Nama nasi jagung tu dah ok.. kenapa plak sendu Jah?? Sendu lah korang.. sebab nasi jagung aku haritu merajuk.. sentap Kak Jah tau :(
First time buat.. mula2 masa nak masak tu hati aku ni terlampau confident.. rasa macam boleh buat.. dalam hati berkata-kata "eleh senang je kot macam masak nasi ayam je..chayokkk Jah!!" nampak tak tahap kompiden aku tu besar mana?? muahahaha
Sebaliknya kau tau apa terjadi??
Mari baca story Kak Jah meh..
Last week kan minggu pertama raya.. so sedara mara ramai lah nak datang bertandang kat rumah. Lagi pun dari hari raya pertama sampai Jumaat lepas baru je balik dari Melaka maka sedara mara datang pun mesti lah weekend.
Oh lupa nak bagitau jugak.. disebabkan tahap confident aku terlalu tinggi pada haritu, aku ada buat roti jala jugak. Makan dengan kuah durian. HEBAT TAK????
Dalam cerita ni korang jangan tertipu yer.. aku malu sangat nak letak gambar nasi jagung aku tu.. adalah lebih baik kita "mengumpat" je lah pasal nasi jagung tu ek.. hahaha.
Masa dah prepare bahan2 semua dan dah tumis kat kuali, aku pun masukkan semua bahan tu kedalam rice cooker. Disebabkan tahap confident tu melampaui batas dan divider jalan raya, aku terlupa nak switch button kat rice cooker tu.. sekali lagi aku memang HEBAT... mari tepuk tangan beramai2 untuk aku.. muahahaha
Setengah jam berlalu, aku suruh Khairine cek rice cooker tengok samada nasi tu dah masak ke belum sebab nak kacau kasi rata. Dengan penuh perasaan Khairine kata nasi tu tak masak lagi sebab tak switch button.. Hah??!! rasa nak pitam mak kau masa tu. Dah lah terkejar nak masak.. kat tangan ni tengah dok menjala lagi roti jala.. mana satu aku nak capai ni.. sedara mara dah ada yang sampai.. adoiii #NangesKuatKuat
Terus aku panggil mak aku.. "mak.. tolong lah handle nasi jagung ni.. ada setengah masak setengah tak masak ni.." nampak.. tak pasal2 dah babitkan mak aku pulak??!! hahaha.
Mimpi ngeri aku haritu kerana mu wahai nasi jagung..
woww!! alah nak nengok gambar!!hihi
ReplyDeletegambar mana? mama baru sempat singgah sini.. selamat hari raya, menabung sekali... :)
ReplyDeletehahahahahahaha...letak je la gambar nasi jagung sendu tuhhhh!!buat kenangan dalam blog ni..hahahahaa...
ReplyDeleteletak ler gambar...hehehe..
ReplyDeleteala biasa la tue zaza.. kdg2 kita masak menjadi..kadang2 ke laut..hehehe... =D
ReplyDeletetaj jadi ke jadi ni....hidang kat sedara mara tak nasi jagungnya.
ReplyDeleteBetul tu zaza kadang2 percubaan pertama tak semestinya menjadi....cuba lagi. Nak jugak share resipi dan gambar...
ReplyDeleteKek batik dah cuba buat?..
Awat nak malu tayang nasi jagung...biasalah tuh zaza...dunia masakan mcm ni lah...ada kala tak jadi ada kala tak jadi...tp dari sini kita belajar dari kesalahan, mana ada semua benda buat perfect kan....eh zaza, why not u jemput i dtg rumah hari raya ni, u masakkan nasi jagung kt i dan Qi...hahhahahhaha boleh tak boleh tak hehhehe :p
ReplyDeleteAla.. Letak la gambar nasi yang tak jadi tu. Baru dramatik tahap divider.
ReplyDeletealahai, macam mana boleh terlupan nak tekang ni.. last sekali, menjadi tak kak?.. dapat tak tetamu merasa kenakkan nasi jagung tu :)
ReplyDeletealaaa...xde gambar plak..nak tgk la jgk cmane gayanya nasi jagung sendu tu..hihihi
ReplyDeleteMacam tak caya plak. Sejak bila kak jah pemalu nih...hehehe...Tunjuk jer lah. At least ada kenangan tragedi nasi jagung sendu.
ReplyDeletesaya ada tgk nasik jagung kak zaza tu kat ig.. sedappp nampak.. hihihi .. kejadian mcm tu pernah gak jadi kat saya masa nak buat nasik tomato .. nasik dah masak tapi mentah kena tekan cook berkali2 baru ok balik
ReplyDeleteNasi jagung cuma tambah nasi jagung ajelah yek....alah taunya mak warna mcm nasi ayamkan...kunen kunen gitu...
ReplyDeleteTak pe weyh... Chef sebelum jadi master Chef mmg selalu lupa...itu biasa jangan nangis kuat kuat....cool...
Rajin lak tu menjala yek!
takpa zaza...cuba lagi di masa akan datang!:-)
ReplyDeleteKak.. Wlpn x jd, ptut ambik gmbrnya jgk.. Sbb nti blh cmpare dgn yng akn dtng bila buat then menjadi.. Baru blh kata usaha tangga kejayaan.. Xpun ni namanya try and error.. Hehe
ReplyDeletetakpe kak..next time buat yang terbaik ye
ReplyDelete