Wednesday, October 8, 2014

TopSpot Food Court - Kuching Sarawak

Aku kan first time sampai Kuching. Bila ramai yang suggest suruh makan seafood kat TopSpot aku pun terus excited. Berderup-derap dada membayangkan makan seafood fresh.

Eden Staycation Apartment - Part 1

Pada mulanya kitorang tak sure Top Spot ni kat mana. Informer yang bagitau cuma kata suruh pergi Top Stop.. seafood fresh.. pergi kedai nombor 25.. bla bla bla.

Yang aku pulak bebal sangat tak google dulu macam mana rupa kedai tu. Kononnya dengan kepercayaan waze yang aku set terus ke Top Spot aku dah terus boleh jumpa tempat tu. Aku bayangkan Top Spot ni kedai macam ala-ala dekat Port Klang sana.. mungkin tempat ni kat area pantai.. sambil makan seafood boleh feeling macam lepak tepi pantai sambil tengok cruise. Rupanya Top Spot ni dalam bangunan daa.. hahaha. Bila sampai tengok.. lorrr food court dalam bangunan UTC Sarawak rupanya.




Info : Kalau first time datang Kuching, korang nak makan kat Top Spot, korang terus set waze/ google map/ garmin/ GPS ke UTC Sarawak. Bangunan UTC ni dekat dengan Kuching Water Front & dekat sangat dengan Hotel Pullman. Nampak sign 1 Malaysia sebesar-besar bangunan. Naik tingkat 6 bangunan tu then terus jumpa Food Court Top Spot. Tapi lift dia hazab sket nak tunggu. Lambat giler.. penuh sokmo. Address: Jalan Bukit Mata Kuching, 93100 Kuching Sarawak

Sebelum aku tunjuk gambar makanan dan seafood fresh, mari aku tunjuk dulu crowd malam tu. Oh lupa.. aku pergi makan kat sana haritu dua kali. first masa malam hari yang kitorang sampai (hari Jumaat malam). Kali kedua kitorang datang hari Ahad malam.. esoknya dah nak balik Kolumpor. So aku combine kan sekali gambar-gambar tu kat sini.

Kedai pilihan malam tu Kedai no. 25..Bukit Mata Seafood.


Dua table untuk family kitorang.




  
Info : Aku dapat info kedai ni yang tersedap sekali. Kalau nak try, pergi ke kedai nombor 25, Bukit Mata Seafood. Dijamin halal. Masakan dia super sedap. Cara order.. pilih apa yang berkenan cakap kat waiter/ waitress kau nak apa, masak apa bagi nombor meja lepas tu duduk. Service super cepat. Tak perlu gelabah risau tengok ramai orang kat kedai dia.. order memang akan sampai cepat.

i baru lepas pancing ikan kat sebelah tu.. hihi

 Budak ni yang ambik order. 

My advice, jangan order dengan dia.. hari kedua kitorang datang makan malam tu semua menu dia salah ambik. Hancur harapan aku nak makan sotong masak telur masin.. huwaaaa kejam!!! order ayam masak kicap dia pegi buat lain, order udang butter basah dia bagi udang butter kering.. ko ghaser dia salah ambik order ke atau masa kitorang order tu suara tak cukup kuat untuk dia dengar?? How dare you!! :(

Faiz (anak Along), Along (kakak Nizam), Me & Kak Ngah (beras biras aku).

Jom tengok fresh seafood & sayur sayan pulak.
















Menggiurkan tak?? nangis aku tengok seafood2 fresh kat situ. Geram rasa nak gigit je..hahaha over sangat!

Table number kitorang.

Info : Jangan risau.. walaupun kau tengok kedai dia crowded, table tetap ada. Sebab kedai dia pasang meja dari dalam sampai ke luar. Nak tau mana satu kedai ni punya meja, kau tengok alas meja warna oren, itu lah dia punya meja. Chop je tempat tu.. lepas tu boleh pergi order.

 Hi Emak.. jangan senyum lebar sangat.. karang makan seafood banyak-banyak naik pulak kolestrol tu.. hahaha. Tapi mak aku ilex je.. slamber je makan seafood banyak2.. tak pulak naik kolestrol dia haritu. Kalau tidak kejap je dah pening2.

Gambar-gambar makanan yang sempat aku snap. Mostly gambar makanan aku tak dapat nak snap dengan proper. Bila makanan sampai je atas meja terus masing-masing jadi piranha.. hahaha.


Siakap masak tiga rasa. 

Sedap! Repeat order masa kitorang datang kali kedua.

 Sayur Midin goreng belacan

Ini yang dikecohkan sangat ni.. Ramai yang suggest kalau makan kat Top Spot jangan lupa order midin goreng belacan. Ha yor lah.. Kak Jah pun order lah sepinggan. Tapi aku tak makan pun.. diorang je yang makan.

 Sotong masak telur masin.

Sotong ni kitorang makan masa 1st day sampai. Means datang kali pertama. Sedap sangat sangat sangat hoiiii.. bila masuk je dalam mulut tu rasa nak lempang diri sendiri sambil cakap "kenapa sedap sangat niiiiiii" hahahahaha *saiko sangat* Actually masakan ni sesuai untuk ketam. Disebabkan kitorang ramai & budak-budak pun ramai, masing-masing malas nak kopek ketam.. so kita tukar kepada sutun :))

Oyster pancake.

Menu datang kali kedua. First time tengok besau macam ni kat kedai seafood. Mula2 ingatkan telur Ostrich goreng sebesar ni.. hahaha. Taste? biasa je macam kau makan keropok.


Butter Squid 

Menu datang kali kedua. Ni buat aku menyirap.. lain yang di order lain yang sampai. Sotong tu dah betul tapi bukan mintak masak butter kering, aku mintak sotong masak telur masin macam yang kat gambar atas sana tu. Hancur harapan Kak Jah bila budak tu salah ambik order :'(


Butter prawn

Menu datang kali kedua. Ni pun salah. Orang order butter prawn yang kering ada butter serabai2 tu.. yang dia bagi butter prawn yang ala2 goreng tepung.. huwaaaa kuciwa sangat!!

Walaupun salah order ke apa.. Kak Jah tetap nak puji melambung lambung masakan kedai ni. Sedap sampai tahap jilat ibu jari kaki dibuatnya. Sangat2 recommended. Kalau korang sesat sampai kat Kuching sila lah singgah ke Top Spot ni.


Total RM162 (foodies) + RM20 (air 3 jug)

Ni harga masa kitorang datang kali pertama malam. Murah sangat harga ni. Makan untuk 16 orang total kurang dari RM200. Kau ghasa?? murah lah kann??


Total RM211 (foodies) + RM20 (air 3 jug)

Ni harga yang kitorang datang kali kedua malam sebelum sebelum hari kitorang fly balik Kolumpor. Kali ni order banyak sikit dari hari pertama datang. Tapi harga still unexpected. Nizam assumed harga kali ni mesti dekat RM350+ kot. 

Overall sangat puas hati. Korang kalau datang Kuching jangan lupa datang makan kat sini ye.

Balik dari makan kat TopSpot kitorang lepak2 ambik gambar kejap kat Kuching Waterfront. Disebabkan dah malam.. macam tak ada apa yang menarik sangat kat situ.


Bergambar dengan anak2 buah yang lagi tinggi dari Moksu.. bila KhaNish dah besar sok lagi tinggi dari Mummy agaknya.. ternyata mak kau memang spesis bantut.. hahaha.

Ok lah nanti sambung cerita kitorang pergi Pasar Serikin pulak ye.

25 comments:

  1. makan 16 orang 100++ ....memang murah giler tu...kat KL ni 100++ pun makan utk 2 orang...fuhhh...tgk seafood tu memang mengiurkan....

    ReplyDelete
  2. Pagi ni bunda BW rata2 menghidangkan macam2 juadah...sedap2 belaka nampaknya...lapar pulak ..

    ReplyDelete
  3. Ya Allah kak senah.mmg murah sgt lah kak oiii! haih! haven!

    #BW sambil klikklik IKLAN nuffnang!

    ReplyDelete
  4. mak aiii... seafood nya nampak fresh sgt!! harga berbaloi2.... sedih belum pernah smpai sarawak huhu -,-

    ReplyDelete
  5. hoiiiii yg ko buat aku nak lempang diri sendiri ni kenapa???sedap nyer hoiiii

    ReplyDelete
  6. oh dah jadi UTC ek dekat topspot tu, dulu tempat parking biasa2 je :)

    ReplyDelete
  7. Hah! habis juga kakak tengok satu-satu Zaza. Seronok tak terkata. Tengok seafood dan sayur yg semuanya fresh terbuntang kakak dibuatnya. Best betul.

    Agak-agak macam mana dia masak sotong telur masin tu ye Zaza. Kakak nak googlelah - teringin pulak:)

    ReplyDelete
  8. wahhh sedapnyeee..udang bsr gedabak..fresh2 pulak tuu..murah lagikk..klu i gi kuching confirm i singgah mkn cni..rasenye cik adik waiteress tu slh dengo kot..ke slh meja antar makanan..alahaii harunye..

    ReplyDelete
  9. saya belek satu2 tu sebab nampak sedap sangat..nanti boleh la cuba kalau ke sana..:)

    ReplyDelete
  10. tempat bersih.. harga berpatutan dan makanan yang nampak segar buat rasa nak datang lagi.. ;)

    ReplyDelete
  11. Zaza..rin tgok semua mknn ni rasa nk lempang2 jgk pp sndiri..rasa alahai skg jgk nk terbang g mkn kt sini..sedihhhhh!!!sbb bila la nk dpt pegi tuh..huhu

    ReplyDelete
  12. Lapar aku wei. Suma nya sedap² belaka.

    ReplyDelete
  13. biasa makan kat sini masa dolu2 duk kch. bila lah nak datang lagi..

    anyway, part gabungan KhaNish tu saya suka, kak. Nanti saya nak but utk Kimi dan Hani pulak..boleh..? hehe

    ReplyDelete
  14. chop..chop..! gelak sorang2 baca entri kak zaza ni..hihi

    ReplyDelete
  15. ishhhh kak jah oiiiii....dulu laki dik leha ajak pi cuti2 kat sarawak dik leha eksen ckp tak mo sebb tak de ape yg best pun kat kuching tu...tapi tgk entry kak jah ni mmg salah tanggapan ku itu....menarik gileeeeee....lagi2 bab jjcm die...meriah betul kat situ...seafood die segar2 n besar2...puas hati tgk....menu masakan pun muai n nampak laa masak dgn betul2....walo pun slah order tapi tgk hasil masakan tetap nampak sedap.....pastu bab harga mmg murah laa kak jah...tak dinafikan...mkn2 utk ramai2 tu bawah rm200...mmg berbaloi2 sgt nampaknyer...

    tu laa tgk dari kepenuhan org n meja pun fully seated tu mcm ade gaye order sampai lambat...tapi dah kak jah kate order sampai awal walaopun org ramai tu mmg bagus...tip top servis laa kalo mcm tu...mmg ketang ketung laa cheff die masak kat dapur tu....

    seb baik laa tak ngandung...kalo tak dik leha nangis2 hentak dada, hentak kepala tgk menu tu satu2 kak jah oiiiiiiii!!!!

    ReplyDelete
  16. Wah2 memang best sungguh ni..ni yg teringin nak kesana..kemain menu nyer lahai..tangkap leleh tau...nanti pi sarawak boleh la lizz refer blog zaza nih...lapoooo

    ReplyDelete
  17. memang nak menangis tengok segala makanan fresh macam ni apatah lagi dah dimasak tu..tapi kalau lain order lain dapat menangis lain pulak..adeshh spoil mood kan camtu..apepun harga memang termurah..kat semenanjung mana nak dapat kan..kecuali kat kawasan nelayan.memang murah dan fresh

    ReplyDelete
  18. uiiyaiii...ni klau org elergik ni menangis tgk seafood2 yg ade..heheh

    btw Salam kenal dari saya ;)

    ReplyDelete
  19. tak pernah sampai sini lagi la.. sebab seafood nie kureng sikit..kalau balik sana suka mencari mee kolok jer.. hehehe

    ReplyDelete
  20. ALAMAK.. rasa nak jilat screen je ni. nanie tak pernah cuba stong masin tu.. kena try ni..
    gaka2 kt semenanjung ada tak sesedap ni...

    yummmmyyy *urut perut*

    ReplyDelete
  21. Sedap yer sis mkn seafood....wahhhhhhhhhhh murah sgt harga utk 16 ahli keluarga mkn...ramai yer family sis...syokkk...ala sedih la sis ckp adik tu amik order salah sampai plak...geram plak rasa...kalau ju time tu gak suh dia buat lain...tak kiraaaaaaaaaaaaaaa...hhahahahhaha (bajet gengster KL) hehhehehe....sedap ar kak...

    ReplyDelete
  22. gilerrr cadburry!!! murahhhh nya...hah mmng nak terjah la satu masa nanti hahha...

    ReplyDelete
  23. stressssss n tgk sifud yg freshhhhh tu!

    ReplyDelete
  24. Wah..biar betik? Murah giler Tu. Insha Allah..g Sarawak mesti singgah 😊

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah