Wednesday, August 28, 2013

Jamuan Hari Raya Sekolah

Murid2... sila bawa makanan seorang satu jenis ye. Pihak sekolah akan mengada satu Majlis Sambutan Hari Raya pada hari Sabtu ini.. hehehehe ada gaya macam cikgu manja tak bagi arahan kat anak murid?? Itu kalau aku yang jadi cikgu lah. Aku akan berdiri depan kelas berhadapan dengan murid2 dalam kelas dan bercakap dengan suara lantang.. hahaha verangan sangat kau Jah.. phuihhh!!

Aku syak cikgu Khairine pun guna dialog yang sama macam dialog kat atas tu.. Suara nyaring cikgu tu pun mesti sama macam apa yang aku bayangkan. LoL

Majlis ni minggu lepas. Hari Sabtu ada sekolah ganti kat Sekolah Agama Khairine. Suppose Khairine kena pergi sekolah kebangsaan juga (sessi pagi)... tapi dia malas nak pegi.. pemalas betui budak tu!! so Danish sorang je lah yang ke sekolah ganti pagi tu. 

Majlis kat sekolah agama Khairine start pukul 2.30pm, pagi sebelum majlis start aku boleh relax kejap sebelum berperang kat dapur untuk sediakan foodies untuk Khairine bawa ke sekolah dia tengahari tu. Ok ngam!!

Nak tau ke apa yang ai perangkan kat dapur??? nak tau ke apa dish yang ai sediakan?? hahahahaha malu lah dengan uolls *tutup muka* ... haktuihhh!! apo yang kau nak berperang sangat kat dapur ni Jah oiii???!! hahahahaha

Tadaaaaa!!! "Epok-Epok Ayam".. special tau ni siap pusing bagai.. ko mampoo buat epok2  pusing??? Lagi special epok2 ni aku beli kat pasar tani sajokkk hahaha special lah kenn?? ;P

Nahh kasi zoom in sket lagi.. malas aku nak buat sendiri Bedah!! bukannya aku reti pun nak buat.. koser aku nak pusing2kan tangan aku nak buat karipap pusing nih.. beli yang frozen punya lepas tu goreng je kat rumah.. haha dasar pemalas punya emak ;P 

Nak tau apa lagi satu menu yang aku sediakan??

Tadaaaaa "Fried Pasta Black Paper Tomyam with Prawn".. giler panjang nama menu kau.. phuiii.. itu nama yang aku reka sendiri je sebenarnya.. menu pun aku cipta sendiri.. hebak tak Kak Ton???? muahahahaha. Jangan sampai terberry2 sudah lepas orang makan pasta aku ni..  :D

Resipi tak payah lah aku share kat sini ye. Korang tengok nama menu tu pn korang dah tau apa isi kandungan menu tu sebenarnya.. hahaha sila buat sendiri!!

Pukul 2pm aku pun hantar Khairine ke sekolah dengan bawa sekali makanan hebat dari emak dia ni.. hehe. Aku bagi permission kat Khairine suruh dia bawa kamera ke sekolah.. so kat sekolah dia boleh lah bergambar retis dengan kawan2 dia.. ada juga lah memori daun pisang dia nanti tat kala dia dah besar.. haha ayat kau tu yang tak menahan.. :p


Kannn??? kan aku dah kata.. bergambar retis dengan kawan2 dia kat sekolah... hahaha 

Ini kawan baik dia.. Damia.. Dulu masa sekolah kebangsaan diorang ni satu sekolah.. Mid year hari tu si Damia ni pindah ke sekolah lain tapi masih di sekolah agama yang sama dengan Khairine.. so tak terpisah selamanya lah minah dua orang ni.. =)

Classmate Khairine.. kemain bergaya lagi budak2 ni dengan baju raya masing2 =)
Kemain sentap Khairine bila aku tanya yang mana satu bf dia dalam gambar ni.. hahaha

Ini yang pompuan2 pulak... classmate Khairine.. ehh kenapa anak aku rendah je dari budak2 lain?? emmm keturunan kot.. sebab aku pun tak berapa nak tinggi jugak.. haha

Bila dah besar sok korang tengok gambar ni mesti korang akan cakap sesama sendiri & gelakkan diri sendiri tengok muka masing2.. hahaha

Korang ni pun sama.. mesti korang gelak guling2 tengok muka sendiri bila korang dah besar sok.. haha. Tak apa lah nak, makcik akan semadikan gambar korang ni dalam blog makcik ye.. *makcik???????????* hahaha

Balik tu aku tanya Khairine..  habis ke karipap & pasta?? ada tak orang cakap pasta Mummy tu sedap?? dengan slamber Khairine jawab karipap ada lagi 2-3 bj je tak habis, pasta dekat2 nak habis.. tapi tak ada pulak orang kata pasta mummy tu sedap.. hahahaha kecewa mak kau!! 

23 comments:

  1. Wah kemain budak2 nie.. bergambar sakan..kalah retis aih.. hahaha
    kira teror la zaza buat pasta yer.. mesti sedap la tue..depa malu nak bagi tau.. ;)

    ReplyDelete
  2. wow.cantik btol karipap pusing tu.

    ReplyDelete
  3. Khairine dah pandai bergambar kt sekolah la...hebattttttt
    Best yer epok2 ayam tuh...lawa betul buat kt pasar tani hehehhe...sonok yerrrrrrr khairine punya ibu yg baik...wpun beli tetap kerlasssssss menunya...weeeee

    ReplyDelete
  4. hahaha.. kelakar la bila masuk blog akk ni.. rugi kalau tak baca betul2..
    beriye beno sy ingat karipap tu akk yang buat..
    baru nak tabik springgggg tau..haha rupanya beli frozen je..
    ok la kan.. adil la ank akk tak tgn kosong je..
    tgk pasta menarik je..
    tapi yang tak tahan apa yang khairine jawab tu..
    bak meh kasi saya rasa kak..
    nanti saya komen sedap ke tak..haha.. :p

    dannn yang tak tahan tu, amboi adik-adik tu.. *adik2?* ahaha
    bukan kemain dorang bergambar ye..
    sok2 dah besar, tayang gmbr tu kat dorang, mesti tak nak ngaku kan..
    haha

    ReplyDelete
  5. karipap tu mmg sedap.. cantik sgt pusin2nya tu.. nak respipi pasta tu boleh tak?
    pleaseeeeeeee

    ReplyDelete
  6. telioolioo tgok karipap tu..paling cute khairine kecik je..

    ReplyDelete
  7. Suka tgk gambar last tu. Sure dorang gelak guling2 klo tgk bila dah besar nanti.

    Sedap plak tgk pasta tu.

    ReplyDelete
  8. waaahhh... akaaaakkk... kakna suke pastaa....
    smpai mcm2 menu aku buat sendiri..
    bole la nak cube letak blackpepper plak hohohohooh

    ReplyDelete
  9. waaahhh aakakkkkk... kakna suke pastaaa...
    feveret asngat smpai sanggup la masak menu pepelik. hehehe
    ahaa.. blackpepper lom chobe lagik.. boley la den chobe hehehehehe
    tq kak

    ReplyDelete
  10. Budak2 mmg mcm tu...bila mak tanya ada org puji x bihun goreng mama buat td ..diorg x kan jwb jujur...pcy la...SA dh selalu kena....

    ReplyDelete
  11. Ingatkan epok2 buat sendiri tadi..huhu
    Sakan budak2 ni berposing, gambar last tu dah xde idea dah, bertenggong pun bolehlah...hehe

    ReplyDelete
  12. rindunyaa moment bawak kueh raya pergi sekolah.. bertukar-tukar kueh raya dengan kawan huuuuuuuuuuuuu

    ReplyDelete
  13. Hahaa.... nak berguling sat.... Cik Jah,...sajalah tukan letak hudang sebakul kat atas tu konon macam letak udang banyak yeh hehe....
    Tapi mak respect dengan kau nak....
    Rajin tuuuu.... buat pasta kalau OKje tak tentu lagi tu zaza...
    Hehe...Okje pun rendang jugak hehe..sama je

    ReplyDelete
  14. ehhh kire rajin la tu goreng2 pasta bagai....lieya tau tak bekalkan ape...kuih raye ajek tau tak hahahahaahah...tu lagi hebat pemalas hahaahahaha

    ReplyDelete
  15. ohhh..karipap pusing..yum..yum..yum..^^

    ReplyDelete
  16. dekat2 nak abis tuh kiranya sedap dah tuh.. kiki

    ReplyDelete
  17. Karipap tu buat kakak nak mencarinya bila pasar malam tempat kakalah zaza.

    Jgn under estimate anak-anak sekarang. Tengoklah mereka bergaya kalah artis hihi...

    ReplyDelete
  18. karipap pusing sedapnyee...rindunya moment sekolah dulu...masing-masing bawak bekal makanan...selalu mesti bawak agar2...air tangan my mom :)

    ReplyDelete
  19. hamboi bukan main lah gaya msg2 mengalahkan retis. Samalah KA pun dok sibuk siapkan benda nak dibawa ke sekolah adik utk jamuan raya

    ReplyDelete
  20. Zaz..kongsila respi pasta tu..seyes nk tau..

    ReplyDelete
  21. tergoda tengok karipap tue...hahaha...statement jujur betul dari khairine...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah