Monday, May 12, 2014

LIEBSTER AWARD

Aku ni jarang sekali join Segmen.. rasanya bukan jarang kot.. sebenarnya baru sekali je aku join Segmen itu pun dari blogger Fiza dari blog www.azhafizah.com sekali tu je kot.. hahaha sedeyh!!

Kali ni hakak di invite oleh Makcik OKje.. terima kasih sebab invite Cik Jah ;) siap tag nama hakak lagi kat blog dia.. Yer lah Cik Bedah.. Cik Bedah punya pasal Cik Jah join lah yer.. Ini aku kopi & pasta (copy & paste) je dari blog dia.. malas nak retype.. boleh gittue??!! ;P



Ada 8 rules yang kena ikut. Antaranya :

Rules 1: Berterima kasih kepada orang yang nominated korangKorang juga kena letakkan link blog dia dalam blog korang
Rules 2: Letakkan gambar Liebster Award dalam blog korang
Rules 3: Jawab 11 soalan yang dikemukan oleh orang yang nominated korang.

Rules 4: Senaraikan 11 fakta pasal diri korang secara rawak 
Rules 5: Calonkan 5 ke 11 blog yang korang rasakan layak dan mempunyai kurang daripada 
1000 followers
Rules 6: Senaraikan 11 soalan baru untuk blogger yang korang nominated kan
Rules 7: Senaraikan kembali rules ni dalam blog korang
Rules 8: Beritahu orang yang korang nominated tu dan sertakan sekali link entry korang

11 soklan cepumas yang perlu aku jawab dari soklan yang diberikan oleh OKje.. korang jangan nak gelak2 tau dengan jawapan2 aku nanti.. aku ni sebenarnya tak suka mendedahkan diri identiti sebenar aku di alam maya ni.. 

Bagi aku, biar orang kenal aku secara personal daripada orang dok ngutok/ bercakap belakang. Dalam alam maya ni orang hanya boleh tengok/ tau personality kita dengan beranggapan je. Untuk kali ni (nasib baik 11 soklan je) aku cuba bagi jawapan yang aku rasa aku boleh jawab kot. Lain2 soklan kalau korang nak tau, korang kena lah berkawan dengan aku di alam reality.. baru tau siapa Cik Jah yang sebenarnya.. hehehe =)

11 Soalan OKje untuk korang jawab :

1)  Nama panggilan yang korang suka OKje panggil dan kenapa?
    Zaza atau lebih manis lagi panggil Adik Zaza.. sebab OKje kan lagi TUA berusia dari Zaza.. hahahaha

2)  Entri korang yang paling best yang korang nak OKje baca?
     Sila baca dan komen kesemua entry Zaza yang OKje tak pernah baca lagi since blog Zaza wujud.. *pitam lah kau nyah nak baca semua* hehehe.

3)  Satu kebaikan yang ada pada diri korang yang patut OKje tahu?
     Mummy & isteri yang boleh dibawak bincang dengan suami & anak2.. coz I nak jadi emak & isteri yang sempoi & tak complicated dengan suami & anak2.

4)  Satu sikap buruk korang yang patut OKje tahu?
     Suka cakap kuat2.. tapi bukan disengajakan.. memang stock suara Zaza ni kuat & sangat petir! 

5)  Bahagian tubuh korang yang korang rasa cantik?
     Hidung kot.. OKje mesti tau kenapa Zaza pilih hidung kannn??? :)

6)  Siapakah orang yang ingin korang jumpa kalau diberi peluang?
     Nak jumpa Arwah Ayah =(

7) Peristiwa paling best dalam hidup korang?
     Semestinya setiap kali bercuti dengan family =)

8) Impian korang yang masih belum tercapai?
     Nak jadi Mummy & isteri Mithali.. tapi macam susah je sebab Zaza ni jenis emak yang cenggeng a.k.a Singa lapar ;P

9)  Makanan dan minuman yang selalu korang order kalau makan luar?
     Makanan = Ikut selera tekak pada masa tu.. kalau lapar terok,  kerusi meja pun I boleh telan ;P 
     Minuman = Jarang order sebab selalu lepas makan tak minum air.. lepas setengah jam baru minum.. tak pun order chinese tea je tu pun share dengan anak.

10) Kalau korang jadi kaya?
    Ewahhh macam tajuk lagu je nih.. Kalau lah ditakdirkan Zaza kaya, Zaza tak nak kerja, nak duduk rumah goyang kaki atau lepak kat sofa hadap swimming pool sambil kilatkan kuku.. hahaha. Beli pulau2 seluruh negara, nak jelajah dunia dan yang paling penting nak beribadat ke jalan Allah sepanjang masa dan ofcoz lah nak jadi dermawan yang humble ;)

11) OKje di mata korang? Nak kritik pun OK ..... mak OK jer!
      Even kita pernah jumpa sekali je, awak tu seorang  Kakak yang sangat baik.. sempoi, lurus bedul bendul.. hehehe.

Phew... terjawab sudah soklan2 cepumas dari OKje.. peluh2 I nak menjawab soklan Mak Esah kita tu.. hehehe.

11 Fakta mengenai diri sendiri secara rawak:

1) Anak bongsu dari tiga adik beradik.

2) Purely Malaysian yang berasal dari Kolumpor sejak lahir.

3) Happy go lucky.. Seorang yang sempoi tapi kadang2 sensitif.

4) Bila berlonggok dengan kawan2 memang akan jadi huru hara.. ada je benda yang nak diborakkan. Mulut tak boleh berenti bercakap.. Gelojoh macam 4500patah perkataan sekali nak keluar dari mulut. Korang pun boleh tengokkan macam mana cara aku tulis blog.. macam tu lah diri aku.

5) Tanpa disedari.. perangai aku suka bercakap kuat macam petir (kadang2 termalu sendiri).

6) Suka berjalan i.e bercuti dengan family.. kadang2 kalau sebulan lepas balik bercuti dengan family, terasa macam dah lama tak pergi bercuti.. (giler kau ni Jah!). Pergi kedai yang dekat dengan rumah pun jadi jugak.. janji dapat keluar berjalan. itu pun dah happy sangat2.. hahaha.

7) Kuat melenting lepas tu ada je jawapan yang aku nak menjawab (biasalah perangai petir memang macam tu) :P

8) Tak suka makan asam.. apa jenis asam & jeruk sekali pun memang aku pangkah!

9) Suka berpakaian yang uptodate ala2 menampakkan diri ni macam remaja gittue.. hahaha (perasan nak jadi muda & sentiasa cantik).

10) Bersyukur dapat seorang suami yang sempoi orangnya yang boleh buat bergurau secara giler2. Bersyukur ada sepasang anak yang chantek & handsome.

11) Suka cakap terus terang.. kalau tak kena gaya memang akan kena sound tepek je dengan aku. 

Hah!!! itu je lah 11 fakta diri secara rawak yang aku boleh bagitau kat korang.. rasanya ada satu dua fakta yang aku hentam je.. sebab tak nak orang tau sifat keperibadian aku dalam alam maya ni.. kalau nak tau kena lah kenal in person dengan aku. Dalam alam maya ni nanti takut ada je orang salah anggap.. ada je nanti kutukan yang dilemparkan.. lagi hampeh orang ingat apa yang kita lambakkan dalam blog ni semua poyo2 belaka. 

Kalau korang ada baca profile aku kat blog aku yang berslogan "I stay true to myself & my style and I am always pushing myself to be aware of that & be original" itu lah aku yang sebenarnya.

Kepada siapa2 yang nak join, sila pergi ke blog OKje untuk join.. aku tak nak tag korang nanti takut ada yang serba salah pulak nak join bila di tag sedangkan korang tak rela nama korang di tag. So pergi dapatkan soklan2 kat sana.. atau pun korang boleh kopi & pasta je dari 11 soklan yang aku dah jawab kat atas sana.. sama je soklannya pun.. jangan pulak korang tiru bulat2 jawapan aku tu..

Ok sekian saja liputan dari aku.. see ya =)

16 comments:

  1. Kau seru ku datang.....hehe...sok jelah mak sambung komen Jah...mak ngantuk dah ni nak tido hoho....

    ReplyDelete
  2. Selamat bersegmen kak..seronok gak bertag² team ni..lebih kenal dan eratkan silaturahim orang kata :)

    ReplyDelete
  3. ruginya tak makan asam ahkak oi...
    boleh tak panggil ahkak petir? hahahha

    ReplyDelete
  4. All the best... ada juga kena tag dek mummydearies..tapi masih belum berkesempatan lagi.

    ReplyDelete
  5. ok adik zaza..tapi say suka bunyi kak jah lagi..tpi sbab entry dlu akak suruh panggil nama lain so saya akan panggil kak zaza..ha..ha.. sound tepek.. itulah benda yg paling intrsted dlm blog akka..itu pasai suka baca entry akak.. jujur sangat dari hati ha..ha..

    ReplyDelete
  6. beb...aku sama mcm ko la!!

    cakap serupa mcm petir...jumpe org malu tapi dah kenal cakap mmg 8000 patah perkataan nak keluar serentak...biase kalo marah mmg diam je tapi kalo org tu taknak diam mmg kene sound setepek jek...argghh..bnyk la same dgn ko!

    dan yang paling epic sama nyer ialah panggilan adik!hahaahaha....phuuiii..

    ReplyDelete
  7. ooo ko anak bongsu...mesti ko manje kan zaza....okey la tu, manje, talkactive.... org mcm ni senang dpt kawan n senang berkawan...peramah gitu org kate kan heheheeheh

    all the best key beb....

    ReplyDelete
  8. hiihih,, haha, suara macam petir ni serupa mama lah.. haha

    ReplyDelete
  9. Rajin menjawap dengan penuh detail dan teliti pulak tu huhuhuu :D
    Nasib la tak tag nama orang lain kan hehehe .. bagus idea tu takut org lain bersalah :D

    http://timetravelafif.blogspot.com/2014/05/sehari-di-kawasan-pendalaman-termeloh.html

    ReplyDelete
  10. AKu pon dpt gak. Tapi tak sempat nak buat lagi. Aku pon teringin nak jumpa ngan arwah ayah. Rindu bangat...huhuhu...

    Al-fatihah buat mereka.

    ReplyDelete
  11. wahhh...patut la kak zaza slimm..lps mkn xminum air rupenyee..minum teh cina plak tu..perghhh..

    ReplyDelete
  12. Dik zaza.....ohhh...dik Zaza....ahkak datang lagi ni.....TQ sudi join yeh, walaupun buat entri sampai separuh sedar hehe...
    Sok sok kalau ahkak nak buat sukaneka sewa sore cik Jah ajelah yek....dah tak payah sewa michrophone dah....save budget mak hehe...

    ReplyDelete
  13. Eh ada sedikit persamaan la kita nie zaza.. tang sekali ckp macam nak keluar 4500patah perkataan sekaligus..hahaha..

    ReplyDelete
  14. Perghhh panjang berjelar liebster award ni perghhhhh....kalo julia haishhh pikior byk kali ni nak join hahahha...zaza anak bongsu ye...waaa baru tau...all the best

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah