Tuesday, March 29, 2016

Makan Masa Birthday Tante

Masuk bulan depan cukup sebulan tak update blog. Amboi dalam pada busy tu siap boleh ingat berapa lama tak update blog kann.. hehehe. Rindu.. bukan tak rindu nak update blog. Masalahnya aku ni malas. Makin tua makin malas. Itu lah aku.. hahaha.

Hari ni nak tebar cerita basi. Korang bacalah seadanya ya :)

Dalam sehari dua kali Kak Zaza makan busat. Lunch, boss Tante belanja makan kat My Elephant Ampang. Kak Zaza memang tak akan lepaskan peluang bab2 makan.. lagi2 kalau orang nak belanja. Cepat je aku. Malam pulak kitorang celebrate among kengkawan je. Bukan celebrate party2 pun. Just makan-makan, gelak-gelak, borak-borak, kentut-kentut sesama je hehehe.


 Cake cutting by Birthday Girl ;)

Kek tu kemain keras nak mati. Nak potong pun payah. Kedai tu gi simpan kek tu kat dalam freezer. Tau lah cheese cake & takut mango tu lebam. Agak2 lah bila orang dah nak datang makan tu, bawak ler keluar dari freezer ye dak? Freezer kalau macam kat kedai kek tu tak apa jugak.. ini freezer yang buat air batu.. kau rasa keras dia macam apa? macam air batu kan?? hahahaha. Bila birthday girl nak potong, jadi keras kejung dah kek tu. hahaha.

 The colleague.  Kiri sekali yang pakai baju biru tu Ace, boss Tante.



Tu je dua gambar makanan yang aku sempat snap. Mostly kitorang orang set lunch yang sama. Malas nak pikir panjang. Janji perut konyang orang belanja.. hehehe.

Seketul desset ni biasa2 je. Aku buat lagi sedap. Santan cair mcm haper je. Mangga masam!

Pastu petang lepas balik kerja kitorang gi makan2 kat The Garage. Aku dah siap2 booking haritu. Datang2 je terus meluru ke meja.. terus order dengan rakus ;)

Masa sampai kitorang bertiga sampai dulu. Tengok tu baju kitorang sama kannn.. sebab beli sama2 size je lain ;)

With my Cinta

Lepas kitorang sampai, si seketul gemok tu pulak sampai. Ambik gambar lagi tak sudah2 hehehe.






Atas tu semua gambar2 foods yang kitorang order. For me food taste kat sini biasa2 je.. tak ada apa yang boleh di WOW kan. Tengok presentation pun so so je. Tak tau lah kalau tekak orang lain yang dah pernah rasa makanan kat sini. Jangan nak kecam plak!



Gift from us


Gift from Khairine. Dia pun sibuk nak bagi hadiah jugak untuk Auntie Tante.. nak bagi hadiah kalau pakai duit dia sendiri tak apa.. pakai duit mummy jugak.. so sapa yang bagi sebenarnya ni?? hahahaha. 

Korang mesti pelik kan kenapa ada terselitnya si Khairine kat dalam majlis makan2 ni. Sebab dia rasa kawan2 aku pun kawan2 dia jugak!! hahaha. Dia cukup suka kalau lepak ngan kawan2 aku sebab semua pun satu kepala.

Us

Kitorang ni walaupun beberapa ketul je, tapi kalau lepak memang boleh roboh kontena kat The Garage tu. Ada je lawak bangang nak bahan membahan.. yang selalu kena teruk dengan kitorang si seketul gemok tu lah.. hehehe. Sorry ya Akeem.. kakak2 ko memang suka kutuk kau.. hahahaha.


6 comments:

  1. Meriah sungguh!!
    Happy birthday to tante
    Semoga panjang umur
    Murah rezki

    ReplyDelete
  2. errr tetiba terasa lapar ni babe! he he he...

    ReplyDelete
  3. hahahaha kita pun lama xupdate blog! meriah sakan gegel ye..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah