Thursday, September 25, 2014

Pengkhianat

Kita ni manusia makin hari makin matang kata orang.. mesti nak buat yang terbaik untuk diri sendiri, mesti ada target hidup, mesti nak ada sesuatu kelainan dalam hidup.. aku percaya, tak semua manusia normal yang nak kan corak kehidupan seharian yang sama dan mendatar je.. mesti bosan kan??!! Aku rasa orang giler pun ada perasaan nak ubah hidup dia kalau dia mampu. Dah nama pun dia "sot" so tak ada apa yang kita boleh expect dari orang macam tu.. yadok?.

Dari hari ke hari aku ni selalu berfikir, apa akan jadi harini, esok, lusa, dan hari2 yang akan datang dengan hidup aku kalau setiap hari aku dok buat benda yang sama je. Bohsan kannn?? so dalam hidup ni kita kena chill, at the same time kita kena ada target hidup.. baru lah kita tak ketinggalan. 

Kalau nak ikutkan zaman teknologi sekarang ni memang kau tak terkejar lah Cik Tipah oiiii.. apa-apa pun kita kena ikut flow.. jangan main redah je. Sakit kau nanti. Tengok kawan pakai handphone latest model, kau pun nak jugak. Bila tengok jiran sebelah baru beli kereta besau, kau pun paksa laki kau gadai bulu suruh beli kereta besau jugak. hujung2 yang merana diri sendiri.. kannn?? yang penting jangan terikut-ikut sangat dengan kemampuan orang lain. Kalau tak mampu buat cara tak mampu, kalau mampu tu lain lah.. kau nak beli gunung sekali pun sapa nak kisah.

Apa yang aku cuba nak sampaikan sebenarnya??

Aku buat luahan perasaan ni sebab ada benda yang buat aku sakit hati bila aku tau berita ni semalam. Tapi aku tak boleh lah cerita sebijik2 kat sini. Benda ni buat aku terkejut babi.. bila tau je terus buat kepala otak aku ni berpusing macam gasing fikirkan betapa tak sangkanya benda tu happened. Lagi terkejut babi bila tau dia buat perangai bodoh bangang macam tu sampai membabitkan orang lain sama.. gggrrrrr!!

Aku dulu masa zaman nak membesar tak lah baik mana pun.. tapi tak lah sampai ke tahap jadi bohsia atau pergi rompak bank.. maksudnya nakal2 budak remaja.. biasalah tu kannn. Bila dah besar, usia makin meningkat, dengan kematangan umur, dah berkawin, dah beranak, sikit2 terus rasa nak berubah jadi baik dan terbaik.

Kau paham tak maksud aku??

So sekarang nak kata baik tu tak lah baik.. karang aku kata aku baik ada yang bagi kecaman hebat pulak.. hahaha. Cuma orang yang kenal aku je patut menilai aku macam mana. 

Adoiiii masih tak mencapai maksud lagi apa yang aku cuba nak sampaikan nih.

Korang terpikir tak.. orang yang kadang kita pandang mulia/ baik/ nerd tu kadang2 orang yang paling hina perangai dia dari orang2 yang korang pandang keji??

Kenapa aku kata macam tu? 

Kadang tu orang-orang macam ni lah selalu berlindung dari kebaikan yang kononnya orang nampak dia baik. Sebaliknya kau lah raja segala setan! Aku pelik lah. Kenapa ada orang yang sanggup mengkhianati?? bukan orang lain pun.. mangsa tu orang terdekat kau sendiri. Kat sini aku bukan maksudkan diri aku yer.. ini cuma sekadar cerita dan bukan umpatan.

Setakat ni aku cuma boleh dengar je cerita ni. Nak pergi sound pun macam tak sesuai sebab aku tak nak masuk campur hal ni. Apa yang aku boleh buat cuma berdoa yang terbaik buat abang aku dan bagi semangat kat abang aku.

Eh susah lah aku nak tulis berkias2 ni.. biasa kalau bercerita aku suka straight to the point je.. karang lagi panjang karangan aku ni lagi banyak pulak cerita yang tak sepatutnya keluar.

20 comments:

  1. Betabahlah dgn spesis orang macam ni. Yang penting aku bukan spesis pengkhianat. Smoga abang ko tabah. Mungkin ada hikmah disebaliknya.

    ReplyDelete
  2. Itulah sebabnya Zaza iman seseorg tak boleh diukur dari luaran saja. Hati manusia ini Allah saja yg tahu. Moga abang Zaza diberi kekuatan dari angkara manusia yg luaran saja cantik tapi di dalamnya rotten..

    ReplyDelete
  3. Moga ada jalan penyelesaian yang terbaik buat abangmu cik Jah..
    at the same time, jangan bagi muka lagi kat orang macam tu..

    ReplyDelete
  4. Cik Jah........kesian ko...janganlah sampai jual bulu, kesian weyh kang botak pulak....hehe....
    Hokay yg ni serious....
    Zaza namanya pun manusia, manusia ni mmg mcm mcm hal, ada yg cepat sedar ada yg jadi bohsia sampai ke sudah....gitulah ragam manusia... Hidayah tu kan dtg dari Allah.... Beruntung kita sebab jesedaran dan kejayaan kita mungkin makbulnya doa daripada ibu atau org yg sayang kita... Moga abang cik Jah bersabar yer....jangan lupa banyakkan doa. Banyakkan baca surah Toha dan zikir Ya Latiff moga lembut hati manusia yg ko geram tu Jah....
    Susah sangat lempang sekali jer Jah ....eh? Astghfirullahalazim....

    ReplyDelete
  5. talam dua muka memang belambak zaza...depan kemahen baik lembut je cakap ngan kita..blkg kita alahai..berbakul2 dia keji umpat kita..lumrah dunia akhir zaman zaza

    ReplyDelete
  6. sabar ye zaza,patut ler entry ni lain semacam je..adeh..moga ada jalan penyelesaiannya nanti

    ReplyDelete
  7. Sis zaza....julia dapat rasakan cm ne feeling sis zaza terhadap abang zaza...mmg betul, segelintir mereka berbuat demikian...sungguh tak sangka...kita layan elok2...tp dibelakang Allah dikecam sampai lumat...tp bila tahu taktik kotor dia kita sampai tak tergamak nak sound teruk2 kan...see siapa yang baik sebenarnya...kita kan? Itu pun masih lg nak tgk cm ne gaya dia...kalau lebih rudeeeee...alkisahnya kita kena buka langkah silat ni...ish bg Khairine la pi silat kawan tak guna tu....grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr eh tetiba lak adik yg marah...ish adik kalo marah takut sis zaza tgk pun tak kenai nanti hehehhehhehe mmg marah leh tahap angkat stering lock tu tau hahahhahahhahaha...

    Moral of the story sis, kita kena selalu berhati2...dalam hati2 pun kena jaga2 rahsia yg kita nak cerita kt org...takut kemudian hari lain pulak jadinya...kita percaya padanya...jaga secrectnya...last2 aib kita dibuka...dah tu jom lempang laju2 org tu nak hehehhe

    ReplyDelete
  8. Sabau je la bebnyk. Org cmgini jgn dilayan. Mnyakitkan hati je nt.

    ReplyDelete
  9. Hidup kita bermasyarakat ni...tak semua indah...kalau kita tak buat orang...orang buat kat kita...

    Kalau kita baik sangat pun orang ambil kesempatan atas kita...kalau kita buat tak elok lagilah dikecam...

    Yang penting kita jangan hipokrit atau egois...berubah itu positif...tak berubah negatif terus terusan...

    Jadilah diri sendiri....

    ReplyDelete
  10. apa juga yang berlaku, moga ada penyelesaian yang terbaik..insyaAllah ada jalannya.. moga dipermudahkan... dan jangan stress2 ye kak zaza..

    ReplyDelete
  11. sabar dear... kadang2 perangai masing2 tak tercapai dek akal.

    entry terkini...Maaf Jikaku Tak Sempurna - Dari sudut aku

    ReplyDelete
  12. kita bakor je...kita bakor je... eh! spesis mcm tu tak sesuaiii wujud kat muka bumi ni ...go green! eh! tetiba plak heheh;p chill ek kak jah ;p

    ReplyDelete
  13. Moga ada jalan penyelesaiannya...tapi kan apa kata jgn dok berkias2.. straight to the point jer..Maybe org tue tak sedar yg percakapan/perbuatan dia dh menyakiti hati org lain..better direct jer zaza.. =D

    ReplyDelete
  14. biasa lah manusia...macam2 perangai...

    ReplyDelete
  15. manusia macam macam perangai ada..harap ada jalan penyelesaianya untuk masalah tu.

    ReplyDelete
  16. Allah...mcm2 hal plak....sabar eh zaza...bila jdkat org yg paling dekat ngan kita mmg mcm tu...harap ur brother tabah dear...

    ReplyDelete
  17. sesungguhnya orang yang bersabar itu akan dipermudahkan urusanmu di kemudian hari..amin

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah