Monday, October 31, 2016

GENG MAKAN DI JIBBY EAST, TAMAN MELATI

‘Geng Makan’ ni ada group whatsapp. Yang kebanyakannya kengkawan aku ni surirumah yang berjaya macam aku jugak.. hehehehe. Biasalah kawan-kawan I ni semua kelas atasan sangat ;) Kitorang berkawan since dari sekolah lagi. Ada yang tertanya-tanya ke akak sekolah mana dulu? Akak sekolah kat Sekolah Mengenah (P) Jalan Ampang a.k.a Ampang Road Girl School (ARGS) a.k.a Ampang Girl .. itu nama glamour sekolah tu.

Ni plan mengejut je.. sebab nak surprisekan member kitorang yang tengah sarat pregnant. Aku dapat berita pun dari Jaja. Tiba-tiba Jaja whatsapp aku tanya nak join tak. Karang kalau tanya dalam group whatsapp kantoi pulak.. sebab member yang preggy tu ada dalam group whatsapp. Tak cerita banyak, lepas mintak ijin dari Bang Nizam, plan pun ON.

Surprise ni kitorang buat hari Ahad.. tak silap aku date yang kitorang pergi tu 9 October. Organizer kata surprise ni lunch baby shower. Ok.. apa2 je lah.. pastu ada tema pulak dah. Tema kaler putih pulak. Aduhh.. pening kepala mana nak cari baju kaler putih. Nasib baik ada selai baju putih aku dalam wardrobe. Semenjak dah montel ni aku jarang dah beli baju kaler putih. Takut lagi nampak montel.. hahahaha. Kesian nasib si pisang montel ni.. hahahaha.

Tengahari sebelum ke Jibby East aku deal dengan Jaja. Kutip dia kat rumah dia kat Melawati. Lepas tu kitorang pegi cari barang sikit kat area Melawati, then terus gerak ke Jibby East. Perjanjian pukul 12 mesti nak ada kat sana.. well biasalah janji-janji melayu yang selalu menanam gula ditebing bibir.. lambat jugak masing-masing sampai tengahari tu.

Masa sampai tu ada tigapat orang member yang dah sampai. So kita tunggu ‘pengantin’ yang nak dibaby showerkan sampai pulak. Dah lah perut lapau.. tengok gambar dalam menu rasa nak terkam je. Tak lama lepas tu ‘pengantin baby shower’ pun datang.


Bila ‘pengantin baby shower’ masuk je kitorang terus jerit ramai-ramai SURPRISEEEEEEEEE.. tetanjat ‘pengantin baby shower’.. hehehe. So cute :)

Table set up. Table cloth, labuci-labuci, bunga-bunga & cookies yang ada atas mejak tu organizer yang siapkan. Jibby East tak supply semua tu ya.

Tak sempat nak snap gambar masa muka 'pengantin baby shower' kena prank.. sebab masing-masing so excited.


Maka mula lah sesi bergambar. Actually sebelum ‘pengantin baby shower’ sampai lagi masing2 dah giler bergambar. Kalau korang nak tau, Geng Makan a.k.a kawan2 aku ni termasuklah tuan empunya blog ni memang sakai gambar. Asal nampak lensa je melulu masing2 tadah muka.. hahaha. Geng ni jugak memang payah kalau nak selfie sorang-sorang.. ada je yang datang sabotaj.. hahahaha.


Ok sekarang mari tengok apa yang berlaku.

Seeloknya letak gambar akak dulu.. hehehe.

 Me & Jaja

Sebelum meja dicemar dengan pinggan makanan, kita wefie dulu.

Us. Left : Ryta, Salmie, Ijan, Shida, Jaja, Me, June & Kay. Yang duduk tu lah pengantin baby shower.. Anne. Dah selamat bersalin oun baby boy.. congrats babe! :)


Diorang ni (termasuk aku) kalau bergambar boleh terdiam semua macam ada malaikat lalu.. lepas tu.. kau tau apa jadi? Keadaan kembali menjadi kecoh!!! Hahahaha. Geng ni sangat kecoh okeh.. kalau pergi mana-mana bising sokmo. Dats why haritu organizer book Private Room.. hahaha. Selain dari malu sebab kecoh, organizer nakkan party ni ala-ala private party lah.. gituueeee .. memang kelas atasan sangat kawan-kawan ahkak ni dik ;)

Nak tau apa kitorang order? Tapi tak semua gambar lah aku sempat snap.. kalau ajak aku bergambar ya memang banyak muka aku kat setiap gambar.. hehehe.






Foods kat sini not bad. Sedap & mahal. Haritu kitorang ada 9 orang adults and 2 kids total dekat namratus gak. Tak caya? Tengok ni.

Lagi tujuhposen nak RM600 hengget 

Sambil makan, sambil menjoyah sambil bergambar sokmo. Itu je lah kerja kitorang setiap kali berjumpa. Oh ada 1 entry yang aku tak sempat siapkan. Kitorang buat small gathering & potluck masa raya haritu kat rumah Ryta. Tah bila kurun lah agaknya entry tu nak siap. Gambar pun belum transfer lagi. Ingat raya tahun depan baru siap kot entry tu.. hahahaha. 

 Kusyuk makan nampakkkkk

Wow! Kak Zaza acah-acah kandid selfie masa tengah makan lah ;D

 Amboi akak.. anti social sangat.. orang ambik gambar pun tak perasan.. konon-konon macam kandid lah tu.. hahaha

 Tengok tu.. acah-acah kandid lagi.. Lepas Ryta snap gambar ni aku kena marah.. 'kau ni cuba jangan sibuk kalau aku ambik gambar.. nampak aje aku nak snap tau!' pffftttt ;P

June, Anne & Kay

Dah habis makan sambung joyah-joyah semua sambung borak lagi. Tapi tetap bergambar.. hahaha. Around 2ish pm kitorang nak gerak dah dari situ. Tak cukup kat dalam ya.. kat luar pulak sambung sesi photoshoot beramai-ramai.. hahahaha. Tak tau lah apa penyakit masing-masing ni suka nau bergambar. Memang dari dulu lagi perangai mcm ni.. tak pernah berubah tau.. tak habis-habis buat perangai.. hahahaha.

 Datin Ijan & Datin Jaja :)



 Baru je nak selfie.. dah kena hijack dengan ahkak.. hahahahaha.







Pastu tak habis lagi kat depan pintu Jibby East. Kita akhiri sesi penggambaran kat luar area parking pulak.. hahahaha. Sakainess dot com betul masing-masing..padahal semua dah jadi mak mak orang dah.. malu je.. eh tapi hati kami kami semua tetap muda okeh..walaupun ada diantara kitorang anak dah besar gajah dah masuk UITM pun. Emak tetap berperangai seperti kanak-kanak ribena lagi.. hehehe.



 Opsss sorry Salmie.. I terrrrrrr hijack you.. hehehe

Perangai sebenar masing-masing ;P

Itu lah kami. Berkawan dari zaman sekolah sampai dah jadi mader. Setiap kali berjumpa mesti ada je benda nak borak.. bergambar pulak must be number 1. Hishhh kalau lah aku ada masa banyak sangat, nak je aku buat throwback gambar-gambar & cerita kitorang sebelum ni yang selalu buat small gathering especially makan-makan. Tengok lah. Nanti aku korek gambar-gambar lama yang mana boleh aku buat entry. Itu pun kalau aku rajin.. sebab gambar-gambar tu semua dah aku humban dalam fb.

Ok sekian saja Geng Makan di Jibby East. Jumpa di lain entry pulak ya ;)

13 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. cantik sgt environment café tu..
    sesuai la harga dengan nama café tu
    btw, jemput datang tempat saya ye =)

    ReplyDelete
  8. ehh..kak zaza dh jd housewife?siyes xtau..ketinggalan ketapi sket..
    amboii..meriahnya kak..bestnye org wat surprise2 cmni..dapat plak kwn2 yg sekepala..mmg best laa..tgk resit tu nk pitam rs..kak zaza diet?mkn salad je..

    oh yaaa..jibby east ni pak jib ade share ke?hikhikhik

    ReplyDelete
  9. Meriahnya!Seronok makan².semua sedap² tu

    ReplyDelete
  10. Hi,saya datang blogwalking and follow :)

    ReplyDelete
  11. fuh mahal gak sampai ratus2 rm tu

    ReplyDelete
  12. Nmpk sedap. Tapi tengok harga tersedak. Haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah