Apa baranggggg??? Ya ni barang baek akak nak war-warkan..
kepada surirumah yang cukup pemalas macam akak, korang boleh baca cerita akak
kat bawah ni. Cerita ni mengisahkan hal dapur rumahtangga.
Siapa antara korang yang selalu blend cili kering sendiri
kat rumah? Sila angkat tangan sekarang. Ohhh ramai rupanya ya.. gimme five!
Hehehe.
Harini aku nak sembang pasal barang-barang dapur. Contohnya
bahan-bahan masak yang korang selalu guna kat dapur.. macam cili kering, cili
merah/ cili masak, cili padi, kunyit hidup, bawang merah, bawang putih, halia
dan sewaktu dengannya. Kalau dah hari-hari kena hadap dapur, maknanya
hari-harilah kita memasak ya dak? Korang memang mak yang tabah. Tapi korang mesti
malas nak buat bahan-bahan untuk blended kan? Sebelum ni aku buat jugak.. tapi
kerja-kerja blended kat rumah ni aku dah pencen. Kali ni first time aku cuba
kaedah lain pulak. Aku beli kat kedai yang dah siap. Sebenarnya aku ni ada
masalah membeli cili kering. Setiap kali nak beli cili kering mesti terbeli
yang pedas lah, pahit lah. Bukan tak pernah tanya kat si penjual tu cili tu
pedas ke atau kurang pedas. Kalau kau tanya si peniaga tu pun, dia bukan tau.. kalau
dia tipu kau pun lagi kau tak tau.. Hahaha. So jalan selamat, aku beli je semua
bahan-bahan tu. Kalau kena tipu gak nasib lah.. hahahaha. Siapkan duit, pergi
pasar terus boleh bawak balik. Bila nak masak, campak je dalam kuali/ periuk. Senang
kerja.
Semalam Bang Nizam arahkan aku pergi service kereta kat
Kelana Jaya. Wow arahan macam boss sangat nih.. hehehe. Ya lah aku kan dah jadi
staff Bang Nizam sekarang. Duduk rumah, buat kerja rumah, masak, basuh baju..
laki suruh pergi service kereta pun buat jugak.. hahahaha.. So staff ni pun
pergi lah ke Kelana Jaya. Settled je service kereta aku terus lajak ke Pasar Besar
TTDI. Terus meluru ke kedai yang jual bahan-bahan blended. Kat sana segala mak
nenek bahan blended ada. Kau tunjuk ke apa kau nak kat situ. Nanti dia pack kan
dalam bekas.
Nak tau apa yang aku beli semalam?
Bahan blended: (1) Cili merah/ cili masak (2) cili kering
(3) Halia campur bawang putih. Actually dua bahan tu dia jual berasingan. Tapi
aku mintak dia campurkan sekali (4) cili padi yang dah siap tumis (5) bawang
merah (6) kunyit hidup (7) bawang putih yang dah dicincang.. senang untuk masak
sayur goreng.
Harga tak mahal. Cili kering blended tu aku beli RM5 yang
lain-lain tu range harga dari RM2 hingga RM5 je.. total semua tu aku beli
dengan harga RM14 je.. murah giler ok. Kalau beli barang & buat sendiri
belum tentu rajin boleh dapat banyak macam tu.
Amacam? Teruja tak? Mula-mula mesti korang ingat aku hebat
kan?? Tabah sangat lah aku nak blend semua tu sendiri.. memang tak lah. Sebelum
ni aku suruh bibik yang buat semua tu. Lepas dia dah blend semua bahan-bahan tu
nanti dia store kan kat dalam freezer. Tinggalkan yang mana nak pakai je dia
tak letak kat freezer.. dia letak kat bahagian bawah fridge. Tapi disebabkan
aku kurang puas hati dengan hasil kerja dia, adalah lebih baik aku beli je..
settled masalah dalam kepala otak aku.. hahaha. Lepas ni bertambah sayanglah
Bang Nizam kat Kak Zaza yang montel ni.. hahahahaha.
Korang mesti nak tau kualiti semua bahan blended tu ok ke
tak kan? Ya memang helok. Cili kering dan bahan-bahan lain yang aku beli tu
semua elok.. elok nau halusnya dia blend. Itu aku memang puas hati. Jauh beza
elok dari hasil kerja Bibik. Aku cukup sakit hati kalau Bibik aku yang blend
cili.. Dah lah tak lumat, kasau bergegau cili tu.. berkali-kali cakap pun tetap
buat benda yang sama.. itu kalau lepas berak mesti keluar cili seketul-seketul.
Tak hadam.. hahahaha. Haritu aku suruh dia blend cili, bawang, halia semua tu
blend tigapat bekas. Tak lama lepas tu bila nak pakai aku tengok cili tu dah
masam.. eh masam ke? bukan masam.. cili tu dah macam rosak siap ada macam
kulat-kulat putih atas permukaan cili tu. Terus buang.
Balik dari pasar semalam, teruja sangat aku nak masak kat
rumah. Terus keluarkan kuali masak macaroni goreng.
Western
& Eastern Fried Macaroni. Wah kemain gah lagi tajuk menu kau Jah! Hahahaha.
Ala.. dah nama pun masakan sendiri.. tajuk resepi pun aku taram je lah..
hehehe.
Korang nak ke resepi macaroni termasyur akak tu ke? Nah sila
copy ;)
**Sukatan bahan ikut suka korang lah ya.. sebab aku masak
tak pernah nak timbang-timbang atau sukat. Ikut suka tekak je. Dan bahan-bahan
semua ikut suka aku jugak. Kalau korang rasa nak tambah atau tukar bahan contohnya
kalau tak suka ayam nak tukar ke daging pun boleh.. ikut suka kau lah Bedah..
akak tak marah pun.
Bahan-bahan:
Macaroni
Minyak untuk menumis
Cili kering yang dah diblend.
(cili yang aku beli tu la.. tazabar nak try.. hahahaha..
Sangat teruja kan?!)
Isi ayam & Fishball
Sos cili & sos tiram,
Serbuk lada putih & Cili flecks (Ni optional. Kalau tak
nak letak pun tak apa)
Dried Origano
Telur
Daun sup/ daun ketumbar. Actually aku keliru antara daun sup
dan daun ketumbar. Tapi aku guna yang bau wangi tu.
Garam secukup rasa
Cara-cara:
Macaroni tu ofcoz lah kena rebus dulu ya.. kalau tak rebus
macam mana kau nak makan keras-keras tu. Then panaskan minyak secukupnya untuk
menumis.
Tumis cili kering blended, bawang putih+halia. Tumis sampai
garing semua bahan tu. Lepas dah garing bahan-bahan blended tu, kau masukkan
isi ayam & fishball. Agak-agak isi ayam & fishball tu dah separuh
masak, kau pecahkan telur kat tengah-tengah sambal tu. Biarkan tiga suku masak,
terus masukkan macaroni. Lepas tu kacau sebati bagi nampak telur tu tak macam
hancur lebur sangat. Last sekali taburkan daun sup/ daun ketumbar.. kemain
wangi nanti masakan kau.. fuhhhh. Then agak-agak dah sebati semua tu, kau
perasakan dengan garam. Dan siap ;)
Kenapa aku letak menu tu ada nama ‘Western’? sebab resepi ni
menggabungkan western & eastern. Western nya kat situ sebab aku guna pasta,
cili flaks & dried oregano.. kalau betul-betul resepi aglio olio mesti ada
tiga bahan tu kan? Ha tu lah datangnya nama western kat situ. Yang Eastern nya
pulak datang dari bahan-bahan lain. Bila tengok rupa macaroni aku tu macam masak
mee goreng bodo je.. hahahaha. So disebabkan gabungan bahan yang aku gunakan tu
ada western & eastern, maka terjadilah rekaan nama Western & Eastern Fried Macaroni yang memandai-mandai je aku
boh nama dia.. hahahaha.. gittue lah kaedahnya Bedah! Hashtag SilaJanganKecam
muahahahahahahahaha ;P
Ok selamat mencuba. Kalau dah try resepi ni sila
war-warkan..
Kbai ;)
senang dah skrg kan kak. semua org main jual je, xyah dah nak blend sendiri. eh akk ada bibik eh, alamak, ngat ada bibik senang dah, tp x reti jugak, sabar jelah.
ReplyDeletetq share
ReplyDeletewahhhh untung la ada yg jual tp berkualiti ... penah juga beli hat mcm tu tp mcm tak sedap bak pe tah ... cili tu le hat bawang bagai tk pernah jumpa lagi
ReplyDeletewah.. menjimatkan kerja di dapur ni.
ReplyDeleteHai zaza...qiya singgah blogwalking dan follow blog zaza yang awesome ni...hehehe
ReplyDeletewww.qiyasaad.com
Mak kite pon beli gini jugaq.. Mcm kite blend sendiri je, tp cili kering je la, haha~
ReplyDeletewah sekrang semua ready-made je senang kan.
ReplyDeleteThanks for the great overview.
ReplyDeleteescape games
online escape games
new escape games
point and click games
Sekarang semua senang. Beli jer.
ReplyDeleteni bkn utk suri rumah je kakk..ni bg org keje mcm ktorg ni lg senang wat cmni..blk keje senseng lengan trs campak2 je..siap!
ReplyDeleteJauhnye kat pasar ttdi. Area keramat swgsa keramat tahu x kt mne?
ReplyDelete