Wednesday, October 26, 2016

Cara Membuat Nestum Ball

Aku tak reti nak kategorikan sebagai apa. Nak kata resepi, dah macam kaedah masak memasak je.. sedangkan nestum ball ni tak perlu dimasak atau digoreng.. malah tak menggunakan gas atau elektrik pun.. so aku letak je tajuk cara membuat je.. senang orang nak paham nanti.
Ni pun senang je nak buat. Macam buat Almond Cluster juga. Cara buat almond cluster ko boleh stalk kat link ni Cara Membuat Almond Cluster [LINK]

Ni kerja aku dua beranak dengan Khairine.


CAPTION : Korang ada nama lain ke untuk benda ni? Nama ni aku main boh je ;)

Cara nak buat nestum ball ni pun senang. Cuma bahan-bahan nak buat ni lebih dari dua barang. Tak macam almond cluster yang hanya gunakan 2 barang je. Tapi cara nak menyediakan nestum ball ni teramatlah senangnya.

Bahan-bahan:
Nestum (untuk dicamprkan dalam semua bahan)
Nestum (untuk digolekkan atas permukaan yang dah dibulatkan nanti)
Susu pekat
Almond cincang
Peanut butter (spread)
Milo
Paper cup (optional)

Semua sukatan jangan ditanya. Aku buat ikut suka je sukatan yang aku suka. Janji tak lembik & tak keras atau tak melekat pada tangan korang. Janji boleh gentel bulat-bulat macam bola. Pandai-pandailah ko menghagak sukatan tu ye Bedah.. hehehe.

Cara-cara:

- Campurkan kesemua bahan di atas kecuali paper cup.
- Lepas dah bulat-bulatkan, ko golek-golek kan pula bahan tu dalam nestum yang dah diasingkan
- Lepas tu bulat-bulat kan bahan tu letak dalam paper cup. Kalau rasa leceh nak masuk dalam paper cup, ko telanjangkan je nestum ball tu dalam baling atau Tupperware atau ikut suka ko nak letak dalam apa.
- Chill kan sekejap dalam fridge dan siap untuk dimakan.

Tak payah nak bakar dalam oven ke atau nak goreng. Tutup mata je boleh gentel nestum ball ni. Senang bah itu ;)
  

5 comments:

  1. Resepi yang mcm ni SB suka sangat2..sukatan sukati, tak perlu sumbat dalam oven bagai.. tak yah letak susu maneh tu boleh tak?

    ReplyDelete
  2. wahhh..hebat kak zaza skang..mcm2 masak bile dh jd housewife ni..bravooo kak..nasib baik xpeknen..klu x dh mintak dah..haha

    ReplyDelete
  3. Bleh try nanti...nk share resepi ni bleh kan..??
    http://nzcleaning.blogspot.my/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah