Tuesday, October 25, 2016

Minuman Kesihatan Sarang Burung Kolagen dari Ecolite

Hi korang.. akak bukan nak jual barang ya.. harini akak nak cerita pasal new product.. Wah dah macam promoter jual produk je bunyiknya kannn.. hehehe. Sebenarnya aku nak bagitau pasal minuman kesihatan yang baru dipasaran. Kalau nak tau best ke tak, moh duduk rapat-rapat depan pc baca cerita & tengok gambar-gambar kat bawah ni. 

Korang pernah dengar tak minuman Kolagen & Sarang Surung yang digabungkan sekali?

20 Oktober lepas aku dijemput untuk Pelancaran Minuman Kesihatan Kolagen Sarang Burung yang terbaru dari Ecolite yang bertempat di Glasshouse at Seputeh. Terima kasih Bro Framestone bagi peluang untuk Zaza sama-sama join event ni :) 

Seperti yang korang tau, Sarang Burung hanya practice pada kaum cina untuk perubatan tradisional je kan? seperti yang diketahui umum, minuman sarang burung dapat membantu membaiki sel, meningkatkan pretasi organ manusia dan menguatkan sistem imunisasi juga sistem pernafasan. Tapi sekarang ni semua kaum pun boleh minum sarang burung dengan cara yang sangat mudah. Ia bukan semata-mata sarang burung saja ya.. minuman kesihatan ni juga dicampur dengan kolagen. Korang pun tau fungsi kolagen juga mampu mengekalkan kesihatan tulang & membantu keanjalan kulit. Korang yang minum kolagen mesti tau apa kebaikan kolagen kan? kalau tak tau, sila google ;P

Syarikat Ecolite Biotech Manufacturing Sdn Bhd (Ecolite) adalah merupakan syarikat yang telah mengeluarkan/ menghasilkan produk minuman kesihatan yang menggabungkan kedua-dua bahan tadi iaitu Sarang Burung & Kolagen yang digabungkan didalam botol yang sangat stylish mudah untuk didapati dipasaran.. Setiap botol mengandungi 2500mg kolagen. Isi pada minumum ialah sebanyak 250ml.






 Terdapat 5 perisa yang berbeza. Iaitu Perisa Asli, Aloe Vera, Laici, Longan dan Kurma merah bersama Buah Goji  (red dates & Wolfberry). 

Tentang rasa, memang sedap. Kalau korang minum air ni, terasa macam minum air kelapa pandan.. pastu ada jelly-jelly dalam air tu.. sedap kalau diminum sejuk.. lagi-lagi kalau yang baru keluar dari fridge.. kalau rasa yang keluar dari fridge tak cukup sejuk, korang boleh letak ais banyak-banyak.. lepas tu minum.. terus rasa segar je badan. Dah nama pun minuman kesihatan.. haruslah rasa badan tu ala-ala refreshing je ;)

Jangan risau tentang status HALAL minuman ni.. sebelum produk ni keluarkan, status HALAL awal-awal lagi telah disahkan dan boleh minum tanpa was-was :)

Kandungan lain yang aku nak bagitau tentang produk ni, ia mengandungi kandungan makanan semula jadi, termasuk sarang burung yang boleh dimakan, kolagen ikan laut, gula batu dan RO water. Tiada perisa tambahan, pewarna atau bahan pengawet digunakan. Semuanya natural. Maka ia bukan sahaja berkhasiat tetapi selamat untuk digunakan.


Sebelum majlis pelancaran.



Majlis pelancaran Collagen Bird's Nest Beverages, 'The Joy of Life'




Joy of Kak Zaza.. hehehe.


2 botol ni yang aku dapat free masa hari pelancaran haritu.

Harga pasaran hanya RM6.80 sebotol. Boleh didapati di mana-mana store 7 Eleven (7E). Pasaran akan datang Ecolite akan meluaskan lagi ke farmasi-farmasi utama dan juga di pasaraya-pasaraya besar yang terdapat diseluruh Malaysia.



Untuk maklumat lanjut mengenai 'The Joy of Life' boleh didapati di
www.thejoyoflife.my



9 comments:

  1. I read later,

    http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.my

    ReplyDelete
  2. klu rs kelapa pandan sedap laa..memang skali minum je sebotol ni..hihi

    ReplyDelete
  3. tertarik plak nak cuba..baru pasan dh lama ada kat pasaran..idak la pasan ada jual kat 7-E...

    ReplyDelete
  4. Untuk penghidap fibroid atau cyst boleh consume ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahu sy kalau ada kolagen...x digalakkan..baik sis tanya doktr dulu

      Delete
    2. Setahu sy kalau ada kolagen...x digalakkan..baik sis tanya doktr dulu

      Delete
  5. Yg jual kat shoppee tu original ke tiruan ya? Cause murah RM4.20

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang jual kat Shoppee tu tak pasti. Kalau rasa was-was, beli je dekat 7Eleven atau mana-mana pasaraya. Gerenti original :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah