Monday, January 6, 2014

Khairine & Danish Back To School 2014

Wowowo orang lain kemain berlumba2 buat first entry di tahun baru.. aku baru terhegeh-hegeh nak up cerita ditahun 2014 ni.. hahaha.. Kak Jah busy dikkkk.. dua hari ambil cuti nak uruskan anak2 masuk sekolah.. bagai nak rak tahap keBIZIan. Hamboiii kalah makbapak orang lain yang anak baru nak masuk tadika & darjah satu. hehehehe over sangat Kak Jah kau ni ;P

Memang busy babe.. tahun ni kan Danish dah masuk sekolah sama dengan Khairine. Diorang dah dok satu sekolah ni senang sikit hati aku.. tak lah sorang kat sekolah sana, sorang sekolah sini.

First day mesti lah kena uruskan apa yang patut. Tapi uruskan hal untuk Danish je sebenarnya. Sampai je sekolah haritu Nizam terus bawa Danish ke pejabat sekolah nak register & menentukan class mana Danish masuk.

Khairine aku tak payah nak runsing sangat sebab dia dah darjah 4, dah tahu kat mana kedudukan kelas dia.. so pagi hari pertama sekolah tu aku just hantar dia ke kelas dia je. Sepatutnya pun tak payah nak HOVER sangat hantar ke kelas pun.. tapi disebabkan keHOVERan mak dia yang HOVER sangat ni, nak jugak feeling ala2 anak baru masuk darjah 1 tau.. phuiii sangat.. muahaha.


Kakak & Adik is ready to school ;)


Khairine prefect tahun ni.. so kena pakai uniform biru. Vest & tie tak dapat lagi. Tie yang dia pakai tu tie masa dia pengawas perpustakaan tahun lepas. Aku saja suruh dia pakai.. baru lah nampak comel macam emak dia sket.. hehe.

Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Danish dah pun dapat kedudukan dalam kelas, Khairine pun dah tahu kedudukan dia dalam kelas. Mula2 tu macam segan je nak tunggu Khairine kat depan kelas.. aku tengok parents lain tak ada pun bertenggek HOVER depan kelas anak2 diorang.. aku sorang je bersidai tersadai depan kelas Khairine.. kikiki. 

Nizam pulak aku tengok bersidai kat luar kelas Danish macam bapak menunggu anak yang baru masuk darjah 1 (actually blok kelas Khairine & Danish bertentangan.. so boleh lah dua beradik ni berlambaian tangan nanti.. hehehe).

Ok jom aku cerita pasal Khairine dulu yer.. lepas tu baru cerita pasal Danish pulak.

Gelombang biru di kelas 4 Amanah.. Cikgu kelas Khairine kata "ini kelas pengawas ke?? ramainya pengawas dalam kelas ni".

Kelas Khairine ni cantik, kemas je.. Kelas Danish sedeyyy sikit.. nanti aku tunjuk gambar yeh.. 

Hari pertama dah masuk lambat.. nahhh duduk lah kau kat ceruk tepi tingkap tu hehehe.

Sempat lah aku dengan Nizam tunggu Khairine & Danish kat kantin.. belikan makanan siap2 untuk diorang.. lepas tu temankan diorang makan. Dasar makbapak yang sangat HOVER kennn.. hahaha.


Khairine & Aida geng pengawas sekolah.


Julia, Aida & Khairine.. diorang ni BFF.. ada sorang lagi nama Myra tapi haritu diorang tak rehat sama2.


Anak makan bapak sempat layan Candy Crush.. derrr ;P

Ohhh sebenarnya Khairine & Danish ni time rehat diorang tak sama.. sebab tahap 1 (darjah 1, 2 & 3) akan keluar rehat dulu baru tahap 2 (darjah 4, 5 & 6) pulak keluar rehat.

Danish keluar rehat pukul 9.30am sampai pukul 10am. Khairine pulak pukul 10.30am sampai 10.50am. Walaupun time rehat diorang separate, bila beratur nak beli makanan kemain panjang berjela aku tengok. Kesian kat budak2 ni buang masa beratur panjang2.. kadang nak makan pun tak sempat. So lepas ni Mummy kena bangun awal sesuboh sapi'e siapkan bekalan untuk korang lah nampaknya. 

Ni kisah Danish pulak.


Welcome to your new school Danish.

Korang tengok pintu kelas Danish ni.. sedey tak?? hahaha nanti tengok tingkap dia plak eh..


Tengok tingkap kat belakang tu (sebelah Danish) ohoiiiii ini kalau bangsa budak2 nakal ada dalam kelas ni.. maunya dia terjun dari tingkat atas. Dah lah baru2 ni ada kes budak tersepit kat kosi dalam kelas.. hahaha macam2 hal lah!!


Aku nak complain nanti kat sekolah diorang nak suruh diorang repair cepat2 tingkap tu. Dah lah kelas pun suram kejung je.. tak ada deco menarik langsung!!! ggrrr.


Time rehat Danish. Hari pertama dah ada kawan.. masa turun rehat tengok dia berjalan dengan kawan dia.. cepat mesra juga anak jantan den ni.. macam bapak dia jugak LOL!! Ini kerja bapak dia lah ni main snappppppp je gambar sampai herot berot mulut anak dia tengah makan.. hahaha.

Lepas rehat je aku & Nizam chow. Pergi uruskan sekolah agama Danish pulak. Tapi sayangnya Danish tak dapat masuk sekolah sama dengan Khairine. So sorang kat sekolah lain sorang lagi kat sekolah lain. Kerja aku nanti balik kerja ambil Danish dulu kat sekolah agama dia, then baru ambil Khairine pulak kat sekolah agama dia pulak.



Gaya tersendiri. Excited nak pergi sekolah agama.


Hari kedua sekolah, kitorang biarkan Danish naik bas sekolah. At least bagi dia independent sorang2 belajar naik bas sekolah sendiri.

Ohh yer.. sekarang tambang bas dah naik siot!!! dulu RM30 untuk trip balik (sehala) je sebab pagi aku hantar. Sekarang RM40 sehala untuk seorang. Aku rasa dah mahal sangat dah tu.. 

Aku dengar2 ada yang ambil RM100 tapi untuk dua hala (pergi & balik). Kalau ada yang anak 5 orang tu.. aku rasa mau pitam makbapak diorang kena bayar RM500 sebulan untuk transport sekolah je. Tapi aku percaya.. rejeki anak2 tetap ada.. walau macam mana mahal sekali pun, InshaAllah makbapak masih boleh bayar lagi kot. Cuma akan pitam selepas gigil membayar RM500 selepok.. muahahaha 

 Ini buku2 teks Khairine. Zaman sekarang darjah 4 dah belajar Sains, Sejarah & IT.. pergghhh hebak!! Kalau pandai belajar IT sok boleh lah geng dengan Babah yer Khairine ;D

Ini buku2 Danish.. biasa2 je.. ko tunggu dah naik darjah 4 sok yer dik.. kalau tak tahu boleh tanya dengan Kakak ko.


Kasut sekolah agama Khairine.. zaman ni top dengan kasut yang ada magnet.. aku ni puas lah dok pikir ada ke kasut sekolah yang ada magnet.. rupa2nya ini lah kasut yang ada magnet tu.. cisss anak lagi advance dari emak.. Tahniah anak!

Kasut sekolah kebangsaan pun nak barbie juga.. tapi pattern kasut ni lain macam sikit.. mula2 ragu juga nak beli..boleh ke kasut macam ni pakai kat sekolah.. tapi bila pikir2 balik.. kalau tak boleh pakai, kenapa dia jual pulak kannn?? belasah je lah.. dah ini yang dia minat.

Kasut kepam ni Danish punya.. baru 2 hari sekolah dah kotor.. grrrrr. Budak lelaki memang tak reti cermat.. dia belasah je mana dan. Baru darjah 3 dah nak pakai kasut bertali-tali. Mak kau dulu pakai kasut panguin je gi sekolah tahu tidak??!! hahaha. 

Kau jangan ikut jejak bapak kau yer Danish.. pergi sekolah pun tak pakai stokin.. tak tau lah tertinggal ke tercicir ditengah jalan stokin dia tu.. muahahaha. Kalau sekolah benarkan student pergi sekolah pakai kasut futsal, aku rasa bapak kau lah orang pertama yang pakai Nish.. hahahaha.


Aku suka kasut ni rare sangat. 

Kasut plastik yang macam orang bawa gi menoreh ni memang bagus diwujudkan dikala zaman sekarang ni. Bila hujan tak akan basah macam kasut jenis kain.. selamat disitu. Cuma kalau kotor je lah kena kapur or basuh sikit2.. tak perlu menyental hehe. Kasut rupa ini aku beli dua pasang. satu untuk Khairine satu untuk Danish. *akulahemakyangbertuahdimukabumi* LoL!


Kaler hitam pun aku beli sepasang untuk "Makcik Pengawas sekolah" (khairine).. spare kot2 hujan boleh pakai kasut ni.


So far aku tengok Khairine & Danish selesa je pergi ke sekolah.. Alhamdulillah. Jangan rajin je pergi sekolah tapi tak pandai belajar yer.. Jangan ikut jejak bapak kauorang.. asal ponteng sekolah je panjat tembok.. tembok sekolah pun dah kenal muka bapak korang.. hahahah. 

Ok lah sebelum aku pecah lobang pasal bapak diorang lebih panjang lagi, lebih baik aku stop dulu. Ini confirm2 dia baca ni.. jahanam aku nanti.. lariiiiiiiiiiiiiiiiiiii ;P

32 comments:

  1. over ko jah...haku dolu anak darjah 1 men tinggai camtu jeee...hahahaha...ibu bz nak....kames lepas g antaq anak tunggu dgq taklimat skali..hangkot skali abah dia...ptg nie kena tunggu dgq taklimat KAFA plak...thn 2014 nie kena jd supermak...hahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha hakak kan mmg hover :p
      dgr taklimat ok lagi.. kalau dok bertenggek kat sekolah anak dari pagi sampai thari mmg parah lah kann hehehe
      Opcoz 2014 ni kena jadi supermak.. kalau nak jadi tarzan pon boleh jg :p

      Delete
  2. seronoknya tengok anak2 pakai baju sekolah :)

    ReplyDelete
  3. tahniah khairine dapat jadi prefect! danish.... nakal kamu berbaju melayu sekolah agamu tu... kiut hokey! hehehe

    ReplyDelete
  4. Semoga khanish za diterangkan hti utk belajar ye..
    Good luck!

    ReplyDelete
  5. hahhahaaa...part tak boleh blah is kasut peguin ituuu!hahahahaa...

    hoi...bas anak aku lagi bapak mahal!2km je pun pegi balik RM60 OK...60 ok!minta kurang pun tak kasi siap tinggalkan anak aku lagi ade la...

    ehhh....terluah plak..hahahahaa.....hahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha ko dulu pun pakai jg kan kasut paguin Wa??!! phuii

      mmg mahal wehh tanjat aku.. lor kes anak ko kena tinggal aritu sebab ko tak bayar lah tu.. kikiki

      Delete
  6. Welcomeeeeeeeee back to school syg2 auntie! :D
    Seriusssssss ayat keHOVERan itu buat umi Qi ketawa x habis2 hahhahahhahaa.....tp puji sikap ibu dan ayah mcm korang sbb sgt prihatin dgn sapa anak2 berkawan...itu sgt2 contoh terpuji...at least kita leh pantau kan...seronokkkkk la amik gambar anak nk masuk sekolah...kelengkapan...huwaaaaaaaaa nak kumpul duit lah awal2...nanti Qi nak masuk school mcm Khanish senang pas ni...bajet tuk Qi dh hado...

    p/s kasut sekolah magnet tuh x pernah umi Qi tgk zaza...seriussssssssss....alamak umi Qi sgt2 old school huwaaaaaaaaaaa....hahhahahhhahha

    ReplyDelete
  7. wah akak semangat yer pergi sekolah anak-anak.. memang terbaik lah kak... ^_^ budak2 pon nampak semangat ja nak ke sekolah :)

    ReplyDelete
  8. Kakak hari itu cari kasut barbie warna hitam tak jumpalah Zaza. Anak kakak dah nak meraung tapi semua kedai yg kakak masuk tak ada - yg putih banyak. Tapi sebab pengawas kena cari yg hitam. Tengok Khairine dpt untunglah dia. Kalau anak kakak tahu mesti jeles.

    ReplyDelete
  9. ohh..ingatkan danish abang...wah..seronok mereka ditemani mak ngan ayah ye...

    ReplyDelete
  10. Ha'ah lah. Cantik kelas khairine. Kemas & bersih.

    Macam2 jenis kasut skang ni.

    ReplyDelete
  11. dinding kelas danish ada tampal pepatah "di mana ada kemahuan di situ ada jalan" so soh cikgu dia jalan kan kerja2 baik pulih tuka pintu n tingkap tu ;p

    ReplyDelete
  12. muka ceria pi sekolah memasing...bestnya mak ayah rajin teman dierang saya uwais ngan sara hanta jek ..mak ayah nyer membizi....suka la kasut plastik tu ingat nak beli kat uwais jugak nih...

    ReplyDelete
  13. wah...sentap tgok kak ngah diva hantar anak pi sekolah walau anak dah masuk darjah 4 kan..if SA awal2 dah kena perintah dah..no..no..no...mama x leh hantar kakak pi sekolah..kakak dah dewasa..kakak x nak kawan2 kakak gelakkan kakak..boleh???sentap mama ko....

    ReplyDelete
  14. awal2 masuk sekolah ni semua eksaited...heee... bahaya betul tingkap lobang2 cam tu... ni budak sek ren bukan budak besa...complaint ni...

    ReplyDelete
  15. yeayyy, wonderpets... berjoget anak mama dengar lagu tu... seronok tgk anak-anak ni ke sekolah....
    singgah dan menabung pn zaza ye

    ReplyDelete
  16. Dah start sekolah dah. Semoga mereka terus berjaya. Tapi kan bila zaza kata tambang bas naik. Sian pulak dgn parents yg ada anak ramai. Kan... Hurmmm...

    ReplyDelete
  17. suka tgk bila anak2 gembira g school kan.. KA singgah jgk bila rindu nak BW, apakan daya kudrat masih x daya sgt. buat2 sihat & kuat ajelah kan. TQ singgah blog KA yer!

    ReplyDelete
  18. Hahahaha..kelas si Danish mmg sedih ( kalau nak compare dgn kelas Khairine)..Siap ada tingkap rongak lagi...

    Kelassss betul gi sekolah pakai kasut Barbie...si Danish tak mintak ke kasut Converse? hahahahaha..

    I kena tabung duit banyak2 ni..
    Tahun depan si ziyyad masuk darjah satu..
    Rasa rasanya mommy dia lah yang kena tunggu depan kelas...tunggu kat kantin macam u & Nizam buat..hahaha

    ReplyDelete
  19. rajin adik rajin..rajin la belajar..bila besar nanti..boleh tunjuk ajar..:)

    ReplyDelete
  20. sygku KAKAK N ADIK, semoga maju jaya.. belajar leklok tau

    ReplyDelete
  21. Eh cantik la kasut sekolah plastik tue.. senang la tak payah ssh2 nak membasuh.. memang sesuai pakai dengan keadaan cuaca yang tak menentu skrg nie kan.. =D

    ReplyDelete
  22. buat anak2 yang suka belajar
    makasih :-)

    https://play.google.com/store/apps/developer?id=Kastari+Sentra+Media.+PT

    ReplyDelete
  23. ema beli utk aqeel kasut plastik tu..tak pasti lepas ke tak kalau sekolah rendah hehehe..ngalahkan anak nak masuk darjah satu dah gaya tunggunya..hehehe..cikgu sana tak bising ke? kalau sekolah anak ema...kasi dua hari ibu bapa boleh tunggu..lepas tu tutup pagar utk ibu bapa..kecohlah juga hari isnin baru ni

    ReplyDelete
  24. selamat kembali ke sekolah Khanish! dua² semangat ke sekolah dengan semua baru tu..sekarang ni semua benda dah advance kak..zaman dulu dan sekarang lain da

    ReplyDelete
  25. Amboiiii....gambaq kasut penuh satu blog hehe......mengalahkan budak darjah satu ni haha...Psst tahun ni OKje tak langsung dtg sekolah hari pertama... Yuran pun kirim kat anak je esoknya hehe...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah