaan itu ada lah bahagian buat dia. Aku respect sangat. Kamiorang adik beradik bagi macam2 semangat & meyakinkan emak supaya dia tak susah hati, tak memikirkan dugaan Allah yang besar buat dia pada masa tu.
Hospital Pantai Ampang (formally known as Hospital Pantai Indah) menjadi saksi segala ujian yang emak hadapi masa tu. Jumpa doktor, x-ray, buat ujian, check tissue2 dari payudara emak, doktor mengesahkan breast cancer emak dah di tahap empat.. Ya Allah, apa yang kau rasa sebagai seorang perempuan?? Aku pun terus jadi takut, sedih, hiba & macam2 perasaan lagi timbul dalam diri ni.. apatah lagi perasaan emak aku yang menghadapi ujian hebat dari Allah pada ketika tu.. =(
Doktor suggest operation kena buat immediately. NO after raya, NO next month, NO NO NO!! Tak sampai seminggu lepas buat ujian tu, emak kena buat operation juga. Doktor kata sebelah dari payudara emak diharuskan buang.. sobsobsob..
Selesai je operation, aku tengok muka emak penuh tenang dalam menahan kesakitan selepas operation. Seminggu lebih juga kami sekeluarga berkampung di Hospital Pantai Ampang. Especially Arwah Ayah.
Doktor jugak mengesahkan chances untuk emak hidup hanya 5 tahun selepas operation. Apa2 pun jodoh, ajal, maut Allah yang tentukan. Bukan dari Doktor/ manusia.
Alhamdulillah. Sampai harini Allah masih lagi memberi emak peluang untuk hidup selepas 9 tahun menghadapi Ujian&Dugaan dariNya & masih sempat menyambut harijadinya yang ke 65 tahun... thank you Allah =)
Sebelum potong cake, Khairine volunteer nak baca doa selamat. Alhamdulillah, gud girl =)
Nenek, Babah, Mummy, Danish tadah tangan mengAmin kan doa yang Khairine baca.
Sorry ye mak, adik cuma belikan emak cake dari bakers cottage je.
Mak jangan lah amek hati ye kalau mak tengok anak menantu & cucus emak celebrate birthday kat tempat2 yang elok.. hehe. Aku ada juga beli KFC haritu, so simple celebration untuk emak kat rumah lah gamaknya..
Eh fyi, emak aku ni sebenarnya tak suka pegi makan kat tempat2 bagi dia mahal. Dia tak pernah request apa2 atau mana2 tempat makan yang mahal. Dia lebih rela makan kat kedai2 tomyam biasa je, itu pun dia memilih juga lah kedai2 tomyam yang dia rasa dia yakin & boleh diterima tekak. haha dasar tekak orang lama memang begitu ;P
Tapi aku dengan Nizam pedulik haperrrrr.. kamiorang hangkut je hahaha
Last year kan, masa celebrate birthday Nizam.. dia terkejut sebab kamiorang bawak dia makan kat Hard Rock.. hahaha tapi itu mula2 je.. lepas dah lepak dalam tu order makan bagai...
terus dapat kawan.. hahahaha.. Elok je akak waitress ni berborak santai dengan mak aku time tu, mak aku ni pulak bangsa memang suka berborak. Tak kira kat celah mana, dengan siapa pun dia boleh bantai borak.. Ok gud mak, teladan tu sekarang anak bongsu mu ini mewarisinya hehe.
Ok lah, itu je serba sikit kisah emak aku.. lagi sekali HAPPY BIRTHDAY EMAK NENEK!!!! xoxoxo ;D
Happy Birthday Aunty 'Emak Nenek'! Semoga dipanjangkan umur dan bahagia disamping keluarga tersayang.. ;) Zaza jaga aunty elok2 tau.. ;)
ReplyDeletehehe terima kasih atas doa & wish you Farah..
DeleteInshaAllah kami jaga Emak Nenek baik2 na ;)
selamat hari lahir buat mak akk ye..
ReplyDeletemoga Allah berkati hidupnya & beri kesihatan tubuh badan yang baik.. amin.. :)
InshaAllah Mimie.. thx so much adik ;)
DeleteWah untung mak nenek dpt makan tempat best best.....hehe
ReplyDeleteHepy bezday Emak Nenek....moga dikurniakan kesihatan yg baik dan diberkati sentiasa!
hahaha terima kasih kawan anak emak nenek..
Deleteklakar lah komen OKje heheh
Besar dugaan mak zaza kan...apa pun..selamat hari lahir yg ke sweet 65 mak....
ReplyDeletetu lah SA.. tapi emak zaza ni mmg kuat & tabah orangnya.. Alhamdulillah
Deletehihihi..hppy bzday emak nenek ;) ..smga di kurniakan kesihatan yg baikkk...amin..
ReplyDeletehehe semua panggil 'emak nenek'
Deleteapa2 pun terima kasih ye :)
hepi besdei makcik...moga sentiasa sihat dan bahagia dengan anak cucu....
ReplyDeletesedeh bace dugaaan mak zaza...takutkan...breast cancer ni mmg dah byk yg kene...dulu kate kalo tak pernah beranak atau menyusukan baby chance kene tu tinggi tapi skrang lieya tgk same jek....moga2 kite tak kene penyakit bahaye tu...amin
terima kasih lieya.. itu lah bermacam2 dugaan Allah nak bagi pada umatNya.. salah seorangnya Mak Zaza..
Deletebyk benda komen ni.
ReplyDelete1) kagum dgn semangat mak sis zaza. be strong aunty :)
2) kagum dgn adanya anak2 yg sentiasa ada disisi.
3)kagum dgn kgairene yg boleh baca doa selamat tu. perghhh..
4) kagum aunty da masuk HARD ROCK CAFE, sedangkan nanie yg muda pon x masuk lg. hahha
ok, bye
komen terima kasih atas komen 1, 2, 3 & 4 tu ye Nanie.. hehe :)
Deletehehehe kelakar komen blogger atas ni.hahaha.happy buffday emak! hehehe.moga panjang umur n murah rezki.
ReplyDeletehehe tu lah.. dah jd trademark plak 'Emak Nenek' tu hahaha
Deletenway thx for the wish Rara ;)
hihi...memang kelakar komen blogger kat atas tu...tresengih2 wawa baca...happy belated birthday to emak / nenek...semoga sihat selalu dan bahagia di samping anak-anak dan cuuc
Deletehappy berday emak zaza..:)
ReplyDeletemak kita kata 'terima kasih kawan anak Emak Nenek' hehehe :p
DeleteSemoga emak zaza sentiasa sihat dan dipanjangkan usia.
ReplyDeleteSayangilah dan jagalah emak selagi hayatnya masih ada.
Zaza.......nangis dah umi Qi baca entry birthday ibu zaza...manis yer wajah air muka ibu zaza...ya Allah...dugaan besar utk ibu zaza...breast cancer tahap 4 ya Allah...kuat betul semangat ibu...sungguh terharu bila zaza sambut besday ibu mcm nih...ya Allah...sembuhkanlah ibu zaza ya Allah...daku melihat air muka ibu zaza seperti ibu ku di rumah...ya Allah sembuhkanlah ibu zaza...mengalir air mata baca zaza.... hukhukhuk
ReplyDeleteSelamat hari jadi ibu zaza.... moga panjang umur dan dimurahkan rezeki...suka tgk senyuman seorang ibu....ikhlasssssss wpun garang hehehhe
Selamat ulangthaun mak.
ReplyDeleteTerhari kakak baca ini Zaza.. betul semua ketentuan Allah. Lihatlah mak masih ceria dan sihat dan moga terus sihat hendaknya..
pst: patutlah zaza cantik sebab mak cantik - sejuk mata memandang
Syukur alhamdulillah...siapa kita sebagai manusia untuk tentukan segalanya Allah lebih tahu.
ReplyDeleteHappy Birthday untie...moga2 terus sihat disamping anak cucu.
Mak2 memang macam tukan, makan mesti nak pilih2 tempat bukan tempat mahal tapi tempat yang kena dengan tekak depa, kalau tak depa rela makan kat rumah ja pun tak apa. Mak akak pun macam tu jugak.
wahhh,...bestnya..kelaurga bahagia...selamat hari lahir buat mak zaza..^^
ReplyDeleteselamat hari lahir..semoga dipermudahkan segala urusan.
ReplyDeleteSelamat hari lahir untuk makcik.. :)
ReplyDeleteSemoga dipanjangkan umur makcik.. Selamat Menyambut Ulangtahun makcik!!
ReplyDeletegembirakan hati org tua,bahagiakan mereka sementara usianya masih ada..
ReplyDeletehappy belated birthday untie, doakan moga terus dikurniakan kesihatan yang baik yer
ReplyDelete