Tuesday, March 3, 2015

CNY

Bila dah lama tak update blog rasa macam awkward pulak nak mulakan cerita.. bila tengok korang semua share link blog kat fb tiba2 rasa tertekan.. tertekan sebab blog aku sendiri tak berupdate *sigh*

Bila tengok gambar yang banyak kat folder, tiba-tiba napsu nak update menggeletis datang. Tak guna jugak kalau gambar bersepah tapi tak ada idea nak tulis apa. Tapi tak apa.. Kak Zaza cuba lah sedaya upaya untuk perah kepala otak ni untuk refresh cerita yer ;)

CNY haritu korang gi mana? nampak tak cerita dah lapok?? hahaha. Haritu aku ada potluck kat rumah member aku.. lepas dah kekenyangan macam ikan buntal, kami anak beranak bertandang ke KLCC. Saja nak membasuh mata.. dalam pada nak membasuh mata tu, tercuci poket sekali.



KhaNish

Haritu memang aku ada intention nak beli kasut kerja. Tapi bukan kasut kerja yang aku dapat.. tah kenapa haritu semua kasut yang aku tengok semua tak berkenan. Maka dapat sepasang loafer je yang aku beli. 

Bila Khairine dah nampak aku beli kasut, dia pulak melalak nak kasut jugak. kat dia dapat lah sepasang kasut Jelly Bunny aku belikan.


Pilihan hati dia sendiri

Lepas dah beli kasut Khairine, naik pulak ke atas kat Stadium.. Nizam nak cari kasut jugak katanya. Cari punya cari, tak ada yang berkenan dihati.



Dia berkenan dengan kasut sport Barbie tu. Aku buat tak reti je.. karang makin layan makin dia "mengayat" aku suruh beli.. padahal dah dapat kasut Jelly Bunny tu.

Eh terlupa plak.. sementara otw nak naik ke Stadium, transit kejap kat Bake Shop Bisou.. budak2 ni nak makan cupcake.

Bukan nak makan banyak pun.. cukup lah sorang satu


 Feeling sangat korang kan??!! ;P


Sorang baldu biru.. sorang baldu merah

Masa tengah lepak2 teman KhaNish makan cuppies, tiba2 aku received whatsapp dari Nizam.. Ko tau apa yang dia hantar??!!

Meh tengok.



Dua gambar ni.. hahaha. Paparazzi sangat laki ai kann??!! phuii.

Settled makan cuppies. Lepas dah ushar2 kat Stadium tapi tak ada yang berkenan, masuk kedai Puma plak. Si Danish nak kasut jugak. Nampak tak?? time2 Raya cina jugak anak beranak nak beli kasut.. derrr ;P

Sementara Nizam & Danish pilih2 kasut yang berkenan dihati, aku dengan Khairine buat sawan selfie dua beranak dalam kedai.. hehehe. 


 Aksi SAKITNYA TUH DISINI.. hahaha



Dah... cukup 4 gambar je.. 
karang tunjuk banyak2 ada pulak yang muntoh depan komputer ni.


Pilihan hati 


Cuba try test kat kaki :)


Babah kena paw.. hujung2 kasut Babah tak dapat.. kesiannnn ;P

Sukew lettew ;P


Wahai budak2.. tolong jangan membesar terlalu cepat yer.. Mummy rindu time korang kecik2 dulu kini dan selamanya.. ehhh.. ada kena mengena ke?? 

Si Danish ni cepat nau membesar bagai johan.. tahun lepas ada beli jeans sepasang masa kitorang pergi Bandung, tahun ni bila pakai dah senteng nampak macam pakai seluar three quarter.. hurmmm.

10 comments:

  1. Zaza..mmg..derng cepat membesar esp kalau ank rin si yaya..baju cepat je ketat.klu aish plak meninggi..seluar tu kena beli besar sikit dr saiz bdn dia..heheheh

    ReplyDelete
  2. bestnyaaaaaa jalan2.. shopping hihihi... kite blik kg je cny!

    ReplyDelete
  3. sesok dapat menantu dah. hehehehe

    ReplyDelete
  4. Kesian babah juga yg tak dpt kasut. Itulah kasih pada anak-anak dan isteri yg lebih.
    Danish memang cepat tinggi. Kakak dia dah macam adik dah jadinya:)

    ReplyDelete
  5. seronok ko tahukkkk baca entry ko nihhh..nampak sangat ko mithali la dlm entry nie..kekekeke..

    ReplyDelete
  6. wahhhh...shopping sakan puan zaza kite nie...wahhhh jelly bunny...my fav shoes..hihihi

    ReplyDelete
  7. memasing shopping kasut tu..kesian kat ayahnya juga tak dapat kasut..

    ReplyDelete
  8. very informative post for me as I am always looking for new content that can help me and my knowledge grow better.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah