Sunday, November 2, 2014

Perempuan

Orang perempuan ni kalau dah cantik, kau tak payah nak mintak dipuji melambong-lambong. Orang boleh menilai dan automatically orang akan puji kau melambong-lambong sampai kau rasa tak keruan.. gittue. Tak perlu asyik nak rasa diri tu HEBAT sangat.. tak perlu asyik nak rasa diri tu CANTIK sangat.. phuihhh.

Ini bukan umpatan. Cuma sekadar bagi pendapat je. Dan tak rasa tergugat pun dengan kecantikan orang lain.. sebab kita sedar diri kita ditahap mana. Me is me.. I don't wanna be other person.

Senang je prinsip aku.. "I stay true to myself & my style and I am always pushing myself to be aware of that & be original" senang kan???

Chantek kew?? 

Korang pernah tak kenal dengan orang sukaaaaa sangat asik dimintak puji???? sampai sanggup buat apa saja supaya diri dia dipuji.. Sikit-sikit nak menunjuk yang dia hebat.. sikit-sikit nak cerita UP.. sikit-sikit nak mintak orang rasa dia very high class.. padahal kau tak lah seCLASS mana pun.. Oleh sebab nak kan pujian dan nak nampak hebat, dia sanggup buat apa saja supaya orang nampak dia BEST.. Kalau tak minta dipuji pun dia sendiri akan UP diri dia dan puji diri dia sendiri.. WTF!. Tak salah kalau kau nak puji diri sendiri sebenarnya.. tapi puji lah seadanya.. kalau melebih-lebih sangat pun boleh buat orang jadi menyampah.

Lagi annoying kalau dia sanggup puji diri dia sendiri hanya semata-mata nak rasa dia tak boleh kalah dengan orang lain.. biar orang lain tak ada apa yang dia ada.. biar diri dia LEBIH dari orang lain.. Oh pelisss lah perempuan.. tengok-tengok lah kebawah sikit.. kita ni manusia biasa.. tak selalunya hidup di atas saja.. sesekali tengok lah kebawah sikit.. jangan satu hari sok kalau kau dah jatuh tersungkur.. baru kau nak bertobat yer. Kecantikan tu tak kekal.. apa yang penting tengok pada diri sendiri.. umur pun dah nak senja.. tak perlu nak berlawan-lawan sesama sendiri.. tak perlu nak berlagak shantek sangat. 

Tak dinafikan.. ALLAH mencipta setiap manusia dengan adanya kelebihan & ada kekurangan.. tapi jangan lah kita pergunakan kelebihan tu dengan sentiasa mendongak kelangit saja. Kalau ada kekurangan tu terima je lah seadanya. Jangan lah pulak nak melawan takdir. Dan yang paling penting, jadi diri sendiri.. tak perlu hipokrit. Dan jangan kau seret orang lain jadi hipokrit hanya semata-mata nak jaga hati kau untuk kau dapatkan pujian melambong-lambong tinggi!!

Orang perempuan ni kalau dah masuk fasa umur 30an..  kau akan nampak perubahan pada diri.. lagi-lagi kalau kau dah berkahwin dan punyai anak.. Bonus kalau kau pandai bergaya.. pandai bawak perwatakan kau as a woman.. Kau akan lebih nampak matang & lebih feminin.. kecantikan tu naturally akan nampak.. that time orang akan nampak kau perempuan yang classy yang patut dipuji.. pendek kata segala-galanya datang naturally.. unless pengkid lah.. pengkid pun kalau kau bergaya serupa orang jantan sekali pun bila tengok tang bontot automatik orang dah tau kau tu pompuan.. hahaha.. so tak payah nak berlagak jantan sangat.. tiap-tiap bulan kau tetap akan pakai pad dan bersedia untuk period pain yer.. hahaha.

Bagi aku kita sendiri kena tengok pada diri kita.. apa kelebihan kita dan apa kekurangan kita.. tak perlu nak melawan-lawan sesama sendiri hanya kerana nak nampak hebat. Maka jadi lah diri sendiri.

**sedang hadapi situasi yang sangat annoying setiap hari** 

Hurmmm =(

14 comments:

  1. Kekadang kita akan rasa jeles klu tengok perempuan tu lebih bergaya dari kita dan sentiasa up kecantikkannya.tapi pada kita biarlah kita seadanya..nanti dah terlebih over, orang tengok pun meluat..jadilah diri kita seadanya dan bersederhana supaya tidak mendatangkan fitnah.

    ReplyDelete
  2. Knp i suka sgt entry nih..
    Nak like juta kali xd butang like plak..uhuk

    ReplyDelete
  3. nice entry kak zaza.. jagalah jangan nampak macam kak limah pulak.. hihi

    akak... blog akk makin cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha lari orang nanti tengok muka mcm hantu kak limah..
      nway thx Mama.. :))

      Delete
  4. Mana butang like ni? Ramai jer I jumpa orang macam ni dan memang bersepah di sekeliling.... hurmm... tak perlu jadi orang lain dan tak perlu jadi faker or desperate wanna be just because you want people to realize that you exist in this world... sudahnya jadi someone else yang bukan diri sendiri dan nampak sangat macam trying hard to fit in or blend in... err.... the beauty and classy of something comes naturally and when you be yourself kot? ayam takkan boleh mengguak seperti itik walaupun ayam tu cuba nak menguak... ok... terlebih sudah... just my two cents babe... sorry if this annoys....

    ReplyDelete
  5. Wah! rumah baru dah yer zaza...cantik...

    ReplyDelete
  6. Sis zaza...rasa mcm alami perkara yg sama je...tp tak terluah di FB...sebab ju tau pasti "mak sedara kekwat" tu akan baca muahahhahahahhahhahha...spesis ju selalu jumpa kak...rasa cm nak muntah balik...sis zaza...ju tau ju ni besar, gebu yg amat, tp perlu ke mention dlm wassup group family ckp mana julia dan suami yg gebus sgt tu...akak rasa?

    Ju rasa nak tampo je dlm wassup tu...ju jawab kami gebus2 pun tak la sampai nak perli org lain...geram kak...tau lah dia dah kurus, wpun umur dah lanjut 60...tp berlagak nak diva...hari tu mai umah mak julia, julia buat air kopi kt dia leh lak dia cakap gula terbalik...walhal berpuluh kali buat air kopi...rasa sgt down...tp ju membalas baik sebenarnya kt dia terang2...ntah dengar ke tak terpulang....kak sory terluah kt sini...tak tau nak cerita kt mana...but satu hari nanti ju akan cerita dalam blog...ttg "Dunia aku je bagus, dunia ko tak bagus" gitu.

    Sis, adakala kita nak sabar, tp dah selalu sgt pasti rasa annoying kan...ju byk diamkan diri...malas melayan org cm tu anggap dia tak wujud...haaaaaaaaaaaaaa gitu!

    ReplyDelete
  7. Tak suka org camtu tp doakan yg terbaik untuk dia lebih sedar

    ReplyDelete
  8. Marah betul ni jah,

    Ramai jer orang macam ni. Tapi tak nak mengaku. Pada hal dah terang lagi bersuluh perangai sebenarnya tu. Tak payah nak cover sangat pon orang dah tau ko tu spesis macam mana. POYO untuk diri sendiri sudahlah. Tak payah nak POYO sampai nak menunjuk² kat orang lain.

    ReplyDelete
  9. Yes btl tue dear..pernah jugak jumpa org mcm tue...mmg annoying sgt kan.. tp tak pe la biar la dh sifat dia mcm tue.. puji jer la.. bagi dia lagi suka..hahaha

    ReplyDelete
  10. hahaha normal sekarang ni.. Hidup untuk please others..
    Be original and u stay true to urself k :)

    ReplyDelete
  11. Apo kisahnyo ni cik CIk Jah sampai keluar entri macam tak puas hati jer....Napo elok ekou cito ngan mak nih...mak pun nak gak bergossip hehe....Kepochi sungguh cik Bedah nikan...
    Tak yah le nak lawan lawan...apo yg ado cukup....kalah pun apa salahnya, bukan orang caci pun ye dakkk

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah