Masa idea tengah melambak lambak nak up entry ni tiba-tiba
aku teringat sesuatu. Sebelum aku nak ucapkan terima kasih kat mak mak diluar
sana, bagi aku tulis seperenggan cerita dulu kat sini yang tak ada kena mengena
dengan tajuk di atas. Aku rasa lah kannn.. makin dah tua ni semakin pupus
agaknya daya ingatan aku ni. Selain dari daya ingatan, aku syak macam-macam
daya lagi dalam badan ni yang semakin hari semakin dimamah usia.. hahaha.
Cerita dia macam ni.. tadi aku gi toilet.. gi sheshe lahhh bukan berak.. pastu
bila keluar toilet, aku dengar bunyi aku berderu.. hmmm buat perangai lagi.. eh
ni mesti korang ingat aku terberak dalam seluar kan?? Hahaha jahat lah korang
ni..pikir yang bukan-bukan je. Sebenarnya aku cuma terlupa nak tutup paip air
je la. Lately ni kan.. aku rasa aku ada masalah apa tah.. asal keluar bilik air
je mesti lupa nak tutup paip. Ada sekali
tu, setengah hari air mecurah curah kat bilik air dari pagi sampai tengahari.
Bila Danish balik sekolah, terus dia report kat fader dia.. nak tuduh aku dia
takut.. karang salah tuduh sure mummy bertukar jadi singa jadian.. hahaha.
Pastu Bang Nizam tanya kat aku “u tak tutup paip air ke pagi tadi? Danish balik
sekolah tengok mencurah-curah air.. nasib baik rumah tak banjir” pffffftttttttt.
Malas nak melawan. Mengaku je lah. Dah banyak kali berlaku dah ni. Mungkin
sel-sel penuaan sedang berhubung agaknya.. hmmmm *iconmatakeatas*
Ok sambung cerita.
Malam yang menjelang esoknya anak aku nak ambik UPSR haritu
sumpah aku tak boleh tidur nok. Gelisah rasanya. Langsung tak mengantuk. Terus aku
on laptop.. macam-macam benda dalam kepala otak ni.. maka terjadilah karangan
ni.. hehehe.
Menggigil badan oi (macam tipu je).. sejuk kaki tangan aku
dibuatnya dok memikirkan anak nak hadap UPSR. Masa aku menulis ni (malam
esoknya 1st day UPSR) Khairine dah selamat tidur. Bila tengok muka
dia masa tidur, terbayang dia duduk kat dewan peperiksaan. Lagi la buat aku
rasa kecut perut. Pastu bila tengok berduyun-duyun kengkawan kat fb buat ucapan
good luck dan doa untuk anak-anak sendiri dan anak-anak orang lain (termasuk
anak aku) dan dan rasa macam nak terberak.. hahaha. Hoi pahal yang terok sangat kau ni Jah? Sapa
yang nak ambik periksa sebenarnya?. Time tu rasa macam nak stop kan je jam
dinding kat rumah.. hahaha. Well korang yang dah jadi mak mak je yang tau
perasaan tu macam mana. Ada yang kata “macam tu juga perasaan mak kita dulu
masa kita nak ambik UPSR”. Ya.. aku caya tu.. tak terkecuali jugak dengan mak
aku dulu. Tapi mak aku kuwl jew.. sebab mak aku tau anak dia ni
pandaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii (pandai
menipu) muahahahaha. Eh tak lah.. main-main je hehehe.
Pastu ada yang kata “alaaa ilek ar.. UPSR je kot”. Hanggok
kau! walaupun UPSR je pun, tapi bagi makayah yang pentingkan pelajaran anak-anak
ni harus kena risau tau! Ini lah kejayaan pertama diorang seumur hidup untuk
dorang nak buktikan yang diorang juga boleh membanggakan & membalas
jasa kita yang selama ni dah bagi yang
terbaik buat diorang dengan keputusan diorang yang cemerlang tu. Memang dalam
satu artikel tu ada tulis dapat.. 6E pun
boleh masuk sekolah menengah bunyik macam bodo je kannn? cuba kau baca
helok-helok artikel tu sampai habis. Nah aku bagi lagi sekali link tu.. sila
baca & hadamkan. DAPAT 6E PUN BOLEH MASUK SEKOLAH MENENGAH
Nih.. aku nak buat ucapan terima kasih kat kawan-kawan
semua.. some ada yang wish kat fb, ada yang wish kat IG & Blog.
Aku yang buzz dulu dalam group ni. Hi Farah, hi Linda, hi
Sally, hi Laily (sambil lambai tangan). Dalam grp ni semua kengkawan opis lama
aku. Semua lagi tua dari aku.. nasib baik bila aku dok dalam grp ni aku tak
terasa tua sangat.. hahaha. One of them ada anak yang dah nak ambik SPM pun
tahun ni. Fuh ngerinyaaa.. bersiap sedia lah ya Linda.
Ni pulak dari Ummi. Kawan aku punya adik. Ummi, kau spell
nama Khairine tu salah dik.. tapi tak apa.. ahkak mahapkan kau.. hehehe. Terima
kasih Ummi sebab ingat kat Khairine J
Ni kawan sekolah aku masa kat Ampang Girl dulu. Ayat skema
giler bagi ucapan hahaha. Macam tak caya je kau tulis macam tu Dot! Dia ni
kalau sembang mmg petir.. suara dia dari Zoo Negara sampai KLCC boleh dengar..
pastu masuk air plak tu.. tu yang macam tak caya bila dia tulis ayat-ayat skema
macam tu.. hahahaha. Anyway.. thanks Dot.. Kau lagi dulu makan garam dari aku..
sebab Nabila dah selamat masuk UiTM pun sekarang. Fuh! *lappelohkatdahi*.
Tak lupa juga aku pun ada wish kat anak-anak kengkawan aku
yang sebaya dengan Khairine yang sama menduduki UPSR juga haritu. Terharu sangat.
Bila baca komen-komen & status korang kat fb/ IG/ Blog. Best sebenarnya
jadi mak mak ni. Kita dapat feel perasaan sebagai seorang ibu bila anak-anak
kita makin hari makin membesar depan mata. Hilang rasanya sakit masa nak
beranak dulu. Ok I mengaku.. ini adalah sindrom mak mak yang sedang dalam proses
penuaan sedang berlaku.. muahahaha.
Terima kasih tau korang.. ai is terharu sangat.
Nampak tak?? cerita dah berbulan bulan terperuk kat draft.. sampai dah nak keluar result bulan depan baru nak say thank you.. hahahahaha.
kbai ;)
all the best utk khairine bila result dah keluar nanti..tu baru u tggu dia nak ambk exam kan..nnti kompem bakal2 tercirit tggu keputusan anak u plak...hahahaha
ReplyDeletetahun ni i rasa jugak utk anak sulong i ambk pt3
Tu baru debaran pertama jah. Debaram kedua nanti tunggu result UPSR kluar ☺
ReplyDeleteBoleh lah gang dengan aku. Makin hilang ingatan. Kau lupa tutup air. Aku pulak lupa tutup pintu keta sampai pak guard naik umah ketuk pagar.
all the best,
ReplyDeleteaiyoo teringat 13y ago, masa nak ambil UPSR. menggigil rasanya. kira time tu first big exam kan.
hoii aku ingt aku sorg je prob dgn air ni!! kau tahu aku selalu lupa tutup paip lepas basuh pinggan!! elok je aku tgk Grey's Anatomy yang air melimpah-limpah Y________Y
ReplyDeletealahaii..debo jugak ni dengar..macm mana la anak sy nak amik periksa nanti
ReplyDeleteAsSalam.... biasa lah tu... tak per..yakin jer dengan kebolehan anak kita yang telah berusaha...yang lain berserah kepada Nya..
ReplyDeleteKawan opis i pun ckp i over..siap amik cuti anak nak upsr.mamenda ntah..anak kita..kita nyer suka la...
ReplyDeleteall the best khairine!
ReplyDeletemummy rileks ok?in sha Allah..khairine dh wat yg terbaik..
lupa tu mmg penyakit kak..xkira usia..haha