Wednesday, March 18, 2015

Jejak Makanan Di Penang

"Jejak" sangat kannn.. hehehe. Well siapa tak suka pergi Penang.. Penang kan Syorga makanan. Aku pun suka pergi Penang.. lagi2 makan nasi kandar. I love curry. I love to eat curry.. wah!! cakap omputeh kau Jah! ;P Lepas tu menyesal makan banyak2.. takut gemok.. hahaha.

Planning nak naik Bukit Bendera.. sebelum tu breakfast kat Medan Selera Tanjung Bungah.

 Motif letak gambar ni?? 


Sebab aku tak ambil gambar masa kat tempat makan tu.. so ini je yang sempat aku snap.. hehehe jangan marah aaaa ;P Medan Selera tu best jugak. Masa kitorang sampai nak breakfast dalam pukul 9pagi.. seawal pagi tu dah banyak lauk pauk yang kedai tu masak.. meriah giler dengan lauk2 yang kat kedai tu. Kalau dah seawal tu aku tak lah makan nasi.. makan roti canai je.

Roti telur + teh tarik = perfect breakfast combo

Lepas tu sakit perut nak terberak... huhu. Aku bukan boleh minum yang bersusu pagi2.. tapi haritu nak tunjuk gagah.. minum jugak..hahaha.

Next destination kitorang nak ke Bukit Bendera. Sebelum ni bukan tak pernah naik pun. Saja suka2.. bila dah reramai dengan family harus lah kita menjejaki bukit tu. Cerita bukit Bendera nanti kita cerita next entry ye.. ni nak menunjuk dulu gambar2 makanan yang aku makan haritu masa kat Penang.

Ini namanya Mango Ice


Sangat2 menggoda mangga dia kan??! terselit pulak strawberry & ais krim kat atas tu.. kena pulak dengan cuaca panas kat atas Bukit Bendera haritu.. rasa nak terkam je.. roar!

ABC



Tengok ABC dia sangat2 bernafsu.. bila masuk dalam tekak ni rasa nak menjerit dibuatnya.. hehe. Over Kak Jah.. ABC je pun! ;P

Banana Split

Ni dah biasa makan.. so tak berapa nak heran sangat.. buat kat rumah pun boleh.. pisang tu nak tukar ke buah lain pon boleh.. nangka ke, durian ke, nenas ke, kedondong ke.. hehehe.

Kalau korang pergi Penang, naik Bukit Bendera.. cari kedai ni. Kak Nor Cafe.. Hai Kak Nor! hehehe.. macam lah si Kak Nor tu baca blog aku ni kann??!! pfffttt ;P

Ni cerita lain pulak.. kalau mai Penang mesti nak pekena char koay teow (CKT) betui dak?? tu dia kedai CKT yang aku makan haritu. Bukan main sedap.. tengok je kedai dia kecik nih.. tapi CKT dia sedap nak mampuih. Udang besaq2 nak habaq mai.. 

Char Koay Teow

Malam hari pertama sampai Penang haritu pi makan char koay teow kat depan Holiday Inn Resort. Malam hari kedua mai ingat nak makan lagi.. skali tutup pulak.. *nanges* :'(

Lagi satu nasi biryani kat Restoran Kapitan.. selain dari nasiq kandaq yang disebut2 kalau ke Penang.. Nasi Briyani Kapitan jugak korang kena try ya.

Restoran Kapitan.. World Class Naan and Briyani Claypot

Tingkat atas restoran

Restoran ni aku tak ingat kat area mana. Apa yang aku ingat.. masa turun dari Bukit Bendera haritu aku terus whatsapp Farah.. tanya dia the nearest restoran kapitan kat mana. Kitorang pun terus menuju ke sana.

Restoran Kapitan ni bersepah2 kat Penang.. maksudnya restoran ni banyak branch. Ala2 macam Restoran Pelita kat KL ni.

 Ini dia nasi Briyani Kapitan Ayam

Dia boh dalam claypot then nanti kita boleh pindahkan dalam pinggan. Kalau nak makan dalam claypot tu itself pun boleh.. tapi kalau aku tak selesa makan dalam claypot tu.. kecik nau mangkuk hayun tu..

Kita pindahkan dalam pinggan macam ni.. baru selesa nak makan.. siap boleh berkepak lagi sambil makan.. hehehe.

Naan cheese & ayam tandoori. Ramai yang kata naan cheese kat kedai Kapitan ni sedap.

Ok itu je yang sempat aku update untuk food hunters masa kat Penang haritu.

See ya ;)

16 comments:

  1. abc dengan mango ice tu sungguh² menggoda ahkak...

    ReplyDelete
  2. alahaiiii malu nak cakap seumur hidup tak pernah naik bukit bendera lagiii..huwaa malu jadi rakyat malaysia!!!

    ReplyDelete
  3. meriah betul isi dalam abc tue....dapnyaaa

    ReplyDelete
  4. Lama sungguh Tak jejak kaki kt penang..

    ReplyDelete
  5. Kapitan tu mmmg sedap zaza..chees nan dia sedap sangat..

    ReplyDelete
  6. wow ! semua makanan menyelerakan.. aummmm

    ReplyDelete
  7. nyum2... sedapnya tengok makan2

    ReplyDelete
  8. Salam pkenalan...singgah sini n terus folow...

    Ermmm nnt pergi penang lagi sekali sy nk cari kedondong split lah...ngeee...

    ReplyDelete
  9. that ABC is so tempting lah Kak Zaza. kenapa seksa saya sebegini rupa >___<

    ReplyDelete
  10. naik bukit bendera, pekena kacang putih tak? itu my wife punya favorite.. kacang putih special

    ReplyDelete
  11. kapitan u pergi tue kat chulia street dear..hehehe.. aduhao tengok gambar cheese nan tue terus rasa tghari nie nak pi makan kat sana la.. =D

    ReplyDelete
  12. Semua sedap...Mango Aiskrim tu julia x tahan dah...rasa mcm nak buat sendiri balik rumah hahahhaa...lama betul julia xnaik bukit bendera...nanti nak cari kak nor kalau naik heheh

    ReplyDelete
  13. adui sedap nyer entry ni!
    makanan merata blog ha ha ha...
    yes aida pun terpikat dgn mango strobery aiskerim tu...

    ReplyDelete
  14. Tak sah kalau tak rasa nasi beriyani sedap di penang kan..tengok gambar pun sangat menyelerakan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah