Saturday, January 25, 2014

Majlis Ta'lim Darul Murtadza [24 Januari 2014]

Alhamdulillah..semalam aku berkesempatan join Majlis Ta'lim di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa. Banyak ilmu yang aku dapat.

Antara pengajaran yang aku belajar semalam yang di terjemahkan dari buku Panduan Amalam Harian Bidayatul Hidayah.

ADAB-ADAB ORANG ALIM (ADAB-ADAB SEORANG GURU)
Adab-Adab Pergaulan

"Jikalau engkau seorang guru maka hendaklah engkau jaga adab-adab ini"

1) Ihtimal (banyak sabar menanggung kesusahan).

2) Lambat marah.

3) Duduk dengan haibah atas kelakuan yang tetap serta menundukkan kepala.

4) Meninggalkan takbur atas sekalian hamba Allah Taala kecuali terhadap orang yang zalim kerana menegahkan daripada kezalimannya.

5) Memilih tawadu' yakni merendahkan diri pada perhimpunan orang ramai dan majlis orang ramai.

6) Meninggalkan bergurau dan bermain-main.

7) Kasih sayang dengan murid dan lemah lembut dengan yang kurang pandai.

8) Membimbing murid yang bebal.

9) Tidak memarahi murid yang bodoh.

10) Tidak malu daripada berkata "aku tidak tahu" (bagi masalah yang tidak diketahuinya).

11) Memberikan perhatian kepada murid yang bertanya dan cuba memahami soalannya dengan baik.

12) Menerima hujjah atau dalil yang dihadapkan kepadanya.

13) Tunduk kepada kebenaran dengan kembali kepadanya ketika dia tersalah.

14) Melarang murid daripada ilmu yang boleh memudaratkan.

15) Melarang murid daripada menghendaki yang lain dari Allah dengan ilmunya.

16) Melarang murid daripada menuntut ilmu yang fardhu kifayah sebelum selesai daripada menuntut ilmu yang fardhu ain. Dan ilmu yang fardhu ain itu ialah yang berkenaan dengan membaikkan zahir dan batin dengan taqwa.

17) Memperbaiki diri sendiri dengan taqwa sebelum ia menyuruh orang lain, supaya muridnya dapat memenuhi amalannya dan mengambil manfaat daripada percakapannya (ilmunya).

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Semua diatas adalah sikit sebanyak adab-adab pergaulan. Masa aku datang Majlis Ta'lim malam tadi, Habib Ali Zaenal Abidin dah terjemahkan semua point2 kat atas tu. So daripada kita tak tahu, sekarang dah tahu. Ada diantara point2 tu aku address pada diri aku sendiri sebagai panduan untuk menjaga adab percakapan antara aku dengan anak2 aku. Anak2 ni perlukan perhatian.. so dengan adab-adab yang diterjemahkan tu boleh lah aku practicekan pada Khairine & Danish.

Kalau korang berminat nak join Majlis Ta'lim ni boleh dapatkan info2 di :
Kalau tak dapat nak join, boleh je dengar ceramah2 pendek dari Habib Ali Zaenal Abidin kat youtube

42 comments:

  1. Satu perkongsian majlis amal yg sangat baik ni Zaza.
    Apa lagi anak-anak baru masuk sekolah - banyak mencabar ibu-bapa-guru-penjaga yg terlibat.
    Terima kasih dari kakak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kakzakie.. mmg boleh digunapakai utk ibubapa atau guru ;)

      Delete
  2. Alhamdulillah babe, I tumpang happy for you... ^_^.. I sejak dalam confinement ni dah banyak majlis2 ilmu seperti ni yang terlepas, tak berkesempatan...In Shaa Allah lepas ni nak mula balik kalau ada orang nak jaga Ash... and thanks for this great piece of sharing yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thx babe.. so lepas ni you dah boleh join majlis2 mcm ni.. ;)

      Delete
  3. Nice sharing zaza.. semoga sama2 mendapat manfaat yer.. =D

    ReplyDelete
  4. Nice info, berguna kepada ibubapa juga, sebgai guru ketika di rumah.

    ReplyDelete
  5. insaallah..pkongsian yg mnarik sis :)

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah kak. banyak ilmu yg kita dpt kalau pergi ke majlis seperti ini ^_^

    ReplyDelete
  7. Seronokkan pergi majlis2 ilmu macam ni...banyak ilmu kita dapat...

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas info yang amat berguna ni...

    ReplyDelete
  9. masa duk keramat permai dulu, jumaat malam sabtu mesti penuh masjid tu dan jem jalan berdekatan, mula mula tak tahu kenapa tapi akhirnya tahu jugak sebab setiap jumaat ada aktiviti ni kat masjid tu. Alhamdulillah ramai yang join majlis spt ini... saya tak sempat join dah kena pindah tempat lain.. :-)

    ReplyDelete
  10. Sama2 kita ambil pengajaran. Thanks 4 sharing

    ReplyDelete
  11. perkongsian yang baik.. thanx :)

    ReplyDelete
  12. perkongsian menarik, semoga bermanfaat buat kita semua...

    ReplyDelete
  13. menarik beb.... besar pahala ko share info pada kami2 ni beb...

    btw, thanks a lots!

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah.. kongsi benda2 baik mcm ni mudah2an kita dpt menambah pahala.. =)

      Delete
  14. thanks sharing perkara yg baik seperti ini...

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah..moga ilmu dapat dipratikkan.Thanks share kak :)

    ReplyDelete
  16. Tahniah...bangga dengan anda. Sama2lah kita mempertingkatkan amalan dan bekalan utk akhirat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. semoga berkat dgn apa yg dipelajari.

      Delete
  17. Beb..... bagus tu,,,lain kali nak pergi ajak kak Bedah yeh...Kak Bedah mana tau drive jauh jauh...takuttt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul ke Cik Bedah nak pergi sama?? kalau betul nnt Cik Jah roger.. kita bleh pergi sama2 =)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah