Sunday, July 27, 2014

Salam Kosong Kosong

Assalamualaikum... 

Semalam lagi aku tengok blog masing2 dah senyap sunyi.. mesti korang dah sampai kampung kannn.. Sebenarnya aku pun dah sampai kampung pukul satu lebih pagi tau.. cewah macam jauh sangat pulak Kolumpor Melaka.. hahaha suka sangat nak propa kau Jah!.. Alhamdulillah.. perjalanan malam tadi smooth je.. tanjat jugak bila tengok hiway tak jammed.. kira macam unexpected lah bila tengok hiway ke arah Selatan tak jammed.

Sampai-sampai je Melaka tengok SIL, BIL, pak mertua aku, anak2 buah & sepupu2 Nizam tengah melepak kat gazebo bawah pokok rambutan depan rumah.. diorang tengah menyanyam ketupat uolls... sambil borak2 pekena kopi.. tu yang seronoknya setiap kali balik Melaka.. mesti layan borak sampai tigapat pagi.. dah macam lepak kat kedai mamak je.. siap dengan teh tarik bagai.. yang penting mesti mau ada kuaci.. hahahaha.. layan dowh borak2 sambil makan kuaci ;D

Nampak??? sarung ketupat anyam sendiri yer.. Tapi bukan Kak Jah yang anyam pun.. hahahaha..

 Tengah melepak.. masa ni aku baru sampai.. kemain lagi siap pasang lagu raya sambil menganyam ;D

Ni lah yang aku katakan tadi.. lepak menganyam ketupat kat gazebo depan rumah, bawah pokok rambutan.. hahahaha.. melayut-layut buah rambutan ni.. feeling macam kat obersi pulak ada pokok strawberry depan rumah sambil pick your own kalau nak makan.. hahahhaaha. 

Sorry lah yer.. Kak Jah ni agak jakun sikit.. maklumlah menumpang beraya di kampung Suami.. semua benda pun aku nak cerita.. hahaha.

Tukang menyebok.. buat2 je lah pegang sarung ketupat tu walaupun Kak Jah tak pandai menyanyam ketupat.. karang kalau aku masuk campur sekali menganyam, mau jahanam daun ketupat tu.. so biarlah Kak Jah cuma pandai makan ketupat sajo.. hehehehe..

Oklah.. nanti lepas2 raya kita share2 certia beraya yer.. pada yang balik kampung tu berhati2 dijalan raya.. semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju..

SELAMAT HARI RAYA :)

18 comments:

  1. Selamat hari raya sis.. Salam kosong-kosong ea.. :)

    ReplyDelete
  2. sronoknya dah mula rasa suasana raya bile balik kampung..selamat hari raya kak..maaf kalau ada salah silap ye..kosong kosong jugak

    ReplyDelete
  3. Meriah nampaknya tu. Untung ada kampung. Hehe. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Raya kak zaza.. maaf kalau ada terkasar bahasa tau.. he he.. Seronok balik kampung layan family..tu yg saya tak sempat nak update lagi tu.. :D

    ReplyDelete
  5. Asslmkm kak..selamat hari raya.. :)

    ReplyDelete
  6. salam kosong sis2,, eh ni entry sblum raya..
    x sabar baca entry raya kak jah..mesti meriah dgn berbaju kabaya melaka :) ha..ha,.

    ReplyDelete
  7. Jah....gambo bawah sekali tu .....awak nampak tinggi lew....tapi bahagian pinggang ke atas aje hehe..
    Mil udah tiada ke....
    Mmg le seronok balik kg.....tambah tak payah anyam ketupat cuma pegang ketupat sambil makan koci ajos hehe....
    So ko ambik kontrak masak ke Jah mlm Raya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kontrak membuta je malam raya haritu cik bedah oiii.. hahahaha

      Delete
  8. selamat ari raya...wah...melaka ke..

    ReplyDelete
  9. Meriahnya. Ada bawak rambutan untuk aku sket tak...hehehe...

    Salam Aidilfitri dan maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  10. best beraya di kampung, meriah kan :)

    ReplyDelete
  11. Itulah nikmat balik kampung Jah oiii...borak2 pekena kopi borak2 lagi haissshhhh satu kerja pun tak jadi!

    ReplyDelete
  12. salam. laaa..ingatkan akak yg anyam hehhehehe
    selamat hari raya ya hehe salam kosong kosong :))

    ReplyDelete
  13. waaaaaaa best yer kampung suami zaza...sama lah julia pun menumpang raya di kampung suami kt kuantan gak...meriah tu tak yah cakap lah zaza...syokkkkkkkkk

    ReplyDelete
  14. Wowww cantiknya kg dia.. mesti best dok ramai2 anyam ketupat kan..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah