Korang pandai buat roti jala?? mesti pandai kann?? aku baru first time buat hari Sabtu lepas.
Bila mood nak masak datang, macam2 benda lah aku nak try buat (try belum tentu menjadi).. sebenarnya perasaan aku ni tercabar dengan kepandaian SIL.. dia tu kau mintak apa semua dia boleh buat. Contoh kalau pagi kau cakap kau nak makan kuih koci.. karang petang dah siap.. tau2 je dia call suruh datang ambik.. Giler hebat SIL aku tu. "Wa caya sama lu Along".. hahaha tiba2 rock. Itu baru kuih koci.. belum lagi benda2 lain.. kadang kalau tak mintak pun dia buat je.. untung rumah dekat2 ni.. apa2 hal roger2 je.. karang dah siap pergi ambik.. tolongnya tidak.. mentedarah je kau kan Jah!! hahaha.
Minggu lepas aku try buat roti jala. Gigil2 tangan nak sukat bahan.. takut tak jadi. Khairine lah assistant aku kat dapur haritu.
Eh korang nak tau tak.. selama ni aku masak tak pernah nak ikut sukatan. Especially kalau bahan2 yang perlu sukat ikut gram. Aku main suka2 campak campur2 bahan asalkan sedap kat tekak aku.. hahaha. Lantak lah kannn..
Dalam pada lantak lah tu roti jala aku jadi kaler kuning kemain.. hahaha. Tau kuning kemain tu macam mana?? kuning pekat giler okeh.. selalunya kuning light2 manja je kann.. ni lah padahnya kalau masak ikut sukati kau je.
Masa nak bancuh tepung untuk roti jala dengan confident aku cakap dengan Khairine.. "Khairine, nanti pewarna kuning tu Khairine letak satu sudu besar tau.. macam selalu Khairine makan ubat tu" sekali lepas bancuh tengok.. nahhhh kemain kuning macam lampu traffic light.. hahaha
Bahan-bahan
400 gram tepung gandum
1 biji telur
1 cawan susu segar
sedikit garam
pewarna kuning@ serbuk kunyit
air secukupnya
1 sudu besar minyak masak
Cara-caranya
1. Di dalam bekas masukkan tepung gandum, telur , garam dan 1 cawan susu segar, gaul sebati, kemudian masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau lagi, selepas itu masukkan pewarna kuning dan minyak masak. pastikan adunan tidak telalu cair atau terlalu pekat, kecairan adunan macam kita buat adunan kuih ketayap. Kuantiti air agak-agak je.
2. Blend campuran no. 1 tu sekejap bagi tepung tu halus.
3. Pakai acuan roti jala dan di atas fry pan atau kuali leper, boleh rujuk gambar di bawah, angkat dan gulung roti jala seperti biasa dan sedap dimakan bersama kari ayam atau pengat durian.
Credit to : jintanmanis.com
Bak kata kawan aku.. kuali ni legend. Giler tak legend.. kuali turun temurun ni.. dari Emak aku punya turun kat aku.. Bila Khairine dah besar sok nanti aku turunkan kat dia pulak.. jangan dia pergi gadai kuali ni kat kedai besi buruk sudah.. hahaha.
Nah tiga combination. Kuah kari ayam tu aku buat cair2 sikit.. yang pengat durian tu permintaan Bang Jebat.. so ada dua kuah untuk dimakan dengan roti jala sedap Kak Jah.. muahahahaha mati lah puji diri sendiri.. phuii.
dah lama snagat tak buat roti jala tau zaza..
ReplyDeletelulus je tuh..kaler tu tak penting..hahahaha
Roti jala ni memang sedap, tapi nak buatnya leceh dan makan masa yang agak lama. Kalau dah siap, kejap je makan boleh makan sampai licin.
ReplyDeleterajinnya menjala.. ni guna yang pusing2 ker yang dalam botol tu..
ReplyDelete1 sudu besar beb? hahaahah aku biase hujung2 sudu jek hahaahahah takpe ape dehal...tetap cun canitk roti jala kooooo....siap buat dua kuah lagi...mmg rajin ko beb... aku tak reti mkn ngan kuah durian....so pilihan aku semestinye kari atau pun sambal ikan bilis....perghhh sodap2...
ReplyDeleteaku dah lame tak menjala gak nie...tersadai acuan aku tu...aku tak reti guna acuan mcm ko pakai nie...aku punye jenis botol 3 mata tu.....
amboiiii dah pandai mejalan plak niii..tercabar la aku mcm nie >_<
ReplyDeletealaaaa..die dh wat dulu...xaciiii..kite dh amik resepi dr mggu lps xwat2 lg smpi skang..hahaha..Ya Allah bgla aku kekuatan utk buat..kuah kari tuuuu..huwaaa..sedapnyaaa..nasib doyan tu mmg xmakan..
ReplyDeleteaaahhh favorite aku niiii!
ReplyDeleteaku suke warna kuning tu..cantik ape..gigih nak buat jugak tapi kalau melibatkan tepung² nie aku jadi malas sket hahaaa..
amboiii betul2 kaler traffic light kak jah oiiii ;p hahhaha....roti jala mmng sedap lgi2 bulan puasa ni..
ReplyDeletePepagi dah buat aku terliur. AKu tak pandai buat sebab tak pernah menjala lagi. Ajar aku menjala jah....hehehe...
ReplyDeleteterliur kot.. bace entry ni sambil garu kepale tahan nak makan.. haha.. ahad lepas fifi makan roti jala jugak.. makan dengan kari daging.. perghh.. sedap.. slurpp..
ReplyDeleteOklah tu Zaza... Kombinasi dua perisa memang mantop
ReplyDeleteKakak suka ni. Eh... dah teringin pulak jadinya. Nanti kakak nak carilah.. (tak buat sebab kakak tak rajin pun balik kerja nak melengser)
bile tengok ni mulalah nak menjala balik.. adeh..
ReplyDeleteHaha.. Ni rupanya roti jala kuning menyala tu. Tak kisah la kan asalkan rasa tu ada. Pedulikan rupa dia.
ReplyDeletebuat sendiri lagi puas hatikan.. my wife pun buat sendiri haritu
ReplyDeleteAritu ade buat first time jugak..nasib menjadi..memang kemain kuning lagi roti jala akak ni..fiza letak 1 sudu camca je serbuk kunyit :) yang penting menjadi kan kak..fiza pun tak pandai nak sukat sangat
ReplyDeletePandainya menjalaa...berselera tengok ni..
ReplyDeletetengok sejak bulan ramadhan, macam-macam kak jah punya masakan..
ReplyDeletewahhh, pandainya buat roti jala..tq for sharing the recipe, harus try buat ni..:))
ReplyDeletewah pandai kak jah memasak yer.. tq share resepi nie..nanti kalau rasa nak buat i bukak blog u jer la..=D
ReplyDeleteRajin zaza ni...julia takde mood lagi nak up resepi bagai...produk review tak settle lg...selagi tu takde mood...zaza kita sama la...i pun men campak je ramuan2 tu...tak pernah ikut sukatan...hahhahahah tp tgk u masak mmg superb...i puji sbb u rajin :)
ReplyDeleteselalu makan dengan kuah kari tu jer...durian tu tak pernah try lagi la..
ReplyDeleteMak sy rajin menjala roti ni.. Alahai.. Rindu la pula nk mkn roti jala.. Mcm nk kna cari je ni.. Mklum la kuali leper xde kt umh klau nk buat...
ReplyDeleteNi kes nak gula gulakan abg Jebat sebelum pau Park Royallah ni hehe....
ReplyDeleteKira pandailah tu Cik Jah warna apa ada hal...janji abg Jebat suka....Tak gitu mak!