Tuesday, November 3, 2015

Harga Barang Naik!

Bulan ni baru noticed harga barang semua dah naik kaw-kaw. Ahad minggu lepas pergi beli barang dapur kat Giant. Bukan "to buy things kitchen" ya! hahahahaha.. ada si bodoh mana tah dengan confident up status kat fb tulis macam tu.. ah lantak lah! Memang selalu port shopping groceries kat Giant je. Aku tak pilih supermarket lain sebab dah compare harga diorang agak mahal sikit (tak nak sebut nama supermarket tu nanti diorang sentap) LOL!

Kini, Giant pun dah pandai naikkan harga sampai melambong-lambong tinggi. Nizam yang selalu alert bab-bab compare harga & brand. Dia memang terlalu ambil kira hal-hal comparison. Harap aku? aku kaut je masuk trolley apa barang yang aku suka.. lagi-lagi kalau bawak budak dua orang tu (Khairine & Danish) memang seram dibuatnya.. hahaha.

Kenapa aku kata harga barang naik? kita akan noticed if kita beli barang yang sama setiap bulan.. automatically kita akan teranjat berok sampai terbuntang bijik mata kat situ. Contoh macam softener. Setiap bulan kalau kau beli dengan harga RM6+ tiba-tiba minggu lepas bila nak beli je tengok harga dah naik sampai RM7+ tak teranjat kau dibuatnya??

Contoh kedua : Fresh milk.. Setiap bulan aku akan beli fresh milk brand Marigold. Dari harga RM6+ sekarang dah jadi nak dekat RM8.. wah betul punya kaut keuntungan nampaknya!

Mungkin dengan kenaikan harga tu dia include sekali dengan GST kot? entahlah.. karang salah tulis ada yang kecam pulak. Tu tak termasuk GST masa kat kaunter bila time nak bayar. Phewww donia donia.. Donia dah nak terbalik agaknya!
Kalau label kuning-kuning macam ni kononnya harga promotion. Promotion pun macam tak promotion.. harga sengat juga aku tengok. Tak jauh beza pun.. kalau setakat less singgit duainggit tak payah beli lah Bedah!

Masa aku balik Melaka haritu aku ada pergi supermarket kat sana nama supermarket tu Family Store. Teranjat tengok harga kat Family Store jauh lebih murah dari harga kat KL. Aku memang pakai Shampoo Dove. Kat KL kalau tak ada promo, harga boleh pergi sampai RM15+, compare kat Melaka semurah RM10+. Kau rasa? jauh lagi murah kan? kenapa harga di supermarket luar bandar lagi murah dari KL? *aku bingung*

Bercerita tentang bab makan pulak. Dah lama aku craving nak makan pulut mangga kat kedai Thai. Asek tak kesempatan je, asal nak order je habis, asal nak order je kedai tu tak jual pulut mangga. The same day after we shop groceries haritu, aku ajak Nizam makan kat luar je. Bila sampai kedai tu Nizam tunjuk menu kat aku he said here got Pulut Mangga. Terus meloncat kegembiraan.

Maka terlaksana sudah apa yang ku idamkan.

Nampak ketam tu? sampai terkeluar dari mangkuk. Over sangat presentation tomyam ni kann.. hihihi. Isi kandungan not bad.. macam-macam ada. Sedap & puas hati. Tapi bila tengok cendawan dalam tu.. adoi dia carik sampai halus nak mati.. sehalus taugeh jadinya. Apa salahnya kalau belah dua je.. huhu.

Selain dari dua gambar menu kat atas tu, kitorang order nasi putih 2 pinggan, daging masak merah, kuetiaw kungfu (tapau untuk emak), air fresh orange & teh o panas. Total damage untuk semua tu RM37. Mahal ke murah? ke standard je harga tu sebab ketam terkeluar dari mangkok?

Serik rasanya nak beli sembarangan kat luar. Selagi boleh save, kita save. Bukan nak kedekut. Faham-faham je lah.. mata wang Malaysia ni dah macam tak ada apa yang nak dibanggakan. Nilai limaploh hengget sekarang macam limosen je :(

Sekian.

Aku yang insaf. 

Kbai!

17 comments:

  1. haah sis. I pun perasan harga barang makin mahal -.-' diapers anak lagi lah . tapi dorang ni biasa naik turun harga je. kalau supermaket A harga RM 45 tetiba si B ada promotion jadi RM 33. so kena rerajin survey katalog je la.

    bab makan rasanya dah murah dah tu. ada tempat lain lagi mahal

    ReplyDelete
  2. salam kenal. singgah sini sebab nak tengok ketam. heheh..

    memang harga barang sekarang ni melampau-lampau mahalnya.. pening pikirkan..

    ReplyDelete
  3. Nak buat macam mana, setiap tahun mesti ada je barang naik.

    ReplyDelete
  4. Nak buat macam mana.. terpaksa hadap jugak. Kekadang telan air liur, nak beli mahal.. tak beli nanti teringat2.. sudahnya tak beli..

    ReplyDelete
  5. 1. Kakak pun dpt rasa harga Giant semakin mencanak naik Zaza.
    2. Hmm... dah kakak terikut mengidam pulut mangga pulak dah hihi..
    3. Kalau kat JB sah tak boleh dpt harga macam itu Zaza kalau yg dimakan macam yg Zaza katakan. Murah benarlah tu.. tengoklah ketam sampai keluar mangkuk haha..

    ReplyDelete
  6. memang ngeri nak berbelanja keperluan harian sekarang ni...takat bawak seratus dua tu,barang ape jelah yang dapat...
    wah..pulut mangga tu..macam mengidam pulak nak pi cari..So far kalau harga rm37 untuk 4 orang makan tu da kira murah

    ReplyDelete
  7. yup.. brg banyak yg sedang naik harga sekarang..
    skrg dah smp masa beli keperluan yg penting saja.
    & cuba berjimat utk perkara-perkara yg kita boleh ikhtiarkan dr membeli.

    ReplyDelete
  8. Betul kak zaza, harga makin naik mencanak tu yg kt mall beli barang rumah, ni pasar malammmmmmm pun ada yg naik harga fuhhhhhhh nak makan murtabak x dapek la 2 hinggit sekarang paling cikai 3.50 fuhhhhh

    ReplyDelete
  9. Memang betul sesangat. Dok KL ni beli barang RM50 pun banyaknya macam baru beli barang RM10

    ReplyDelete
  10. Takut skang nk sopink groceries tau zaza..
    Bru beli 10brg pun dh seratus lbh..bayangkanla..huhu..kalau penuh troli mau seribu lbh kot..

    ReplyDelete
  11. murah harga makan tu
    kalau kat sini mou rm50-60

    ReplyDelete
  12. huhuhu maydin pun sama kak zaza.. skrg parking pun dah nak kena bayar adoiii...

    ReplyDelete
  13. memang suma barang dah makin mahal. sedapnya tomyam n pulut mangga tu

    ReplyDelete
  14. harga brg naik mendadak sehingga RM10 selepas dkenakn cukai.. Makin xfaham sy, pak menteri kata lps de GST brg jd murah tp sblknya.. Pening2..

    ReplyDelete
  15. wow ketam dalam tomyam..sangat menggoda betul!

    ReplyDelete
  16. memang skang harga melambung-lambung sgt zaza.
    and sebut pasal family store tu, zaza gi yg mana?
    aida memang tegar membeli di family store melaka mall.
    umah sejengkal aje dari situ. yes, agreed. murah dari giant, jusco, mydin dan kedai runcit sekitar nya.
    ok la kan. kira kira dan kira, dpt la save dlm belas-belas ringgit juga.

    aida pernah makan semangkuk maggi ketam kat kelantan.
    ketam pun terkeluar dari mangkok. lebih kurang rm30+ semangkuk.
    lom masuk nasi, air, pulut mangga, otak-otak, etc :)
    walaupun mahal, sedap giler. da 2 kali aida makan nyer.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah