Sunday, May 18, 2014

Hantu Selfie

Hantu yang dimaksudkan bukan "hantu yang suka sangat berselfie" yer Minah.. "Hantu" yang aku maksudkan adalah gambar2 dibawah sana.. hahaha. Muka macam hantu mak limah ada hati nak berselfie.. 

Saja test power.. orang lain tu satu hari beratus2 kali selfie.. macam2 gaya & memek muka ada.. ada yang cun, ada yang meluat tahap nak muntah darah pun ada kadang2 aku tengok.. hehehe. Aku baru je nak berangan2 selfie tigaempat gambar.. kasi chance lah Kak Jah nak feeling diva macam Anita Sarawak yer dik.. auuuuwww tragedi buah epal sangat.. hahahaha. Tapi Kak Nita ada Abang Mahathir.. Kak Jah cuma ada Abang Nizam jer.. pon boleh lah kannn =)

 Haritu boss tak masuk opis.. tengok bilik boss aku kat belakang tu.. gelap kann??? apa salahnya kalau Kak Jah nak selfie2.. kalau boss ada takkan aku giler nak berselfie pulak.. karang tak pasal2 kena sound dari belakang "Kau dah kenapa Jah" muaahahaha.. dapat bayangkan tak macam mana boss aku sound aku guna dialog tu?? 







Omaigod!!! jangan nak perasan sangat lah Jah.. buatnya ada orang tak suka, mamposss kena kecam.. hahaha. Eh sukati kita lah.. kita suka okeh! ;P

Lupa nak mention.. haritu aku selfie guna monopod.. macam orang giler hulur kesana kemari batang monopod kat opis sorang2.. hahaha.. kesian Kak Jah.. nak feeling remaja tapi tak kena dengan usia yang dah tua.
Read More

Friday, May 16, 2014

23 April 2014, Genap 2 Tahun Pemergian Yanie

Selama aku berblog ni, ini lah entry yang buatkan hati aku sangat2 tersentuh.. Pemergian anak kecil yang berusia 1 tahun 5 bulan pada ketika itu dan telah dijemput oleh Penciptanya kerana menghidap Brain Tumor yang dikesan secara kebetulan dan sudah ditahap kritikal.. Ya Allah.. sayu rasa hati aku bila baca coretan dari seorang Ibu yang tabah menghadapi dugaan Allah yang tak terhingga.. Ibu yang senang dipanggil dengan panggilan Fand dari blog ctfand.com 

Kalau korang nak tau cerita2 yang diluahkan oleh Ibu tabah ini, korang boleh baca di LINK ni.. bertambah sebak lagi bila Ibu tabah ini membuat entry khas buat anak kesayangannya di LINK ni. Korang wajib baca kedua2 link tu. Masa aku baca blog Fand haritu terus aku rasa sebak kat dada ni.. tak sanggup aku menyaksikan tribute yang ilhamkan oleh Ibu arwah Yanie.


Di sini aku sharekan tribute yang aku tengok separuh jalan je haritu sebab tak sanggup nak tengok dan menahan sebak.

Buat Fand, be strong dear.. anggap ini ujian yang paling bermakna buat Fand.. Setiap insan yang diuji pasti ada hikmah disebaliknya.. 

Dalam kenagan.. Al-Fatihah buat Arwah Sarah Izzyanie.
Read More

Thursday, May 15, 2014

PD Ostrich Show Farm

Wesak day.. walaupun public holiday ditengah2 hari di tengah2 minggu, kitorang anak beranak tetap nak berjalan jugak. Pantang ada cuti je mesti ada program outdoor.

Nizam ni jenis yang tak suka bawak anak beranak dia ke shopping mall sangat. Ada beberapa sebab kenapa dia tak suka. Pertama.. kalau ke shopping mall tanpa hala tuju, mesti boring kan?? unless kalau nak tengok wayang atau ada tujuan i.e nak beli barang2 keperluan and so on. Kedua.. (jangan ingat aku cerita ni aku nak poyo pulak eh) tak perlu kot nak ke shopping mall tiap2 minggu.. kalau nak beli baju pun rasanya tak perlu sebab mostly dah shopping kat Bandung setiap tahun.. beli stock untuk setahun punya pakai.. senang hidup kalau begitu punya cara. Lain2 tu rasanya bosan lah kot kalau nak bersidai kat shopping mall je tiap2 minggu.. itu pendapat aku je.. pendapat korang aku tak tau lah.

Ok mari aku mulakan cerita sebelum aku membebel lagi berjuta batu kat sini.

Selasa masa hari Wesak haritu keluar rumah pagi2.. Pergi breakfast dulu kat kedai nearest rumah.

Teh tarik & kuih lompang.. kalau rasa nak kena lompang (lempang) cuba kau makan kuih ni.. hehehe. Kuih ni supplement je share dengan Nizam makan sambil suap2.. auwww menggedix sangat Kau Jah!!!.. hehehe. Aku order roti canai jugak haritu.. banyak Kak Jah makan.. bila gemok mula lah mulut Kak Jah bising.. phuihhh

Lepas dah breakfast, terus menuju ke PD..

Masa mula2 sampai aku cakap kat Nizam "Bie tempat apa you bawak I ni.. macam rumah hantu je" amboi celupar betul mulut kau Jah!! Bila nampak gambar Ostrich kat tepi tu baru percaya tempat ni memang tempat Ostrich.. hahaha.

Location:
PD Ostrich Show Farm
Lot 1419, Jalan Kemang 13, Batu 9, Jalan Pantai,

71050 Port Dickson, Negeri Sembilan.

Phone: +60(6)6627496

Open Everyday from 9:00am to 5:30pm.

Nak tau best ke tidak, mari masuk dalam tengok. Kepada yang selalu mementingkan penjagaan kulit ala2 macam kulit Anita Sarawak, korang diharuskan pakai sunblock. Kalau kau tak pakai sunblock datang sini tengah2 hari buta, pasti kulit kau akan hangus terbakar rentung hitam metallic nanti bila keluar.

Fokus pada kami bertiga & jugak kambing kat belakang tu yer.. korang jangan menggatal fokus kat "dapur panas" makcik yang pakai baju kuning tu.. hehehe.

Takut nak dekat2 dengan kambing nanti dia tanduk bontot aku.

Chakkkkkk.. alololo manisnya muka awak =)

Pets Playground katanya.. ingatkan Kids je ada playground.. hehe.

Ambik gambar signboard ni pun menyenget sebab takut kena patuk dengan Ostrich.. LoL! giler penakut.. hahaha.

Amboi bapak engkau.. macam pelancong dari German gayanya ;P

Backdrop PD Ostrich Show Farm

Ostrich leher pajang. 


Sebenarnya aku tak gemar masuk ke tempat2 macam ni. sebab aku ni bukan pencinta binatang. Lagi2 binatang yang berbulu macam burung, ayam dan sewaktu dengannya. Kak Jah geli dik!!! nanti Kak Jah akan jadi geli geleman bila tengok binatang2 macam tu lepas tu terus pitam 48jam. hahaha.

Belakang Khairine tu Baby Ostrich.

Baby tak baby lah.. besar je aku tengok burung tu.. Kak Jah is geli.. tengok dari jauh je.

Nanti tengok Khairine & Danish tunggang Ostrich yer.. aku tunjuk gambar lain dulu. 

Aksi2 macam ni yang aku tak berkenan.. geliiiiiiiii 



Biar aku jadi tukang ambik gambar je pun tak apa.. janji tak pegang burung tu.

 Tak sabar2 lettew.. Diorang dah nampak ATV tu lagi tak tentu arah.. cepat2 je ajak Babah diorang naik Ostrich lepas tu ajak naik ATV pulak.. sabar je lah budak2 ni..


Tunggu turn untuk Ostrich ride.

 Keras je badan sebab uncle yang jaga kat sini suruh ambik gambar dengan Ostrich.. hehe.








 Ni lah uncle tu.. kemain baik orang dia.. entertain kitorang haritu dari A -Z.. nama uncle ni Rajen..


Uncle tu cakap mata Ostrich ni kena tutup.. kalau tak tutup nanti dia lari laju.. so untuk Ostrich ride kat sini dia kasi tutup mata itu burung unta.

Kat sini kalau nak ride Ostrich dikenakan bayaran
Adult : RM10 (kot.. aku tak ingat)
Kids : RM5.00 (ingat.. sebab Khairine & Danish naik ni kena bayar RM5

Malas nak sambung.. tunggu aku buat part II yer.. pinau bijik mata aku nak edit gambar.
Read More

Wednesday, May 14, 2014

Hiburan Malam Minggu

Sabtu lepas aku kerja.. habis kerja terus berkejar2 ke sekolah Khairine. Sebab kitorang ada parents club untuk class 4 Amanah (kelas Khairine). Ada gotong royong bersihkan class. Weolls as parents lunyai lah kena kerja keras untuk bersihkan class anak2. Nasib baik class Danish tak buat gotong royong jugak.. kalau tidak pitam aku & Nizam nak kena hadap.. hahaha. Ok cerita tu tak berapa best sangat.. ni aku nak cerita pasal malam minggu kitorang haritu.

Lepas balik dari gotong royong kat sekolah petang tu aku terus balik rumah. Ingat nak membuta kejap.. end up kalau dah sampai rumah memang susah lah nak rest walaupun sekejap.. ada je benda aku nak buat.. perangai macam ada anak kecik pulak nak membizikan diri kat rumah.. hahahaha.

Malam tu Nizam dah siap2 book ticket wayang. Ajak tengok cerita Spiderman.. Fuyyoooo!! Spiderman?? korang rasa aku ni bangsa yang layan ke cerita2 macam tu??? mesti korang ingat aku ni layan cerekarama je kan??? muahahaha.. *memang pun* So malam tu terlepas lah aku dari nak nonton cerekarama kat TV3 =( but issokay.. sesekali malam minggu kita keluar menonton pon layan jugak..yer ke tidok Cik Bedah??!!

Kalau zaman dulu2 belum kawin asal malam minggu je mesti menggeletis nak keluar malam.. enjoy sana enjoy sini.. kadang sampai tak balik rumah. Oppss itu cerita dulu.. tak payah lah Kak Jah ungkit2 lagi.. paham2 sendiri sudah lah.. korang pun bukan tak pernah muda dulu kan?? 

Jadi sekarang bila dah terasa diri ni dah tua ganyut, anak pun besar panjang.. malam minggu kami hanya untuk keluarga ajossss.. tengok wayang anak beranak lagi enjoy =)

Wayang start pukul 10.10pm.. so kitorang lepak makan dulu kat Sakura Kristal, Festival City.

 Danish's

Kak Zaza's

Khairine's

Nizam's

Laju2 makan terus naik ke cinema.. Spiderman dah tunggu kitorang.

4 ticket for 4 persons =) review cerita ni tak payah lah aku cerita.. kalau nak tau kena pergi nonton sendiri.

Masa nak masuk cinema aku dah siap2 berniat.. niat nak membuta kat dalam tu sebab aku kan tak suka tengok cerita2 tahyul macam Spiderman.. Ternyata.. bila start2 je cerita tu terus aku layan sampai habis.. hahahaha.. tu lah berlagak lagi!!! 

Overall cerita ni best.. "Nora bagi empat bintanggggg!!" (tiba2 keluar dialog Nora Danish pulak.. hahaha) walaupun ada some of the part yang nampak sangat pembongaknya (tipu). Kalau ajak aku tengok skali lagi mungkin aku boleh layan lagi kot untuk kali kedua. 

Sapa nak tengok?? jom kita pergi nonton ramai2.. hehehe.. Over sangat kau Jah ;P
Read More

Monday, May 12, 2014

LIEBSTER AWARD

Aku ni jarang sekali join Segmen.. rasanya bukan jarang kot.. sebenarnya baru sekali je aku join Segmen itu pun dari blogger Fiza dari blog www.azhafizah.com sekali tu je kot.. hahaha sedeyh!!

Kali ni hakak di invite oleh Makcik OKje.. terima kasih sebab invite Cik Jah ;) siap tag nama hakak lagi kat blog dia.. Yer lah Cik Bedah.. Cik Bedah punya pasal Cik Jah join lah yer.. Ini aku kopi & pasta (copy & paste) je dari blog dia.. malas nak retype.. boleh gittue??!! ;P



Ada 8 rules yang kena ikut. Antaranya :

Rules 1: Berterima kasih kepada orang yang nominated korangKorang juga kena letakkan link blog dia dalam blog korang
Rules 2: Letakkan gambar Liebster Award dalam blog korang
Rules 3: Jawab 11 soalan yang dikemukan oleh orang yang nominated korang.

Rules 4: Senaraikan 11 fakta pasal diri korang secara rawak 
Rules 5: Calonkan 5 ke 11 blog yang korang rasakan layak dan mempunyai kurang daripada 
1000 followers
Rules 6: Senaraikan 11 soalan baru untuk blogger yang korang nominated kan
Rules 7: Senaraikan kembali rules ni dalam blog korang
Rules 8: Beritahu orang yang korang nominated tu dan sertakan sekali link entry korang

11 soklan cepumas yang perlu aku jawab dari soklan yang diberikan oleh OKje.. korang jangan nak gelak2 tau dengan jawapan2 aku nanti.. aku ni sebenarnya tak suka mendedahkan diri identiti sebenar aku di alam maya ni.. 

Bagi aku, biar orang kenal aku secara personal daripada orang dok ngutok/ bercakap belakang. Dalam alam maya ni orang hanya boleh tengok/ tau personality kita dengan beranggapan je. Untuk kali ni (nasib baik 11 soklan je) aku cuba bagi jawapan yang aku rasa aku boleh jawab kot. Lain2 soklan kalau korang nak tau, korang kena lah berkawan dengan aku di alam reality.. baru tau siapa Cik Jah yang sebenarnya.. hehehe =)

11 Soalan OKje untuk korang jawab :

1)  Nama panggilan yang korang suka OKje panggil dan kenapa?
    Zaza atau lebih manis lagi panggil Adik Zaza.. sebab OKje kan lagi TUA berusia dari Zaza.. hahahaha

2)  Entri korang yang paling best yang korang nak OKje baca?
     Sila baca dan komen kesemua entry Zaza yang OKje tak pernah baca lagi since blog Zaza wujud.. *pitam lah kau nyah nak baca semua* hehehe.

3)  Satu kebaikan yang ada pada diri korang yang patut OKje tahu?
     Mummy & isteri yang boleh dibawak bincang dengan suami & anak2.. coz I nak jadi emak & isteri yang sempoi & tak complicated dengan suami & anak2.

4)  Satu sikap buruk korang yang patut OKje tahu?
     Suka cakap kuat2.. tapi bukan disengajakan.. memang stock suara Zaza ni kuat & sangat petir! 

5)  Bahagian tubuh korang yang korang rasa cantik?
     Hidung kot.. OKje mesti tau kenapa Zaza pilih hidung kannn??? :)

6)  Siapakah orang yang ingin korang jumpa kalau diberi peluang?
     Nak jumpa Arwah Ayah =(

7) Peristiwa paling best dalam hidup korang?
     Semestinya setiap kali bercuti dengan family =)

8) Impian korang yang masih belum tercapai?
     Nak jadi Mummy & isteri Mithali.. tapi macam susah je sebab Zaza ni jenis emak yang cenggeng a.k.a Singa lapar ;P

9)  Makanan dan minuman yang selalu korang order kalau makan luar?
     Makanan = Ikut selera tekak pada masa tu.. kalau lapar terok,  kerusi meja pun I boleh telan ;P 
     Minuman = Jarang order sebab selalu lepas makan tak minum air.. lepas setengah jam baru minum.. tak pun order chinese tea je tu pun share dengan anak.

10) Kalau korang jadi kaya?
    Ewahhh macam tajuk lagu je nih.. Kalau lah ditakdirkan Zaza kaya, Zaza tak nak kerja, nak duduk rumah goyang kaki atau lepak kat sofa hadap swimming pool sambil kilatkan kuku.. hahaha. Beli pulau2 seluruh negara, nak jelajah dunia dan yang paling penting nak beribadat ke jalan Allah sepanjang masa dan ofcoz lah nak jadi dermawan yang humble ;)

11) OKje di mata korang? Nak kritik pun OK ..... mak OK jer!
      Even kita pernah jumpa sekali je, awak tu seorang  Kakak yang sangat baik.. sempoi, lurus bedul bendul.. hehehe.

Phew... terjawab sudah soklan2 cepumas dari OKje.. peluh2 I nak menjawab soklan Mak Esah kita tu.. hehehe.

11 Fakta mengenai diri sendiri secara rawak:

1) Anak bongsu dari tiga adik beradik.

2) Purely Malaysian yang berasal dari Kolumpor sejak lahir.

3) Happy go lucky.. Seorang yang sempoi tapi kadang2 sensitif.

4) Bila berlonggok dengan kawan2 memang akan jadi huru hara.. ada je benda yang nak diborakkan. Mulut tak boleh berenti bercakap.. Gelojoh macam 4500patah perkataan sekali nak keluar dari mulut. Korang pun boleh tengokkan macam mana cara aku tulis blog.. macam tu lah diri aku.

5) Tanpa disedari.. perangai aku suka bercakap kuat macam petir (kadang2 termalu sendiri).

6) Suka berjalan i.e bercuti dengan family.. kadang2 kalau sebulan lepas balik bercuti dengan family, terasa macam dah lama tak pergi bercuti.. (giler kau ni Jah!). Pergi kedai yang dekat dengan rumah pun jadi jugak.. janji dapat keluar berjalan. itu pun dah happy sangat2.. hahaha.

7) Kuat melenting lepas tu ada je jawapan yang aku nak menjawab (biasalah perangai petir memang macam tu) :P

8) Tak suka makan asam.. apa jenis asam & jeruk sekali pun memang aku pangkah!

9) Suka berpakaian yang uptodate ala2 menampakkan diri ni macam remaja gittue.. hahaha (perasan nak jadi muda & sentiasa cantik).

10) Bersyukur dapat seorang suami yang sempoi orangnya yang boleh buat bergurau secara giler2. Bersyukur ada sepasang anak yang chantek & handsome.

11) Suka cakap terus terang.. kalau tak kena gaya memang akan kena sound tepek je dengan aku. 

Hah!!! itu je lah 11 fakta diri secara rawak yang aku boleh bagitau kat korang.. rasanya ada satu dua fakta yang aku hentam je.. sebab tak nak orang tau sifat keperibadian aku dalam alam maya ni.. kalau nak tau kena lah kenal in person dengan aku. Dalam alam maya ni nanti takut ada je orang salah anggap.. ada je nanti kutukan yang dilemparkan.. lagi hampeh orang ingat apa yang kita lambakkan dalam blog ni semua poyo2 belaka. 

Kalau korang ada baca profile aku kat blog aku yang berslogan "I stay true to myself & my style and I am always pushing myself to be aware of that & be original" itu lah aku yang sebenarnya.

Kepada siapa2 yang nak join, sila pergi ke blog OKje untuk join.. aku tak nak tag korang nanti takut ada yang serba salah pulak nak join bila di tag sedangkan korang tak rela nama korang di tag. So pergi dapatkan soklan2 kat sana.. atau pun korang boleh kopi & pasta je dari 11 soklan yang aku dah jawab kat atas sana.. sama je soklannya pun.. jangan pulak korang tiru bulat2 jawapan aku tu..

Ok sekian saja liputan dari aku.. see ya =)
Read More

Saturday, May 10, 2014

Tak Kenal Maka Tak Cinta

Bukan pergi cari scandal yer Senah.. korang jangan ingat aku nak cari scandal & nak bercinta pulak. Aku nak repost entry dari blog OKje  sorry aku tak buat entry khas sebab gambar dari collection aku tak ada.. Senang2 aku repost je entry dia.. hehehe OKje.. Ok tak?? Jangan marah yer larling.. you know I laff you strong strong kannnnn?? Kihkihkih ;P

Al kisahnya hari tu (dah lama kot) aku berdating dengan Cik Bedah ni.. The week masa aku balik dari Jakarta Bandung haritu.. Dari hari ke sehari aku nak message OKje tah kenapa tangan ni payah benau nak memicit butang nak message orang tua tu.. hahaha. End up aku message dia.. tu pun dah tengahari lepas budak2 pergi sekolah agama.. deal punya deal terus menjadi.. kauuu!!! Senang je deal dengan Cik Bedah tu.. tak kekwat langsung.. bertambah sayang Cik Jah dengan Cik Bedah tau.. muahhh muahh muahhh ;D

Kalau OKje kata dia seram sejok nak jumpa aku time tu.. aku pulak ada perangai lain sikit dari dia. Hati ni dag dig dug bila dah ditempat kejadian. Bila aku dah sampai tempat dating kitorang dia boleh pulak cakap dia kata dia nak skodeng aku dari jauh… Hoiiiiii ikut perangai siapa ni main skodeng2 orang ni?? Hahahaha. Sampai je aku dah sejok kaki tangan.. gelabah giler kannn macam nak jumpa boipren plak kekdahnya. Tertonggok lah aku kat situ menunggu. Skali dari belakang ada orang bisik.. “Aummmmmmmmmm” katanya.. Tanjat Maimun!! Suka sangat main2 tau.. nasib baik aiy tak ada darah tinggi kencing manis.. kalau tidak pengsan 48jam kat situ.. *kurusssemangat*.

Borak2 sampai tak berenti tau2 je dah pukul 5.30petang. Masing2 nak gerak. Cik Bedah tu harok nak ambik anak dia balik sekolah.. yang aku pulak harok nak balik sebab takut jammed kat MRR2.

Itu je lah kisah perjumpaan kami. Tak kenal maka tak cinta.. selalu dalam blog kemain bergurau senda.. skali dah jumpa depan2 lagi becok! Muahahahahha.


Kalau nak tau cerita dari entry Cik Bedah tu boleh pergi baca kat PUNAT NI =)
Read More

Friday, May 9, 2014

6D Motion Ride Fun di Tesco Ampang

Ehh macam mana boleh terlupa nak canangkan kat orang2 kampung pulak ni??? 

Ni cerita minggu lepas masa labor day 1 May haritu.. niat dihati nak lepak ilex dan chillax je kat rumah sambil nak membongkang.. ternyata terkabur niat murni aku tu sebab kena attend kenduri rumah Pak Cik Nizam kat Kajang.. sobs =( tapi tak apa.. janji ada makan2.. so tak payah lah hakak nak kena main masak2 kat rumah.. yer dak? hehehe.

Balik dari kenduri haritu aku dah mengantuk giler menguap macam badak dekat seriburatus kali dalam kereta tanda2 nak membuta.. aleh2 Nizam ajak singgah Tesco Ampang.. dia kata kat sana ada "tong" yang dalam dia boleh tengok 6D.. hahaha kuno sangat bahasa laki Kak Jah panggil "tong".. sebenarnya itu bukan tong.. benda tu macam caravan yang diletakkan kat luar Tesco.. dalam tu boleh tengok movie 6D. Kalau rumah korang dekat dengan Tesco Ampang sila serbu beramai2 ke sana bawak jiran rumah sebelah menyebelah sekali merasa tengok 6D kat sana yer =)


Nanti sebelum masuk kena duduk luar dulu..sambil2 tu boleh saksikan orang2 kat dalam "tong" tu harok menjerit2 hehe.. kalakor!

Mula2 aku memberontak tak nak pergi.. kau giler Senah??!!! ada ke ajak gi Tesco pakai baju tradisional!!! Kak Jah kau ni bukan orang kampung dot com nak pergi hypermarket pakai baju tradisional.. tau lah baru lepas balik kenduri.. tapi orang lain bukannya tau pon Kak Jah baru balik dari kenduri time tu.. Bantahan Kak Jah gagal masa tu.. akhirnya aku akur... Nasib baik aku tak pakai baju kurung yang boleh menampakkan ketradisionalan sangat.. dan nasib baik lah masa tu aku pakai dress labuh. Sekarang ni pergi mana2 kenduri aku dah malas nak pakai baju tradisional sangat.. pakai dress je atau skirt dengan blous yang boleh mix & match.. tak koser nak pakai baju kurung songket bagai.

 Cuba tengok kat celah hujung sebelah kiri tu ada harga tiket untuk masuk.. murah & berbaloi sangat.. harga untuk 15minit tayangan.. 

Actually tempat ni tak lah sehebat kat Menara KL & Wangsa Walk yang ada 6D jugak.. cuma kat sini dia buat kat open space parking je.. Kalau nak high class sangat kau pergi kat Menara KL (harga almost RM100) kalau kat Wangsa Walk tu aku tak pasti berapa harga tiket.. mungkin almost RM70 kot.

Nizam kata tengok kat sini pun dah ok.. sebab last time kitorang pernah nak masuk yang kat Menara KL tapi disebabkan harga macam tak worth it, tak jadi lah tengok.. sian Khairine & Danish masa tu.. Bila dah ada yang dekat dengan rumah macam ni kitorang pergi je lah.. janji ado daripada kempunan.

 Pamphlet 6D Motion.. Haritu aku tanya kat cina yang jaga ticket tu.. dia kata diorang akan berada kat Tesco Ampang only limited time.. Tak silap aku dia kata sampai end of May kot.. Kalau korang nak rasa macam mana tengok 6D baik korang pergi cepat.

Nanti dah bayar dia kasi kau ticket macam ni..

View kat dalam aku tak ambik gambar.. gelap plus macam mana pulak aku nak bergambar kalau dah kerusi dalam tu bergoyang 360darjah.. hahaha.

Ok lah.. itu je info free yang aku boleh share dengan korang.. sapa rumah yang dekat2 Ampang atau dekat dengan Tesco Ampang sila pergi cepat.
Read More

Thursday, May 8, 2014

Tekanan Dengan Panggilan JAH!

Aku tak pasti peragai suami korang macam mana bila lepas baca blog korang.. Buat suami aku perangai agak lain macam sikit bila tiap kali dia baca blog aku.. kuat na terpengaruh.. 

Tah mana dia dapat gambar ni lepas tu dia edit letak dialog kat situ "JAHHHHH" kononnya dia panggil aku.. Gggrrrr.. tekanan aku dibuatnya.. itu belum kat rumah.. hari2 panggil aku Jah.. hangen betul!!!

Aku peratikan ada diantara korang2 pun panggil aku Jah kannn.. hahaha. Tak boleh nak salahkan korang jugak sebab aku yang bahasakan diri aku KAK JAH kat blog ni.. hahahahaha.

Sambungan...

Dah lah.. rentikan lah panggil aku JAH yer.. lepas ni aku nak tukar nama pena lain pulak.. nanti aku pikirkan dulu.. 

Kbai!!
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah