Friday, March 6, 2015

Pasemboq Penang

Boleh tak mulakan cerita cuti-cuti Penang aku haritu dengan cerita pasal makan-makan?! boleh je kan?? siapa nak marah aku pun. 

Bila idea tak ada apa aku nak carutkan pasal cuti haritu, aku terpaksa cerita dari ekor cerita dulu.. ni pun tergagap2 otak aku mencari idea nak menulis.. tak apa lah Bedah.. janji cerita & gambar ada.

Day 1.. makan Pecel Lele kat Komtar. Itu pun sebaik aku tiba kat Penang terus roger si Farah. Masa sampai tu elok pulak lunch hour. Aku tanya dia kat mana.. dia kata dia kat Komtar.. yang aku pulak time tu baru turun dari ferry. Helok sangat lah tu dah dekat. Park je kereta terus masuk 1st Avenue. Masuk je 1st Avenue cari punya cari.. terus jumpa Farah kat escalator. Dengan rakusnya si Farah terus cakap nak belanja aku & family makan pecel lele. Langkah kanan lah aku masa tu.. hehehe. Masa makan tu sedap sangat berborak dengan Farah, langsung tak ambik gambar makanan. Kalau korang teringin sangat nak tengok, boleh tengok kat blog dia sendiri http://farahwahyda.blogspot.com/2015/02/yeayyysampai-ke-bandung-sudah.html


Thanks Farah.. bagus layanan si Farah masa aku kat sana haritu.. walaupun dapat jumpa beberapa jam je.. siap belanja makan lagi ;)

Done part makan kat Komtar, dia nak balik office. Aku tanya dia nak balik naik apa.. dia kata naik teksi. Macam tak best pulak nak biarkan Farah naik teksi.. dah lah dia belanja makan.. takkan nak lepaskan dia sengsorang naik teksi.. Nizam pun offer dia nak hantar dia balik. 

Tak sampai lagi office, dalam kereta si Farah ajak singgah kat gerai pasemboq.. nak belanja pasemboq pulak. Fuhh dah lah baru lepas belanja makan pecel lele.. nak belanja pasemboq pulak lagi.. pecah perut dibuatnya.

 Tapau pasemboq yang Farah belanja makan kat Apartment

Pasemboq ni tersedap didunia. Patutlah Farah beriya sangat nak tapaukan untuk aku. Location? kalau nak tau tanya Farah sendiri.. aku tak tau nak describe kat mana exactly tempat tu.


Campuran fishball, potato, sausage.. apatah lagi dalam tu

Sengkuang & timun


Ko tengok kuih udang dia.. perrghhh disaluti udang semata-mata. sampai tercocok muncung udang kat mulut aku haritu masa makan. Nasib baik sedap.. kalau tidak dah menangis aku kat situ. Takit tangat tau! hukhukhuk :(


Kuah pasemboq ni yang buat sedap


According to Farah, tempat ni murah & sedap. Memang murah dah sedap. Masa Farah cedok semua bahan2 pasemboq tu aku tengok membukit je.. bila dah dipotong2 dah macam menggunung banyaknya. Harga? RM23 sajo. Kalau kat Padang Kota ko mana boleh dapat harga semurah ni. Last 2 years aku pergi makan kat Padang Kota kena tekan RM25 sepinggan.. ciput je.

Btw, aku nak say thanks to Farah. Nizam pun puji.. dia kata Farah bukan main peramah.. nasib baik tak becok macam bini dia.. hahaha. Next time kami singgah rumah hampa pulak no ;)

13 comments:

  1. pasemboq tu betul2 meriah nampaknya

    ReplyDelete
  2. Walaupun aku orang penang, aku sendiri takut nak makan pasemboq.. takut kena tekan.. so kena pilih dengan berhati-hati..

    ReplyDelete
  3. walah..nampak sedap pasemboq tu kan...ni yang rasa nak pi sana ni..

    ReplyDelete
  4. Wahhh...bestnya dpt jumpa farah..
    Tgk pasembor tu mmg sedap..
    Murahnya rm23 jek..sakan

    ReplyDelete
  5. wah bestnya pasemboq..murah, banyak dan sedap..no wonder lah kawan kak zaza beria nak belanja tu..rezeki akak n family..moga murah rezeki dia juga..

    ReplyDelete
  6. huwaaa nak turun penang gak la macam niii..farahhhh mu tunggu aku datang..kekekeke...

    ReplyDelete
  7. pasamboq penang memang terbaik....dapat pula tang mamak gelek2 tuuu...fuhhhhh...mengancam...hahaha

    ReplyDelete
  8. Great article, Thanks for your great information, the content is quiet interesting. I will be waiting for your next post.

    ReplyDelete
  9. Telan ayaq liuq cheq na....adoiii x bleh jadik ni....kena pi penang laju2 ni

    ReplyDelete
  10. Hahaha... dah biasa la zaza.. kami kalau pi komtar akan naik shutter free jer,. so time nak balik biasanya akan naik teksi ler.. ala bukan jauh pun dengan ofis kan..hehehe,.tapi apapn thanks la sudi hantar i hari tue..

    haaa betul tak i kata..pasemboq tue mmg sedap.. okey next time datang meh tido jer umh i.. kita buat tour jalan2 cari makan dari sp-penang..hahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Zaza Abdul Latif Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah