Wednesday, November 11, 2015

Alive 3D Art Gallery, Port Dickson

Hi awak awak semua.. kita nak buat entry ketinggalan zaman harini. Cerita ni yang dah jadi tapai basi pun.. sila lah terima seadanya :)

Tak silap ni masa cuti sekolah sebelum bulan puasa lagi kot.. so cuti sekolah tu minggu kedua baru berkesempatan bawa budak2 ni pergi bercuti.. kesian diorang. Bercuti pun tak lah jauh mana.. setakat ke Podeksen (Port Dickson) je.. jadi lah anak2.. nak gi jauh sikit tunggu tahun depan.. itu memang dah confirm sebab Babah korang dah beli tiket katerbang :)

Aku pernah dengar kat PD sekarang dah buka 3D Art yang macam kat i-City dan yang pernah kitorang pergi dulu [LINK], s
ebelum tiba hari nak bercuti tu, aku try google tempat tu dulu supaya senang nak tuju.. tak payah terhegeh-hegeh nanti nak mencari. Biasalah kalau tanya Pakcik Google memang tak pernah mengecewakan. Akhirnya jumpa juga.. thanks Pakcik encem ;)


Main Entrance

Address : No. 38-40, Jalan DS 2/1
Bandar Dataran Segar, 
71010 Lukut, Port Dickson, N. Sembilan

Bila dah dapat address aku terus bagitau kat Nizam.. cakap kat dia tempat ni dekat area Lukut. Dia tau lah kat mana Lukut tu sebab dia pernah ada kerja kat CIMB Lukut a few weeks before. Pung pang pung pang cerita ngan dia, lepas tu dia decide dari KL nak ke Lukut ikut Nilai.. then keluar kat Sepang lepas tu terus keluar Lukut.. eh macam pening je explanation aku tu.. masuk sini keluar sana.. terus keluar Lukut.. hahaha. Pening!

Dalam tu nanti tak boleh bawa masuk kasut/ selipar. So aku nasihatkan kepada yang nak datang sini, tak payah pakai kasut yang vogue sangat apatah lagi kasut tumit tinggi 18 inch.. hujung-hujung kau akan berkaki ayam je dalam tu. Aku anak beranak macam tu lah.. Nizam & Danish elok-elok pakai sport shoes, aku dengan Khairine pakai loafers.. sebab dah bayangkan kat dalam tu nanti nak berlakon sambil bergambar kat dinding-dinding 3D. Sekali amoi yang jaga pintu tu cakap kasut kena letak dalam locker.. locker tu pulak kena bayar RM2.. huh! tak koser.. terus kitorang pergi kat kereta tukar selipar burok je.


Arrgghhh tolong!! hantu galah nak tendang saya.. LoL!!

First art yang kitorang tuju kat sini dulu. Sebabnya masuk-masuk je dah ini first art yang memang kena tuju.. sebab dia ada art demi art yang kau pasti kau akan stop untuk bergambar without missed.


KhaNish.. keras kejung je badan bila suruh bergambar sambil berlakon



Ikutkan terlalu banyak gambar yang kitorang snap. Lepas ambik gambar anak-anak, mak & bapak dia pula purak-purak berlakon.. sama naik berlakon & bergambar.. hihihi. Kat entry ni aku letak gambar sikit-sikit je lah ya.. the rest gambar aku simpan untuk collection sendiri.


KhaNish 
Aksi laki naik lembu giler.. bini cuba buat giler dari belakang.. hahaha
Anak-anak panda yang comel ;)




Amboi kuatnya Abang Badang tolak bangunan














Tak tau nak letak caption apa untuk gambar atas tu semua.




FYI, tempat ni deret rumah kedai je.. so satu bangunan tu ada tiga tingkat. Dari satu tingkat ke satu tingkat kitorang panjat. Seronok sebab banyak gambar 3D kat setiap satu tingkat tu. Dalam tu juga ada 3D UV light draw art. Dalam bilik gelap then ada banyak art yang macam glow in the dark. Kat situ ada a few gambar je yang aku dapat share kat sini coz of bad quality of the picture.

Setakat hari yang aku pergi ini harga untuk Mykad Adult & Mykad Child.. tak tau lah kalau sehari dua ni dia dah naikkan harga. Kalau nak tau best ke tak tempat ni boleh lah pergi sendiri ya ;)

Selesai tawaf dalam Alive 3D Art Gallery, kitorang teruskan perjalanan ke Eagle Ranch Resort. Tu nanti aku buat entry lain ya. 

Sekian.

Cerita dah lama.

Kbai!

16 comments:

  1. Cikla pernah pergi tmpt ni.. mmg best. Tp yg part gelap tu x dpt amik gmbr sbb hp camera tetibe xkuar flash... sedihhh... hehe

    Jemput singgah http://ciklapunyabelog.blogspot.my

    ReplyDelete
  2. Kakak suka tengok gambar yg terhasil dari 3d Art ni Zaza
    Apa lagi mereka yg pandai posing macam Zaza dgn anak-anak ni.
    Boleh senyum sendiri dibuatnya. Macam real kan:)
    Tengok kakak dgn adik panjat pokok buluh tu betul-betul macam real..

    ReplyDelete
  3. 3D art muzium kt Lukut ni menarik lah...banyak adegan comel2 KhaNish buat hehehhe anak anak panda ye...husband sis sporting habis...ritu adik ipar ada dtg ke sini...dia pun suggest kt sini best nak bergambar...

    ReplyDelete
  4. semuacantik..
    suka tgok part khairine panjat gunung batu tu hehe.. comey je aksi dia :)

    ReplyDelete
  5. Kimi dah sampai sini. Rombongan skolah agama sabtu tu. MakPak dia jer tak sampai lagi ☺

    ReplyDelete
  6. hahaha..xpening sebab i klu gi PD mmg ikut ctu je..xlalu highway..lgpun lukut lg dekat klu ikut sepang tu..
    ok bestttt.nmpk real ok..

    ReplyDelete
  7. wahhh menarik nih ... dah ramai tengok orang gie ...

    ReplyDelete
  8. Wah...menarik jugak tempat ni kan..belum.pernah gi lagi....salam kenal n follow sini.

    ReplyDelete
  9. Ohhhh....mak tak jeles.....sebab mak dah pergi Cik Jah! Hihi...
    Tak pelah cik Jah, entri tapai pun tapai lah....cik Bedah layan je

    ReplyDelete
  10. Aida lom gi lg.
    Ari tu hampir-hampir nak sampai.
    But my mr.asben tu malas keletihan mandi pool.
    Terus balik umah hu hu hu...

    ReplyDelete
  11. terbaik la..semua gambar cantik2..tak de la mahal sangat harga tiket nak masuk sini yer..=D

    ReplyDelete
  12. Serious pandai mereka buat bilik tu sampai nampak real kecik-besar.
    Jemput baca :)
    http://nurulzayani.blogspot.my/2015/11/ben-kitten.html

    ReplyDelete
  13. memang seronok posing bergambar kat 3d Art gallery ni..lukisan 3d pun macam real kan

    ReplyDelete
  14. Akak pandai posing la. Nanie confirm kejung dlm tu sbb xreti nk berlakin aksi. Hahah

    ReplyDelete
  15. comelnyaaa masing2.. haritu ingat nak pegi jugak tp tak sempatttt

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah