Thursday, May 15, 2014

PD Ostrich Show Farm

Wesak day.. walaupun public holiday ditengah2 hari di tengah2 minggu, kitorang anak beranak tetap nak berjalan jugak. Pantang ada cuti je mesti ada program outdoor.

Nizam ni jenis yang tak suka bawak anak beranak dia ke shopping mall sangat. Ada beberapa sebab kenapa dia tak suka. Pertama.. kalau ke shopping mall tanpa hala tuju, mesti boring kan?? unless kalau nak tengok wayang atau ada tujuan i.e nak beli barang2 keperluan and so on. Kedua.. (jangan ingat aku cerita ni aku nak poyo pulak eh) tak perlu kot nak ke shopping mall tiap2 minggu.. kalau nak beli baju pun rasanya tak perlu sebab mostly dah shopping kat Bandung setiap tahun.. beli stock untuk setahun punya pakai.. senang hidup kalau begitu punya cara. Lain2 tu rasanya bosan lah kot kalau nak bersidai kat shopping mall je tiap2 minggu.. itu pendapat aku je.. pendapat korang aku tak tau lah.

Ok mari aku mulakan cerita sebelum aku membebel lagi berjuta batu kat sini.

Selasa masa hari Wesak haritu keluar rumah pagi2.. Pergi breakfast dulu kat kedai nearest rumah.

Teh tarik & kuih lompang.. kalau rasa nak kena lompang (lempang) cuba kau makan kuih ni.. hehehe. Kuih ni supplement je share dengan Nizam makan sambil suap2.. auwww menggedix sangat Kau Jah!!!.. hehehe. Aku order roti canai jugak haritu.. banyak Kak Jah makan.. bila gemok mula lah mulut Kak Jah bising.. phuihhh

Lepas dah breakfast, terus menuju ke PD..

Masa mula2 sampai aku cakap kat Nizam "Bie tempat apa you bawak I ni.. macam rumah hantu je" amboi celupar betul mulut kau Jah!! Bila nampak gambar Ostrich kat tepi tu baru percaya tempat ni memang tempat Ostrich.. hahaha.

Location:
PD Ostrich Show Farm
Lot 1419, Jalan Kemang 13, Batu 9, Jalan Pantai,

71050 Port Dickson, Negeri Sembilan.
Phone: +60(6)6627496
Open Everyday from 9:00am to 5:30pm.

Nak tau best ke tidak, mari masuk dalam tengok. Kepada yang selalu mementingkan penjagaan kulit ala2 macam kulit Anita Sarawak, korang diharuskan pakai sunblock. Kalau kau tak pakai sunblock datang sini tengah2 hari buta, pasti kulit kau akan hangus terbakar rentung hitam metallic nanti bila keluar.

Fokus pada kami bertiga & jugak kambing kat belakang tu yer.. korang jangan menggatal fokus kat "dapur panas" makcik yang pakai baju kuning tu.. hehehe.

Takut nak dekat2 dengan kambing nanti dia tanduk bontot aku.

Chakkkkkk.. alololo manisnya muka awak =)

Pets Playground katanya.. ingatkan Kids je ada playground.. hehe.

Ambik gambar signboard ni pun menyenget sebab takut kena patuk dengan Ostrich.. LoL! giler penakut.. hahaha.

Amboi bapak engkau.. macam pelancong dari German gayanya ;P

Backdrop PD Ostrich Show Farm

Ostrich leher pajang. 


Sebenarnya aku tak gemar masuk ke tempat2 macam ni. sebab aku ni bukan pencinta binatang. Lagi2 binatang yang berbulu macam burung, ayam dan sewaktu dengannya. Kak Jah geli dik!!! nanti Kak Jah akan jadi geli geleman bila tengok binatang2 macam tu lepas tu terus pitam 48jam. hahaha.

Belakang Khairine tu Baby Ostrich.

Baby tak baby lah.. besar je aku tengok burung tu.. Kak Jah is geli.. tengok dari jauh je.

Nanti tengok Khairine & Danish tunggang Ostrich yer.. aku tunjuk gambar lain dulu. 

Aksi2 macam ni yang aku tak berkenan.. geliiiiiiiii 


Biar aku jadi tukang ambik gambar je pun tak apa.. janji tak pegang burung tu.

 Tak sabar2 lettew.. Diorang dah nampak ATV tu lagi tak tentu arah.. cepat2 je ajak Babah diorang naik Ostrich lepas tu ajak naik ATV pulak.. sabar je lah budak2 ni..

Tunggu turn untuk Ostrich ride.

 Keras je badan sebab uncle yang jaga kat sini suruh ambik gambar dengan Ostrich.. hehe.




 Ni lah uncle tu.. kemain baik orang dia.. entertain kitorang haritu dari A -Z.. nama uncle ni Rajen..

Uncle tu cakap mata Ostrich ni kena tutup.. kalau tak tutup nanti dia lari laju.. so untuk Ostrich ride kat sini dia kasi tutup mata itu burung unta.

Kat sini kalau nak ride Ostrich dikenakan bayaran
Adult : RM10 (kot.. aku tak ingat)
Kids : RM5.00 (ingat.. sebab Khairine & Danish naik ni kena bayar RM5

Malas nak sambung.. tunggu aku buat part II yer.. pinau bijik mata aku nak edit gambar.

24 comments:

  1. hohhhhh...seram hokeyyy nak dekat dgn binatang niii..hahaha..aku pegi dairy farm pun aku tak suka tapi anak-anak suka...cisss...geli!

    ReplyDelete
  2. ehhh lupa nak puji...ko mmg cantik la jah oiii..

    ReplyDelete
  3. bagus actually bawak anak anak g tempat gini.kami laki bini pon x minat sgt nk pegi mall.xde pekdah! hehehe

    ReplyDelete
  4. kesian pulak burung unta kena tutup mata..
    aiii maknya? nengok je ke.. haha. tunggang la skali.

    ReplyDelete
  5. tengok ostrich farm teringat fear factor pulak iolss... muahahahaha....

    ReplyDelete
  6. dulu tempat ni macam hape ntah..x best langsung...la ni mcm dah ada pembaharuan plak..tukar management maybe?

    ReplyDelete
  7. cantik bunga tu kaler ungu tertarik saya tengok.. budak2 ni sporting semua langsung tak dak perasaan takut kat ostrich tu hehehe :)

    ReplyDelete
  8. best2...tempat yg menarik nk dipegi bawak anak2...:)

    ReplyDelete
  9. wahh bestnya kalau dapat naik binatang tu ^_^

    ReplyDelete
  10. ostrich tu pakai tudung ke ape..hehehe..ok jugak tempat ni

    ReplyDelete
  11. Kat pd rupenya tmpt ni. Inbat kan belah2 utara nuh heheh

    ReplyDelete
  12. ada kambing plak eh kat ostrich farm... sama ke bau badan dua2 natang tu? :)

    ReplyDelete
  13. i see words KAK JAH ok? ha..ha.. kata x mau panggil kak jah ..kak bedah dan sbagainya .just kidding sis* geli ye kak jah dengan binatang2 berbulu.. gila bapak stememt akak..aku bkan pencinta haiwan..bertengket2 saya gelak entry ni.. aduyai..tambah bab kuali aunty baju kuning tu..aduyai serius..kak jah .. u are one my faveret blogger! ha..ha.

    ReplyDelete
  14. Fiza pun tak suka ke mall sangat melainkan ade tujuan nak beli brg..kalau sesaje mmg taklah..seronok jugak tempat ni..tak tahu lak ade kat PD..dah dkt ni so nanti boleh pergi ni :)

    ReplyDelete
  15. noe pun sama cik bedah oooiii...malas la nak berjalan2 kat shopping mall...lenguh kaki di buatnya...tempat ni dah dekat beno ngan umah mertua...selalu lalu lalang kat situ tapi tak pernah singgah pun....hehehehe...bila cik bedah dah buat n3 ni...teringin plak nk jumpa binatang2 tu...kambing kt belakang tu cantik bulu nya...

    ReplyDelete
  16. owhh..tigt plak aksi dlm fear factor tu..yg kna makan telur ostrich n tangkap ostrich ni haaa owhh mmng geli -_-''

    ReplyDelete
  17. baru baca bab2 nak tukar nama..cam dah boleh balik jadi KAK JAH semula nie...hehehe

    alamak jauh la plak tempat macam tu..klu dekat boleh gak jengah..

    ReplyDelete
  18. beraninye khairine naik ostrich..kak jah xteringin ke nak naik..bestt wooo..hahaha

    ReplyDelete
  19. berani betul dua beradik ni naik ostrich..maknya penakut bebenar...hehehe

    ReplyDelete
  20. kalau selalu pergi shopping mall pun buat kopak poket jer kan.. better p tempat2 macamni...best rupanya.. dpt naik ostrich lagi.. tapi kannnn ostrich nie busuk tak??

    ReplyDelete
  21. Murah gak fees nak masuk sini...besttt yer...tp Julia takut nanti naik ostrich tu x leh jalan sebab lebih muatan hahahhahahhahahhaha....besttt heaven tgk anak beranak naik ostrich weeeeeee

    ReplyDelete
  22. Hari tu rasa mcm dah tengok entri ostrich.... hari ni ulang tayang ke apa?
    Tak pernah sampai sini Zaza.....tapi yang pasti kitaorang lebih suka gi mall dpd tempat tempat cenggini...Walaupun ta membeli hanya melihat hehe.....sebabnya malas nak gi jauh jauh, penat weyh hehe

    ReplyDelete
  23. bila dah ada blogkan za..tempat yng kita tak suka pun ttba jadi suka..hahaha
    sebab ada benda nak diupdatekan..
    ko rasa macam tu jugak tak za??

    ReplyDelete
  24. #‎Berjimat‬ dengan MYKAD

    PD OSTRICH SHOW FARM, N.SEMBILAN
    Nikmati 10% MSSP Cash Point Rebate dengan Mykad

    Jom aktifkan Mykad anda disini:
    http://mssp-sys.aj.my/JoinUs/JoinUs.aspx…

    -Admin-
    layari http://mykad.aj.my/ untuk melihat lebih banyak senarai outlet/mercant untuk anda berjimat.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah