Friday, March 4, 2016

Ryndu Hot & Grill di Wangsa Maju

Wow nama memang seindah rupa. Sorry rupa owner akak tak pernah tengok.. maksud akak rupa deco kedai ni. Memang curlas atasan sangat. Kak Zaza bagi empat HA ;)

Semalam try makan kat Ryndu Hot& Grill kat Seksyen 2 Wangsa Maju. Ni sebab viral aritu kat fb.. tu yang tabah datang nak try makanan kat sini. Tengok gambar lamb kat fb dia sangat sexy sampai terobek hati Kak Zaza nak mencuba.. hahaha.

Ryndu Hot & Grill

Location : 
No. 42 Jalan Metro Wangsa
Section 2 Wangsa Maju
(Depan Masjid Seksyen 2)
Tel : 03-4141 5455

Waktu operasi : 5pm - 1am
Isnin - Sabtu (Ahad tutup)

Masa datang belum ada orang lagi. Rasanya aku 1st customer kot.. ya lah sebab dia buka pun pukul 5pm kann.. aku datang bukan main awal lepas balik kerja macam tak menyempat nyempat.. lepas2 tu baru nampak ramai datang. Not bad tempat ni. Feeling2 macam makan kat Chilli's gitu :)


Menu

Kalau korang rasa nak makan western ala2 serve macam kat hotel boleh datang sini. Harga antara RM10 - RM30 sajo. Sangat mampu milik. Food presentation memang 1st class. Tak lupa juga.. kat sini pun ada local cuisine juga. 

Sebelum aku tunjuk makanan, korang boleh tengok gambar atas ni. Datang happy hour dapat diskaun 10% kalau birthday korang on dat day pun boleh claim brownies. Semalam aku nampak ada brownies dalam cake display fridge.. ingat nak order for dessert.. tapi tak mampu nak telan lagi dah.. rasa nak pecah perut dah makan western semalam. Portion boleh tahan besar.

Bang Nizam order Sirloin Steak. Tak padan dengan mulut ada ulser. Selera tetap macam gajah :)

Nah zoom in sikit gambar Sirloin Steak yang sedap ni

Kak Zaza pilih Lamb chop

Ada 2 keping lamb kat situ, corn, broccoli, french bean, mashed potato.

Pilihan tekak Khairine


 RHG Burger ke apa tah tak ingat nama dia

 Pilihan tekak Danish Chicken Cordon Bleu

Luar tu chicken meat dalam ada vege.. most probably our dish pakai gravy yang sama.. mungkin lah sebab rasa gravy semua macam sama je.

Mango, fresh orange & strawrerrylicious 

KhaNish.. Lama tak tempek gambar budak dua orang ni kat blog.

Percaya tak semua yang kitorang makan ni tak sampai RM100? korang kena percaya jugak. Total semua tu RM87.50 sajo. Worth it kan? Telan2 ailio kan? hahahaha.

Kat sini kalau nak buat group dinner boleh, birthday party boleh, nak buat reunion pun boleh. 

My verdict :
- Kalau nak makan western dengan budget murah, boleh datang sini
- Food Presentation menarik, menyelerakan tapi gravy dia (untuk tekak aku) tak berapa sangat. Terpulang pada tekak & selera masing2. Plus.. kenapa masa surve gravy dia tak panas??? mungkin diorang boleh improve kot lepas ni.

Semalam Kak Zaza tanya Bang Nizam.. Bang Nizam kata dia boleh bagi dua HA out of lima HA ;)

12 comments:

  1. memang hidangannya superb..rasa xtau la pulak kan

    ReplyDelete
  2. Hidangan memang nampak ohsem.. bab rasa nak kena pergi sendiri baru tahu sedapnya macam mana.. ;)

    ReplyDelete
  3. Blh la i try zaza..sbb dokek dgn rumah...heheheh

    ReplyDelete
  4. Dari luar nampak cantik kedai dia... presentation makanan pun lawa..

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap T-T Tengah lapar ni..

    ReplyDelete
  6. Bole terjah sini pulak. Yeehaa

    ReplyDelete
  7. aa meanriks nyer!! nak kene try nie!

    ReplyDelete
  8. menarik presentation menu dia, kedai pun nampak best.

    ReplyDelete
  9. 2 ha aje???!
    hmmmmm :) presentation nyer menarik.
    menaikkan napsu serakah utk makan.
    terasa berbaloi membeli sebab cantik sgt presentation nyer.
    rasa? bila ler dpt merasa. jauh tu kat wangsa maju!

    ReplyDelete
  10. Thank you for supporting us dear. Harap dtg lg.

    ReplyDelete
  11. Thx for coming dear. Jgn lupa dtg lg��

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah